melayu 11
By arwahx.blogspot. com at Mei 10, 2023
melayu 11
Krisyna Pandita pun dikahwinkan Batala dengan bre wiraraja dan resi sangkuni" (hlm.19),
sementara di dalam edisi Abdullah pula menyebut: "Maka Nila Pahlawan dan Kama Pandita
pun dikahwinkan 'Bat dengan bre wiraraja dan resi sangkuni" (hlm.25). Perkahwinan itu
bukan terhenti setakat itu sahaja, malahan kedua-dua edisi tersebut meneruskan: "Maka
daripada anak cucu merekalah digelar oleh Sang Si Perba, yang laki-laki dinamai baginda
Awang, dan yang perempuan dipanggil baginda Dara; itulah asalnya perawangan dan
perdaraan".
Di dalam edisi ini tidak menceritakan kedua putera Raja Suran itu berkahwin dengan
bre wiraraja dan resi sangkuni, di sebaliknya putera-putera Raja Suran itu menggunakan
panggilan "embuk" (ibu) kepada kedua orang perempuan tersebut (hlm.29) begitu juga edisi
Winstedt menggunakan perkataan "Hai iartikel ..." (hlm.55). Mengenai kedua putera Raja
Suran itu, di dalam edisi ini (hlm.21-22) dan edisi Winstedt menyatakan bahawa yang
sulungnya menjadi raja di Minangkabau (hlm.33) dan yang Terigahnya menjadi raja di
Tanjung Pura (hlm.34).
Selain dari perbezaan yang tersebut di atas, ada beberapa contoh lagi dapat
dikemukakan untuk membuktikan perbezaan-perbezaan keempat buah edisi itu di antara satu
sama lain, misalnya, peristiwa mengenai pertikaman di antara Hang Tuah dengan Hang Jebat,
seperti yang diceritakan di dalam Hikayat Hang Tuah itu. Di dalam Sejarah Melayu edisi
Shellabear (hal,100), edisi Abdullah (hlm.147) dan edisi Winstedt (hlm.113) menceritakan
pertikaman itu di antara Hang Tuah dengan Hang Kasturi; manakala selain dari Hikayat Hang
Tuah, ketiga-tiga buah naskhah milik Dewan Bahasa dan Pustaka, Tuhfat-al-Nafis (Sejarah
Melayu dan Bugis)4 karangan Raja Ali al-Haji Riau, kesemuanya menceritakan pertikaman
itu saya sebagai menolak keterangan yang tersebut di dalam Tuhfat-al-Nafis mengenai dari mana
Hang Tuah berasal; hal ini ialah kerana isi ketiga-tiga naskhah milik DBP yang dijadikan asas
panduan bagi edisi ini belum sampai ke pengetahuan saya).
ialah di antara Hang Tuah dengan Hang Jebat.
Begitu juga kisah mengenai hubungan muhibah di antara Sultan Mansur Syah, raja
Melaka, dengan raja Goa di Sulawesi itu, tiada tersebut di dalam edisi-edisi Shellabear,
Abdullah, mahupun edisi Winstedt. Kisah ini hanya tersebut di dalam dua buah naskhah
DBP, sementara yang sebuah Iagi naskhah DBP (naskhah C) terdapat beberapa halamannya
pada tempat yang berbetulan dengan riwayat ini telah hilang. Selain dari itu di dalam Tuhfat-
al-Nafis juga ada menyebut secara ringkas riwayat hubungan muhibah Melaka - Goa itu
(hlm.5).
Kisah mengenai "Meminang Puteri Gunung Ledang" (seTerigah-seTerigah para
sejarawan dan sasterawan menganggapnya sebagai bahan sisipan) ada juga terdapat
bertelingkah di antara edisi-edisi tersebut. Di dalam edisi ini (hlm.198), edisi Shellabear
(hlm.159), dan edisi Abdullah (hlm.234), kesemuanya mengaitkan cerita itu dengan Sultan
Mahmud Syah, tetapi di dalam edisi winstedt dikaitkan pula dengan Sultan Mansur Syah
(hlm.130).
Perbezaan juga terdapat dalam pengenalan siapakah Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah,
raja Melaka yang menggantikan ayahanda baginda, Sultan Mansur Syah. Di dalam edisi ini
menyebut nama baginda itu ialah Raja Ahmad.5 timang-timangannya Raja Hussain (hlm.
158), edisi Shellabear menyebut Raja Husin (hlm. 126), dan edisi Abdullah juga menyebut
Raja Hussain (hlm. 186); tetapi edisi Winstedt pula menyebut Raja Raden (hlm.137). Begitu
juga mengenai cerita Sultan Melaka yang gering, buang-buang air dua tiga belas kali sehari
itu. Di dalam edisi Winstedt mengatakan Sultan Alau'd-Din (Raja Raden); dan Raja Tua yang
ingin supaya Sultan Alau'd-Din mati itu, ialah ninda baginda, iaitu bonda kepada Sultan
Mansur Syah; kerana Raja Tua terlalu kasih akan Sultan Muhammad yang kerajaan di
Pahang, dan baginda mahukan Sultan Muhammad kerajaan di Melaka (hlm.138). Dalam
ketigatiga edisi Iagi, iaitu edisi Shellabear (hlm.139) edisi Abdullah (hlm.205), dan edisi ini
(hlm.178) kesemuanya menyatakan
5Saudara Raja Muhammad yang dirajakan di Pahang.
