• www.coklatx.blogspot.com

    www.coklatx.blogspot.com

  • www.kacangx.blogspot.com

    www.kacangx.blogspot.com

  • www.berasx.blogspot.com

    www.berasx.blogspot.com

Tampilkan postingan dengan label melayu 3. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label melayu 3. Tampilkan semua postingan

melayu 3

an Islam oleh Khalifah Harun al-Rasyid dan diperluaskan pada zaman 
pemerintahan al-Makmun. Peranan dan aktiviti perpustakaan yang diasaskan ini bukan 
sekadar menjalankan tugas asasnya. Namun, menjalankan aktiviti penterjemahan, 
penyalinan dan penjilidan. Pada zaman tersebut pemerintah menunjukkan minat dan 
komitmen yang tinggi dalam aspek mengembangkan ilmu pengetahuan. Perpustakaan 
seperti yang terdapat di Baghdad, Iraq mempunyai koleksi buku dan pelbagai 
manuskrip yang besar. Di Sepanyol pula terdapat 70 buah perpustakaan yang didirikan 
                                                 
4 Ibid. 
93 
 
di bandar-bandar utama, dan perpustakaan yang terbesar ialah Cordova yang 
mempunyai koleksi antara 400,000 hingga 600,000 naskhah.5  
 
Maka jelas bahawa betapa masyarakat terdahulu membina ketamadunan 
keilmuan melalui infrastruktur perpustakaan yang berfungsi sebagai sarana penyimpan 
karya yang pelbagai. Berinspirasikan contoh dan tauladan ini serta seiring dengan 
kepesatan dunia tanpa sempadan kini, penubuhan perpustakaan adalah suatu 
infrastruktur yang tidak ketinggalan mengalami perkembangan yang positif dan 
dijadikan institusi penting di setiap negara sebagai tempat penyimpanan dan rujukan 
masyarakat. Tidak keterlaluan pada hemat penulis dalam menyatakan bahawa 
perpustakaan berfungsi sebagai „Pusat Sumber Ilmu‟ (Knowledge Research Centre) 
yang menyerupai sebuah empangan ilmu (reservoir of knowledge) yang dapat 
mengumpul, menapis dan menyalurkan ilmu pengetahuan yang terpilih dan terkini 
kepada masyarakat yang kian dahagakan ilmu. 
 
Bertepatan dengan ledakan transformasi teknologi, sumber maklumat 
diinterpretasikan dalam pelbagai bentuk sama ada berbentuk bahan bercetak, bahan 
tidak bercetak, dan bahan digital. Namun, suatu khazanah ilmu yang tidak dapat 
dinafikan dan diketepikan ialah bahan berbentuk manuskrip asal yang merupakan 
khazanah warisan keintelektualan ilmuan silam.  
 
Menyedari peranan perpustakaan sebagai sarana penyimpan khazanah ilmu dan 
intelektual ini, Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun sudah pastinya 
tidak ketinggalan dalam memandang serius dan mengambil langkah positif ke arah 
penubuhan perpustakaan. Bertitik tolak kesedaran ini, tertubuhnya PNM (PNM) sebagai 
                                                 
5 Oli Mohamed, “Knowledge and Librarian” (makalah, Kongres Pustakawan Dan Ahli Sains Maklumat 
Muslim, Universiti Utara Malaysia (UUM), 20-22 Oktober 1986), 1. 
94 
 
suatu mercu tanda bahawa betapa kemajuan dari aspek keilmuan dan keintelektualan 
adalah suatu infrastruktur yang diberi penekanan.   
 
Menyedari hakikat peranan dan fungsi yang dimainkan oleh perpustakaan 
sebagai gedung penyimpanan pengetahuan, PNM dengan berbekalkan keazaman ingin 
bersama dan seiring dengan aspirasi negara untuk mencapai status negara maju pada 
masa hadapan telah diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk menguruskan hal ehwal 
yang berkaitan dengan tugas-tugas merekod dan memberi perkhidmatan sumber 
maklumat perpustakaan kepada generasi masa kini. Maka sangatlah bertepatan 
pengisytiharannya sebagai Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu oleh pihak kerajaan 
ketika khazanah berharga itu masih dalam kondisi yang tidak menentu sebagai suatu 
jaminan kepada sebuah pelestarian hayatnya. 
 
2. Latar Belakang Penubuhan Perpustakaan Negara Malaysia 
Dalam memahami perkembangan institusi ini, usaha menyorot latar belakang 
perjalanan sejarahnya adalah perlu. Senario perkembangan perpustakaan di Tanah 
Melayu bermula pada tahun 1817 dengan penubuhan perpustakaan awam di Pulau 
Pinang. Gerakan penubuhan yang lebih terancang bermula melalui usaha Adult 
Education Association di Perpustakaan Tanah Melayu.6 Melalui kerjasama bersama 
persatuan Malayan Library Group pada tahun 1955 Memorandum on Public Library 
Services for the Education of Malaya telah disediakan untuk dikemukakan kepada 
Kementerian Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu bagi mencadangkan penubuhan 
sistem perpustakaan di seluruh negara. Konsep perpustakaan yang dicadangkan ketika 
itu ialah berasaskan kepada pengwujudan satu Lembaga Perpustakaan Kebangsaan yang 
                                                 
6 Perpustakaan Negara Malaysia, Pustaka Warisan Bangsa (Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara 
Malaysia, 1996),1. 
95 
 
akan mempunyai kuasa eksekutif bagi menyediakan perkhidmatan perpustakaan awam 
ke seluruh negara. 
 
Walau bagaimanapun usaha ini tidak membuahkan hasil yang positif. Dua tahun 
kemudian satu lagi memorandum iaitu A Public Library Services for the Federation of 
Malaya disediakan oleh Persatuan Malayan Library Group untuk membangkitkan isu 
yang sama kepada Kementerian Pelajaran.7 Selain itu, terdapat juga suara-suara luar 
yang turut menyokong ke arah pengwujudan perpustakaan, antaranya seruan dari 
persatuan Siswazah Universiti Malaya yang mahu hasrat penubuhan perpustakaan 
direalisasikan oleh pihak pemerintah Tanah Melayu. 
 
