• www.coklatx.blogspot.com

    www.coklatx.blogspot.com

  • www.kacangx.blogspot.com

    www.kacangx.blogspot.com

  • www.berasx.blogspot.com

    www.berasx.blogspot.com

Tampilkan postingan dengan label melayu 6. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label melayu 6. Tampilkan semua postingan

melayu 6

a, kararlah baginda kita pertuan, dan jika tiada dapat, baiklah tuan 
hamba juga jadi raja kami." Maka Patih Suatang pun pergilah mengadap Sang Si Perba 
bersama-sama dengan sekalian mereka itu. Maka sembah Patih Suatang, "Terlalulah bahagia 
kami sekalian merajakan tuanku di tanah Minangkabau ini; tetapi tuanku, ada seekor ular 
besar membinasakan perhumaan kami itu. Jikalau ada derma kumia tuanku, kami minta 
bunuhkan ular itu, kerana kami tiada dapat membunuh dia; berapa 'pun kami tetak dan kami 
tikam, tiada juga ia luka, jangankan matinya. Itulah kami minta bunuhkan kepada tuanku." 
Maka titah Sang Si Perba, "Baiklah, kamu tunjukkanlah aku tempatnya." Maka dibawa 
oranglah baginda kepada tempat ular itu.  
 
Maka ada seorang hulubalang baginda, Permasku Mambang namanya, maka ia 
dititahkan oleh Sang Si Perba membunuh ular itu. Maka curik Si Mandang Kini itu 
dikumiakan baginda kepadanya. Maka titah baginda, "Pergilah engkau bunuh ular itu dengan 
curikku ini, matilah olehnya." Maka ia pun pergilah bersama-sama mereka itu kepada temp at 
ular itu, Setelah ular itu mencium bau manusia, maka ular itu pun keluarlah hingga kepalanya 
dari dalam rongganya. Dilihatnya ular Sakti Mona itu berlingkar seperti busut yang besar 
rupanya. Setelah ular itu melihat Permasku Mambang, ia pun menggerakkan dirinya, maka 
diparang oleh Permasku Mambang, penggal tiga lalu mati. Maka Permasku Mambang pun 
kembalilah bersama-sama dengan sekalian mereka itu, mcngadap Sang Si Perba, 
persembahkan ular itu sudah mati, tetapi curik Si Mandang Kini sumbing seratus sembilan 
puluh. Maka Sang Si Perba pun terlalu sukacita, beberapa puji baginda akan Permasku 
Mambang serta dianugerahi baginda persalinan dengan sepertinya. Maka kerajaanlah baginda 
dalam Minangkabau, kararlah dengan Seritosa datang kepada anak cucu baginda,  
 Sebermula maka tersebutlah perkataan Tajitram Syah rosak di Laut Selbu, terdarupar 
ke pantai dengan beberapa orang lasykar baginda. Hatta sampai kepada sebuah kuala sungai 
bernama Belambang Majut, dahulunya sebuah negeri; Belambang Majutlah nama negeri itu, 
rajanya bernama Demang Kebayunan; dan ada anaknya seorang perempuan, terlalu baik 
rupanya bernama Raden Suwata Caratu, pancar ki ageng selang  juga. Pada masa itu 
Demang Kebayunan hilir bermain ke kuala dengan segala hulubalang, berjalan di pasir. Maka 
Demang Kebayunan pun bertemulah dengan Tajitram Syah duduk di bawah pohon ru, 
dihadap oleh lasykamya.  
 
Maka tanya Demang Kebayunan, "Dari mana tuan Hamba datang yang serupa ini? 
Apa sebabnya maka duduk di sini?" Maka sahut Tajitram Syah, "Adalah Hamba ini orang 
rosak, kena taufan!" Maka diceriterakannyalah daripada mulanya sampai ia rosak itu, habis 
diceriterakannya. Setelah Demang Kabayunan mendengar baginda itu anak raja besar, maka 
dibawanya kembali ke negerinya, didudukkan dengan anaknya yang bernama Raden Seridari 
itu. Maka beranaklah ia empat orang, dua orang lelaki dan dua orang perempuan. Seorang 
Ratna Dewi namanya, dan yang seorang lagi namanya Seri Dewi; yang lelaki itu yang 
seorang bernama Maniaka, dan seorang Nila Kama.  
 
Syahadan tatkala telah termasyhurlah raja turun ke Bukit Si Guntang itu daripada 
anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain, maka kata sahibul hikayat, datanglah suruhan raja 
China meminang. Maka didengamya Tajitram Syah itulah raja benua Keling, daripada anak 
cucu Iskandar Zul-Karnain ada di negeri Belambang Majut. Maka suruhan raja China itu pun. 
datanglah ke negeri itu meminang. Maka oleh Tajitram Syah diberikannya anakanda baginda 
yang bernama Seri Dewi itu, kerana ia yang tua,. ke benua China; dan seorang dipinang raja 
benua Jawa, Ratu Majapahit, diberikan baginda anakanda baginda yang bernama Ratna Dewi 
itu. Maka titah baginda "Berhubunglah benua China dan benua Jawa dengan benua Keling."  
 
Hatta, maka terdengarlah ke benua Keling Tajitram Syah rosak, ada duduk di dalam 
tanah Andalas, sebelah Laut Selbu; maka segala menteri baginda dalam Canda Kani 
datanglah  
 beberapa puluh buah kapal menjemput baginda. Adalah kata yang empunya ceritera, maka 
Tajitram Syahpun kembali membawa anakanda baginda kedua ke benua Keling. Demikianlah 
dalam hikayat, perkataannya yang sempuma. Maka adapun negeri Belambang Majut itu 
sekarang dinamai orang Bangkahulu, dahulukala negeri besar adanya.  
 
Mencari Tempat Baru Untuk Berbuat Negeri  
 
Alkisah maka tersebutlah perkataan Seri Teri Buana kerajaan di Palembang itu, ada 
pada suatu han baginda berfikir hendak mencari tempat berbuat negeri, kerana Palembang 
baginda tiada berkenan; lagi pula baginda hendak melihat laut. Maka baginda pun memanggil 
ki ageng selang . Setelah ki ageng selang  datang, maka titah baginda, "Apa bicara 
paman, adalah hamba ini hendak pergi bermain-main melihat laut." Maka sembah Demang 
Lebar Daun, "Baiklah tuanku, jikalau duli Yang Dipertuan akan berangkat patik 
mengiringlah, kerana patik tiada dapat bercerai dengan duli tuanku." Maka titah baginda, 
"Hamba pun tiada dapat bercerai dengan paman; segeralah paman berlengkap perahu."  
 
Maka ki ageng selang  pun menyembah, lalu keluar mengerahkan segala Orang 
Besar-besar yang akan dibawanya mengiring itu berlengkap perahu, membaiki alat Senjata. 
Maka mereka itu sekalian berlengkap; setelah sudah lengkap, maka ki ageng selang  pun 
memanggil saudaranya yang muda, katanya, "Tinggallah tuan hamba, peliharakan negeri ini 
baik-baik, hamba hendak mengiring duli Yang Dipertuan, barang ke mana kehendak baginda 
hamba iringkan." Maka kata saudaranya, "Baiklah." Maka ki ageng selang  pun 
masuklah mengadap Seri Teri Buana, persembahkan segala perahu itu sudah lengkap. Maka 
titah baginda, "Bermuatlah paman, tiga hari lagi kita pergi." Maka ki ageng selang  pun 
menyembah, lalu keluar mengerahkan segala orang yang akan dibawa itu bermuat; maka 
sekaliannya pun bermuatlah, masing-masing pada perahunya. Setelah genap tiga hari, maka 
Seri Teri Buana pun berangkatlah, berkenaikan telumba berdandankan emas bertatah 
permata, pebujangan lelayang berdandan perak bersendi tembaga suasa. Maka Demang Lebar 
Daun dengan segala menteri hulubalang masing-masing dengan perahunya, ada tongkang,  
 ada ganting, ada kelulus. Maka rupa perahu mereka yang mengiring itu terialu banyak, bagai 
tiada dapat dibilang rupanya penuh di laut; rupa tunggul panji-panji seperti awan berarak; 
rupa payung segala raja-raja dan catria seperti mega membangun; rupa tiang seperti pohon 
kayu. Setelah sampai ke kuala, lalu belayar menyusur.  
 
Hatta beberapa hari di laut, maka sampailah ke kuala Inderagiri" Maka titah Seri Teri 
Buana, "Apa namanya suiigar ini?" Maka sembah mereka yang pelayaran, "Kuala Kuantan 
tuanku, namanya." Maka tarupak pula gunung Lingga dari sana. Titah baginda, "Gunung 
mana yang kelihatan dua itu?" Maka sembah orang itu, "Gunung Lingga tuanku."  
 
"Setelah datang ke suatu selat, maka segala kelengkapan baginda pun kekurangan air; 
beberapa dicari oleh sekalian mereka itu tiada bertemu dengan air tawar, maka kalutlah 
mereka itu sekaliannya kehausan air. Maka titah Seri Teri Buana, "Lingkarlah rotan, 
carupakkan ke air itu." Maka dikerjakan oranglah seperti titah baginda itu, Maka baginda pun 
turun ke sampan, serta baginda bercita akan Raja Iskandar Zul-Karnain dan Raja Sulaiman 
'alaihi s-salam. Maka dicelupkan baginda ibu kaki ke dalam lingkaran rotan itu. Dengan 
anugerah Tuhan Yang Maha Kuasa, berkat pancar Nabi Sulaiman 'alaihi s-salam, air masin 
itu menjadi tawar. Maka segala kelengkapan baginda masing-masing mengisi air ke dalam 
terupayannya; maka dipanggil orang "Selat Air Tawar" datang sampai sekarang. Setelah itu 
maka sekalian kelengkapan baginda pun belayarlah mengiringkan baginda. Hatta sampailah 
ke Selat Sambu.  
 
Sebermula maka tersebutlah perkataan Raja Bintan, pada zaman dahulu baginda itu 
raja besar di bawah angin ini; raja itulah yang emp'unya nobat yang ada sekarang ini. Kata 
yang empunya ceritera, raja itu bernama Raja Ishar Syah, dan nama isterinya Iskandar Syah. 
Ada baginda beranak seorang perempuan bernama Wan Seri Beni Raja Ishar Syah itu pancar 
dari- A-40 pada Raja Banglung. Maka baginda kedua laki isteri sudah hilang, anakanda 
baginda Wan Seri Benilah kerajaan di negeri Bintan menggantikan kerajaan ayahanda bonda 
baginda, bemegeri di Bukit Bijana, di darat Telaga Tujuh, berbandar di Tanjung Bintan, 
bertimbalan Tanjung Siak Menanti; Teluk Bintan itulah labuhan dagang. Mangkubumi 
baginda yang ber-  
 nama Aria Bupala dan Menteri Bupala telah mendengar khabar raja yang dari Bukit Si 
Guntang itu datang dari Palembang ada di Selat Sambu; maka keduanya pun masuklah 
mengadap Wan Seri Beni persembahkan khabar itu.  
 
Maka titah Wan Seri Beni, "Apa bicara tuan Hamba akan anak raja itu datang ke teluk 
rantau kita ini?" Maka sembah Menteri Bupala, "Mana titah Hamba junjung, adalah pada 
pendapat Hamba, baik juga kita alu-alukan dia, kerana baginda raja besar." Maka titah Wan 
Seri Beni, "Sebenamyalah bicara tuan Hamba;" seraya menyuruh mendapatkan anak raja itu, 
"Jikalau ia tua katakan adinda empunya sembah, danjikalau ia muda katakan bonda empunya 
salam." Pada maksud baginda, jika raja itu tua dari baginda hendak diambil akan suami, dan 
jika muda hendak diambil akan anak.  
 
Maka Aria Bupala dan Menteri Bupala pun menyembah, lalu keluar berlengkap empat 
buah lancaran, dua buah diisinya dengan alat senjata, hulubalang menduduki dia; dan dua 
buah berisi sirih pinang dan segala buah-buahan tebu pisang serta makanan. Menterilah 
menduduki dia; maka Aria Bupalalah pergi jadi tuanya. Maka segala perahu itu pun pergilah 
mengikut dari Tanjung Rengas sampai ke Selat Sambu, tiada berputusan rupa perahu. Maka 
Aria Bupala pun sampailah kepada kelengkapan Palembang; maka disuruh sungsung oleh 
ki ageng selang  kepada Batala. Setelah bertemu lalu dibawanya mengadap.  
 
Setelah Aria Bupala melihat rupa Seri Teri Buana itu, maka ia pun tercengang 
seketika. Dipandangnya lagi Terigah muda, bangun teruna. Maka katanya, "Tuanku, paduka 
bonda empunya salam, tuanku dipersilakan paduka bonda masuk ke negeri; itu pun jikalau 
ada dengan tulus ikhlas duli tuanku." Maka titah Seri Teri Buana, "Lain-lain pula titah 
paduka bonda; adalah kita ke mari ini tuan, sahaja hendak mengadap bondalah." Maka Aria 
Bupala pun terlalu suka mendengar titah baginda itu; maka segala sirih pinang dan buah-
buahan dan makanan itu sekaliannya dipersembahkan oleh Aria Bupala. Maka sekaliannya 
itu pun disambut orang, disuruh bahagikan pada segala Orang Besar-besar dan segala mereka 
yang ada. Aria Bupala pun dengan segala menteri, hulubalang Teritera yang sertanya itu 
dipersalin baginda dengan sepertinya, maka sekaliannya menjunjung duli baginda.  
 Setelah itu titah Seri Teri Buana, "Katakan sembah kita kepada paduka bonda itu, 
esoklah kita mengadap paduka bonda," Maka sembah Aria Bupala, "Baiklah tuanku," serta ia 
bermohon kepada baginda dengan segala menteri hulubalang yang sertanya, lalu turun 
kembali mengadap Wan Seri Beni. Maka segala kata-kata, peri kelakuan Seri Teri Buana itu 
semuanya dipersembahkannya kepada Wan Seri Beni. Maka baginda pun hairan serta dengan 
sukacitanya, seraya menyuruh menghiasi negeri. Maka segala kelengkapan Bintan, lancaran 
tiang tiga, selur, dendang dan jong diatur oranglah, semenjak dari Tanjung Rengas sampai ke 
Karas Besar tiada putus lagi kelengkapan Bintan, demikian ceriteranya pada zaman 
dahulukala; dan perahu dagang yang ada da1am labuhan Teluk Bintan, tidar, data dan 
banting, semuanya diundurkan orang, ada yang ke hulu ada yang ke hilir Teluk Bintan. ltulah 
diperbuat orang pantun.  
 
Teluk Bintan labuhan dagang, 
Tempat mengail parang-parang;  
Adakah hitam pinggangnya ramping, 
Bagai bunga sudah dikarang. 
  
Setelah keesokan harinya, maka segala kelengkapan Palembang pun kelihatanlah dari 
atas pelarian kota; maka gemparlah segala orang mengatakan Seri Teri Buana telah kelihatan 
kelengkapannya. Maka Aria Bupala dengan segala hulubalang Bintan pun dititahkan oleh 
Wan Seri Beni mengalualukan baginda itu. Maka sekaliannya pergilah mengalu-alukan. 
Maka bertemulah kelengkapan Palembang dengan kelengkapan Bintan, selaku-laku akan 
berperang lakunya; rupa tunggul, panji-panji, merawal dan ambul-ambul seperti taruk kayu 
dalam hutan ditiup angin; bersatu rupanya keluar dari Tanjung Rengas itu, seperti kawan 
semut beriring-iring rupanya. Maka gemuruhlah bunyi bahananya, tempik sorak suara rakyat 
antara kedua pihak itu berdayung, bercampur dengan segala bunyi-bunyian, gegak-gempita 
bahananya.  
 