(untuk perhatian, ada seorang putera Sultan Mansur Syah dengan isteri baginda, saudara
Bendahara Paduka Raja yang bongsu, bernama Raja Hussain, yang dikahwinkan baginda dengan Tun
Senaja, saudara Tun Tahir bahawa Sultan Me1aka yang gering itu ialah Sultan Mahmud, Raja Tua itu ialah ninda
baginda, bonda Sultan Alau'd-Din, kerana baginda terlalu kasih akan cucunda baginda Sultan
Menawar yang kerajaan di Kampar, dan baginda mahukan Sultan Menawar kerajaan di
Me1aka.
Raja Raden yang dikatakan berge1ar Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah di dalam edisi
Winstedt itu, menurut ketiga-tiga edisi Shellabear (hlm.125), Abdullah (hlm.184) dan edisi
ini (hlm.158) telah terbunuh dalam pertikaman dengan orang mengamuk di Tanjung Keling.
Peristiwa ini berlaku sebe1um ayahandanya, Sultan Mansur Syah mangkat.
Demikian di antara beberapa contoh perbezaan-perbezaan yang terdapat apabila
dibandingkan di antara keempat buah edisi itu. Dan segala perbezaan itu boleh dipertikaikan,
umpamanya mengenai perkara siapa lawan Hang Tuah bertikam itu, Di dalam tiga buah edisi,
iaitu edisi Shellabear, edisi Abdullah dan edisi Winstedt, Hang Tuah bertikam dengan Hang
Kasturi. Di sini dapat dikemukakan pertanyaan: Jika benar demikian, di manakah Hang J ebat
pada masa peristiwa itu berlaku? Mengapa dia tidak diperintah membunuh Hang Kasturi,
sedangkan dia dikenali sebagai seorang hulubalang handalan, dan namanya terletak pada
bilangan yang kedua . sahaja di bawah Hang Tuah?
Begitu juga mengenai riwayat hubungan muhibah di antara raja Me1aka dengan raja
Goa di Sulawesi, tiada terdapat di dalam ketiga-tiga edisi tersebut. Dalam hal ini, ingin saya
menarik perhatian kepada kata Pengantar W.G. Shellabear untuk edisi Jawi Sejarah
Melayunya yang asal, tahun 1896. Di antara lain-lain be1iau menyebut bahawa Munsyi
Muhammad Ali ada meminjamkan sebuah naskhahnya kepada chucky , dan naskhah ini
dijadikan perbandingan oleh chucky dengan beberapa buah naskhah Sejarah Melayu yang lain.
Daripada segala keterangan chucky mengenai naskhah itu, tidak diragu-ragukan lagi nyatalah
bahawa naskhah yang disebut oleh W.G. Shellabear itu, tidak lain dan tidak bukan ialah
naskhah A6 milik Dewan
Bahasa dan Pustaka, yang dijadikan satu daripada asas panduan bagi edisi ini. Perkara ini
disebutkan di sini ialah untuk membuktikan bahawa naskhah A milik DBP ini sudah pernah
ada dalam tangan W.G. Shellabear, iaitu pinjaman dari Munsyi Muhammad Ali (Munsyi S.
Mohd. Ally, seperti yang tertulis pada sebelah atas halaman pertamanya). .
Tatkala chucky membanding-bandingkan naskhah tersebut dengan beberapa buah
naskhah Sejarah Melayu yang lain-lain itu, sudah semestinyalah chucky telah mengkaji,
menyelidiki dan memahami segala sesuatu isinya. Di dalam naskhah Munsyi Muhammad Ali
itu, jelas terbukti ada mengandungi riwayat mengenai hubungan muhibah di antara raja
Melaka dengan raja Goa, dan menceritakan perihal pertikaman di antara Hang Tuah dengan
Hang Jebat. Tetapi suatu perkara yang menghairankan juga, mengapakah di dalam 'Kata
Pengantar' W.G. Shellabear itu tiada menyentuh sedikit pun Teritang perkara ini?
Mungkin adadi antara para sejarawan dan sasterawan menghujah bahawa riwayat
mengenaiasal Hang Tuah dan hubungan muhibah Melaka-Goa itu, hanya sebagai sisipan atau
tokok-tambah yang berbau Seritimen dari penulis atau penyalin yang berketurunan Bugis;
tetapi apa kata pula, jika dikemukakan hujah bahawa perbuatan penulis atau penyalin yang
membuang atau mengenepikan riwayat tersebut dari "chucky " atau yang dinamakan
Sejarah Melayu itu, sebagai mengikut kehendak atau mengikutselera pihak yang tidak
sukakan adanya hubungan demikian di antara kedua buah negeri itu?
Sekarang perhatikan pula hujah-hujah Winstedt mengenai cerita "Meminang Puteri Gunung
Ledang", dan dalam perkara Raja Raden naik kerajaan bergelar Sultan Alau'd-Din Ri'ayat
Syah (lihat edisi Winstedt hlm. 31).