Meskipun desakan lantang disuarakan oleh beberapa persatuan namun usaha 
untuk mewujudkan institusi ini masih gagal. Pada tahun 1959 pihak kerajaan mula 
memberi perhatian secara rasmi apabila Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra 
al-Haj pada ketika itu sendiri membangkitkan desakan ini. Walaupun pada dasarnya 
Kementerian Pelajaran menyokong penubuhan Perpustakaan Negara, namun masih 
tidak dapat menunaikan tuntutan ini kerana memberi tumpuan yang besar kepada 
agenda pembangunan pendidikan formal.8  
 
Seterusnya, era 60-an menampakkan „bunga-bunga‟ ke arah keberjayaan 
penubuhan PNM melalui usaha serius yang diambil.  Hal ini dilihat apabila  kabinet 
bersetuju memindahkan tugas-tugas mengenai hal ehwal penubuhan perpustakaan 
kepada Jabatan Perdana Menteri melalui cadangan Kementerian Pelajaran. Jabatan 
Perdana Menteri juga bertanggungjawab terhadap hal ehwal arkib. Melalui pemindahan 
ini, pada tahun 1963 Jabatan Perdana Menteri telah meminta pengarah Arkib mengkaji 
                                                 
7 Ibid., 2. 
8 Ibid,. 3. 
96 
 
dan menyediakan laporan mengenai penubuhan sebuah Perpustakaan Negara di Kuala 
Lumpur. Desakan ini turut diperjuangkan oleh presiden-presiden Persatuan 
Perpustakaan Malaysia, terutamanya Tuan Syed Ahmad bin Ali.9 
 
Kemudian, pada 16 Februari 1966 hasil daripada laporan tersebut sebuah 
jawatankuasa PNM telah ditubuhkan untuk mengkaji aspek-aspek seperti fungsi, 
kewangan, kakitangan serta bangunan perpustakaan. Badan ini dipengerusikan oleh 
Setiausaha tetap di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Jamil bin Abdul Rais dan 
dianggotai oleh wakil dari beberapa Kementerian Penerangan, Pustakawan Universiti 
Malaya dan Pengarah Arkib Negara Malaysia. 
 
Walau bagaimanapun, ketika mana perjalanan proses ini berlangsung, langkah 
mewujudkan Perpustakaan Negara telah bermula dengan langkah pertama mewujudkan 
Perkhidmatan Bibliografi Negara di bawah pengawalan Arkib Negara. Unit ini 
menjalankan tugas menyediakan Bibliografi Negara, Indeks Majalah, Indeks surat 
khabar dan Katalog Induk. Pada tahun 1966 juga diwujudkan Unit Perkhidmatan 
Bibliografi Negara secara rasmi oleh Jabatan Perdana Menteri dengan menguruskan 
tugas-tugas pelaksanaan mengikut Akta Pemeliharaan Buku-Buku 1966 (Akta 35).10 
Kemudian, unit ini ditukarkan kepada Perkhidmatan Perpustakaan Negara serta 
diperbesarkan dengan tambahan jawatan serta mewujudkan jawatan Penolong Pengarah 
untuk mentadbir unit berkenaan.  
 
Natijahnya, hasil daripada kajian yang telah dipertanggungjawabkan pada 
dasarnya, kabinet bersetuju untuk menubuhkan Perpustakaan Negara dan bersedia 
menerima seorang Pakar Perunding dari UNESCO sebagai penasihat kepada projek 
                                                 
9 Ibid. 
10 Ibid., 3. 
97 
 
penubuhan Perpustakaan Negara. Kabinet juga bersetuju membentuk Jawatankuasa 
Rayuan Derma Perpustakaan Negara yang dipengerusikan oleh Menteri Kewangan yang 
bertindak menguruskan hal ehwal pendermaan dari masyarakat umum untuk 
pembiayaan penubuhan institusi ini. Antara sumbangan permulaan yang diterima dari 
aspek kewangan ialah daripada Yayasan Lee yang telah menyumbang sebanyak RM 
500,000 atas dasar „ringgit ke ringgit‟ bagi memulakan tabung Perpustakaan Negara 
ini.11 
 
Dengan hasil usaha dan langkah gigih yang dilaksanakan, akhirnya pada tahun 
70-an menampakkan hasrat murni ini semakin dekat direalisasikan. Hal ini dilihat 
melalui penubuhan Perpustakaan Negara sebagai bahagian Khas dalam Jabatan Arkib 
Negara oleh kabinet pada tahun 1971. Berikutan keputusan yang telah diputuskan ini, 
nama Jabatan Arkib Negara dipinda dan Perpustakaan Negara di bawah pentadbiran 
seorang Ketua Pengarah.  Sir Harold White, bekas Pustakawan Negara Australia telah 
dilantik menjadi penasihat terhadap penubuhan Perpustakaan Negara bermula 
November 1970 hingga Februari 1971. Melalui bantuan beliau, Rang Undang-undang 
Perpustakaan Negara telah dibentuk dan dibahaskan di parlimen. 
 
Selain itu, tahun 70-an juga menyaksikan PNM terus mengorak langkah dari 
aspek infrastruktur. Hal ini kerana, bangunan PNM dari bangunan Persekutuan, Petaling 
Jaya ke bangunan kerajaan di Jalan Perdana (dahulunya Jalam Venning). Pada tahun 
1972 beberapa bahagian perkhidmatan telah dipindahkan ke Tingkat 6 dan 7, Bangunan 
UMBC, Jalan Sulaiman Kuala Lumpur. Pada ketika ini, PNM telah menawarkan 
perkhidmatannya kepada orang ramai buat pertama kalinya.  Selain itu, pada tahun 1972 
juga menyaksikan keserlahan fungsi dan peranan PNM melalui pewartaan Akta 
                                                 
11 Ibid., 5. 
98 
 
Perpustakaan Negara 1972. Seterusnya, pada tahun 1977 menyaksikan bahawa PNM 
menjadi Jabatan Kerajaan Persekutuan dan diletakkan di bawah naungan Kementerian 
Perumahan dan Kerajaan Tempatan.  
 