Maka kelihatanlah kenaikan Seri Teri Buana bemyala rupanya, berseri rupa alat 
perhiasan, menyusup rupanya datang. Maka Menteri Bupala pun telah hadirlah di jambatan 
dengan segala menteri sida-sida, bentara menanti. Maka kenaikan Seri Teri Buana pun 
terkepillah di jambatan ber-  
 kembar dengan perahu ki ageng selang . Maka Menteri Bupala pun mengepilkan gajah 
menyambut baginda turun, maka baginda pun naiklah ke atas gajah ki ageng selang  
mengepilkan gajah baginda.  
 
Syahadan di Bintan gajah memangku puan baginda, dan Demang Mangku Raja, 
saudara ki ageng selang , menyandang pedang badram belawa, dengan segala penjawat 
baginda berjalan di hadapan gajah baginda; Menteri Bupala memegang gading kanan, Aria 
Bupala memegang gading kiri. Maka payung iram-iram kerajaan putih pun terkembanglah 
empat, serta cogan kerajaan panji-panji alam pun terdirilah. Maka diarak oranglah baginda 
masuk ke dalam kota Bintan dengan segala bunyi-bunyian diiringkan oleh segala menteri 
hulubalang kedua buah negeri itu, terlalu sabur rupanya. Mereka yang melihat bersesak 
bertindih-tindih sepanjang pasar itu. Maka disuruh arak oleh Wan Seri Beni langsung sekali 
ke dalam; maka diarak oranglah masuk ke dalam rong sekali, terkepil di atas rong dalam.  
 
Maka ki ageng selang  dengan Menteri Bupala segera menyambut baginda, maka 
baginda berjalanlah di seri balai, naik langsung semayam di atas singgahsana Raja Ishar 
Syah, ayahanda Wan Seri Beni. Syahadan Wan Seri Beni pun telah semayam di seri 
penghadapan dihadap sekalian isi istana dan segala isteri Orang Besar-besar, Maka Demang 
Lebar Daun pun diatur bertimbalan dengan Aria Bupala, dan yang lain daripada itu masing-
masing kepada peraturannya, penuh pepak mengadap Seri Teri Buana di balairung.  
 
Jadi Anak Angkat Raja Perempuan Bintan  
 
Maka puan daripada Wan Seri Beni pun dipersembahkan bentaralah kepada Seri Teri Buana. 
Maka titah Wan Seri Beni, "Ya anakku tuan, santaplah sirih bonda yang tiada dengan 
sepertinya. Besamya untung banda, tuan datang ke negeri ini, dan kerajaanlah tuan di sini; 
bonda pun tiada empunya anak, tuanlah anak banda, dan tuanIah yang empunya negeri 
Bintan ini dengan segala bala Teriteranya, bonda berikan kepada tuan, mana perintah tuanlah 
akan bala Teritera tuan;akan segala alat kerajaan banda kepada tuanlah bonda salinkan." 
Maka baginda pun menyuruh menghiasi istana bonda baginda, Puteri Iskandar Syah, dengan 
selengkap alat perhiasan yang  
 keemasan, bertatahkan ratna mutu manikam. Maka baginda menyuruhkan isteri Menteri 
Bupala dengan segala isteri Orang Besar-besar menjemput Raden Ratna Cendera Puri 
usungan emas berpermata, berkhemah badar sila, bertabir dewangga pirang.  
 
Maka pergilah isteri Menteri Bupala bertandu mengiringkan usungan emas itu dengan 
isteri Orang Besar-besar, diikut oleh segala pegawai serta dengan alat senjatanya. Sete1ah 
sampai, maka isteri Menteri Bupala dengan segala yang bersamanya itu pun turunlah kepada 
kenaikan Seri Teri Buana, mendapatkan Raden Ratna Cendera Puri. Setelah bertemu maka 
sekaliannya duduk menyembah serta dengan berkenan memandang baginda, terlalu baik 
parasnya, sedap Manis barang lakunya.  
 
Maka sembah Menteri Bupala, "Tuanku, paduka banda empunya salam, tuanku 
dipersilakan paduka banda naik ke istana. Maka ujar Raden Ratna Cendera Puri, "Titah duli 
paduka Suri itu Hamba junjunglah; Hamba lagi menanti raja turun mengadap duli baginda." 
Maka sembah isteri Menteri Bupala, "Sudah maklum tuanku, paduka kakanda, paduka bonda 
menitahkan patik sekalian mengadap, persilakan duli tuanku."  
 
Maka Terigah berkata-kata itu, ki ageng selang  pun datang dititahkan Seri Teri 
Buana, mengambil anakandanya, Maka Raden Ratna Cendera Puri pun naik ke atas usungan, 
bersama-sama isteri Bupala dan bondanya; yang lain dari itu masing-masing berjalan di tanah 
dengan segala inang pengasuh, dayang-dayang mendara perwara. Adalah Raden Cendera Puri 
terlalulah ramai berjalan mengiringkan usungan itu masuk ke dalam. Setelah sampai ke istana 
Wan Seri Beni, maka Raden Ratna Cendera Puri pun turunlah, naik ke istana diiringkan 
sekalian yang berserta dengan baginda itu.  
 
Setelah Wan Seri Beni melihat anakanda bagindaitu, maka baginda pun bangkit dari 
atas petarana menyambut tangan Raden Ratna Cendera Puri, dibawa semayam bersama-sama 
di atas peterana itu. Maka Raden Ratna Cendera Puri pun tundukmenyembah duli Wan Seri 
Beni maka dipeluk dicium baginda serta berkenan memandang rupa dan laku Raden Ratna 
Cendera Puri itu; maka jatuhlah hati baginda terlalu kasih. Maka diperjamu bagindalah 
dengan segala nikmat dan  
 dipersalin dengan pakaian raja-raja yang keemasan, bertatahkan ratna mutu manikam. Maka 
baginda Sendiri menghantarkan Raden Ratna Cendera Puri ke istana bonda baginda, Puteri 
Iskandar Syah. Setelah itu baginda pun kembali ke istana Sendiri.  
 
Maka diceriterakan oleh orang yang empunya ceritera, adalah Seri Teri Buana akan 
kerajaan di Bintan ditabalkan oleh Wan Seri Beni dan dinobatkan; segala menteri hulubalang 
bala Teritera Bintan dan Palembang mengadap nobat baginda; Betalalah membaca ciri; gelar 
baginda Seri Teri Buana juga. ki ageng selang  dijadikan oleh Wan Seri Beni akan 
Bendaharanya. Menteri Bupala dan Aria Bupala menjadi Menteri dan Penghulu Hakim. 
Demang Mangku Raja dititahkan Seri Teri Buana pulang ke Palembang menjadi kerajaan di 
hulu. Kata sahibul hikayat ialah asal raja Palembang yang ada sekarang ini.  
 
Hatta maka tersebutlah anak cateria China yang tinggal di negeri Belambang Majud, 
terlalu baik rupanya. Maka ia tiada juga duduk di dalam negeri itu, lalu ia pergi ke 
Palembang. Maka oleh Demang Mangku Raja, dipersembahkan ke Bintan, ke bawah duli 
Seri Teri Buana. Maka oleh baginda didudukkan dengan Puteri Tanjung Buih; maka daripada 
anak cucunyalah yang lelaki dipanggil orang "awang" dan yang perempuan dipanggil "dara", 
dan itulah asal "perawangan" dan "perdaraan" pada zaman Melaka. Maka negeri Bintan 
makmurlah selama Seri Teri Buana kerajaan itu, sampailah kepada dua tahun baginda di atas 
kerajaan Bintan.  
 
Pada suatu hari, baginda berkira-kira hendak membawa isteri baginda bermain-main 
ke Bengkilau. Maka baginda menyuruhkan Aria Bupala mengadap banda baginda, Wan Seri 
Beni; titah baginda, "Katakan sembah Hamba kepada bonda, bahawa hamba hendak 
membawa perempuan bermain-main ke Bengkilau." Maka Aria Bupala pun menyembah, lalu 
masuk mengadap Wan Seri Beni, persembahkan seperti titah Seri Teri Buana itu, Maka titah 
Wan Seri Beni, "Mengapa maka anakku hendak pergi bermain-main jauh? Bukankah ada 
pelanduk dan kijang rusa berpuluh-puluh reban? Dan kerbau lembu berpuluh-puluh kandang? 
Dan ikan udang berpuluh-puluh kolam? Maka ia hendak pergi bermain-main jauh; dan 
bunga-bunga dan buah-buahan dengan tamannya, dan  
burung ada dengan sangkarannya, tiadalah kita beri anak kitapergi."  
 
Setelah Aria Bupala mendengar titah Wan Seri Beni itu, maka ia pun menyembah lalu 
mengadap Seri Teri Buana, persembahkan semua titah Wan Seri Beni itu habis 
dipersembahkannya kepada baginda. Maka titah baginda, "Baliklah tuan Hamba pula, 
persembahkan sembah Hamba. Jikalau Hamba tidak diberi bonda pergi pun serba mati; 
kematian Hamba walau ditirupa rambut yang sehelai pun Hamba mati." 
 
Maka Aria Bupala pun bermohonlah kepada baginda, mengadap Wan Seri Beni, 
persembahkan seperti titah Seri Teri Buana itu. Maka Wan Seri Beni pun tiadalah terkata-
kata lagi seraya baginda bertitah, "Daripada anak kita mati, biarlah dia pergi. Segala kamu 
sekalian pun pergilah iringkan anak kita itu, jangan taksir membelakan anak kita itu," Maka 
Aria Bupala pun menyembah Wan Seri Beni, lalu mengadap Seri Teri Buana. Segala titah 
Wan Seri Beni itu semuanya dipersembahkannya kepada baginda. 
 
Maka Seri Teri Buana pun menitahkan ki ageng selang  berlengkap. Maka 
ki ageng selang  pun menyuruhkan segala hulubalang berhadir perahu akan mengiring 
itu, seraya menyuruhkan orang berhadir kenaikan, den dang panjang lima belas; 
pembujangan-pembujangan panjang dua belas; kayuh-kayuhan - se1ur panjang sepuluh; 
penanggahan-te1entam panjang tiga belas. Maka terkenalah sekalian alatnya; dan perahu 
gendang adap-adap. 
 
Setelah rata sudah bermuat harta dengan rakyat, maka ki ageng selang  pun 
masuk mengadap baginda, sembahnya, "Adalah yang seperti titah itu, telah sedialah tuanku 
patik hadirkan." Maka Seri Teri Buana pun berangkatlah turun ke kenaikan, membawa isteri 
baginda diiringkan segala isi istana baginda. Maka segala Orang Besar-besar yang mengiring 
itu pun turunlah, masing-masing pada perahunya. Sete1ah itu maka nafiri pun ditiup oranglah 
di haluan kenaikan; maka kenaikan pun berkayuhlah maka sekalian perahu pun bergeraklah, 
ada yang berdayung, ada yang berkayuh, terlalu banyaknya seperti kapar penuh rupanya 
lautan; gemuruh bunyi bahana rakyat yang bergolot itu, bercampur dengan bunyi rebana dan 
sorak suara segala biduan. Maka terlalulah sabur bunyinya, adalah rupa perahu dari Teluk 
Bintan ke 
 
Telah sampai ke Bengkilau, maka baginda pun berhenti di sana membawa Raja 
Perempuan turun ke padang mengambil buah kemunting, diiringkan segala dayang-dayang 
mendera perwara dan segala menteri hulubalang sekalian terlalu ramai. Maka titah Seri Teri 
Buana pada Menteri Bupala, "Tanjung mana yang di seberang itu?" Maka sembah Menteri 
Bupala, "Tanjung Bemban tuanku, namanya." Maka titah  baginda, "Niat kita hendak ke 
sana;" lalu baginda berangkat turun membawa isteri baginda ke kanaikan. Maka sekaliannya 
pun turun ke perahu, nafiri pun berbunyilah; maka sekaliannya mengiring ke kenaikan 
menuju tanjung itu. Setelah sampai maka baginda pun turunlah ke pasir, membawa isteri 
baginda mengambil remis dan karang-karangan, diiringkan mendara perwara dan segala isteri 
Orang Besar-besar yang pergi berburu.  
 
Kata sahibul hikayat adalah berburu itu dari Tanjung Bemban sampai ke sebelah 
Tanjung Serigkuang, ke barat Terang. Kenaikan dengan sekalian perahu mengikut ke sana. 
Maka berburu itu sampai kepada bukit. Maka anjing baginda terjun diHambat seekor 
pelanduk putih. Maka titah baginda, "Baiklah temp at ini diperbuat negeri, anjing alah oleh 
pelanduk, jika manusia betapa lagi?" Maka titah baginda kepada ki ageng selang , 
"Paman kerahkan orang menebas tempat ini, kita perbuat negeri;" seraya baginda berjalan 
naik ke atas bukit itu. Serta baginda memandang ke seberang maka kelihatanlah pasir 
merentang terlalu putih. Maka baginda bertanya kepada Menteri Bupala, "Tanah mana 
pasimya yang merentang putih di seberang itu?" Maka sembah Menteri Bupala, "Pasir di 
sebelah tanah besar tuanku, Temasek namanya." Maka titah baginda, "Sekarang apa bicara 
segala orang, kerana kita mau ke sana, terlalu sekali kita berkenan memandang dia." Maka 
sembah ki ageng selang , "Jikalau duli Yang Dipertuan hendak ke sana, baiklah tuanku 
memberi tahu paduka bonda."  
 
Maka baginda pun menitahkan Aria Bupala berbalik ke Bintan, mengadap Wan Seri 
Beni, persembahkan segala pesan Seri Teri Buana mengatakan baginda hendak ke sana. 
Maka Aria Bupala pun menyembah, lalu pergi berbalik ke Bintan. Setelah ia sampai lalu 
mengadap Wan Seri Beni, persembahkan  
  
segala pesan Seri Teri Buana itu. Maka titah Wan Seri Beni, "Yang mana kesukaan anak 
kitalah; bawalah oleh kamu alat anak kita sekaliannya dan segala pegawai dan rakyat; setelah 
sudah Teritu, kita pun ke sana."  
 
Setelah itu maka Aria Bupala pun menyembah lalu berbalik mengadap Seri Teri 
Buana, yang seperti titah baginda itn semuanya dikerjakannya, serta membawa segala rakyat 
serta pegawai Bintan itu. Maka sembah Aria Bupala, "Paduka bonda empunya salam; titah 
paduka bonda, yang mana kesukaan duli tuanku itu,. kesukaan bondalah. Semua rakyat dan 
pegawai Bintan ini akan mengiringkan duli tuanku. Paduka bonda pun akan mengiku t duli 
tuanku juga, jikalau sudah Teritu duli tuanku bertempat."  
 
Temasek Dijumpai  
 
Maka Seri Teri Buana terlalu sukacita serta baginda mengerahkan segala orang akan 
menyeberang. Maka sekaliannya berhadirlah; setelah waktu dinihari lepas nobat, maka nafiri 
berangkat pun berbunyilah, maka sekaliannya menyeberanglah mengikut kenaikan, hingga 
penuhlah rupa lautan itu dengan perahu, menuju Temasek.  
 
Hatta dengan takdir Allah Taala, setelah mengirap pasir, maka turunlah ribut barat daya, 
terlalu besamya serta dengan ombaknya. Maka berpecahlah sekalian perahu itu, yang 
bersama dengan kenaikan itu hanya empat buah perahu juga; pertama perahu Demang Lebar 
Daun, dan perahu Menteri Bupala dan perahu Hatala. Empat buah perahu itulah yang tiada 
bercerai dengan kanaikan baginda. Maka berapa dipertimbakan kenaikan itu tidak mahu 
kering air ruangnya, masih hingga lutut juga. Maka titah baginda, "Buanglah segala isi 
perahu itu, supaya ia timbul." Maka dibuang oranglah segala muatannya, tiada juga timbul, 
Makin banyak pula air ruangnya. Titah baginda, "Buang pula biar habis sekali buangbarang 
itu." Maka segala semberib, piring, talam emas, bokor emas dan perak dan tembaga suasa 
sekaliannya habis dibuangkan orang.  
 