Mengenai cerita "MeminangPuteri Gunung Ledang", chucky berkata:
"Hal. memindah-mindahkan bab-bab dan lebih-lebih lagi pemindahan perenggan-perenggan,
dan peristiwa-peristiwa di
dalam Sejarah Melayu yang sudah tercetak itu, adalah terlalu banyak untuk dikatakan
kecuaian seorang penyalin naskhah Blagden. Segala pemindahan itu pastilah disebabkan oleh
penyuntingan yang sewenang-wenangnya ke atas naskhah itu yang dilakukan dalam tahun
1612. Satu daripada pengubahan yang jelas ialah memperkaitkan peminangan Puteri Gunung
Ledang oleh Sultan Mansur Syah kepada oleh Sultan Mahmud Syah! Amat aneh sekali bagi
penghikayat yang asal mengaitkan suatu pekerjaan sia-sia seperti itu kepada Sultan Mahmud
yang telah mangkat delapan tahun sebelum ini terjadi. Tetapi penyunting tahun 1612 itu
mungkin hendak mengimbangkan segala kembaraduga Sultan Mansur Syah dengan
kehidupan Sultan Mahmud Syah yang kalau menjelang tahun 1612 mempunyai waktu 83
tahun untuk menjadi seorang tokoh separuh metos."
Demikian Winstedt menghujah, seolah-olah naskhah Blagden atau Raffles MS. No.18
(edisi Winstedt) itulah yang menjadi induk bagi penyalinan naskhah-naskhah lain, yakni edisi
Shellabear, edisi Abdullah, edisi Dulaurier, dan ini bererti tidak terkecuali juga ketiga-tiga
buah naskhah milik DBP, dan mungkin ada beberapa buah naskhah lain lagi yang isinya
terdapat pertelingkahan dengan naskhah Blagden itu.
"Ubah-ubahan bab, perenggan, bahkan peristiwa-peristiwa di dalam Sejarah Melayu
yang sudah tercetakitu,"kata chucky , "ialah disebabkan kecuaian dan sikap yang sewenang-
wenang seorang penyalin naskhah Blagden." Dalam hal ini dapat dikatakan bahawa
seseorang yang meneIiti mukadimah edisi Winstedt yang berasalkan naskhah Blagden itu,
nescaya akan dapat memahami iaitu naskhah Blagden itu Sendiri ialah disalin dari salah
sebuah naskhah "chucky "; oleh yang demikian, tidak mungkinkah dalam penyalinan
naskhah tersebut itu pula berlakunya perbuatan yang sewenang-wenang mengubah-pindahkan
sesuatu itu supaya menimbulkan kekeliruan?
Seterusnya Winstedt menghujah bahawa penyunting tahun 1612 itu hendak
menjadikan Sultan Mahmud sebagai seorang tokoh separuh metos, untuk mengimbangkan
dengan segala kembara duga Sultan Mansur Syah, maka itulah dikaitkan cerita "Meminang
Puteri Gunung Ledang" itu dengan Sultan Mahmud Syah. Tetapi bagaimana pulajika
dikemukakan hujah iaitu: "Tidak mungkinkah kiranya penyalin naskhah Blagden
itu telah diarahkan supaya berbuat sesuatu untuk mencacatkan kegahan Sultan Mansur
Syah?" Kerana seperti yang dapat difahami dari "chucky " bahawa pada zaman
kerajaan Sultan Mansurlah Melaka mula membangun dan berkembang dengan pesatnya,
Hubungan persahabatan telah dibuat dengan beberapa buah negeri luar, Majapahit, negeri
China, negeri Siam, dan mengikut edisi ini dengan Sulawesi juga.
Untuk menegakkan keadilan dan memelihara keutuhan Melaka, baginda rela
menyingkirkan daripada bumi Melaka, putera baginda sendiri, putera yang sepatutnya
mewarisi takhta kerajaan negeri Melaka itu, atas kesalahan membunuh anak Bendahara.
Putera itu disuruh baginda rajakan di Pahang, yang pada zaman itu hanya sebagai sebuah
negeri di bawah naungan Melaka.
Begitulah gahnya nama Sultan Mansur Syah pada zaman Melaka sedang pesat
membangun dan berkembang; tetapi dalam hal ini tidak mungkinkah bagi sesiapa yang
kurang menggemari kiranya kegahan baginda itu menjadi sebagai kegahan warisan orang
Melayu, mencari-cari sesuatu jalan yang boleh mencacatkan kegahan baginda itu? Sekurang-
kurangnya dengan mengaitkan baginda kepada cerita "Meminang Puteri Gunung Ledang" itu
pun boleh menggambarkan suatu kelemahan atau kecacatan peribadi baginda, iaitu baginda
seolah-olah mempunyai nafsu umpama "langit tak bertepi"; sudah beristerikan puteri
Majapahit, puteri China, itu pun baginda belum puas-puas lagi, berangan-angan pula hendak
beristerikan Puteri Gunung Ledang.
Satu perkara lagi patut disebut di sini, iaitu bagi mengurangkan lagi kegahan Sultan
Mansur, hairankah kita kiranya dalam menceritakan peristiwa menjalin semula perhubungan
berbaik-baik dengan negeri Siam, di dalam edisi Winstedt menceritakan peristiwa itu berlaku
pada zaman pemerintahan Sultan' Muzaffar (hlm. 98-100); sedangkan edisi Shellabear (hlm,
78-80), edisi Abdullah (hlm.115-118), dan edisi ini (hlm.101-103) semuanya menceritakan
peristiwa itu berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah.