Seterusnya, pada 1980-an membawa banyak perubahan dari segi struktur dan 
pentadbiran organisasi bersesuaian dengan perkembangan institusi ini. Dalam 
menghadapi cabaran yang sedang dan bakal dihadapi, susunan semula organisasi 
penting dilaksanakan. antara peristiwa penting dan bersejarah dalam era 1980-an juga 
ialah pada tahun 1982, PNM telah dilantik sebagai pusat Kebangsaan bagi International 
Standard Book Number (ISBN). Seterusnya, kredibiliti dan kemampuan Perpustakaan 
Negara juga diakui dengan pengisytiharannya sebagai Pusat Kebangsaan Manuskrip 
Melayu pada 1983.  
 
Hal ini memperlihatkan akan pertambahan fungsi dan tanggungjawab PNM 
sebagai gedung penyimpan khazanah ilmu pengetahuan negara. Rentetan daripada itu,  
akta sedia ada telah dipinda menjadi Akta PNM (Pindaan) 1987 yang mana melalui akta 
ini tanggungjawab serta fungsi Ketua Pengarah telah diperkukuhkan dan dimantapkan 
serta PNM telah diletakkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan 
Pelancongan. Selain itu, Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 juga telah 
dikuatkuasakan menggantikan Akta Pemeliharaan Buku-Buku 1966 untuk memastikan 
PNM dapat berfungsi sebagai Pusat Penyerahan Negara. 
 
Selain itu, selaku institusi yang seiring dalam pengaplikasian teknologi dalam 
urusannya, pada tahun 1988 PNM memperoleh sistem komputer pertamanya. Pada 
tahun ini juga Dasar Negara bagi perpustakaan dan perkhidmatan maklumat telah 
diluluskan oleh parlimen. Seiring dengan perkembangan ledakan teknologi maklumat, 
99 
 
PNM juga berusaha menyediakan perkhidmatan yang bersesuaian.  Hal ini dapat dilihat 
pada tahun 1990,  PNM memulakan Sistem Katalog Awam Dalam Talian atau 
dikenali Online Public Access Catalogue (OPAC) yang membolehkan pengguna 
perpustakaan mencari sumber maklumat yang terdapat di Perpustakan Negara Malaysia 
melalui talian.  Selain itu, era 1990-an sekali lagi menyaksikan perkembangan PNM 
dari aspek infrastruktur iaitu dengan perpindahan ke bangunan baru di Jalan Tun Razak 
pada tahun 1992. Dengan penuh azam untuk menjadikannya pusat sumber terulung bagi 
rakyat Malaysia kini dan masa depan. 
 
Pada tahun 1993 juga, Perpustakaan Negara telah menubuhkan tiga bahagian 
penting bertujuan untuk memesatkan lagi fungsi Perpustakaan Negara ke arah 
perkhidmatan yang cemerlang. Bahagian yang diwujudkan ialah Bahagian Perhubungan 
Awam, Bahagian Penyelidikan Perpustakaan dan Pusat Sumber Media. Seterusnya, 
pada tahun 1994 juga menyaksikan satu lagi peristiwa penting dalam sejarah institusi ini 
iaitu Majlis Perasmian Bangunan Perpustakaan Negara yang disempurnakan oleh YAB 
Dato' Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri pada 16 Disember 1994. Detik ini 
melambangkan satu kejayaan besar hasil dari perjuangan dan ketekunan semua pihak 
yang terlibat dalam usaha merealisasikan penubuhan Perpustakaan Negara. 
 
Kemudian, pada tahun 2002 menyaksikan usaha PNM dalam penstrukturan 
semula PNM diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Penstrukturan semula ini 
adalah penting dalam memastikan gerak kerja dan fungsinya dapat dimainkan dengan 
lancar dan efisien.  
 
 
 
100 
 
2.1 Objektif Penubuhan 
“Perpustakaan Negara sangatlah penting bagi kita dan keturunan kita. 
Sebagai sebuah negara yang masih muda, kita perlu menyimpan catitan-
catitan sejarah peristiwa-peristiwa semasa untuk rujukan masa depan dan 
untuk generasi akan datang. Sejarah negara kita mestilah dipelajari anak-
anak kita. Sesebuah negara tidak boleh menjadi negara yang agung jika 
tidak terdapat apa-apa untuk direnung kembali dan jika tidak terdapat 
catitan-catitan kejayaan masa lalu”.12 
 
Nadi sesebuah negara terletak kepada teras pendidikan rakyatnya. Untuk 
mencari dan mendapatkan kemudahan tersebut bergantung kepada acuan dan falsafah 
pendidikan yang disediakan. Bagi memenuhi keperluan ini, Perpustakaan Negara 
ditubuhkan pada tahun 1966 atas kesedaran untuk menjamin khazanah ilmu warisan dan 
kemajuan bahan maklumat terkini dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. 
 
PNM ditubuhkan atas kesedaran untuk memimpin negara dalam mengejar ilmu 
global pada hari ini. Kewujudan institusi ini adalah untuk menjadi jambatan antara 
masyarakat dan ilmu melalui pembacaan dan berdiri teguh sebagai wadah maklumat, 
pendidikan dan penyelidikan yang dinamik serta sentiasa berubah mengikut peredaran 
zaman teknologi maklumat. Penubuhannya berdasarkan pertimbangan dan tujuan 
menyediakan bagi penggunaan generasi masa kini dan masa depan satu koleksi sumber-
sumber perpustakaan di peringkat kebangsaan.  
 