Syahadan datanglah ke Teluk Belanga, maka kenaikan itu tiadalah tertimba lagi, lalu 
akan Teriggelam. Maka titah baginda, "Apa yang ada 1agi di dalam perahu ini, maka tiada ia 
mahu timbul ini?" Maka sembah Menteri Bupala, "Pada pendapat  
 patik, kalau sebab mahkota kudrat itu juga tuanku, maka kenaikan demikian halnya." Maka 
diambil mahkota itu, lalu diletakkan baginda ke air. Sekonyong-konyong teduhlah ribut itu 
dan ombak pun Teriang seperti air di dalam balang. Maka didayungkan oranglah ke pantai; 
setelah datang ke pantai maka baginda pun turunlah, membawa isteri baginda diiringkan 
mendara perwarasekalian, bermain di padang Temasek itu, Maka segala perahu yang banyak 
itu pun datanglah semuanya berkampung, dan segala Orang Besar-besar itu turun dengan 
isterinya mengadap baginda dua laki isteri. Maka Seri Teri Buana pun berangkat melihat 
tanah Temasek itu diiringkan segala Orang Besar-besar. Dipandang baginda terlalu molek 
perbuatan tanah itu, bukit tanahnya dan rata di atasnya, dan padang di negaranya.  
 
Maka baginda semayam di bawah pohon jambu laut, dihadap segala Orang Besar-
besar, berbicara hendak membuat negeri; seraya menitahkan rakyat menebas kayu di padang 
itu. Maka segala rakyat pun naiklah menebas; sekonyong-konyong melintas seekor binatang 
maha tangkas lakunya, merah wama bulu tubuhnya, kehitam-hitaman kepalanya, dan putih 
dadanya; sikapnya terlalu perkasa, besar sedikit daripada kambing randuk. Setelah ia melihat 
orang banyak itu. lalu ia melorupat, ghaib daripada mereka itu. Maka titah Seri Teri Buana, 
"Apa nama binatang yang serupa itu?" Maka seorang pun tiada menyahut. Maka sembah 
ki ageng selang , "Tuanku, ceritera orang patik dengar, yang demikian sifat dan kelakuan 
binatang itu, singa konon namanya, tuanku."  
 
Maka titah baginda, "Patutlah kita perbuat negeri tempat ini, kerana binatang gagah ada di 
dalamnya; dan sebutlah Temasek ini negeri sembilan ;" sampailah sekarang disebut orang 
"negeri sembilan ". Setelah itu baginda pun menitahkan Aria Bupala ke Bintan. Titah baginda, 
"Katakan, paduka anakanda empunya sembah, tiadalah paduka anakanda berbalik ke Bintan 
lagi, di Temaseklah paduka anakanda berbuat negeri. Jikalau ada kasih bonda, hamba minta 
sekalian rakyat serta gajah, kuda dan bonda pun tuan hamba bawa sekali. "  
 
Maka Aria Bupala pun menyembah lalulah menyeberang dengan segala pegawai, dan 
dua tiga puluh perahu, dengan kenaikan Wan Seri Beni lancaran bertiang tiga. Setelah ke 
Bintan  
 maka Aria Bupala pun naik mengadap Wan Seri Beni, persembahkan segala pesan Seri Teri 
Buana itu. Maka Wan Seri Beni pun menyuruh berlengkap pada segala Orang Besar-besar, 
mengerahkan rakyat sekalian bermuat gajah, kuda ke perahu. Setelah mustaed, maka Wan 
Seri Beni pun pergilah ke negeri sembilan . Setelah sampai maka sekaliannya naiklah; maka negeri 
negeri sembilan  pun telah sudahlah diperbuat orang dengan kota paritnya, dan dengan segala istana 
dan balairung dalam dan balairung luar, serta sekalian rumah orang, kedai dan pasar; terlalu 
indah perbuatan negeri negeri sembilan  itu.  
 
Maka Seri Teri Buana pun semayamlah di istana sebuah seorang dengan Wan Seri 
Beni kerajaan dalam negeri sembilan . Terlalulah makmumya negeri itu, adalah labuhan dagang 
dari Teluk Tanjung Ru, sampailah ke parit, kampung orang; dari negeri itu sampai ke Tanah 
Merah bertemu bumbungan rumahnya, dan ki ageng selang lah memerintahkan negeri 
itu, Maka Seri Teri Buana pun ditabalkan pula oleh Wan Seri Beni di negeri sembilan  itu. Anak 
Menteri Bupala dititahkan di Bintan, bergelar Tun Telanai, zaman itu dikumiai sirihnya dan 
air, nasinya makan di balai bertetarupan belaka, dan sampai ke anak cucunya bergelar Telanai 
juga tiada lain, kerana ia asal Bendahara Bintan. Wallahu a'lamu bis-sawab wa ilaihilmaryi'u 
wal-ma 'ab.  
 
 Puteri Nila Pancadi ke negeri sembilan  
 
ALKISAH maka tersebutlah perkataan raja di benua Keling, Adi Rama Raja Mudaliar 
namanya, asalnya daripada anak cucu Raja Suran, raja di negeri Bijaya Negara. Maka 
baginda beranak seorang lelaki bernama Cambutharam Mudaliar; setelah Adi Rama Mudaliar 
mati, maka anakanda baginda Jambuga Rama Mudaliarlah kerajaan, Maka baginda beranak 
seorang perempuan, Tuan Puteri Nila Pancadi namanya, terlalu baik parasnya. Maka 
masyhurlah pada segala negeri baik parasnya Tuan Puteri itu. Maka beberapa puluh raja-raja 
yang meminang dia, tiada diberikan ayahnya.  
 
Sebermula Seri Teri Buana pun beranak dua orang lelaki, terlalu baik paras rupanya 
anakanda baginda kedua itu; yang tua bernama Raja Kecil Besar, dan yang muda bernama 
Raja Kecil Muda, dipelihara baginda dengan sepertinya. Setelah besarlah kedua anakanda 
baginda itu, maka terdengarlah baik paras Tuan Puteri Nila Pancadi itu ke negeri sembilan . Maka 
Seri Teri Buana pun memerintahkan Aria Bupala dengan Maha Indera Bijaya utusan ke 
benua Keling, meminang Puteri Nila Pancadi itu akan anakanda baginda Raja Kecil Besar. 
Maka Aria Bupala dengan Maha Indera Bijaya pun belayarlah ke benua Keling.  
 
Hatta berapa lamanya di laut maka sampailah ke negeri Bijaya Negara; maka disuruh 
sambut oleh Raja Jambuga Rama Mudaliar surat dari negeri sembilan  itu, dengan dihormati diarak 
berkeliling negeri baginda. Maka disuruh baea kepada juru-  
bahasa. Setelah diketahui bagindalah ertinya maka Raja  Jambuga Rama Mudaliar pun terlalu 
sukacita, maka titah Raja Jambuga Rama Mudaliar, "Berkenanlah kita akan kehendak saudara 
kita itu, tetapi jangan saudara kita bersusah-susah menyuruhkan anakanda baginda ke mari; 
biarlah kita menghantarkan anak kita ke negeri sembilan ." Sete1ah itu maka Aria Bupala dan Maha 
Indera Bijaya dipersalin baginda dengan sepertinya, serta diperjamunya.  
 
Setelah musim balik maka Raja] ambuga Rama Mudaliar pun membalas surat serta 
bingkisan. Maka Aria Bupala dan Maha Indera Bijaya pun bermohonlah kepada baginda itu 
lalu belayar. Antara berapa lamanya di laut maka sampailah ke negeri sembilan . Maka Seri Teri 
Buana menitahkan ki ageng selang  menyambut surat dari benua Keling itu. Maka 
pergilah ki ageng selang  menyambut surat itu seperti adat segaIa raja-raja yang besar-
besar demikianlah dip erbu at. Maka lalu diarak sampai ke balai ruang luar, maka surat itu 
pun die sambut oleh bentara, lalu dipersembahkan kepada Seri Teri Buana. Maka disuruh 
baca oleh baginda. Sete1ah diketahui oleh baginda ertinya, maka baginda pun terlalu 
sukacita. Maka Aria Bupala dan Maha Indera Bijaya pun menjunjung duli baginda, serta 
dipersembahkan segala pesan Raja Jambuga Rama Mudaliar itu, makin bertambah-tambah 
sukacitanya baginda mendengar dia.  
 
Hatta datanglah kepada musim kapal datang, Raja Jambuga Rama Mudaliar pun 
menyuruh berlengkap beberapa buah kapal. Setelah sudah lengkap maka anakanda baginda 
Tuan Puteri Nila Pancadi disuruh baginda hantarkan kepada empat puluh orang hulubalang 
Keling, Andul Nina Mara Kulina nama panglimanya. Maka Puteri Nila Pancadi pun naiklah 
ke kapal dengan lima ratus orang dan dayang-dayang perwaranya. Maka hulubalang itu pun 
belayarlah membawa Tuan Puteri Nila Pancadi dengan segala kapal itu, beberapa sambuk 
dan batil sertanya.  
 
Setelah berapa lamanya dari benua Keling, maka sampailah ke negeri sembilan . Maka 
disuruh sambut dengan hormat dan mulianya, diberi baginda sebuah istana terlalu indah-
indah dengan besamya. Setelah itu maka Seri TeriBuana pun memulai pekerjaan berjaga-jaga 
akan mengahwinkan anakanda baginda Raja Kecil Besar dengan Tuan Puteri Nila Pancadi.  
 Tiga bulan lamanya berjaga-jaga itu, setelah datang kepada ketika yang baik, maka anakanda 
baginda Raja Kecil Besar pun dikahwinkan oleh Batala dengan Puteri Nila Pancadi. 
Syahadan anakanda Raja Kecil Muda pun dikahwinkan dengan cucu saudara Demang Lebar 
Daun, terlalu baik parasnya, Raden Lasmi Puri namanya. Setelah selesailah daripada pe-
kerjaan itu maka Andul Nina Mara Kulina dan segala hulubalang Keling pun bermohonlah 
kembali. Maka sekaliannya dianugerahi persalinan oleh Seri Teri Buana. Maka surat dan 
bingkisan pun diarak oranglah turun ke kapal, maka utusan itu pun kembalilah belayar ke 
benua Keling, sampai dengan sejahteranya. 
 
Raja dan Bendahara Adik-beradik 
 
Hatta maka Wan Seri Beni dan ki ageng selang  dan Menteri Bupala dan Aria Bupala 
pun telah hilang. Selang dua tahun datanglah peredaran dunia, maka baginda Seri Teri Buana 
pun mangkat, ditanamkan orang di Bukit negeri sembilan  itu, tiada berapa jauh dengan Wan Seri 
Beni. Maka anakanda baginda Raja Kecil Besarlah kerajaan menggantikan kerajaan ayahanda 
baginda. Gelar baginda di atas kerajaan Paduka Seri Pikrama Wira; dan adinda baginda, Raja 
Kecil Muda dijadikan baginda Bendahara, bergelar Tun Perpatih Permuka Berjajar; ialah 
yang pertama jadi Bendahara. 
 
Syahadan apabila Paduka Seri Pikrama Wira tiada keluar, maka Tun Perpatih 
Permuka Berjajarlah duduk diadap orang banyak di balai, akan ganti Paduka Seri Pikrama 
Wira. Bermula jikalau Tun Perpatih Permuka Berjajar duduk di balai, jikalau anak raja-raja 
datang tiada dituruninya, melainkan anak raja yang akan ganti kerajaan juga maka 
dituruninya. Jika Bendahara masuk mengadap, tempatnya duduk itu dibentangi permaidani. 
Jika raja sudah masuk maka Bendahara pulang, segala Orang Besar-besar dan segala Orang 
Kaya-kaya di balai itu semuanya pergi menghantarkan Bendahara pulang ke rumahnya. 
 
Adapun akan ki ageng selang  ada seorang cucunya lelaki, dijadikan oleh Paduka 
Seri Pikrama Wira Perdana Menteri, gelamya Tun Perpatih Permuka Jegalar, duduk berse-
berangan dengan Bendahara,dan pada ketika menjunjung duli Bendahara dahulu; dan duduk 
di bawah Bendahara ialah 
 Penghulu Bendahari, gelamya Tun J ana Buga Dendang. Sudah itu segala menteri dan segala 
Orang Besar-besar dan cateria, sida-sida, dan di bawahnya seorang pemegang jawatan 
hulubalang besar di atas segala hulubalang, gelamya Tun Tempurung; sudah itu segala 
Orang Besar-besar cateria, sida-sida bentara, Orang Kaya-kaya, masing-masing pada 
martabatnya, demikianlah adatnya pada zaman purbakala,  
 
Hatta berapa lamanya Paduka Seri Pikrama Wira duduk dengan Tuan Puteri Nila 
Pancadi terlalu berkasih-kasihan, maka baginda beranak seorang lelaki, disebu t orang Raja 
Muda. Maka negeri negeri sembilan  pun makin besarlah, termasyhur Irebesarannya pada segala 
alam. 
 
Peristiwa Tatal dan Menarah Kepala Budak  
 
Alkisah maka tersebu tlah perkataan Betara Majapahit, baginda beranak dengan Puteri 
Tajitram Syah yang di negeri Belambang Majut itu dua orang lelaki, yang tuanya bernama 
Raden Inu Merta Wangsa dan yang mudanya bernama Raden Mas Putera Sm. Maka yang tua 
itudirajakan bagindadiMajapahit, dan yang muda dirajakan di Daha. Setelah itu maka Betara 
Majapahit pun hilanglah; maka anakanda baginda itulah kerajaan di Majapahit. Terlalu besar 
kerajaannya pada zaman itu, segala seluruh Jawa semuanya dalam hukumnya, segala raja-raja 
Nusantara pula, seTerigah takluk kepada baginda. Setelah Betara Majapahit mendengar 
negeri sembilan  negeri besar, rajanya tiada menyembah kepada baginda, kerana bukan orang lain 
kepada baginda, maka Betara Majapahit pun menyuruh utusan negeri sembilan . Bingkisannya 
sekeping tatal tujuh. Depa panjangnya, ditarah tiada putus; syahadan nipisnya seperti kertas, 
digulungnya seperti subang; maka utusan baginda itu pun belayarlah. Hatta berapa lamanya 
di jalan maka sampailah ke negeri sembilan . Maka surat Betara Majapahit itu pun disuruh jemput 
oleh Paduka Seri Pikrama Wira dengan sepertinya diarak. Maka utusan Majapahit itu pun 
mengadaplah; maka surat itu pun disuruh baginda baca, demikian bunyinya: "Lihatlah oleh 
paduka mamanda pandainya tukang Jawa menarah. Adakah di negeri sembilan  orang pandai 
menarah yang demikian itu?’ Maka bingkisan itu pun dibuka oleh Paduka Seri Pikrama 
Wira, dilihat baginda tatal bergulung seperti subang. Maka baginda pun tersenyum; tahu 
baginda akan 
 ibarat kehendak Betara Majapahit itu. Fikir baginda, "Dipertidaknya lelaki kita oleh Betara 
Majapahit itu, kita dikirimnya subang. ".Maka titah baginda kepada utusan, "Tiada kita ajaib 
akan tatal ditarah diperbuat subang itu, kita terlebih pula pandai tukang, kepada kepala orang 
dapat ditarahnya." Maka sembah utusan itu, '']angan duli tuanku salah terupa akan paduka 
anakanda, kalau ada ke bawah duli tuanku pandai yang begitu." 
 