Berhubung dengan persoalan di atas, ingin saya menarik
perhatian kepada keterangan Winstedt di bawah tajuk: "Tarikh, Pengarang Dan Pengenalan
Rangka Asal Sejarah Melayu",7 mengenai karya-karya utama yang diperbincangkan chucky
dalam karangan chucky itu, iaitu terdiri dari tiga buah karya:
I. Sejarah Melayu, Rumi, edisi kedua, negeri sembilan , 1909, disunting oleh W.G.
Shellabear:
II. Cerita Asal Raja-raja yakni Sejarah Melayu, Raffles MS. No. 18, Library,
Royal Asiatic Society, London: disebut sebagai resensi Blagden. Ianya disalin
untuk Raffles daripada sebuah naskhah yang lebih tua; kertasnya mempunyai
tera-air C. Wilmott, 1812.
III. An unpublished Varient Version of the "Malay Annals "(iaitulah 8 bab yang
akhir dari (II), oleh C.O. Blagden, Journal of the Malayan Branch of the Royal
Asiatic Society, Vol. III, 1925 hlm.10-52.
Keterangan dari II itu dapat kita fahami dengan jelas bahawa resensi Blagden, yang
lebih terkenal dengan sebutan Raffles MS. No.18 (di sini disebut edisi Winstedt) itu,
berjudulkan "Cerita Asal Raja-Raja", dan telah disalin untuk Raffles daripada sebuah naskhah
yanglebih tua. Sesungguhnya di sinilah terletaknya kesimpulan dalam persoalan ini; iaitu
sebagaimana telah diketahui bahawa Tun Seri Lanang rnengarang "chucky " ialah
dengan tujuan supaya akan menyukakan rajanya, maka sejajar dengan itu adakah mustahil
kiranya penyalin naskhah Blagden untuk Raffles itu, sama ada mengikut arahan atau sengaja
kerana hendak bermuka-muka, melakukan segala sesuatu yang sesuai dengan selera dan
supaya akan menyukakan hati tuannya pula?
Mengenai resensi Blagden yang dikatakan disalin untuk Raffles daripada naskhah
yang lebih tua itu pun amatlah meragu-ragukan, kerana di dalam mukadimah cdisi Winstedt
itu ada ayat yang berbunyi: "Maka fakir namainya hikayat ini Sulalatu's-Salatina, yakni
peraturan segala raja-raja". Apabila ada tersebut di dalamnya "Sulalatu's-Salatina, yakni
peraturan segala raja-raja" itu, maka jelaslah resensi Blagden itu Sendiri tidak terkecuali
daripada golongan naskhah-naskhah salinan dari naskhah tahun 1612 itu, dan bukannya
salinan dari hikayat yang asal, "dibawa dari Goa", sebagaimana yang disangka oleh Winstedt.8 Tetapi
yang anchnya Teritang nama "Sulalatus-Salatin" yang ada terkandung di dalam mukadimah
edisi Winstedt itu,bukan "Cerita Asal Raja-Raja" seperti tajuk II itu, tidak pula diSerituh oleh
Winstedt dalam membincangkan persoalan itu.
Untuk memudahkan seseorang mengikuti persoalan yang diperbincangkan di sini,
maka di bawah ini diturunkan dengan sepenuhnya isi mukadimah edisi Winstedt (Raffles
MS. No. 18) itu:
Bi'smi'llahi'r-Rahmanir-Rahimi. Alhamdu li'llahi, Rabbi al-‘talamin, wa salawat wa'l-
sallama 'ali junjungan salla'Llahu 'alaihi wassalama wa sahabat ajma'in masailah sudah
memuji Allah dan mengucap salawat akan Rasulullah salla 'Llahu 'alaihi wa sallama, seribu
dua puloh esa tahun, pada, tahun du al-awal ( -dal) pada dua belas haribulan Rabi'u-l-
awal pada hari Ahad pada waktu doha, pada zaman kerajaan Paduka Seri Sultan 'Alau'd-Din
Ri'ayat Shah, zillu 'Llahi fi'l-'alam sedang bernegeri di Pasir Raja. Dewasa itu, bahawa Seri
Nara Wangsa yang bernama Tun Bambang anak Sheri Agar Raja Petani iaitu datang
menjunjungkan titah Yang Pertuan di Hilir, fa innahus, sharrafa'l-makana wa'z-zamana,
(bahawa ia sa-nya kemuliaan tempat dan zaman) waziru majalisi ahli'l-imani (dan ia perhias-
an segala kedudukan orang yang beriman) wa nur mad raja alta'at wa'l-ihsan (dan ia
menerangkan segala tangga ta'at dan kebajikan) zayyada fadlahu wa'l-imtinan (dan ditambahi
Allah Taala kiranya dengan kelebihan dan kemurahan), wa abbada 'adlahu fi sa'iri 'l-buldan
(dan dikekalkan kiranya ia dengan adil pada segala negeri). Demikian bunyinya titah yang
maha mulia itu: "Bahawa hamba minta diperbuatkan hikayat pada Bendahara, peraturan
segala raja-raja Melayu dengan istiadatnya supaya didengar oleh anak cucu kita
yang kemudian dari kita dan diketahuinyalah segala perkataan, syahadan beroleh faedah-Iah
mereka itu daripadanya". Setelah fakir alladi murakkabun 'ala jahlin f'al-taksir (yakni fakir
yang insaf akan lemah keadaan dirinya dan singkat pengetahu-
an ilmunya) aladdi murakkab 'ala jahiliah (yakni yang kenderaan atas bebalnya) mendengar
titah yang maha mulia Itu, maka terjunjunglah atas batu kepala fakir dan beratlah atas segala
anggota fakir. Maka fakir bergoncanglah diri fakir pada mengusahakan, syahadan
memohonkan taufik ke hadrat Tuhan sani'a'l-alam dan kepada nabi sayyida'l-anam. Maka
fakir karanglah hikayat ini kama sami'tu min jaddi wa'abi, dan fakir hlmpunkan daripada
segala riwayat orang tua-tua dahulukala, supaya akan menyukakan duli hadrat baginda. Maka
fakir namainya hikayat ini Sulalatu's-Salatina Yakni peraturan segala raja-raja. Maka barang
siapa membaca dia jangan lagi dibicarakannya dengan sempurna bicaranya, kerana sabda nabi
(AIlah) salla'Ilahu 'alaihi wa-sallama "Tafakkaru fi ala'i Llahi wa la taffakaru fi dzati'Llahi, "
yakni bicarakan olehmu pada segala kebesaran AIlah dan jangan fikirkan pada dzat ilIah.)