Pada 28 November 1985, Dasar Buku Negara telah dilancarkan oleh Menteri 
Pendidikan. Tujuannya ialah untuk mewujudkan keadaan yang dapat menggalakkan 
pertumbuhan dan perkembangan buku serta menjadikan perusahaan penerbitan sebagai 
satu faktor pembangunan sosial, pendidikan, intelektual dan kebudayaan.13  
 
                                                 
12 Ucapan oleh Yang Amat Berhormat Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Hussein semasa lawatan 
ke PNM pada 19 Oktober 1973. 
13 Ismail Hussein, “Dasar Buku, Dasar Bahasa dan Budaya Ilmu”, (Kuala Lumpur: Berita Buku Malaysia, 
Majlis Kemajuan Buku Lisan, April, 1981), 14-15.  
101 
 
Selain itu, PNM ditubuhkan untuk melahirkan kepimpinan dalam perkara-
perkara yang berkaitan dengan perpustakaan. Kepimpinan yang meliputi aspek-aspek 
pengurusan yang melibatkan fungsi dan peranan pustakawan dan individu-individu 
yang terlibat dengan perpustakaan. Secara kesimpulannya, objektif PNM yang telah 
digariskan ialah;14 
 
i) Menyediakan bagi penggunaan generasi masa kini dan masa depan suatu 
koleksi sumber perpustakaan di peringkat kebangsaan. 
ii)  Memudahkan penggunaan di seluruh negara sumber perpustakaan yang 
terdapat di dalam dan di luar negara. 
iii) Mengadakan kepimpinan dalam perkara yang berkaitan dengan 
perpustakaan. 
 
2.2 Logo 
Menyorot sejarah pembinaan ketamadunan kemanusiaan dalam aspek keilmuan 
dan keintelektualan yang mana menjadikan perpustakaan adalah pusat menghimpun 
khazanah ini, hal ini dilihat dan interpretasikan oleh PNM melalui logonya. Logo ini 
dilancarkan pada tahun 1996.15 
 
2.3 Konsep 
Konsep yang diterapkan di dalam logo ini ialah berasaskan simbol tengkolok 
dan buku yang melambangkan ilmu pengetahuan sebagai asas bagi melahirkan 
masyarakat maju, berbudaya membaca.16 
 
                                                 
14 Portal Rasmi Perpustakaan Negara Malaysia, http://www.pnm.gov.my/index.php?id=3190, 27 
September 2010. 
15 Ibid. 
16 Ibid. 
102 
 
Gambar 3.1: Logo PNM 
 
Sumber: Laman sesawang rasmi PNM, www.pnm.gov.my 
 
Manakala, warna yang digunakan dan bentuk yang terlakar memainkan peranan 
dalam memberi tafsiran kepada logo tersebut. Warna biru melambangkan kestabilan dan 
keharmonian. Manakala warna merah pula memberi tafsiran kekuatan, dinamik dan 
agresif. 
 
Seterusnya, lapisan buku yang terbentuk melambangkan semua masyarakat yang 
bekerjasama untuk mencapai hasrat dan inspirasi PNM menuju kejayaan. Bentuk 
piramid pula melambangkan mercu kejayaan, keutuhan dan kestabilan. Manakala, 
garisan padu melambangkan simbol teknologi maklumat. Akhir sekali, lapisan garisan 
yang teratur melambangkan keharmonian dan semangat kerjasama di antara masyarakat 
luar dengan PNM. Maka, secara teorinya, logo yang tercipta adalah amat selari dengan 
peranan dan tujuan penubuhan sebuah institusi perpustakaan. 
 
2.4 Perkhidmatan 
PNM menyediakan perkhidmatan berteraskan kepada teras perkhidmatan yang 
telah digariskan iaitu:17 
i) Menerajui pembangunan perpustakaan dan kepustakawanan di Malaysia. 
ii) Pemeliharaan koleksi intelek negara bagi penjanaan ilmu. 
                                                 
17 Ibid. 
103 
 
iii) Memperkukuh penyampaian perkhidmatan perpustakaan dan maklumat. 
iv) Meningkatkan penyampaian perkhidmatan perpustakaan melalui ICT. 
v) Penggerak program membaca. 
 
Seperti objektif yang telah dinyatakan di atas iaitu penubuhan yang 
berobjektifkan kemudahan dan penyediaan sumber perpustakaan kepada generasi kini 
dan akan datang serta mendepani hal-hal yang berkaitan perpustakaan, pihak PNM 
menyediakan perkhidmatan yang sewajarnya. Perkhidmatan yang disediakan 
merangkumi perkhidmatan kepada orang awam, penerbit buku dan perpustakaan. Setiap 
peringkat disediakan perkhidmatan yang tertentu seperti berikut: 
i) Untuk Orang Awam 
a) Perkhidmatan Rujukan. 
 Perkhidmatan Penasihat Pembaca. 
 Perkhidmatan Pemakejan Maklumat. 
 Perkhidmatan Mikrofilem Suratkhabar. 
 Perkhidmatan Malaysiana. 
 Perkhidmatan rujukan penyelidikan. 
  Perkhidmatan terbitan bersiri umum. 
 Perkhidmatan rujukan koleksi media elektronik. 
 Perkhidmatan rujukan Manuskrip Melayu. 
b) Perkhidmatan pinjaman. 
c) Perkhidmatan digital. 
d) Pendaftaran keahlian. 
e) Perkhidmatan bilik karel. 
f) Perkhidmatan fotokopi. 
g) Gerakan literasi maklumat. 
104 
 
h) Sesi pendidikan pengguna. 
i) Perkhidmatan maklumat komuniti. 
j) Semak status permohonan online keahlian PNM. 
 
ii) Untuk Penerbit 
a) Permohonan International Standard Serial Number (ISSN).18 
b) Penkatalogan dalam talian. 
c) Permohonan International Standard Book Number (ISBN).19 
 
iii) Untuk Perpustakaan 
a) Sistem Pembekalan Penerbitan. 
b) Perkhidmatan Pemuliharaan. 
c) Khidmat Nasihat dan perundingan. 
d) Kerjasama dengan perpustakaan lain. 
 