Maka baginda pun menyuruh memanggil seorang pandai, Cedun Pawang Antan 
namanya, anak cucu Rangga Rakna, tukang raja Bintan. Setelah ia datang, maka disuruh 
baginda ambil budak baharu duduk mentimun, disuruh baginda tarah kepalanya di ribaan 
emaknya. Titah baginda, "Tarah olehmu budak itu, biar habis rambutnya jangan diberi luka; 
jikalau luka atau garis, engkau aku bunuh." Maka Pawang Antan pun menyembah, lalu 
ditarahnya dengan beliung kalang, maka kepala budak itu liuk ke kiri, liuk ke kanan, 
ditarahnya juga tiada berhenti. Maka budak itu pun tidur, rambutnya habis licin; jangankan 
luka, garis pun tiada.  
 
Maka titah Paduka Seri Pikrama Wira kepada utusan itu, "Pakanira lihatlah pandai 
orang negeri sembilan , akan kayu ditarah itu, berapa puluh depa panjangnya, dan nafasnya dapat 
ditaruhnya." Maka utusan Majapahit itu pun hairanlah tercengang; maka sembahnya, 
"Sungguhlah seperti titah duli Paduka Sangulun itu. "  
 
Hatta musim ke Jawa telah adalah, maka Paduka Seri Pikrama Wira pun 
menyuruhkan Bendahara mengarang surat akan dikirimkan ke Majapahit. Setelah sudah 
dikarang, maka beliung itu pun dibingkiskan sekali. Maka utusan itu pun bermohonlah, lalu 
belayar kem bali ke Jawa. Setelah beberapa hari lamanya di jalan sampailah ke Majapahit. 
Maka utusan itu pun mengadap Betara Majapahit persembahkan surat bingkisan itu. Maka 
surat itu disuruh baginda baca, dan bingkisan itu dibuka, dilihat baginda beliung kalang, dan 
demikian bunyinya surat itu: "Adapun paduka anakanda menunjukkan tukang Jawa menarah 
tatal dapat diperbuat subang, tiada hisab kepada paduka ayahanda: akan pandai tukang 
negeri sembilan , kepala budak baharu tau duduk mentimun ditarahnya di hadapan utusan paduka 
anakanda dengan beliung kalang itu, iaitulah beliungnya yang paduka ayahanda bingkiskan 
kepada  
 
 paduka anakanda, tanyalah utusan paduka anakanda itu."  
 
Maka Betara Majapahit pun terlalu amat murka, beliung itu dilontarkan baginda 
kepada utusan baginda itu, Maka titah Betara Majapahit, "Tiada berakal si keparat iki, patut 
engkau bawa beliung akan penarah kepalaku itu? Bukankah kepalaku hendak ditarah raja 
negeri sembilan  itu?" Maka baginda pun menyuruh berlengkap perahu akan menyerang negeri sembilan , 
seratus delapan puluh banyaknya jong, lain daripada itu berapa ratus buah ganting, 
pemangkah, lelanang dan telemba, jongkong terlalu banyak bilangannya, terlalu sesak 
kelengkapan itu. Maka dititahkan Betara Majapahit seorang penggawanya Demang Wira 
Raja gelamya; maka be1ayarlah ke1engkapan itu sekaliannya.  
 
Hatta berapa lamanya di jalan maka sampailah ke Bintan, terdengar ke negeri sembilan . Maka 
Paduka Seri Pikrama Wira pun menitahkan orang berlengkap, adapun pada masa itu 
kelengkapan negeri sembilan  empat ratus yang hadir di Kalang. Maka kelengkapan Jawa pun 
datang lalu berperanglah terlalu sabur, berlanggar-langgaran serta dengan tempik-soraknya, 
tiga hari tiga malam; maka patahlah ke1engkapan Majapahit, kerana kurang tahunya 
berperang dengan berperahu, maka banyaklah Terigge1am oleh seligi dengan batu, lalu 
undur, Maka diperikut oleh kelengkapan negeri sembilan , barang yang bertahan habislah dirarupas 
dan ditawan. Maka orang negeri sembilan  pun kembalilah dengan kemenangannya, maka Orang 
Majapahit pun barang yang lepas datanglah mengadap Betara Majapahit persembahkan alah 
peperangannya.  
 
Sete1ah selesailah daripada itu, maka Paduka Seri Pikrama Wira pun mengahwinkan 
anakanda baginda, Raja Muda, dengan anak Tun Perpatih Permuka Berjajar, terlalu sangat 
berkasih-kasihan. Setelah datanglah kepada peredaran dunia, maka Paduka Seri Pikrama 
Wira pun mangkatlah, maka anakanda baginda, Raja Muda, kerajaan menggantikan kerajaan 
ayahanda baginda di atas kerajaan itu, berge1ar Rakna Wikrama. Adapun Bendahara Tun 
Perpatih Permuka Berjajar pula sudah hilang, anaknya pula jadi Bendahara bergelar Tun 
Perpatih Tulus.  
 
Badang Beroleh Gagah  
 
Maka tersebutlah perkataan seorang perempuan duduk ber-  
 huma diam di Sayung; ada seorang budak, hambanya, bernama Badang; kerjanya berhuma 
akan tuannya juga. Sekali persetua, pada suatu hari Badang pergi menahan lukah ke hilir pada 
satu sungai. Pagi-pagi dijenguknya lukahnya itu, dilihatnya hampa, suatu pun tiada isinya; 
tetapi sisik ikan dan tulangnya ada di tepi sungai itu banyak; Sentiasa hari demikian juga. 
Maka tuannya bersungut katanya, "Si Badang ini, orang pergi menebas menebang, dia leka 
dengan sebab mengatakan menahan lukah, seekor ikan pun tiada kupandang, sahaja engkau 
suka duduk sama-sama dengan aku laku rupanya." Maka Badang pun diam disunguti oleh 
tuannya; di dalam hatinya berkata, "Jikalau belum kudapat yang makan ikan dalam lukah itu, 
belum puas hatiku."  
 
Ada pada suatu hari diintainya dari sebalik banir kayu, maka dipandangnya datang 
hantu terlalu besar-panjang, tubuhnya merah seperti api, matanya bagai matahari terbit, 
rambutnya seperti raga dan janggutnya datang pada pusatnya. Maka oleh Badang diambilnya 
parang dan kapaknya, serta diberaniberanikan dirinya, lalu diterpanya menangkap janggut 
hantu itu, serta katanya, "Engkau inilah makan ikanku dalam lukahku; sekali ini engkau 
matilah olehku."  
 
Maka hantu itu pun terkejut serta dengan takutnya mendengar kata Badang itu, 
gementar-gementar; hendak berlepas dirinya tiada dapat. Maka kata hantu itu, "Jangan aku 
engkau bunuh, apa kehendakmu aku beri." Maka fikir Badang, "Jika aku hendakkan kaya, 
jikalau aku mati, tuan aku boleh akan dia. Jika aku hendakkan ilmu halimun, dapat tiada aku 
mati dibunuh orang; dan jikalau hendak menjadi Orang Besar-besar, bukan asal aku. Jika 
demikian baik aku menuntut minta kuat dan gagah, supaya aku kuat mengerjakan tuanku." 
Setelah ia fikir, maka kata Badang pada hantu itu, "Berilah aku kuat dan gagah, segala kayu 
dan. batu yang besar-besar itu dapat aku bantun dengan umbi akamya dengan sebelah 
tanganku juga. "  
 
Maka kata hantu itu, "Baiklah, jikalau engkau hendakkan gagah seperti maksud itu 
makanlah muntahku." Maka kata Badang, "Baiklah, muntahlah engkau supaya aku makan;" 
maka hantu itu pun muntahlah terlalu banyak. Maka oleh Badang dimakannya muntah hantu 
itu habis semuanya, dan janggut hantu itu dipegangnya juga Setelah itu oleh Badang  
dicubanya segala pohon kayu Harupimya yang besar-besar itu, dengan sekali bantunnya habis 
patah-patah; maka janggut hantuc itu pun dilepaskannya, lalu ia berjalan pulang datang ke 
tempat huma tuannya. Maka segala kayu yang besar-besar dua riga pemeluk itu habis 
dibantunnya dengan umbi dan akamya, diherupaskannya ke bumi remuk-redam, setelah di-
bantunnya patah-patah. Dengan sebentar teranglah, saujana mata memandang luas; setelah itu 
Badang pun pulang tidur.  
 
Maka dipandang tuannya Badang lagi tidur, belum pergi menebas; maka ia inarah 
serta membangunkan Badang, katanya, "Hei Badang, mengapa engkau tiada mendengar 
kataku lagi? Begini han belum juga bekerja." Maka sahut Badang, "Sudah habis tanah itu 
tebas tebangnya sahaya kerjakan." Maka kata tuannya, "Sebanyak-banyaknya lagi kupandang 
kelmarin; masa mana engkau kerjakan? Sahaja sangat ia hendak menang." Maka sahut 
Badang, "Marilah datuk lihat, jika tiada percaya akan sahaya!" Maka tuannya pun pergilah 
dengan Badang; sefelah sampai dipandang oleh tuannya tanah itu terlalu luas, disangkanya 
tebasan orang lain. Katanya kepada Badang, "Tebasan siapa engkau bawa aku ini?" Maka 
kata Badang, "Inilah datuk tebasan kita." Maka dikhabarkannyalah perihal dirinya itu. Maka 
tuannya pun hairanlah serta dengan sukacitanya bertambahlah kasihnya akan hambanya itu; 
menjadi kayalah ia, dengan berkat gagah hambanya Badang itu, menjadi dua tiga puluh 
Hambanya, maka dipanggil "Orang Kaya Sayung"; Badang pun dimerdehakakannya.  
 
Sebermula kedengaranlah ke negeri sembilan , maka oleh Seri Rakna Wikrama disuruh 
baginda panggil, maka Badang pun datang mengadap; maka dilihat baik akhlaknya; dijadikan 
baginda "sandim sani". Berapa lamanya Badang menjadi Hamba ke bawah duli baginda, 
maka ada pada suatu hari Seri Rakna Wikrama santap hendak berulam buah kuras. 
Dipersembahkan orang, di Sayung ada sedahan kuras berbuah. Maka dititahkan baginda 
Badang pergi seorang dirinya; perahunya pilang panjang delapan, galahnya batang kerupas 
sepemeluk besamya. Digalah mudek tujuh kali, digalahnya sampai ke terusan Tambiuh, 
galahnya pun patah, terhunjam di sana, datang sekarang pun ada lagi; yang sekeratnya 
digalahkannya riga kali sampai di hilir Tanjung Putus, di sana dibuangkan-  
 nya. Maka ia pun ke Sayung, lalu dipanjatnya kuras itu, dipandangnya yang berbuah hanya 
sedahan. Maka dipautnya dahan kuras itu patah, Badang pun jatuh ke tanah dan kepalanya 
terherupas di batu yang besar. Maka batu itu belah dua, maka kepala Badang tiada belah; 
sekarang lagi ada batu itu di Sayung disebut orang "Batu Belah". Maka datanglah Badang ke 
negeri sembilan  dengan pilang itu, pulang serta dengan tebu, pisang, ubi keladi dan buah kuras 
dipersembahkannya kepada Seri Rakna Wikrama, dan pilangnya itu ada di hulu Temasek itu 
sekarang.  
 
Syahadan pada suatu masa raja membuat sebuah pilang panjang lima belas, di 
hadapan istana. Setelah sudah, maka disuruh sorong oleh baginda kepada mereka empat lima 
ratus orang tiada tersorong, maka dititahkan baginda kepada Badang. Maka disorong oleh 
Badang sama seorang, melancar lalu ke seberang. Maka oleh baginda Badang dijadikan hulu-
balang.  
 
Kegagahan Badang Diuji  
 
Hatta, kedengaranlah ke benua Keling, ada seorang hulubalang raja negeri sembilan , Badang 
namanya, terlalu gagah. Adapun kepada Raja benua Keling ada seorang pahlawan terlalu 
amat gagah, tiada berlawan di benua Keling bernama Nadi Bija Niakra. Maka oleh raja benua 
Keling, pahlawan itu disuruhnya bawa ke negeri sembilan , membawa tujuh buah kapal. Maka titah 
raja benua Keling pada seorang hulubalangnya, "Pergilah engkau bawa pahlawan aku ini ke 
negeri sembilan  dengan tujuh buah kapal itu, lawan olehmu hulubalang raja negeri sembilan  itu bergusti. 
Jikalau pahlawan aku alah olehnya, maka isi tujuh buah kapal ini berikan akan taruhnya, dan 
jika ia alah, patutlah sebanyak harta yang tujuh buah kapal itu juga." Maka sembah 
hulubalang itu, "Baiklah tuanku," maka ia pun belayarlah.  
 
Berapa lamanya di laut datanglah ke negeri sembilan , maka dipersembahkan orang kepada 
Seri Rakna Wikrama, "Ada pahlawan dari benua Keling datang, hendak melawan Badang 
bermain, jikalau ia alah, harta tujuh buah kapal itulah akan taruhnya." Maka baginda Seri 
Rakna Wikrama pun keluar diadap orang; maka hulubalang Keling itu pun mengadap 
membawa pahlawan itu. Maka oleh Seri Rakna Wikrama disuruh bergusti dengan Badang, 
maka barang main pahlawan Keling 
 itu semuanya tewas juga. Maka ada sebuah batu di hadapan balairung itu terlalu besamya, 
maka kata Nadi Bija Niakra pada Badang, "Mari kita berkuat-kuatan pada mengangkat batu 
ini; barang siapa tiada terangkat ialah alah. Maka sahut Badang, "Baiklah, angkat oleh tuan 
Hamba dahulu." Maka oleh Nadi Bija Niakradiangkatnya, tiada terangkat, Maka disungguh-
sungguhnya, terangkat hingga lutut, lalu diherupaskannya ke tanah. Maka katanya kepada 
Badang, "Sekarang berganti tuan Hambalah pula." Maka kata Badang, "Baiklah." Maka oleh 
Badang diangkatnya batu itu dengan sebe1ah tangannya, dilambung-lambungnya, lalu 
dilontarkannya di kuala. ltulah batunya tersandang yang ada sekarang di hujung tanjung 
negeri sembilan  itu. Maka oleh hulubalang Keling, isi ketujuh buah kapal serta dengan kapalnya 
sekali, diserahkan kepada Badang. Maka ia bermohon kepada duli baginda, lalu be1ayar ke 
benua Keling.  
 
Sebermula kedengaranlah ke Perlak, "Bahawa hulubalang raja negeri sembilan  terlalu 
gagah, Badang namanya; tiada ada dua taranya pada zaman ini." Diceriterakan oleh yang 
empunya ceritera bahawa raja Perlak itu ada menaruh seorang pahlawan, Benderang 
namanya; terlalu gagah, lagi ke mana-mana termasyhumya. Maka tatkala orang berkhabarkan 
Badang itu, Benderang pun ada mengadap raja Perlak. Maka sembah Benderang kepada raja 
Perlak, "Tuanku, masakan Badang gagah daripada yang diperHamba. Jika dengan sabda 
tuanku, supaya yang diperHamba pergi ke negeri sembilan  itu me1awan Badang bermain."  
 
Maka raja Perlak memberi titah pada Mangkubumi Tun Perpatih Pandak namanya. 
"Hendaklah tuan Hamba pergi ke negeri sembilan , kerana Benderang ini hendak Hamba titahkan 
ke negeri sembilan  me1awan Badang," Maka sembah Tun Perpatih Pandak, "Baiklah tuanku, dan 
titah patik junjung." Sete1ah hadir, maka Raja Perlak pun menyuruh mengarak surat ber-
sama-sama Tun Perpatih Pandak dan Benderang turun ke perahu. Maka Tun Perpatih Pandak 
pun be1ayarlah.  
 