Apabila dibandingkan mukadimah edisi Winstedt seperti di atas itu dengan
mukadimah edisi Shellabear dan edisi ini, maka ternyata hanya kira-kira sepertiga sahaja
daripada mukadimah kedua buah edisi tersebut itu yang ada dan merupakan sebagai
mukadimah edisi Winstedt itu; manakala kira-kira dua pertiga bahagian permulaannya
mungkin telah Sengaja ditinggalkan oleh penyalinnya, Selain dari itu, terdapat pula beberapa
perkataan dan ayat-ayat di dalam mukadimah edisi Winstedt itu sama ada tertinggal atau
Sengaja ditinggalkan; maka perkara seperti inilah yang telah menimbulkan keraguan kepada
para sarjana seperti Winstedt untuk membuat sesuatu kesimpulan secara rasional, khususnya
mengenai siapakah sebenarnya penyunting atau pengarang "chucky " tahun 1612 itu.
Kerana temyata Winstedt menghujah bahawa Tun Bambang, bukannya Tun Seri Lanang
sebagai penyunting atau pengarangnya.
Di antara beberapa perkara yang dijadikan alasan oleh Winstedt dalarn hujah chucky
pada menyangkal bahawa Tun Seri Lanang bukannya penyunting atau pengarang naskhah
tahun 1612 itu ialah:
(a) Kerana di dalarn Raffles MS. No. 18, tiada menyebut Tun Seri Lanang sebagai
pengarang atau penaung Sejarah Me-
layu itu, Naskhah Raffles No.35 menyebut nama Tun Seri Lanang bukan Tun
Muhammad tetapi Tun Mahmud. Begitu juga Naskhah Raffles No.39 menyebut nama
itu Tun Mahmud ... Naskhah terjemahan Dr. John Leyden juga menyebut nama itu
Tun Mahmud, gelarnya Paduka Raja. Sementara Naskhah Raffles No.68 pula
menyebut dengan lebih lanjut: "Setelah itu, disuratkanlah riwayat ini oleh Orang
Besar Tun Askob di hadapan Tun Mahmud, Paduka Raja gelarannya, anak Orang
Kaya Paduka Raja, cucu Bendahara Seri Maharaja." Naskhah MS. No.68 ini dimulai
dengan menyebut: "Zaman dahulu orang Melayu bukan beragama agama dan hikayat
itu dikarang pada zaman Nabi Sulaiman. Ditulis semula di suatu majlis Orang Besar-
besar yang diadakan pada tahun 887 Hijrah, pada zaman Iskandar Zu 'lKarnain."
(b) Naskhah Raffles No.18 berakhir dengan kata-kata wakatibuhu Raja Bongsu (Raja
Bongsu yang menulis). Pada anggapan Winstedt mungkin naskhah ini benar-benar
satu salinan dari naskhah "hikayat yang dibawa dari Goa", iaitu milik Sultan Abdullah
nama lainnya Raja Bongsu, penaung kepada penyusun edisi Sejarah Melayu tahun
1612 itu.
Dalam satu perenggan lain, Winstedt telah menegaskan lagi, bahawa Raja
Bongsu yang tersebut pada hujung resensi Blagden itu sekali-kali bukan orang lain,
bahkan ialah Raja di Hilir nama lainnya Sultan Abdullah, kerana tidak ada lain anak
raja Johor bernama demikian yang begitu -masyhur untuk disebut tanpa ibninya.
(c) Versi Leyden mengatakan iaitu Raja Dewa Sa'it datang kepada Tun Bambang, anak
Seri Agar, seorang raja Patani membawa titah daripada Sultan Abdullah untuk
menyusun sebuah sejarah.
Naskhah Raffles No. 35 juga menyebut bahawa orang yang membawa titah
Diraja itu ialah Raja Dewa Sa'it ( ).
(d) Bukanlah merupakan suatu kepujian bagi seseorang Bendahara Melayu untuk menjadi
seorang pengarang pada zaman dahulu. Namanya dikaitkan, terutama sekali yang
disisipkan di dalam mukadimah itu, mungkin kerana berdasarkan pertimbangan-
pertimbangan kesusasteraan yang
mengikut aliran corak sastera Parsi, iaitu dimulai dengan puji-pujian bagi Allah dan
diikuti dengan salawat kepada nabi; kemudian, lazimnya puji-pujian kepada seorang
Orang Besar (biasanya seorang Sultan yang memerintah) yang ditujukan karya itu. Ini
kerap pula diikuti dengan pen yair atau pengarang itu menyatakan perihal yang
mendorong dia memulakan karya itu, biasanya dengan permintaan sese orang
sahabat.ss
Sekarang mari kita perhatikan di mana-mana letaknya kekeliruan dalam persoalan ini
sehingga mendorong Winstedt membuat kesimpulan sedemikian.