Mengenai kerjasama antara PNM dengan perpustakaan lain, antaranya:  
a) PERPUN (Persidangan Perpustakaan Universiti dan Perpustakaan 
Negara Malaysia): merupakan forum kerjasama di kalangan ketua-ketua 
perpustakaan universiti dan Ketua Pengarah PNM. Antara perkara yang 
dibincangkan adalah mengenai pengwujudan rangkaian perpustakaan 
elektronik di institusi pengajian tinggi, perkhidmatan maklumat terkini 
secara elektronik antara perpustakaan akademik Malaysia dan skim 
perolehan bahan secara usahasama. 
                                                 
18 ISSN ialah number unik yang mengandungi 8 angka sebagai satu kod pengenalan bagi setiap terbitan 
bersiri keluaran negara. Dengan menghantar semua judul terbitan bersiri yang telah diberi nombor ISSN 
ke pusat ISDS antarabangsa di Paris, Perancis ianya dapat diperkenalkan di peringkat antarabangsa. PNM 
bertanggungjawab memberi ISSN (International Standard Serial Number) kepada semua terbitan bersiri 
yang diterbitkan di Malaysia.   
19 International Standard Book Number (ISBN) merupakan satu kod unik antarabangsa yang mempunyai 
10 angka untuk memberi identiti kepada satu judul buku atau edisi baru judul buku dari penerbit. PNM 
dilantik sebagai pusat Kebangsaan bagi ISBN sejak tahun 1982.  
105 
 
b) SCOM (Sub-Commitee on Microforms): Hubungan dan kerjasama yang 
terjalin di antara Persatuan Pustakawan Malaysia dan Persatuan 
Perpustakaan Singapura (Library Association of Singapore) telah berjaya 
mewujudkan Sub-Commitee On Microforms (SCOM) pada bulan Mei 1968. 
Walau bagaimanapun, pihak SCOM Singapura telah mengambil keputusan 
untuk tidak meneruskan keanggotaan dalam SCOM apabila beberapa projek 
telah dilaksana dan disempurnakan bersama-sama dengan Persatuan 
Pustakawan Malaysia. Oleh itu, mulai 1980, SCOM di Malaysia telah wujud 
sebagai sebuah Jawatankuasa Kecil Mengenai Bahan Mikro di bawah Joint 
Standing Commitee on Bibliographic Services and Library Cooperation 
(BILCO).  
 
c) MAPEG (Majlis Perpustakaan Khusus Perkhidmatan Gunasama 
Perpustakaan): Merupakan gabungan wakil-wakil dari perpustakaan 
khusus dalam Perkhidmatan Gunasama Perpustakaan di Kementerian dan 
Jabatan Kerajaaan. Majlis ini ditubuhkan dengan rasminya pada 17 Oktober 
1998. 
 
d) Kumpulan Pengguna VTLS (Virginia Technical Library System): 
Kumpulan  pengguna VTLS telah ditubuhkan pada 17 Ogos 1999 dengan 7 
keanggotaan iaitu PNM, Universiti Putra Malaysia, Kementerian 
Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Pusat daya Pengeluaran 
Negara (NPC), Jabatan Perdana Menteri, Institut Latihan Diplomatik dan 
Hubungan Luar Negari (IDHL) dan Perbadanan Perpustakaan Awam 
Pahang. Penubuhan kumpulan pengguna ini adalah untuk bersama-sama 
berkongsi pengalaman dalam mengendalikan perisian VTLS. 
106 
 
e) Perpustakaan CDS/ISIS: PNM merupakan pusat pengedaran kebangsaan 
bagi perisian mikro CDS/ISIS yang direkacipta oleh UNESCO. Perisian 
CDS/ISIS dan WINISIS merupakan perisian yang boleh dimanfaatkan 
dalam membina pangkalan data khusus bagi perpustakaan. 
 
f) ASEAN-COCI (Asean Committee on Culture and Information): 
Merupakan jawatankuasa dalam bidang kebudayaan dan maklumat di 
peringkat ASEAN. Di bawah projek ini terdapat dua jawatankuasa di 
peringkat kebangsaan iaitu Jawatankuasa Kecil Penerangan dan 
Jawatankuasa Kecil Kebudayaan. PNM menganggotai Jawatankuasa Kecil 
Kebudayaan di mana terdapat kaitan dengan maklumat dan perpustakaan. 
 
g) NLG-SEA (National Library Group Southeast Asia): NLG-SEA 
diwujudkan berkaitan dengan Mesyuarat Pengarah-Pengarah Perpustakaan 
Negara Asia Tenggara yang diadakan di Bangkok, Thailand pada 7 Mei 
1994. Ianya merupakan satu gabungan Ketua-Ketua Perpustakaan Negara di 
Asia Tenggara untuk menjalankan projek kerjasama di kalangan 
Perpustakaan Negara di rantau ini. 
 
h) CONSAL (Congress of Southeast Asian Librarians): Merupakan forum 
di kalangan Pustakawan dari negara Asia Tenggara untuk menjalin 
hubungan kerjasama dengan menjalankan pelbagai projek bersama 
khususnya menganjurkan persidangan dalam jangkamasa tiga tahun sekali. 
PNM menjadi anggota CONSAL pada tahun 1970. Lembaga Eksekutif yang 
bertanggungjawab di atas perancangan dan penyelaras aktiviti CONSAL 
107 
 
dan anggotanya terdiri daripada 3 wakil dari Perpustakaan Malaysia. 
Urusetia Tetap CONSAL bertempat di Singapura mulai tahun 2000. 
 
i) CDNLAO (Conference of Directors of National Library of Asia and 
Oceania): Merupakan persidangan bagi Pengarah Perpustakaan Negara di 
Asia dan Oceania. 
 
j) Memory of the World: Laman web ini dibangunkan dengan  tujuan 
pemeliharaan khazanah bangsa dan negara bagi negara-negara Asean seperti 
Malaysia, Indonesia, Philipines, Thailand, Vietnam, Cambodia, Myanmar 
dan Laos. 
 