Hatta beberapa hari di jalan maka sampailah ke negeri sembilan , Maka disembahkan oleh 
orang kepada Seri Rakna Wikrama mengatakan, "Tun Perpatih Pandak disuruhkan raja 
Perlak datang membawa seorang pahlawan bcmama Benderang akan 'melawan Badang." 
Setelah didengar baginda sembah orang  
 itu maka baginda pun keluarlah di hadapan segala menteri, hulubalang, sida-sida bentara dan 
biduanda sekalian di balairung. Maka baginda menitahkan pegawai menjemput surat raja 
Perlak itu, diarak dengan sepertinya.  
 
Setelah datang, maka disambut bentara kiri dipersembahkannya kepada baginda; 
maka disuruh baginda baca kepada orang, terlalu baik bunyinya.Maka Tun Perpatih Pandak 
pun menjunjung duli; maka baginda suruh duduk setara dengan Tun Jana Buga Dendang, dan 
Benderang didudukkan setara dengan Badang. Maka titah baginda Seri Rakna Wikrama pada 
Tun Perpatih Pandak. "Apa lain pekerjaan tuan Hamba disuruhkan saudara kita?" Maka 
sembah Tun Perpatih Pandak, "Patik dititahkan paduka adinda membawa patik itu Benderang 
tuanku, disuruh mencuba kuat dengan Badang. Jikalau Benderang alah, isi sebuah gedung 
dipersembahkan paduka adinda ke bawah duli tuanku; jikalau Badang pula alah, demikian 
juga tuanku. "  
 
Maka titah Seri Rakna Wikrama, "Baiklah, esok harilah kita adu bermain." Setelah itu 
baginda pun berangkatlah masuk, dan segala yang mengadap masing-masing kembalilah ke 
rumahnya. Maka Seri Rakna Wikrama pun menyuruh memanggil Badang; maka Badang pun 
datang mengadap. Maka titah baginda, "Esok hari Badang kita adu bermain dengan 
Benderang." Maka sembah Badang, "Tuanku, adalah akan Benderang pada zaman ini 
pahlawan gagah bukan barang-barang perkasanya tuanku, telah masyhurlah pada segala 
negeri. Jikalau patik alah tiadakah duli tuanku malu? Pada fikir hati patik jikalau duli Yang 
Dipertuan hendak mengadu patik dengan dia, baik tuanku panggil pada malam ini Benderang 
itu, anugerahi ayapan supaya patik lihat kelakuannya. Jikalau patik dapat melawan dia patik 
lawanlah, tuanku; jikalau tidak terlawan oleh patik jangan patik diberi bermain dengan dia." 
Maka titah baginda, "Benarlah bicaramu itu."  
 
Setelah hari malam, baginda pun menyuruh memanggil Benderang dengan Tun 
Perpatih Pandak dan segala temannya. Setelah ia datang mengadap, maka dianugerahi ayapan 
makan minum bersuka-sukaan. Adapun akan Benderang berHampir duduk dengan Badang; 
maka oleh Badang disesaknya Benderang, maka oleh Benderang ditindihnya pahanya dan di-
tekannya sungguh-sungguh. Maka oleh Badang dibangkitnya  
 pahanya, terangkat paha Benderang. Maka oleh Badang pula ditindihnya paha Benderang, 
maka oleh Benderang hendak diangkatnya pahanya, tiada terangkat. Adapun akan kelakuan 
Badang dengan Benderang itu, seorang pun tiada tau, melainkan dianya berdua juga yang tau. 
Setelah sejam lamanya, maka segala utusan itu pun mabuklah, sekaliannya bermohonlah 
kembali ke perahunya,  
 
Adapun Tun Perpatih Pandak, setelah sampai ke perahunya, maka Benderang berkata 
pada Perpatih Pandak, “Jikalau dapat dengan bicara tuan Hamba, janganlah Hamba diadu 
dengan Badang itu; jikalau tiada terlawan oleh Hamba, kerana pada pemandangan Hamba, ia 
terlalu perkasanya." Maka kata Tun Perpatih Pandak, "Baiklah, mudah juga Hamba mem-
bicarakan dia," Setelah itu maka hari pun sianglah.  
 
Setelah utusan Perlak habis balik. itu, maka titah Seri Rakna Wikrama kepada 
Badang, "Dapatkah engkau melawan Benderang itu?" Maka sembah Badang, "Tuanku, 
jikalau dengan daulat tuanku, dapat patik melawan dia, tuanku." Maka titah baginda, 
"Baiklah," seraya baginda berangkat masuk. Maka segala yang mengadap masing-masing 
kembalilah ke rumahnya.  
 
Dari pagi-pagi hari Seri Rakna Wikrama sudah keluar diadap orang, dan Tun Perpatih 
Pandak pula masuk mengadap. Maka titah baginda pada Tun Perpatih Pandak. "Sekaranglah 
baik kita adu Badang dengan Benderang." Maka sembah Tun Perpatih Pandak, "Tuanku, 
pada bicara patik, janganlah ia kita adu, kerana jikalau alah salah seorang, takut menjadi 
mufarik tuanku dengan paduka adinda." Maka Seri Rakna Wikrama pun tersenyum 
mendengar sembah Tun Perpatih Pandak. Maka titah baginda, "Benarlah seperti kata Tun 
Perpatih itu." Maka Benderang pun dititahkan baginda merenangkan rantai terlalu besar, 
bersama-sama dengan Badang; disuruh bubuhkan di belakang Siram, supaya kapal tiada 
boleh lalu. Maka direntangkannyalah di belakang Siram; setelah itu keduanya dipersalin 
baginda. Maka Tun Perpatih Pandak pun bermohonlah kembali; maka Seri Rakna Wikrama 
pun memberi surat dan kiriman akan raja Perlak. diarak oranglah ke perahu, maka Tun 
Perpatih Pandak pun belayarlah kembali ke Perlak.  
 Setelah ia sampai ke Perlak, maka surat pun diaraklah oleh raja Perlak bergajah; 
dikepilkan di balai. Maka surat itu disambut, disuruh baca oleh baginda, setelah didengar 
baginda maka terlalulah sukacitanya raja Perlak mendengar bunyi surat itu. Maka baginda 
bertanya pada Tun Perpatih Pandak, "Oleh apa maka tiada jadi diadu Benderang dengan 
Badang?" Maka oleh Tun Perpatih Pandak segala perihaI Benderang dengan Badang tatkala 
minum itu, semuanya dipersembahkannya. Maka raja Perlak pun diam mendengar sembah 
Tun Perpatih Pandak itu. Hatta berapa lamanya Badang pun matilah, ditanamkan orang di 
Buru. Setelah kedengaranlah ke benua Keling Badang sudah mati, maka dikirim oleh raja 
benua Keling nisan batu, inilah nisannya yang ada sekarang di Buru itu,  
 
Setelah berapa lamanya Seri Rakna Wikrama di atas kerajaan, maka baginda beranak 
dua orang lelaki dan seorang perempuan; yang lelaki itu Damia Raja namanya, terlalu baik 
parasnya dan sikapnya tiada berbagai pada zaman itu. Setelah sudah besar didudukkan 
baginda dengan anak Tun Perpatih Permuka Berjajar, Damia Puteri namanya; dan anakanda 
baginda yang perempuan didudukkan baginda dengan Tun Perpatih Tulus, anak Tun Perpatih 
Permuka Berjajar juga, terlalu berkasih-kasihan laki-isteri keempat anakanda baginda itu.  
 
Hatta berapa lamanya baginda Seri Rakna Wikrama di atas kerajaan, datanglah 
peredaran dunia, maka baginda pun mangkatlah; maka anakanda baginda Damia Rajalah naik 
raja menggantikan kerajaan ayahanda baginda. Adalah gelar baginda di atas kerajaan Paduka 
Seri Maharaja. Maka isteri baginda Damia Puteri pun Hamillah; telah genap bulannya maka 
baginda pun berpu teralah lelaki. Tatkala anak raja itu keluar, ditumpu oleh bidannya akan 
ulu baginda menjadi lembang sama Terigah, tinggi kiri kanan. Maka dinamai baginda Raja 
Iskandar Syah. Wallhu a'lamu bis-sauiab wa ilaihilmarji'u wal-ma 'ab  
 
Mula Kedatangan agama  ke Alam Melayu  
 
Alkisah maka tersebutlah perkataan raja Pasai, demikian hikayatnya: diceriterakan oleh yang 
empunya ceritera ada Merah dua bersaudara, diam Hampir Pasangan. Adapun akan asal  
 Merah itu dari Gunung Serigkuang; yang tua Merah Caga namanya, dan yang muda Merah 
Silu namanya. Maka adalah Merah Silu itu menahan lukah kerjanya, kena gelang-gelang itu 
maka dibuangkannya, ditahannya pula lukahnya kena pula gelang-gelang itu. Setelah berapa 
ditahannya lukahnya itu demikian juga, maka oleh Merah Silu gelang-gelang itu direbusnya, 
maka gelang-gelang itu menjadi emas dan buihnya menjadi perak. Maka oleh Merah Silu 
ditahannya pula lukahnya kena gelang-gelang itu direbusnya, jadi emas seperti dahulu itu 
juga; maka banyaklah Merah Silu beroleh emas. Maka terdengarlah kepada Merah Caga 
bahawa adindanya, Merah Silu santap gelang-gelang; maka Merah Caga pun marahkan 
adindanya itu hendak dibunuhnya. Setelah terdengar kepada Merah Silu, kakanda baginda 
hendak membunuhnya itu, maka Merah Silu pun lari ke Rimba Jurun. Maka orang yang di 
Rimba Jurun itu diemasinya, maka sekalian orang itu pun menurut katanya.  
 
Adalah pada suatu riwayat Merah Silu pergi berburu, maka anjingnya bernama Si 
Pasai itu pun menyalak. Dilihat Merah Silu Si Pasai menyalak itu di atas tanah tinggi, seperti 
ditimbun orang rupanya. Maka Merah Silu naik di atas tanah tinggi itu, maka dilihatnya 
seekor semut besar seperti kucing; maka oleh Merah Silu semut itu diambil dan dimakannya. 
Maka tanah tinggi itu diperbuatnya akan tempat, dinamainya Semundra ertinya semut merah 
 
Sebermula maka tersebutlah pada zaman junjungan  salla'llahu 'alaihi wa salam, 
baginda bersabda pada segala sahabat: "Pada akhir zaman kelak, ada sebuah negeri di bawah 
angin, Semundra namanya; maka apabila kamu dengar khabamya negeri Semundra itu, maka 
segeralah kamu pergi ke negeri itu, bawa isi negeri Semundra itu masuk agama , kerana  dalam 
negeri itu banyak wali Allah akan jadi; tetapi ada pula seorang fakir di negeri Mutabari 
namanya, ialah kamu bawa serta kamu, setelah berapa lamanya kemudian daripada sabda 
nabi salla'llahu 'alaihi wa salam, maka terdengarlah kepada segala negeri, datang ke Mekah 
pun kedengaran nama negeri Semundra itu, Syarif di Mekah menyuruhkan sebuah kapal 
membawa segala perkakasan kerajaan seraya disuruhnya singgah ke negeri Mu'tabari; adapun 
nama nakhoda kapal itu Sheikh Ismail.  
 Maka kapal itu pun belayarlah, lalu ia singgah di negeri Mu'tabari. Adapun raja dalam negeri 
itu Sultan Muhammad namanya; maka baginda bertanya, "Kapal dari mana ini?" Maka sahut 
orang dalam kapal itu; "Adalah kami ini kapal dari Mekah, hendak pergi ke negeri 
Semundra." Adapun Sultan Muhammad itu daripada anak cucu hadrat Abu Bakar Al Siddik 
radhi Allah anhu. Maka ujar orang kapal itu, "Kerana kami pergi ini dengan sabda nabi Rasul 
Allah."  
 
Setelah didengar oleh Sultan Muhammad sahda junjungan  salla'llahu 'alaihi wa 
salam itu maka dirajakannya anaknya yang tua di negeri Mu'tabari akan ganti kerajaannya; 
maka baginda dengan anakanda baginda yang muda memakai pakaian fakir, meninggalkan 
kerajaan turun dari istana lalu naik kapal itu; katanya, "Kamu bawa Hamba ke negeri 
Semundra." Maka pada hati orang isi kapal itu, bahawa inilah mudah-mudahan fakir yang 
seperti sabda junjungan  itu. Maka fakir itu pun dibawanyalah naik kapal lalu belayar.  
 
Berapa lamanya di jalan maka sampailah kepada sebuah negeri, Fansuri namanya; 
maka segala orang isi negeri itu pun masuk agama agama lah. Keesokan harinya maka fakir itu 
pun naik ke darat membawa kitab junjungan , maka disuruhnya baca pada orang isi negeri Fansuri itu, 
seorang pun tiada dapat membaca dia. Maka dalam hati fakir itu bukan negeri ini yang seperti 
sabda nabi kita Muhammad junjungan  salla 'llahu 'alaihi wa salam itu. Maka turunlah ia ke 
kapal kepada nakhoda Sheikh Ismail, belayar pula berapa lamanya, maka sampailah kepada 
sebuah negeri Lamiri namanya, maka orang Lamiri itu pun masuk agama . Maka Fakir itu pun 
naik ke darat membawa kitab junjungan ; maka disuruhnya baca pada orang dalam negeri itu, dan 
seorang pun tiada dapat membaca dia. Maka fakir itu pun kembali ke kapal lalu belayar. 
Berapa lamanya maka sampailah ke negeri Haru namanya maka segala orang dalam negeri 
Haru itu pun semuanya masuk agama . Maka fakir pun naiklah ke darat membawa kitab junjungan , 
maka disuruhnya baca pada orang negeri itu, dan seorang pun tiada tahu membaca dia. Maka 
fakir itu pun bertanya kepada orang dalam negeri itu, "Di mana negeri yang bernama 
Semundra itu?" Maka kata orang itu, "Sudah lalu."  
 
Maka fakir itu pun turunlah ke kapal, lalu belayar berbalik pula; maka jatuh ke negeri 
Perlak, maka sekalian mereka itu  
 pun diagama kannya. Maka kapal itu pun belayarlah ke Semundra. Maka fakir pun naik ke 
darat, maka ia bertemu dengan Merah Silu berkarang di pantai. Maka fakir itu pun bertanya 
katanya, "Apa negeri ini?" Maka sahut Merah Silu, "Adapun nama negeri ini Semundra. 
“Maka kata fakir itu, "Siapa nama pengetuanya dalam negeri ini?" Sahut Merah Silu, 
"Hambalah pengetua sekalian mereka itu." Maka oleh fakir itu Merah Silu diagama kannya dan 
diajarinya kalimatul syahadat. Setelah Merah Silu agama  maka Merah Silu pun kembali ke 
rumahnya, fakir itu pun kembalike kapal.  
 
Syahadan pada malam itu Merah Silu pun tidur, maka ia bermimpi dirinya 
berpandangan dengan Rasulullah salla'llahu 'alaibi wa salam. Maka sabda Rasulullah kepada 
Merah Silu,  "Ngangakan mulutmu!" Maka oleh Merah Silu dingangakan mulutnya; diludahi 
oleh Rasulullah mulut Merah Silu. Maka Merah Silu pun terjaga dari tidumya. Diciumnya 
bau tubuhnya seperti bau narawastu. Telah hari siang, maka fakir pun naik ke darat membawa 
kitab junjungan  disuruhnya baca pada Merah Silu. Maka oleh Merah Silu dibacanya kitab junjungan  itu; maka 
kata fakir itu kepada Sheikh Ismail, nakhoda kapal, “Inilah ‘alaihi wasalam itu.” Maka oleh 
Sheikh Ismail segala perkakasan kerajaan yang dibawanya itu semuanya diturunkannya dari 
dalam kapal itu. Maka Merah Silu dirajakannya dan dinamainya Sultan Maliku’s Salleh. 
 