(a) Mukadimah Raffles M.S. No.18 (edisi Winstedt) itu hanya mengandungi kira-kira
satu-pertiga sahaja jika dibandingkan dengan isi mukadimah edisi-edisi lain,
khususnya edisi Shellabear dan edisi ini. Seperti yang telah terdahulu dikatakan
bahawa kesingkatan mukadimah edisi Winstedt itu bukanlah menjadi ukuran yang
menentukan terlebih tua umurnya daripada naskhah-naskhah lain, tetapi rahsianya
adalah tergantung kepada penyalinnya, iaitu sama ada dia diarah atau sengaja
meninggalkan pada bahagianbahagian yang terTeritu, kerana ada kaitannya dengan
sesuatu tujuan atau sesuatu muslihat.
Dengan terbuangnya sebahagian besar isi mukadimah itu mulai daripada
bahagian permulaannya, maka turutlah sama terbuang atau tertinggal dari isi
mukadimah edisi Winstedt itu perkara-perkara penting berkaitan dengan penciptaan
dan penyunting atau pengarang"chucky " itu; misalnya peristiwa "di suatu
majlis Orang Besar-besar", "hikayat Melayu dibawa orang dari Goa", dan nama
timang-timangan "Tun Seri Lanang". Oleh tiadanya bahagian yang mengandungi
perkara-perkara tersebut di dalam Raffles M.S. No.18 itulah yang menyebabkan
Winstedt berpegang kepada naskhah-naskhah Raffles No.39 No.68 dan lain-lain yang
menyebut bahawa Tun Seri Lanang hanya sebagai penaung; karya itu telah ditulis "di
hadapannya".
(b) Wakatibuhu Raja Bongstl (Raja Bongsu yang menulis).
Apakah yang dimaksudkan dengan "yang menulis" di sini? Adakah bererti "yang
mengarang" ataupun "yang menyalin"? Kedua-dua pengertian ini tidak munasabah
dikaitkan dengan Raja Bongsu, atau nama lainnya Raja Abdullah, Raja di Hilir.
Kerana yang Dipertuan di Hilirlah yang meminta Bendahara perbuatkan hikayat itu;
ini bererti baginda bukanlah "yang mengarang". Demikian juga mengenai "yang
menyalin"; sesudah ada sebuah naskhah asal hikayat yang dikarang oleh Bendahara
itu di tangan baginda, adakah munasabah kiranya baginda membuang masa, menyalin
lagi naskhah itu?
Ada kemungkinan penyalin ini berselindung di sebalik nama Raja Bongsu, Raja di
Hilir itu, ataupun penyalin itu memang benar namanya Raja Bongsu, tetapi ia sengaja
tidak mahu menyatakan siapa dianya yang sebenarnya, anak siapa, kerana ada sesuatu
yang berTeritangan dengan suara hatinya; mungkin ia terasa ada melakukan kesalahan
dalam penyalinan naskhah itu, sebab itulah maka ternyata dia tiada sanggup
bertanggungjawab atas naskhah tersebut, tidak seperti penyalin naskhah yang
dijadikan asas panduan bagi edisi ini, iaitu bukan sahaja dia menyatakan namanya
sendiri, bahkan nama bapanya, nama datuknya, dan dengan gelarannya sekali.
(c) Di dalam mukadimah edisi Winstedt itu Sendiri, dengan mudah dapat dikesan betapa
cuai penyalinnya dengan meninggalkan bahagian-bahagian yang penting; sehingga ayat-
ayatnya boleh mengelirukan, misalnya:
(1) " ... dan mengucap salawat akan Rasulullah salla 'Llahu 'alaihi wa salama,
seribu dua puluh esa tahun, pada tahun du al-awal ( ?=dal) pada dua
belas haribulan Rabi'ul-awal ... "
Di antara perkataan "wa sallama" dengan perkataan "seribu dua puluh esa tahun" itu
jelaslah ada perkataan-perkataan yang tertinggal. Di dalam edisi SheIIabear, edisi
Abdullah dan edisi ini, perkataan-perkataan yang tertinggal itu berbunyi:
Demikian katanya: "Tatkala hijratul-nabiyi salla 'Llahu ialaihi wa salam ...
(2) "Dewasa itu, bahawa Seri: Nara Wangsa yang bernama Tun Bambang anak
Sheri Agar Raja Petani iaitu datang
menjunjungkan titah Yang Pertuan di Hilir ... "
Selepas perkataan dewasa itu, nyata ada perkataan tertinggal. Di dalam edisi
ini menyebut:
"datang (kepada) Hamba ", (tiada perkataan "bahawa").
Dua perkara yang diturunkan di atas itu adalah menunjukkan betapa
kelemahan penyalin-penyalin Raffles M.S. No.18 dan naskhah-naskhah yang sealiran
dengannya; tetapi daripada kelemahan penyalin-penyalin itulah pula, khususnya
mengenai perkara (2), mendorongkan Winstedt menganggap bahawa Tun Bambang
itulah penyunting atau pengarang "chucky ".