k) IFLA (International Federation of Library Associations and 
Institutions): Merupakan gabungan Persatuan Perpustakaan di peringkat 
antarabangsa. PNM menjadi ahli institusi bagi persatuan ini dengan 
melibatkan diri secara berutus surat. Sebagai ahli institusi, PNM mendapat 
faedah dan menerima pelbagai penerbitan dan maklumat - jawatankuasa 
kerja IFLA, pelbagai penulisan dan hasil kajian yang dijalankan oleh IFLA 
dijadikan panduan untuk meningkatkan lagi perkhidmatan dan 
profesionalisme kepustakawanan khususnya dalam usaha kerjasama di 
peringkat antarabangsa.  
 
l) APINESS (Program Asia-Pacific Information Network in Social 
Science): Suatu program yang diwujudkan di bawah pertubuhan UNESCO 
pada awal tahun 1986. Ia bertujuan untuk menyelaras pengumpulan dan 
penyebaran maklumat dan aktiviti dalam bidang perkara sains sosial di 
108 
 
negara Asia dan Pasifik. Sejak 1986, mesyuarat diadakan tiap-tiap tahun di 
antara pakar sains sosial dan pakar maklumat mengenai sains sosial untuk 
membincangkan perkembangan yang berlaku di negara masing-masing. 
Tiap-tiap negara melantik sebuah institusi yang bertindak sebagai National 
Contact Point dan pegawai yang dilantik bertindak sebagai "liaison office" 
bagi negara. 
 
m) ASTINFO (Regional Network for the Exchange of Information and 
Experience in Science and Techno; Ogy for Asia and Pacific Region): 
Merupakan salah satu program UNESCO berkaitan dengan rangkaian 
pertukaran maklumat dan pengalaman mengenai sains dan teknologi di 
kalangan negara rantau Asia Pasifik. PNM telah dilantik oleh Suruhanjaya 
Kebangsaan UNESCO Malaysia sebagai pusat penyelaras ASTINFO 
semenjak tahun 1984. 
 
n) Senarai Pusat Sumber Malaysia di Luar Negara.  
 
2.5  Visi Dan Misi PNM20 
Semestinya bertepatan dengan objektif penubuhan PNM sebagai gedung warisan 
ilmu, pihak pengurusan telah menetapkan beberapa perancangan strategik yang 
dijadikan panduan dan falsafah dalam usaha memastikan hala tuju institusi ini. Hal ini 
penting kerana, bagi memastikan kewujudan institusi ini sentiasa diperlukan dan 
fungsinya serta peranannya relevan kepada masyarakat dan negara. Dalam usaha 
memastikan institusi ini sentiasa terkehadapan dalam membina koleksi dan 
menampung khazanah ilmu, sebuah jawatankuasa telah ditubuh untuk merangka 
                                                 
20 Laman sesawang rasmi PNM, http://www.pnm.gov.my, dicapai 27 September 2010 
109 
 
perancangan strategik PNM. Empat konsep iaitu falsafah, wawasan, misi, dan strategi 
dijadikan sebagai asas penting bagi memastikan institusi ini dapat mengorak langkah 
secara konsisten.21  
 
Konsep falsafah yang cuba ditekankan ialah aspek pembinaan insan yang 
berbudaya maju dan cintakan ilmu pengetahuan. Sikap kecintaan ini pula ada 
hubungannnya dengan minat membaca sepanjang hayat demi memupuk kecemerlangan 
minda bangsa Malaysia supaya kesan dari amalan ini akan terhasil penciptaan baru yang 
kreatif dan inovatif sekaligus dapat memperkayakan tradisi ilmu di negara ini.22 
 
Dalam usaha mencapai maksud tersebut, prasarana perpustakaan juga perlu 
diambil kira. Konsep wawasan yang terangkum di dalam perancangan ini melihat 
bahawa untuk mewujudkan persekitaran pembacaan yang baik serta sistem perolehan 
maklumat secara cekap, kualiti pengurusan dan kemudahan perlu diberi perhatian. 
Perpustakaan Negara sebagai perpustakaan bertaraf dunia dalam memberi perkhidmatan 
maklumat yang cemerlang bagi merealisasikan wawasan 2020 ke arah sebuah negara 
perindustrian yang maju. Perkaitan antara konsep wawasan dan imej PNM sendiri telah 
memberi ruang yang luas kepada institusi ini menjadi penyalur sumber ilmu yang 
canggih pada masa hadapan.23 
 
Konsep misi pula menekankan kepada aspek fungsi dan sumbangan 
perpustakaan itu sendiri. PNM dicetuskan atas kesedaran untuk kesinambungan ilmu 
pada masa hadapan. Misi PNM adalah memastikan semua rakyat Malaysia dapat 
menikmati kemudahan perkhidmatan perpustakaan secara saksama serta berupaya 
                                                 
21 Perpustakaan Negara Malaysia, Maklumat Mengenai Perpustakaan Negara Malaysia (Kuala Lumpur: 
Perpustakaan Negara Malaysia, 1997), 3. 
22 Ibid., 4 
23 Ibid.  
110 
 
mencapai dan menggunakan ilmu warisan intelek Malaysia dan sejagat melalui 
prasarana perpustakaan elektronik yang bersepadu di seluruh negara. Misi yang teah 
ditetapkan oleh PNM ialah:24 
 
i) Memimpin dalam pembangunan perpustakaan dan perkhidmatan maklumat. 
ii) Menjadi pusat kecemerlangan warisan intelek negara. 
iii) Mengurus dan menyediakan kemudahan akses sumber maklumat 
negara. 
iv) Menjadi penggerak utama memupuk budaya membaca rakyat Malaysia. 
 