Adapun yang besar dalam negeri itu dua orang, Seri Kaya seorang namanya, Bawa 
Kaya seorang namanya; keduanya masuk agama . Seri Kaya bernama Sidi Ali Ghiathu'd-Din 
dan Bawa Kaya bernama Sidi Asma Yaumi'd-Din, Maka Sheikh Ismail pun belayarlah 
kembali ke Mekah, dan fakir itu tinggallah di negeri Semundra akan menetapi agama  isi 
negeri Semundra itu,  
 
Kemudian dari itu maka Sultan Maliku's-Salleh menyuruhkan Sidi Ali Ghiathu'd-Din 
ke negeri Perlak, meminang anak raja Perlak. Adapun raja Perlak itu beranak tiga orang 
perempuan, dua orang anak gahara, seorang anak gundik, Ganggang namanya. Setelah Sidi 
Ali Ghiathu'd-Oin datang ke Perlak, ketiga anak baginda itu ditunjukkannya kepada Sidi Ali 
Ghiathu'd-Din. Puteri yang dua bersaudara itu duduk di bawah mengupas pinang, anaknya 
Puteri Ganggang itu  
 disuruhnya duduk di atas, pada tempat yang tinggi; berkain wama air mawar, berbaju wama 
jambu, bersubang lontar muda, memegang bunga jengkalan; terlalu baik parasnya.  
 
Maka Sidi Ali Ghiathu'd-Din pun datang mengadap. Maka titah raja Perlak, "Itulah 
anak Hamba dua orang duduk di bawah, seorang yang di at as itu." Maka sembah Sidi Ali   
Ghiathu'd-Din kepada raja Perlak," Anakanda yang duduk di atas itulah dipohonkan oleh 
paduka anakanda;" tetapi Sidi Ali Ghiathu d-Din tiada tau akan puteri Ganggang itu anak 
gundik raja Perlak. Maka raja Perlak pun menyuruh berlengkap seratus buah perahu, Tun 
Perpatih Pandak disuruh menghantar Puteri Ganggang itu ke negeri Semundra. Maka Malikus 
Salleh pun keluarlah mengalu-alukan Puteri Ganggang hingga Jambu Air, dibawanya masuk 
ke negeri Semundra dengan seribu kemuliaan dan kebesaran. Setelah datang ke Semundra 
maka baginda pun memulai pekerjaan berjaga-jaga beberapa hari, berapa malaman lamanya. 
Setelah itu maka baginda pun kahwinlah dengan Puteri Ganggang. Telah sudah kahwin itu 
maka memberi kumia akan segala hulubalang dan memberi derma akan fakir dan miskin 
dalam negeri Semundra itu daripada emas dan perak, dan akan Tun Pcrpatih Pandak. Setelah 
selesailah daripada itu, berapa antaranya maka Tun Perpatih Pandak pun bermohonlah kem-
bali ke Perlak.  
 
Hatta maka Suktan Maliku's-Salleh denganPuteriGanggang pun beranak dua orang 
lelaki, yang tua dinamai baginda Sultan Maliku't- Tahir dan yang muda dinamai baginda 
Sultan Maliku'l-Mansur; akan Sultan Maliku't-Tahir diserahkan baginda kepada Sidi Ali 
Ghiathu'd-Din dan Sultan Maliku'l-Mansur diserahkan kepada Sidi Asma Yaumi'd-Din.  
 
Setelah berapa lamanya Sultan Maliku't-Tahir dan Sultan Maliku'l-Mansur pun 
besarlah, dan negeri Perlak pun alah oleh musuh dari scberang, dan orang Perlak pun 
pindahlah ke negeri Semundra. Maka Sultan Maliku's-Salleh pun berfikir dalam hatinya 
hendak berbuat negeri akan tempat anakanda baginda; maka titah Sultan Maliku's-Salleh 
pada segala Orang Besar-besar, "Esok hari kita pergi berburu." Setelah pagi-pagi hari maka 
Sultan Maliku's-Salleh pun naiklah gajah yang bernama Permadewan itu, lalu berangkat ke 
seberang. Datang ke pantai, maka anjing yang bernama Si Pasai itu pun menya-  
 lak; maka Sultan Maliku's-Salleh pun segera mendapatkan anjingnya itu menyalak tanah 
tinggi, sckira-kira luas tempat istana, dengan kelengkapannya terlalu amat baik, seperti 
diterupa rupanya. Maka oleh Sultan Maliku's-Salleh disuruhnya tebas. Setelah sudah maka 
diperbuatnya negeri; pada tempat tanah tinggi itu dibuatnya istana, lalu dinamainya negeri 
itu"Pasai", menurut nama anjingnya itu, Maka anakanda baginda, Sultan Maliku't-Tahir  pun 
dirajakan baginda di Pasai itu, Sidi Ali Ghiathu'd-Din dijadikan baginda Mangkubumi akan 
anakanda baginda itu. Maka segala rakyat dan gajah kuda, segala perkakas kerajaan 
semuanya dibahagi dua, sebahagi diberikan baginda akan Sultan Maliku't-Tahir, dan sebahagi 
diberikan baginda akan Sultan Maliku1-Mansur.  
 
Setelah berapa lama antaranya, maka Sultan Maliku's- Salleh pun geringlah. Baginda 
menyuruh menghlmpunkan Orang Besar-besar dalam negeri Semundra itu, kedua anakanda 
baginda pun dipanggil. Setelah sekaliannya datang, maka Sultan Maliku's-Salleh pun 
bersabda kepada anakanda baginda kedua serta menteri dan segala Orang Besar-besar, "Hei 
anakku kedua dan segala taulanku, dan sekalian kamu pegawaiku, aku ini Hampirlah ajalku 
akan mati. Baik-baiklah kamu sekalian sepeninggalan aku ini; hei anakku, jangan engkau 
berbanyak tamak akan harta orang, dan jangan kamu inginkan isteri Hamba kamu; kedua 
anakku ini hendaklah muafakat, jangan kamu bersalahan dua bersaudara."  
 
Maka sabda baginda kepada Sidi Ali Ghiathu'd-Din dan Sidi Asma Yaumi'd-Din, 
"Hei saudaraku kedua, baikbaik engkau memeliharakan anakku kedua ini, dan jangan kamu 
bertuan raja yang lain daripada anakku kedua ini." Maka kedua mereka itu pun sujud serta 
dengan tangisnya. Maka sembah Sidi Ali Ghiathu'd-Din dan Sidi Asma Yaumi'd-Din, "Ya 
tuan kami, demi Allah Taala, Tuhan yang menjadikan semesta sekalian alam, bahawa kami 
kedua ini yang diperHamba, sekali-kali tiada kami kedua ini mengubahkan waad dan setia 
kami akan bertuan raja yang lain daripada paduka anakanda kedua ini."  
 
Maka oleh Sultan Maliku's-Salleh akan anakanda baginda Sultan Maliku’l-Mansur 
dirajakan baginda di Semundra itu; antara selang tiga hari maka Sultan Maliku's-Salleh pun 
mangkatlah, ditanamkan di sisi baginda juga, maka disebut  
orang sekarang Marhum di Semundra. Maka Sultan Maliku't-Tahir dan Sultan Maliku'I-
Mansur, kemudian daripada ayahanda baginda mangkat, baginda di kedua buah negeri itu 
menyuruh menghlmpunkan segala rakyat, gajah, kuda dan segala alat kerajaan; maka negeri 
kedua buah itu terlalu besar dengan ramainya.  
 
Raja Pasai Ditipu dan Ditawan  
 
Alkisah maka tersebutlah perkataan. raja Syahru'n-Nuwi; terlalu besar kerajaannya, dan 
terlalu banyak hulubalang dan rakyatnya tiada terpemanai lagi. Maka dikhabarkan orang 
kepada raja Syahru'n Nuwi, negeri Pasai terlalu ramai, segala dagang dan saudagar banyak 
dalam negeri Pasai, dan rajanya terlalu besar kerajaannya. Maka raja Syahru'n-Nuwi pun 
bersabda kepada segala hulubalangnya, "Siapa dapat menangkap raja Pasai?" Maka ada 
seorang hulubalangnya, terlalu gagah berani, Awi Dicu namanya; maka sembahnya, "Ya 
tuanku, jikalau ada kumia duli tuanku, empat ribu hulubalang diberi akan Hamba, Hambalah 
menangkap raja Pasai itu, dan membawa dia dengan hidupnya ke bawah duli tuanku."  
 
Maka oleh raja Syahru'n Nuwi diberinya hulubalang empat ribu dan seratus buah sum, 
diserahkannya kepada hulubalang itu, maka berlengkaplah ia. Setelah mustaed maka Awi 
Dieu pun belayarlah ke Pasai pura-pura bemiaga sum yang banyak itu; akan dirinya 
dikatakannya utusan Raja Syahru'n Nuwi. Setelah didengar oleh Sultan Maliku't-Tahir 
bahawa utusan raja Syahru'n-Nuwi datang, maka disuruh baginda alu-alukan, serta suratnya 
disuruh sambut pada segala hulubalang baginda.  
 
Setelah sampai ke darat maka suruhan itu pun dibawa oranglah. Maka oleh Awi Dicu 
diisinya peti empat buah dengan empat orang hulubalang yang gagah. Maka dipesaninya, 
"Apabila kamu kelak sampai ke hadapan raja Pasai, bukalah peti ini; kamu keluar tangkap 
raja Pasai," maka peti itu diberikannya kunci dari dalam, maka diarak oranglah peti yang 
dikatakan "bingkisan kepada raja Pasai itu." Setelah datanglah ke hadapan raja Pasai, maka 
surat itu pun dibaea oranglah di hadapan raja Pasai. Maka hulubalang Syahru'n Nuwi yang di 
dalam peti itu pun keluar menangkap  
  
raja Pasai itu. Maka segala hulubalang Pasai pun geruparlah, masing-masing menghunus 
Senjata hendak memerangi hulubalang Syahru'n-Nuwi. Maka kata hulubalang itu, "Jikalau 
kamu memerangi kami, raja kami sahaja kami bunuh."  
 
Setelah segala hulubalang Pasai mendengar kata sekalian mereka itu, maka 
hulubalang Pasai pun berhentilah, masing-masing berdiam diri. Maka Awi Dicu dengan 
segala hulubalang Syahru'n Nuwi pun turunlah ke perahunya membawa raja Pasai, lalu 
belayar kembali ke negeri Syahru'n Nuwi. Setelah datang, maka raja Pasai pun 
dipersembahkan oleh Awi Dieu kepada raja Syahru'n Nuwi. Maka raja Syahru'n Nuwi pun 
terlalulah sukaeitanya, Awi Dicu dengan segala yang pergi itu semuanya dipersalini oleh raja 
Syahru 'n Nuwi. Adapun akan raja Pasai itu disuruhnya menggembala ayam.  
 
Sebermula maka tersebutlah perkataan Sidi Ali Ghiathu'd-Din muafakat di negeri 
Pasai dengan segala menteri yang tua-tua, akan berbuat sebuah kapal dan dibelinya segala 
dagangan Arab, kerana segala orang Pasai pada zaman itu semuanya tahu bahasa Arab. Maka 
Sidi Ali Ghiathu'd-Din pun naiklah ke kapal lalu belayar. Hatta berapa lamanya di jalan, 
sampailah ke negeri Syahru'n-Nuwi; maka Sidi Ali Ghiathu'd-Din pun naiklah ke darat 
mengadap raja Syahru'n- Nuwi, segala lasykamya semuanya memakai pakaian Arab, 
membawa persembahan diperbuatnya sepohon kayu emas dan buahnya daripada sekalian 
permata, kira-kira sebahara emas harganya.  
 
Setelah raja Syahru'n-Nuwi melihat persembah Sidi Ali Ghiathu'd-Din itu terlalulah 
sukacita rasa hatinya, maka kata raja Syahru'-Nuwi, "Apa juga kehendakmu kepada aku?" 
Maka sembah Sidi Ali Ghiathu'd-Din, "Tiada apa kehendak kami," maka raja Syahru'n-Nuwi 
pun hairan dalam hatinya, memandang persembahan mereka itu amat banyak beberapa 
bahara itu. Maka Sidi Ghiathu'd-Din pun bermohonlah, sekaliannya turun ke kapal. Beberapa 
hari antaranya, maka Sidi Ali Ghiathu'd-Din pun naik pula mengadap raja Syahru'n-Nuwi, 
membawa persembahan papan catur emas, buahnya pennata, sebelah hijau dan sebelah 
merah; itu pun kira-kira sebahara emas harganya. Maka kata raja Syahru'n-Nuwi, "Apa juga 
kehendak kamu  
 kepada aku, supaya aku beri akan kamu." Maka sembah mereka itu, "Tiada apa kehendak 
kami, tuanku," sekaliannya pun bermohon turun ke kapal.  
 
Setelah berapa hari pula antaranya, musim kembali pun datanglah; maka Sidi Ali 
Ghiathu'd-Din pun membaiki alat kapalnya akan belayar. Setelah hadir, maka sekalian 
mereka itu pun naiklah mengadap raja Syahru 'n-Nuwi, membawa persembahan itik emas, 
scekor jantan dan seekor betina, kirakira sebahara emas harganya; dan satu pasu emas 
diisinya dengan air penuh. Maka itik itu pun dilepaskannya dalam pasu itu, lalu itik itu 
berenang berambat-ambat dua laki bini serta menyelam. Maka raja Syahru'n-Nuwi pun terlalu 
amat hairan melihat perbuatan hikmat mereka itu. Maka sabda raja Syahru'n-Nuwi, "Berkata 
benarlah kamu sekalian, apa juga kehendakmu; demi Tuhan yang kusembah ini, barang yang 
kamu kehendaki, dada kutahani."  
 
Maka sembah Sidi Ali Ghiathu'd-Din, "Ya tuanku, jikalau ada kumia raja akan kami 
sekalian, orang yang menggembala ayam raja itulah kami pohonkan ke bawah duli raja." 
Maka titah raja Syahru n-Nuwi, "Adapun ia itu raja Pasai; oleh kamu kehcndaki maka aku 
anugerahi akan kamu." Maka sembah mereka itu, "Oleh ia sama agama  maka kami pohonkan 
ke bawah duli raja." Maka oleh raja Syahru'n-Nuwi, Sultan Muliku't-Tahir dianugerahkannya 
kepada Sidi Ali Ghiathu'd-Din, lalu dibawanya turun ke kapal. Setelah dimandikan dan 
dipcrsalinnya dengan pakaian kcrajaan, maka angin pun turunlah; maka sauh pun dibongkar 
orang maka Sidi Ali Ghiathu'd-Din pun belayarlah. Berapa hari di laut, Hampirlah ke Pasai.  
 
Peristiwa Kerana Seorang Dayang  
 
Sebermula maka tersebutlah perkataan Sultan Maliku'lMansur di negeri Semundra; pada 
suatu hari maka baginda memberi titah pada Sidi Asma Yaumi'd-Din. "Hendak melihat abang 
Hamba, betapa halnya gerangan?" Maka sembah Sidi Asma Yaumi'd-Din, "Jangan tuanku 
berangkat, paduka kekanda belum berketahuan khabamya, kalau fitnah." Beberapa kali Sid. 
Asma Yaumi'd-Din menegah Sultan Maliku'l-Mansur, tiada juga didengar oleh baginda. 
Maka Sidi Asma Yaumi'd-Din menyuruh orang memalu mong-mong  
 melarangi; demikian bunyinya, "Bahawa Sultan Maliku'lMansur hendak berangkat melihat 
negeri saudaranya, Sidi· Asma Yaumi'd-Din tiada berkenan, kerana ia menteri yang tua, lagi 
tahu pada segala pekerjaan; tak dapat tiada fitnah juga."  
 