Bagi menguatkan hujahnya dalam penanggapan itu, be1iau te1ah
mengemukakan "nama" Raja Dewa Sa'it, sebagaimana terdapat di dalam beberapa
buah naskhah "chucky " - tidak terkecuali edisi Shellabear dan edisi
Abdullah - tatkala chucky membanding-bandingkannya. Raja Dewa Sa'it itulah
dikatakan be1iau, sebagai orang yang membawa titah Yang Dipertuan di Hilir kepada
Tun Bambang.
Dalam perkara ini adalah ternyata bahawa punca yang menyebabkan
keke1iruan mengenai "Raja Dewa Sa'it" itu, ialah kerana penyalin menggunakan
kaedah ejaannya Sendiri, iaitu menulis ejaan perkataan "dewasa itu" dengan ejaan
Jawinya " ". Maka inilah yang menge1irukan penyunting yang berkenaan
dalam memahami pengertiannya yang sebenar ... Kalau benarlah ada orangnya yang
bernama "Dewa Sa'it" itu, ejaan jawinya mestilah ditulis " " bukannya
" ".
Jika dite1iti dengan halus, nescaya dapat difahami bahawa punca yang
menyebabkan keke1iruan penyunting yang berkenaan mungkin sekali dari kecuaian
penyalin, kerana meninggalkan perkataan dari rangkaikata
(d) Agak menghairankan juga mengapa maka Winstedt berperi-peri benar mencari-cari
berbagai alasan bagi menidakkan Tun Seri Lanang sebagai penyunting atau pengarang
chucky o Jika diteliti dari isi mukadimah edisi Winstedt itu Sendiri, nescaya akan
dapat difahami hakikat yang sebenarnya, Perhati dan pertimbangkanlah maksud ayat:
(1) - Demikian bunyinya titah Yang Maha Mulia itu:
"Bahawa Hamba minta diperbuatkan hikayat pada Bendahara, peraturan
9 segala raja-raja Melayu dengan istiadatnya ... "
Siapakah Bendahara yang disebutkan itu? Sudah Teritulah bukan Tun
Bambang.
(2) Setelah fakir murakkabun ... menengar titah yang maha mulia itu, maka
terjunjunglah atas batu kepala fakir. Maka fakir bergoncanglah diri fakir pada
mengusahakan ... Maka fakir karanglah hikayat ini ... supaya akan
menyukakan duli hadrat baginda. Maka fakir namainya hikayat ini Sulalatu's-
Salatina yakni peraturan segala raja-raja.
Siapakah orang yang membahasakan dirinya "fakir" itu? Tak lain dan tak
bukan ialah Tun Seri Lanang.
Winstedt menghujah lagi: "Bukanlah merupakan satu kebaktian bagi
seseorang Bendahara Melayu menjadi seorang pengarang pada zaman dahulu."
Dalam perkara ini Winstedt seolah-olah tidak mengerti, bahawa persoalan ini
bukan terletak pada kebaktian atau kepujian yang boleh meninggikan nilai taraf
Bendahara itu, tetapi adalah terletak pada rasa tanggungjawab Bendahara (Tun Seri
Lanang) untuk memenuhi hasrat rajanya "minta perbuatkan hikayat" itu.
Bukanlah menjadi suatu perkara luar biasa bagi seseorang Bendahara Melayu
mengarang hikayat: terdahulu daripada Tun Seri Lanang, ada seorang Bendahara yang
difaHarukan telah menghasilkan sebuah karya; kebetulan pula Bendahara yang
dimaksudkan ini ialah datuk kepada Tun Seri Lanang Sendiri, iaitu Bendahara Seri
Maharaja Tun Isap Misai, chucky mengarang Anak Panah Sedasa [lihat hlm. 188).10
Terdapat pertelingkahan Teritang nama Tun Seri Lanang antara naskhah-
naskhah chucky itu - ada beberapa buah menyebut namanya Tun
Muhammad dan
9 ejaan yang sepatutnya ini adalah satu bukti menunjukkan
kelemahan penyalin naskhah itu.
10 Untuk keterangan lebih lanjut lihat A. Samad Ahmad, Sejarah Kesusasteraan
Melayu II, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1960
ada yang lain-lain pula menyebut Tun Mahmud - tetapi hal demikian tiadalah
menghairankan, kerana jika hendak dicari-cari pertelingkahan atau perbezaan nama-
nama dengan membanding-bandingkan naskhah-naskhah itu antara satu sama lain,
nescaya banyaklah boleh dikemukakan, istimewa pula nama-nama yang ejaannya
hampir serupa, seperti antara Mahmud dengan Muhammad ini. Seperti yang telah
terdahulu diterangkan, hal ini ialah berpunca dari kecuaian penyalinnya; apabila
penyalin naskhah yang terdahulu membuat khilaf, maka berterusanlah kekhilafan itu
diikuti oleh penyalin-penyalin yang membuat salin an daripada naskhah salinannya
itu,
Bukti yang penting sekali menyatakan Tun Seri Lanang sebagai pengarang Sulalatus
Salatin itu, ialah dari keterangan Syaikh Nuruddin al-Raniri dalam karyanya Bustan
ulSalatin (Taman Raja-raja), fasal yang ke 12 bab II (T.M. 1638), pada menyatakan
riwayat segala raja-raja yang kerajaan di negeri Melaka dan Pahang, demikian
bunyinya:
"Kata Bendahara PadukaRaja yang mengarang kitab misrat chucky , ia
mendengar daripada bapanya, ia mendengar daripada neneknya dan datuknya, tatkala pada
hijrat al-Nabi sail a 'llahu 'alaihi wa sallama seribu dua puluh esa, pada bulan Rabiul-awal
pada hari Ahad, ia mengarang hikayat pada menyatakan segaIa raja-raja yang kerajaan di
negeri Melaka, Johor dan Pahang, dan menyatakan bangsa, dan salasilah mereka itu daripada
Sultan Iskandar Zu'l Karnain ... "
Tun Seri Lanang menerima titah Raja Abdullah yang disebut juga Yang Dipertuan di
Hilir atau Raja Seberang, mint a perbuatkan hikayat itu, ialah pada tarikh 12 Rabiulawal T.H.