Akhirnya, konsep yang agak penting dalam perancangan strategik ini ialah 
strategi yang disusun dalam memastikan imej institusi ini sebagai gedung khazanah 
utama negara tidak dipandang kecil dan kewibawaan serta kredibilitinya dipertikai. 
Pihak pengurusan telah menyusun strategi sebagai langkah untuk mencapai tahap 
pengurusan dan penyediaan perkhidmatan yang baik; 
i) Meningkatkan kompetensi dalam bidang kepustakawanan pada tahun 2010. 
ii) Menggubal Pelan Penggantian kepimpinan PNM bagi semua gred anggota 
setiap 5 tahun sekali. 
iii) Meningkatkan pembangunan perpustakaan. 
iv) Membangunkan pelan induk prasarana perpustakaan di Malaysia menjelang 
2015. 
v) Memantapkan koleksi perpustakaan yang lebih komprehensif dan 
terkini. 
vi) Mewujudkan Pusat Pemuliharaan Bahan Audio Visual dan Digital. 
                                                 
24 Ibid. ,4. 
111 
 
vii) Membangunkan persepakatan strategik dengan industri buku menjelang 
tahun 2009. 
viii) Membangunkan knowledge hub mengikut bidang perkara bagi perkongsian 
maklumat. 
ix) Memantapkan peranan Pusat Maklumat Malaysiana sebagai Pusat 
Kecemerlangan Malaysiana. 
x) Membangunkan program literasi maklumat sehingga akhir tahun 2009. 
xi) Mendekatkan masyarakat dengan perpustakaan (library 2 u). 
xii) Mempertingkatkan program membaca dalam menerapkan amalan membaca 
rakyat Malaysia. 
xiii) Mempertingkatkan program pembudayaan penggunaan tulisan Jawi 
bagi masyarakat Malaysia. 
xiv) Memperluaskan perkhidmatan perpustakaan digital menjelang 2015. 
xv) Menggubal Pelan Pelaksanaan Pendigitan Koleksi sebelum 2009. 
xvi) Menjadikan PNM sebagai 'clearinghouse' bagi terbitan digital menjelang 
2020 melalui kuasa pentadbiran (administrative power) 
 
Maka, bertepatan dengan visi yang telah ditetapkan iaitu sebagai peneraju 
pembangunan, perkhidmatan, kepimpinan perpustakaan bertaraf dunia, PNM 
menetapkan wawasan, falsafah, misi dan objektifnya yang terarah di samping 
penyediaan perkhidmatan yang sepatutnya. Ianya dilihat melalui interpretasi 
pelaksanaan fungsi yang dimainkan. Melalui visi dan misi dalam usaha memastikan 
institusi ini terkehadapan menyediakan pelbagai sumber maklumat kepada pengguna, 
PNM tidak mengenepikan beberapa aspek yang mempunyai kaitan langsung dengan 
manuskrip Melayu. Antaranya mempertingkatkan program pembudayaan penggunaan 
112 
 
tulisan Jawi bagi masyarakat Malaysia. Maka, secara tidak langsung ianya mempunyai 
kaitan langsung dengan manuskrip yang ditulis menggunakan tulisan ini. 
2.6  Fungsi Utama PNM25 
Berteraskan dasar kualiti iaitu "PNM komited untuk memberi perkhidmatan 
perpustakaan yang berkualiti dan bertanggungjawab memelihara khazanah warisan 
sumber ilmu malaysiana bagi memenuhi kepuasan pelanggan melalui pelaksanaan 
Sistem Pengurusan Kualiti dan amalan penambahbaikan berterusan", PNM memainkan 
fungsi yang signifikan dalam memenuhi dasar tersebut. Maka, atas kesedaran ini, PNM 
menetapkan tiga fungsi utamanya yang dimanifestasikan melalui tiga aktiviti utamanya 
iaitu Aktiviti Pengurusan, Aktiviti Pembangunan Perpustakaan dan Aktiviti 
Perkhidmatan Maklumat. Kemudian, setiap aktiviti yang ditetapkan dibahagikan pula 
dengan sub-aktiviti atau bahagian tersendiri yang efektif. Tiga fungsi utama dan sub-
aktiviti yang telah ditentukan ialah; 
Jadual 3.1: Fungsi PNM Melalui Aktiviti dan Sub Aktiviti 
AKTIVITI SUB-AKTIVITI BAHAGIAN 
PENGURUSAN 
Khidmat Pengurusan dan 
Sumber Manusia 
Khidmat Pengurusan dan Sumber 
Manusia 
Pembangunan Sumber Manusia 
Perancangan dan 
Perhubungan Korporat 
Perancangan dan Dasar Korporat 
Penyelidikan Perpustakaan 
Penerbitan 
Teknologi Maklumat Teknologi Maklumat 
Audit Dalam Audit Dalam 
PEMBANGUNAN 
PERPUSTAKAAN 
Prasarana Ilmu dan 
Maklumat 
Rangkaian Perpustakaan 
Khidmat Nasihat dan Perundingan 
Rangkaian Sistem Perpustakaan 
Gerakan Literasi Maklumat 
                                                 
25 Laman sesawang rasmi PNM, http://www.pnm.gov.my/index.php?id=3190, 27 September 2010. 
113 
 
AKTIVITI SUB-AKTIVITI BAHAGIAN 
Pembinaan Koleksi 
Negara dan 
Pendokumentasian 
Pusat Penyerahan Terbitan Negara 
Pusat Bibliografi Negara 
Khidmat Teknik 
PEMULIHARAAN 
PERKHIDMATAN 
MAKLUMAT 
Perkhidmatan 
Malaysiana 
Pusat Maklumat Malaysiana 
PUSAT MANUSKRIP 
MELAYU (PMM) 
Pakar Maklumat 
Perkhidmatan Maklumat 
Umum 
Maklumat Umum 
Khidmat Pelanggan 
Pinjaman 
Perkhidmatan 
Perpustakaan Digital 
Nasional 
Perkhidmatan Digital 
Pembangunan Kandungan 
Pengurusan Perkhidmatan 
PERDANA 
Sumber: Laman sesawang rasmi PNM, http://www.pnm.gov.my, dicapai pada 27 
September 2010 
 
Maka, jelaslah bahawa daripada fungsi PNM di atas, menunjukkan bahawa 
aspek yang melibatkan manuskrip tidak diketepikan. Hal ini boleh dipastikan melalui 
aktiviti pembangunan perpustakaan yang melibatkan bahagian Pemuliharaan yang mana 
di bawah bahagian ini terdapat salah satu bahagian Pemuliharaan Manuskrip. Manakala, 
aktiviti Perkhidmatan Maklumat pula di bawah sub-aktiviti Perkhidmatan Malaysiana 
telah wujudkan suatu bahagian khusus yang menguruskan manuskrip iaitu Bahagian 
Pusat Manuskrip Melayu.  
 