Maka oleh Sultan Maliku'I-Mansur digagahinya juga dirinya berangkat mengelilingi 
negeri Pasai itu, Ialu masuk istana Sultan Maliku't-Tahir. Maka baginda pun berahi akan 
seorang perempuan dayang-dayang kakanda baginda, lalu diambilnya" dibawa kembali ke 
Semundra. Maka baginda bersabda kepada Sidi Asma Yaumi'd-Din, "Hei bapaku, bahawa 
aku kedatangan suatu pekerjaan yang musykil dan hilanglah budi-bicaraku, kerana aku 
terkena oleh hawa nafsuku, maka binasalah aku oleh pekerjaan aku, sebab tiada terkuasai 
hawa nafsuku." Maka sembah Sidi Asma Yaumi'd-Din, "Telah berlakulah hukum Allah atas 
segala makhluknya. "    
 
Setelah itu maka kedengaranlah khabar Sultan Maliku't-Tahir sudah ada di Jambu Air, 
dan akan khabar Sultan Maliku'l-Mansur pun telah kedengaranlah. Maka Sultan Maliku't-
Tahir pun menaruh dendamlah kepada hatinya akan adinda baginda, hingga tiada 
dikeluarkannya. Baginda menyuruh Sultan Maliku'l-Mansur minta dialu-alukan apa 
bicaranya juga; maka Sultan Maliku'l-Mansur keluarlah dari negeri Semundra hilir ke Kuala. 
Adapun akan Sultan Maliku't-Tahir naik dari Sungai Katari, lalu berjalan ke istana baginda. 
Maka Sultan Maliku'l-Mansur pun kembalilah ke Semundra, baginda fikirkan akan pekerjaan 
yang telah lalu, sebab tiada ia menurut bicara Sidi Asma Yaumi'd-Din itu; tiadalah berguna 
sesalnya, tetapi Sultan Maliku't-Tahir sudah tergerak hatinya akan Sultan Maliku'l -Mansur.  
 
Bermula akan Sultan Maliku't-Tahir ada seorang anak, Sultan Ahmad namanya; 
tatkala baginda tertangkap, anakanda baginda itu lagi kecil. Pada masa baginda kembali dari 
negeri Syahru 'n-Nuwi, anakanda baginda itu besarlah; akan Sidi Ali Ghiathu'd-Din pun telah 
masyghul akan dirinya. Ada seorang menteri Tun Perpatih Tulus Tukang Segara namanya; 
dijadikan Mangkubumi oleh Sultan Maliku't-Tahir, akan ganti mertuanya. Pada suatu hari 
Sultan Maliku't-Tahir bersabda pada Tun Perpatih Tulus Tukang Segara, "Apa bicara tuan 
Hamba akan pekerjaan Sultan Maliku'I-Mansur supaya datang ke  
 mari?" Maka sembah Tun Perpatih Tulus Tukang Segara, "Ada satu muslihat kita." Maka 
titah Sultan Maliku 't- Tahir, "Adalah kehendak Hamba, Sultan Maliku'l-Mansur jangan 
mati." Maka sembah Tun Perpatih Tulus Tukang Segara, ''Jikalau paduka adinda mati, 
bukanlah tukang namanya; mari paduka anakanda Sultan Ahmad kita khatankan. Sultan' 
Maliku'lMansur kita jempu t, pada ketika itulah kita kerjakan. "  
 
Maka Sultan Maliku't- Tahir pun menyuruh menghiasi negeri dan balairung; maka 
baginda pun memulai pekerjaan berjaga-jaga. Sultan Maliku'l-Mansur pun dijemput oleh ba-
ginda; maka Sultan Maliku'l-Mansur pun datanglah; oleh Sultan Maliku't-Tahir Sultan 
Maliku'l-Mansur dengan Sidi Asma Yaumi'd-Din juga disuruhnya masuk, segala hulubalang 
Semundra semuanya tinggal di luar. Setelah masuk, Sultan Maliku'l-Mansur dan Sidi Asma 
Yaumi'd-Din disuruh baginda tangkap. Sultan Maliku'l-Mansur disuruh bawa ke Manjung 
pada scorang hulubalang. Maka titah baginda pada Sidi Asma Yaumi'd-Din, "Engkau tinggal 
di sini, jangan serta pergi dengan tuanmu. Jika engkau hendak pergi, kusuruh penggal 
lehermu." Maka sahut Sidi Asma Yaumi'd-Din, "Baiklah kcpala berccrai dengan badan, 
daripada Hamba bercerai dengan tuannya." Maka oleh baginda disuruhnya kerat Sidi Asma 
Yaumi'd-Din, kepalanya dibuangkan ke laut, badannya disulakan di kapal Pasai.  
 
Adapun Sultan Maliku'l-Mansur dibawa oranglah ke Manjung berperahu, setelah 
datang ke sebelah Jambu Air arah ke timur, dilihat oleh puawang kepala manusia lekat pada 
kemudi. Maka diberi orang tahu kepada Sultan Maliku'l-Mansur, lalu disuruh baginda ambit, 
dilihat baginda kepala Sidi Asma Yaumi'd-Din. Baginda memandang ke darat, maka titah ba-
ginda, "Padang maya ini?" Sekarang pun Padang Maya juga disebut orang. Maka Sultan 
Maliku'l-Mansur pun naiklah ke darat berjalan ke Padang Maya itu membawa kepala Sidi 
Asma Yaumi'd-Din serta dengan tangisnya menyuruh memohonkan badannya kepada Sultan 
Maliku't-Tahir, maka oleh baginda diberikannya. Maka Sultan Maliku'l-Mansur pun 
menanamkan mayat Sidi Asma Yaumi'd-Din dengan kepalanya di Padang Maya itulah. 
Setelah sudah maka baginda pun pergilah ke Manjung.  
 
Peninggalan Sultan Maliku'l-Mansur itu, maka Sultan Ah- mad dikhatankan oleh ayahandanya. Selang tiga tahun antaranya, maka Sultan Maliku't- 
Tahir pun tersedarlah akan saudaranya; seraya katanya, "Wahai! Terlalu sekali ahmak 
budiku! Kerana perempuan seorang, saudaraku kuturunkan dari atas kerajaannya, dan 
menterinya pun aku bunuh!" Baginda menyesal akan diri, lalu baginda menyuruh hulubalang 
dengan beberapa buah perahu pergi menjempu t adinda baginda ke Manjung. Maka Sultan 
Maliku'I-Mansur pun dibawa oranglah dengan tertib kerajaan. Telah datanglah ke Padang 
Maya, baginda pun naik ke darat, mendapatkan kubur Sidi Asma Yaumi'd-Din.   
 
Maka Sultan Maliku'l-Mansur pun memberi salam, katanya, "As-sallamu 'alaikum hei 
bapaku! Tinggallah bapaku di sini, kerana Hamba hendak pergi dijemput oleh abang 
Hamba." Maka sahut Sidi Asma Yaumi'd-Din dari dalam kubumya, demikian bunyinya, "Ke 
mana pula baginda pergi? Baiklah kita di sini!" Telah didengar SuI tan Maliku'l-Mansur, 
baginda pun mengambil air sembahyang, lalu sembahyang dua rakaat serta salam. Telah 
sudah sembahyang, maka baginda pun berbaring-baring di sisi kubur Sidi Asma Yaumi'd-
Din, lalu baginda putus nyawa.  
 
Maka dipersembahkan orang kepada Sultan Maliku't-Tahir bahawa paduka adinda 
telah mangkat di sisi kubur Sidi Asma Yaumi'd-Din. Baginda terkejut, lalu segera 
mendapatkan adinda baginda ke Padang Maya. Mayat adinda baginda itu ditanamkan di sisi 
kubur Sidi Asma Yaumi'd-Din seperti diadatkan raja yang besar-besar. Setelah itu baginda 
pun kembalilah ke negeri Pasai dengan percintaannya. Maka oleh baginda, anakanda baginda 
Sultan Ahmad dirajakan; baginda turun dari atas kerajaan.  
 
Telah berapa lamanya, maka Sultan Maliku't-Tahir pun geringlah. Baginda 
berwasiatlah kepada anakanda baginda, Sultan Ahmad, katanya, "Hei anakku, cahaya 
mataku, dan buah hatiku! Hendaklah jangan engkau melalui sembah segala Hambamu yang 
tua-tua. Pada barang sesuatu pekerjaan hendaklah engkau mesyuarat dengan segala 
menterimu, dan jangan engkau segera menggerakkan hati Hambamu, dan hendaklah engkau 
perbanyak sabarmu pada segala pekerjaan yang keji, jangan engkau peringankan ibadatmu 
akan Allah subha nahu wa taala; dan jangan engkau mengambil hak segala manusia. 
 dengan tiada sebenamya. Maka Sultan Ahmad pun menangimendengar wasiat ayahanda 
baginda itu, Telah berapa hari antaranya maka Sultan Maliku't-Tahir pun mangkatlah. Maka 
ditanamkan oleh baginda Hampir masjid. Beberapa lamanya Sultan Ahmad di atas kerajaan, 
terlalulah adil perintah baginda pada barang hukumnya.  
  
ALKISAH diceriterakan orang yang empunya ceritera - alamat akan binasa negeri negeri sembilan . 
Maka ada seorang Hamba Allah, orang Pasai, turun dari atas angin ke Pasai tiga bersahabat, 
Tuan Jana Khatib namanya; memahirkan ilmu khayal lillah lagi tamam dua belas alam. Oleh 
itu pergi dua bersahabat ke negeri sembilan , seorang pergi ke Samarlanga, itulah yang disebut 
orang tuan di Samarlanga, yang seorang tuan itu di Bunguran. Maka suatu hari Tuan Jana 
Khatib berjalan di Pekan negeri sembilan  bertudung; maka ia lalu Hampir pagar istana raja. Maka 
dipandangnya di pintu peranginan raja itu, ada seorang perempuan dilindung oleh pohon 
pinang gading; oleh Tuan Jana Khatib ditiliknya pohon pinang itu belah dua.  
 
Setelah dilihat oleh Paduka Seri Maharaja perihal itu maka baginda pun terlalu murka; 
titah baginda, "Lihatlah kelakuan Tuan Jana Khatib, diketahuinya isteri kita ada di pintu 
maka ia menunjukkan ilmunya. "Maka disuruh baginda bunuh; Tuan Jana Khatib pun dibawa 
orang akan dibunuh, Hampir ujung negeri tempat orang membuat bikang; di sanalah ia 
ditikam orang. Maka titik darahnya setitik, badannya pun ghaiblah. Orang yang membunuh 
itu pun kembalilah, dipersembahkannya kepada raja. Maka oleh perempuan yang membuat 
bikang itu, darah Tuan Jana Khatib yang titik itu ditutupnya dengan tudung bikangnya. 
Dengan berkat darah wali Allah, perempuan itu pun menjadi kayalah dari harga bikangnya; 
tutup bikang pun menjadi batu. ada sekarang di negeri sembilan . Ada  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
67 
A-85  
B-72  
  
 
diceriterakan orang, badan Tuan Jana Khatib itu terhantar di Lengkawi, ditanamkan orang di 
sana. Inilah dibuat orang pantun:  
 
Telur itik dari Singgora,  
Pandan tersandar di batang tui;  
Darahnya titik di negeri sembilan ,  
Badan terhantar di Lengkawi. 
 
Hatta tiada berapa lama antaranya, maka datanglah todak menyerang negeri sembilan , 
berlorupatan lalu ke parit. Maka segala orang yang di pantai itu banyak mati dilorupati todak 
itu; barang yang kena terus-menerus olehnya. Maka tiadalah dapat orang berdiri di pantai itu 
lagi. Maka geruparlah orang berlari-larian ke sana ke mari, semuanya mengatakan, "Todak 
datang menyerang kita; banyaklah sudah mati ditikamnya." Maka paduka Seri Maharaja pun 
segera naik gajah, lalu baginda keluar diiringkan segala menteri hulubalang sida-sida bentara 
sekalian. Setelah datang ke pantai, maka baginda pun hairanlah melihat perihal todak itu, 
barang yang kena dilorupatinya sama sekali matilah. Maka terlalulah banyak orang yang mati 
ditikam todak itu. Maka baginda pun menitahkan orang berkotakan betis, maka dilorupati 
oleh todak itu, terus berkancing ke sebelah. Adapun todak itu seperti hujan, usahkan kurang, 
makin banyak orang mati.  
 
Syahadan pada antara itu, datanglah seorang budak berkata, "Apa kerja kita 
berkotakan betis ini? Mendayakan diri kita. Jika berkotakan batang pisang alangkah 
baiknya?" Setelah didengar Paduka Seri Maharaja kata budak itu, maka titah baginda, "Benar 
seperti kata budak itu," maka dikerahkan baginda rakyat mengambil batang pisang diperbuat 
kota, Maka dikerjakan oranglah berkotakan batang pisang. Maka segala todak yang 
melorupat itu lekatlah jongomya, tercacak kepada batang pisang itu; dibunuh oranglah 
bertimbun-timbun di pantai itu, hingga tiadalah termakan lagi oleh segala rakyat. Maka todak 
itu pun tiadalah melorupat lagi. Pada suatu ceritera pada masa todak itu melompat, datang ke 
atas gajah Paduka Seri Maharaja, kena baju baginda; maka diperbuat orang seloka:  
 
Carek baju dilompati todak,  
Baharu menurut kata budak.  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
68 
A-86  
B-73 
  
 
Setelah itu maka Paduka Seri Maharaja pun kembalilah ke istana baginda. Maka 
sembah Orang Besar-besar, "Tuanku, akan budak itu terlalu sekali besar akalnya. Sedang ia 
lagi budak sekian ada akalnya,jikalau sudah ia besar betapa lagi? Baiklah ia kita bunuh, 
tuanku." Maka titah raja, "Benarlah bagai kata tuan Hamba sekalian itu, bunuhlah ia!" Maka 
adalah budak itu, tatkala ia akan dibunuh, maka ia menanggungkan haknya atas negeri itu; 
lalu ia pun dibunuh oranglah.  
 
Hatta, setelah berapa lamanya baginda di atas kerajaan, maka baginda pun 
mangkatlah. Anakanda baginda Raja Iskandar Syah menggantikan kerajaan ayahanda 
baginda, beristerikan anak Tun Perpatih Tulus, beranak seorang lelaki bernama Raja Ahmad, 
timang-timangannya Raja Besar Muda, terlalu baik rupa dan slkapnya, tiada berbagai pada 
zaman itu. Setelah baginda besar, maka oleh ayahanda baginda didudukkan dengan anak Raja 
Sulaiman Syah, raja Kota Mahligai, bernama Tuan Puteri Kamaru'l Ajaib, terlalu baik 
parasnya, tiada sebagainya pada zaman itu,  
 
Akibat Khianat, negeri sembilan  Dialahkan Majapahit  
 
Sebermula ada seorang bendahari Raja Iskandar Syah, Sang Rajuna Tapa namanya; asalnya 
orang negeri sembilan , ada dengan pedayangan Palembang beranak seorang perempuan, terlalu 
baik rupanya; dipakai oleh Raja Iskandar Syah, terlalu kasih baginda. Maka oleh gundik-
gundik yang lain difitnahkan berbuat jahat. Maka Raja Iskandar Syah pun terlalu sangat 
murka, lalu disuruh baginda percanggaikan di hujung pasar. Maka Sang Rajuna Tapa pun 
terlalu amat malu melihat anaknya itu. Maka katanya, "Jika sungguh sekalipun anak Hamba 
berbuat jahat, bunuhlah ia; mengapakah diberi malu demikian?"  
 