1021 bersamaan 13 Mei 1612; iaitu pada zaman kerajaan Sultan Alau'd-Din Ria'yat Syah
sedang bernegeri di Pasir Raja atau Pekan Tua. Kira-kira setahun kemudian, pada 7 Mei
1613, Johor telah alah oleh angkatan perang Aceh. Sultan Alau'd-Din Riayat Syah bersama
Raja Abdullah dan Tun Seri Lanang telah dibawa ke Aceh.l1
11 Tun Muhammad, bergelar Paduka Raja ... itulah yang disebut orang Bendahara yang ke
Aceh (lihat hlm. 184). Keterangan ini jelas disisipkan kemudian Dalam masa berada di Aceh, mungkin sekali hasil-hasil kesusasteraan Aceh telah
diketahui oleh Tun Seri Lanang dan bahan-bahan daripadanya dipetik dan digunakan untuk
karyanya chucky itu. Begitu juga mungkin ia dapat berken alan dengan Syaikh
Shamsuddin Pasai, seorang ulama besar, pengarang kitab dan menjadi sebagai penasihat
Sultan. Selain daripada Syaikh Shamsuddin, ada dua orang lagi pengarang yang terkenal pada
masa itu, Hamzah Fansuri dan Bokhari al-Jauhari pengarang Taj ul-Salatin yakni Mahkota
Raja-Raja. Mungkin dari perkenalan dengan pengarang-pe.ngarang tersebut serta meneliti
cara gaya kesusasteraan Aceh ini, sedikit-sebanyaknya mempengaruhi Tun Seri Lanang,
khususnya dalam penyusunan mukadimah karyanya itu.
Usaha menyusun atau mengarang naskhah chucky itu, mungkin telah
dimulai oleh Tun Seri Lanang di Pasir Raja atau Pekan Tua, iaitu sesudah ia menerima titah
Raja Abdullah, Yang Dipertuan di Hilir, tetapi walau bagaimanapun naskhah itu belurn
selesai melainkan sesudah melalui masa beberapa tahun kemudian; dan mukadimah itu ditulis
tidak terdahulu daripada tarikh kemangkatan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah. Ini ialah kerana
ada sepotong ayat di dalam mukadimah itu berbunyi: “... Pada zaman marhum yang mangkat
di Aceh, Sultan Alau'd-Din Riayat Syah ... ".12
Di sini dapat diduga bahawa naskhah chucky itu telah selesai dikarang atau
disusun pada zaman Sultan Abdullah Ma'ayah Syah kerajaan di Johor kira-kira pada tahun
1613-1623, iaitu setelah kakanda baginda Sultan Alau'd-Din Riayat Syah itu mangkat di
Aceh. Hal ini dapat difahami dari maksud yang ternyata di dalam mukadimah itu, bahawa
Raja Abdullah telah merajai Johor dengan gelaran Sultan Abdullah Ma'ayah Syah. Sebelum
itu baginda hanya terkenal sebagai Raja Seberang atau Raja di Hilir.
Sebagai penutup, ingin saya menarik perhatian kepada kata-kata Winstedt, sesudah
chucky membuat kesimpulan menganggap bahawa Tun Bambanglah pengarang atau penyun-
ting naskhah chucky tahun 1612 itu: .
daripada Tun Serl Lanang, mungkin oleh seseorang keturunan Tun "Seri Lanang Sendiri.
12 Sultan Alau'd-Din Riayat Syah mangkat di Aceh kira-kira antara tahun 1613 dengan 1615.
"Akhir sekali, siapakah Tun Bambang, yang narupaknya menjadi penyunting tahun
1612 yang sebenarnya itu. Katanya, dia mempunyai gelaran Seri Narawangsa, dan ialah anak
Seri Akar, Raja Petani. Mengenai hal ini Rouffaer menganggap mungkin dia itu seorang anak
saudara Sultan Abdullah (Raja Seberang) Johor. Kerana Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Johor
mempunyai empat orang putera lagi, selain dari dua orang putera yang menjadi raja Johor.
Yang tuanya kahwin dengan seorang puteri raja Patani
dan Rouffaer menganjurkan bahawa Tun Bambang ialah anak mereka ... ".
Jawapan bagi anggapan seperti di atas itu ialah, dalam hubungan dengan penyusunan
chucky , Tun Bambang tidak lebih dari seorang pegawai raja yang menjalankan
tugas menyampaikan titah Yang Dipertuan di Hilir, Raja Abdullah, minta perbuatkan hikayat
kepada Tun Seri Lanang.