Hatta, maka Sang Rajuna Tapa pun berkirim surat ke Majapahit, demikian bunyinya, 
"Sang Rajuna Tapa. bendahari Raja negeri sembilan  empunya sembah kepada Betara Majapahit, 
jikalau Betara hendak mengalahkan negeri sembilan , segeralah datang; Hamba ada belot dalam 
negeri." Setelah Betara Majapahit mendengar bunyi surat bendahari negeri sembilan  itu, maka 
baginda pun segera menyuruhkan berlengkap tiga ratus jong, lain daripada banting dan 
jongkong, kelulos, tiada berbilang lagi; dua keti rakyat Jawa yang pergi itu.  
 
Setelah angin musim bertiup, maka Demang Mangku  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
69 
A-87  
B-74  
A-88 
  
 
Negara pun belayarlah sekaliannya menyeberang, dialah panglimanya. Berapa lamanya di 
jalan, maka sampailah ke negeri sembilan . Tiada sempat orang negeri sembilan  mengeluari lagi, segala 
rakyat Jawa sudah pun naik mengepung kota negeri sembilan  itu. Diceriterakan oleh yang empunya 
ceritera ini, ada sepohon jambu laut tempat rakyat Jawa menyandarkan tombaknya itu 
condong. Zaman Acheh mengalahkan negeri raja itu ditebangnya.  
 
Maka dikeluari oleh orang negeri sembilan  terlalu sabur berperang; tetak-menetak, parang-
memarang, tikam-menikam, serta dengan tempik-soraknya, gegak-gempita, tiada sangka 
bunyi lagi. Maka darah di Terigah peperangan itu seperti air sebak, merah rupanya pasir itu, 
datang sekarang ada lagi. Maka patahlah perang orang negeri sembilan , lalu sekaliannya undur 
masuk ke dalam kota; pintu kota pun ditutup, dan dilawan berperang dari dalam kota kira-
kira sebulan lamanya. Maka oleh Sang Rajuna Tapa, beras dikatakannya tiada lagi. Maka 
titah Raja Iskandar Syah, "Cari barang siapa yang ada berjual, jangan ditawar lagi." Maka 
dicari secupak pun hendak dibeli tiada orang berjual; dengan demikian orang negeri sembilan  pun 
letihlah, tiada terangkatkan Senjatanya lagi. Setelah dilihat oleh Sang Rajuna Tapa telah 
letihlah isi negeri negeri sembilan  itu, pada waktu malam dibukanyalah pintu kota; maka masuklah 
rakyat Jawa.  
 
Raja Iskandar Berlepas ke Darat  
 
Maka raja dengan segala para menteri hulubalang, sida-sida bentara sekalian pun berlepaslah 
dibawa rakyat ke Seletar, lalu berjalan ke darat mengiringkan baginda. Maka Jawa pun 
kembalilah dengan kemenangannya. Adapun akan Sang Rajuna Tapa, dengan takdir Allah 
Taala menunjukkan kuasa-Nya, baharu hendak mengambil beras, tiba-tiba rengkiang beras 
itu pun berbalik, jatuh ke parit, kaki tiangnya ke atas dan bumbungnya ke bawah; Sang 
Rajuna Tapa pun jatuh tersungkur di Terigah parit itu, laki bini menjadi batu; ada datang 
sekarang dengan beras itu.  
 
Sebermula Raja Iskandar Syah berjalan itu datang Hampir hulu Muar, bertemu suatu 
tempat yang baik. Maka baginda berhenti berbuat tempat dengan pagamya, akan berbuat 
negeri. Apabila malam hari, datanglah biawak terlalu banyak  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
70 
B-75  
A-89  
  
 
beribu-ribu. Setelah hari siang dibawa orang ke air, apabila malam datang pula berlaksa-
laksa, serta siang hari di pandang orang banyak pula, maka dibunuh orang dibuangkan ke air, 
dan apabila malam datang pula berganda, dibunuhi orang menjadi busuklah temp at itu 
tiadalah terhidu bau busuknya; maka itulah tempat itu dipanggil orang "Biawak Busuk", 
datanglah sekarang.  
 
Maka Raja Iskandar Syah pun berjalanlah dari sana. Adapun baginda berjalan itu 
mendarat, berapa hari antaranya terus hampir ke Sirupang Ujong, maka dilihat baginda temp 
at itu baik, lalu disuruh tebas, dibuat kota di sana, apabila malam menjadi buruk, maka 
dinamai "Kota Buruk ", datang sekarang disebut orang tempat itu Kota Buruk. Baginda 
berjalan dari sana terus ke Seriing Ujong, dipandang baginda tempat itu terlalu baik; maka 
ditinggalkan baginda seorang menteri di sana. Itulah sebabnya, datang sekarang Seriing 
Ujong itu bermenteri.  
 
Membuka Negeri Melaka  
 
Maka Raja Iskandar Syah pun berjalan balik membaruh, lalu terus kepada sebuah sungai, 
Bertam namanya; dan kualanya berbukit. Maka baginda pun datanglah ke sana, berhenti di 
bawah sepohon kayu, terlalu rarupak, maka baginda menyuruh berburu; sekonyong-konyong 
terjun anjing dihambat pelanduk. Titah baginda "Baik tempat ini diperbuat negeri, anjing alah 
oleh pelanduk; jikalau orangnya betapa lagi?" Maka sembah segala Orang Besar-besar, 
"Benarlah seperti titah duli tuanku itu." Maka disuruh baginda tebas, diperbuat negeri. Maka 
titah baginda, "Apa nama kayu itu?" Maka sembah orang, "Kayu Melaka namanya, tuanku," 
Maka titah Raja Iskandar Syah, "Jika demikian, Melakalah nama negeri ini."  
 
Maka kota negeri Melaka sudahlah diperbuat orang sekalian, diamlah baginda di 
Melaka. Adapun baginda di negeri sembilan  tiga dua tahun, negeri sembilan  pun alah oleh Jawa; baginda 
semayam di Melaka tiga tahun, maka datanglah peredaran dunia, baginda pun mangkat. 
Anakanda baginda Raja Mudalah kerajaan menggantikan ayahanda baginda, terlalu adil 
perintah baginda itu. Maka Raja Mudalah memerintahkan istiadat takh ta kerajaan baginda. 
Bagindalah yang pertama berbuat menteri empat orang di balai mengajari orang; meng-  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
71 
A-90 
B-76  
  
 
adakan bentara empat puluh berdiri diketapakan akan menjunjungkan titah raja, dan 
menyampaikan barang sesuatu sembah orang ke bawah duli raja, dan bagindalah yang 
menjadikan Anak Tuan-tuan biduanda kecil, dijadikan suruh-suruhan raja dan membawa 
segala alat raja barang sebagainya.  
 
Hatta, berapa lamanya maka baginda beranak tiga orang lelaki, seorang bernama 
Raden Bagus, seorang bernama Raja Terigah, dan seorang bernama Raden Anum; ketiga-
tiganya beristerikan anak Bendahara Tun Perpatih Tulus. Setelah Tun Perpatih Tulus hilang, 
maka Raden Baguslah jadi Bendahara, gelamya Tun Perpatih Permuka Berjajar. Maka 
datanglah pada peredaran dunia, Raja Besar Muda pun mangkatlah; maka anakanda baginda 
Raja Tengahlah kerajaan menggantikan ayahanda baginda. Baginda beranak seorang lelaki 
bernama Raja Kecil Besar. Setelah datanglah pada peredaran dunia, maka Raja Tengah pun 
mangkatlah. Maka anakanda baginda, Raja Kecil Besarlah kerajaan, menggantikan ayahanda 
baginda. Terlalulah adil saksama baginda pada memeliharakan segala rakyat, seorang pun 
tiada raja-raja dalam alam ini sepertinya pada zaman itu, lagi dengan murahnya. Maka negeri 
Melaka pun besarlah, lagi dengan makmumya; segala dagang pun berkampung. Baginda 
beristerikan anak Tun Perpatih Permuka Berjajar, beranak dua orang lelaki, seorang bernama 
Raja Kecil Lambang, dan seorang bernama Raja Mahkota.  
 
Setelah berapa lamanya baginda di atas  kerajaan, maka baginda bermimpi pada suatu 
malam, berpandangan dengan keelokan hadrat nabi mustaffa Rasulullah salla'llahu' 'alaihi wa 
salam. Maka sabda Rasulullah pada Raja Kecil Besar, "Ucap olehmu: Asyhadu alla ilaha i'l 
Allah wa asyhadu anna Muhammad-ar-rasulullah." Maka oleh Raja Kecil Besar seperti sabda 
Rasulullah salla'llahu 'alaihi wa salam itu diturutnya. Maka sabda Rasulullah kepada Raja 
Kecil Besar, “Adapun namamu Sulltan Muhammad Syah. Esok hari apabila asar matahari, 
datanglah sebuah kapal dari Jeddah, turun orangnya sembahyang di pantai Melaka ini, 
hendaklah engkau ikut barang katanya." Maka sembah Raja Kecil Besar, "Baiklah tuanku, 
yang mana sabda junjungan itu tiada Hamba lalui." Maka nabi salla 'llahu 'alaihi wa salam 
pun ghaiblah.  
 
Setelah hari siang, maka Raja Kecil Besar pun terkejut dari beradu, maka dicium 
baginda tubuhnya bau narawastu,  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
72 
A-91  
B-77  
  
 
dan dilihat baginda kalamnya pun seperti sudah dikhatankan. Pada hati Raja Kecil Besar, 
"Bahawa mimpi aku ini. Asyhadu alia ilaha i'l Allah wa asyhadu anna Muhammad-ar-
rasulullah." Maka segala orang pun datanglah ke dalam istana baginda; sekaliannya pun 
hairan mendengar yang disebut raja itu, Maka kata raja perempuan, "Entah kena syaitankah 
raja ini, atau gilakah raja ini gerangan? Baik segera memberitahu Bendahara."  
 
Kedatangan agama  ke Melaka  
 
Maka dayang-dayang pun pergi memberitahu Bendahara. Maka Bendahara pun segera 
datang, lalu masuk ke dalam istana. Maka dilihat Bendahara raja tiada berhenti-henti daripada 
menyebut "La ilaha i'l Allah. Muhammad-ar-rasulullah." Maka kata Bendahara, "Bahasa 
mana yang disebut raja ini?" Titah raja, "Semalam beta mimpi berpandangan dengan 
keelokan hadrat junjungan, Rasulullah salla 'llahu 'alaihi wa salam. Maka segala mimpi 
baginda itu semuanya dikatakannya pada Bendahara. Maka kata Bendahara, "Jikalau benar 
mimpi raja itu apa alamatnya?" Maka titah Raja Kecil Besar, "Alamatnya kalam beta seperti 
dikhatankan orang, itulah tanda sah Hamba bertemu dengan Rasulullah salla 'llahu 'alaihi wa 
salam: dan sabda Rasulullah pada Hamba, Asar sekarang datang sebuah kapal dari Jeddah, 
turun orangnya di pantai Melaka itu sembahyang; hendaklah turut olehmu barang katanya." 
Maka Bendahara pun hairanlah melihat kalam baginda seperti dikhatankan orang. Maka kata 
Bendahara, ''Jikalau sungguh datang kapal asar ini, benarlah mimpi raja itu; jikalau tiada, 
bahawa syaitanlah mengharu raja ini." Maka titah baginda, "Benar seperti kata bapa Hamba, 
Bendahara itu." Maka Bendahara pun kembalilah ke rumahnya.  
 
Setelah hari pun asarlah, maka datanglah sebuah kapal dari Jeddah, serta ia datang 
berlabuhlah; maka turunlah makhdum dari dalam kapal itu, Syed Abdul Aziz namanya, lalu 
ia sembahyang di pantai Melaka itu. Maka hairanlah segala orang Melaka melihat dia. Maka 
kata segala orang itu, "Mengapa orang itu tunggang-tunggik?" Maka berebutlah orang. yang 
melihat itu; sesak, penuh tiada bersela lagi, dan haru-birulah bunyinya sampai ke dalam. 
Maka raja pun segeralah naik gajah, lalu berangkat keluar diiringkan oleh segala Orang  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
73 
A-92  
B-78  
A-93 
  
 
Besar-besar. Maka dilihat raja kelakuan makhdum sembahyang itu nyatalah seperti yang di 
dalam mimpinya itu. Maka titah raja kepada Bendahara dan pada segala Orang Besar-besar, 
"Nyatalah demikian seperti dalam mimpi kita itu,”  
 
Setelah sudah makhdum itu sembahyang, maka raja pun menderumkan gajahnya. 
Makhdum dibawa baginda naik gajah, lalu dibawa baginda masuk ke dalam negeri. Maka 
segala Orang Besar-besar semuanya masuk agama ; sekalian isi negeri lelaki perempuan, tua 
muda, kecil besar sekaliannya masuk agama  dititahkan baginda. Maka raja pun bergurulah 
pada Makhdum akan tertib sembahyang, baginda digelamya seperti sabda nabi salla 'llahu 
'alaihi wa salam - Sultan Muhammad Syah. Adapun Bendahara bergelar Seri Wak Raja, 
yakni bapa tua raja, kerana Bendahara itu ayah - yang salah tak menjadikan - kepada baginda; 
itulah pertama-tama bergelar Bendahara. Raden Anum menjadi Perdana Menteri, bergelar 
Seri Amar Diraja; Tun Perpatih Besar, anak Tun Perpatih Permuka Berjajar,* yang pertama 
jadi Bendahara; anak Seri Teri Buana, yang bernama Raja Kecil Muda, jadi Penghulu 
Bendahari, bergelar Seri Nara Diraja, maka ia beristerikan anak Bendahara, beranak seorang 
perempuan bernama Tun Rana Sandari. Maka Sultan Muhammad pun mengatur takhta 
kerajaan baginda.  
 
Syahadan bagindalah yang pertama-tama meletakkan "kekuningan larangan"; tidak 
dapat dipakai orang keluaran, dan diambil akan sapu tangan; dan tiada dapat dibuat tepi tabir 
dan ulasan bantal besar dan tilam, dan bungkus barang apa-apa, dan akan karang-karangan 
benda; dan tiada dapat diambil akan perhiasan rumah; dan lain daripada itu pun tiada juga 
dapat, melainkan kain, baju, dan destar, tiga perkara itu jua yang dapat dipakai. Dan larangan 
berbuat rumah bermanjungan bertiang gantung, tiada terletak ke tanah; dan bertiang terus dari 
atap, dan peranginan; danjikalau perahu, bertingkap berpenghadapan, dan tidak dapat orang 
memakai penduk dan teterapan keris; sebesar-besar orang keluaran tiada dapat bergelang kaki 
emas, dan jikalau berkeroneong emas berkepala perak tiada boleh.  
 Bermula segala orang yang beremas, bagaimana sekalipun kayanya, jikalau tiada 
dianugerahi raja tiada boleh dipakai, apabila sudah dianugerahi barang sekali jua pun, 
dapatlah dipakai selama-lamanya. Dan jikalau orang masuk ke dalam jika tiada kain 
berpancung, dan berkeris di hadapan, dan bersebai, tiada dapat masuk, barang siapa pun baik; 
dan apabila berkeris di belakang masuk ke dalam, dirarupas oleh penunggu pintu.  
 
Maka inilah dahulu kala larangan raja Melayu, barang siapa melalui dia salah ke 
bawah duli, hukumnya didenda pati, yakni sekati lima. Bermula payung putih itu tarupak dari 
jauh, sebab itulah maka payung putih lebih daripada kuning; dan pakaian raja payung putih, 
dan pakaian anak raja payung kuning.  
 
Susunan Tertib Adat Istiadat Diraja  
 
Adapun apabila raja dihadap orang di balairung, maka Bendahara dan Penghulu Bend