 
114 
 
Justeru, dalam memastikan dasar kualiti ini diaplikasikan, pihak PNM 
mengambil pelbagai usaha dan inisiatif. Terutamanya dalam usaha menyediakan 
pegawai-pegawai berdedikasi yang menjadi penggerak dan menjalankan segala program 
yang ditetapkan. Kemahiran dan pendedahan pegawai kepada bidang tugas masing-
masing sering ditekankan melalui bengkel, kursus dan lawatan yang diadakan. Dalam 
mempersiapkan kualiti perkhidmatan ini, PNM amat komited dalam perlaksanaan MS 
ISO 9001 : 2008 (Sistem Pengurusan Kualiti).  
 
2.7  Carta Organisasi26  
Sesungguhnya pengurusan dan struktur organisasi yang terancang dan sistematis 
adalah suatu aspek yang penting dalam sesebuah institusi dalam memastikan 
pengurusan yang efektif dan konsisten. Bertepatan dengan sebuah institusi yang 
mempunyai misi dan visi yang telah ditetapkan, PNM telah distruktur selaras dengan 
fungsi yang dimainkan dan perkhidmatan yang disediakan. Hasil penstrukturan semula 
organisasi pada tahun 2002, penstrukturannya adalah seperti di bawah: 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
                                                 
26 Ibid. 
115 
 
Carta 3.1: Carta Organisasi Induk PNM 
 
 
Sumber:: Laman sesawang PNM, http://www.pnm.gov.my. Dicapai pada 27 
September 2010. 
 
 
116 
 
Berdasarkan carta di atas, PNM adalah institusi yang berada di bawah seliaan 
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Manakala pengurusan 
dan pengawasan PNM adalah di bawah bidang kuasa Ketua Pengarah dan dibantu oleh 
Timbalan Ketua Pengarah.  
 
Melalui organisasi di atas, jelas menunjukkan bahawa penstrukturan organisasi 
ini adalah selaras dan bertepatan dengan fungsi utama yang telah digariskan. Tiga 
fungsi utama diinterpretasikan melalui tiga aktiviti iaitu Aktiviti Pengurusan, Aktiviti 
Pembangunan Perpustakaan dan Aktiviti Perkhidmatan Maklumat. Kemudian, setiap 
fungsi dipecahkan menjadi lapan sub-aktiviti di bawah aktiviti utama yang bersesuaian. 
Seterusnya, dalam memastikan segala fungsi dan aktiviti dapat dilaksanakan secara 
terancang dan rapi, setiap sub-aktiviti diwujudkan bahagian-bahagian tertentu yang 
lebih memberi skop dan bidang tugas masing-masing yang lebih terperinci. Terdapat 23 
bahagian yang diwujudkan dalam memenuhi tuntutan bidang tugas yang lebih terarah.  
 
2.8 Lembaga Penasihat  
Organisasi ini berada di bawah Lembaga PNM yang ditubuhkan bagi tujuan 
menasihati Ketua Pengarah PNM berkenaan hal-hal yang berkaitan kemajuan PNM. Hal 
ini jelas dinyatakan di dalam Akta PNM (Pindaan) 1972 Bahagian III Penubuhan 
Lembaga Penasihat 5. (1) yang menyebut; 
 
“5. (1) menteri hendaklah menubuhkan suatu Lembaga Penasihat 
(kemudian daripada ini disebutkn sebagai “Lembaga”) bagi maksud 
menasihati Ketua Pengarah mengenai kemajuaan Perpustakaan”27  
 
 
                                                 
27 Akta Perpustakaan Negara 1972 Bahagian III. No 5. (1) (Akta 80). 
117 
 
Maka, memenuhi akta ini, Lembaga Penasihat PNM yang dilantik adalah seperti 
berikut: 
Carta 3.2 : Carta Organisasi Lembaga Penasihat PNM 
 
Sumber: Laman sesawang rasmi PNM, http://www.pnm.gov.my, dicapai pada 27 
September 2010. 
 
Berdasarkan Lembaga Penasihat yang dilantik, ianya menepati akta yang telah 
menetapkan perlantikan Lembaga iaitu 5. (2). Lembaga hendaklah terdiri daripada 
anggota yang berikut: 
i) Seorang Pengerusi yang hendaklah dilantik oleh Menteri. 
ii) Ketua Pengarah. 
iii) Seorang wakil Kementerian yang pada masa itu bertanggungjawab bagi 
perpustakaan.  
iv) Tidak kurang daripada empat dan tidak lebih daripada tujuh orang anggota 
lain yang dilantik oleh Menteri. 
118 
 
2.9 Sumber Perpustakaan28 
Berperanan sebagai perpustakaan bertaraf nasional serta gedung penyimpan 
pelbagai sumber maklumat dalam berbagai bentuk, PNM mempunyai sejumlah bahan 
yang besar dalam pelbagai bentuk simpanan. 
 
Jadual 3.2: Jumlah Koleksi Simpanan PNM Mengikut Jenis Bahan 
               Koleksi 
Jenis bahan 
Jumlah 
Bahan Bercetak 3, 175, 266 
Manuskrip Melayu 7, 532 
Bahan Tidak Bercetak 94, 864 
Bahan Digital 87, 212 
JUMLAH 3, 364, 874 
Sumber: En. Mohd Zaki Yusof (Pegawai bahagian Penyelidikan PNM) 
temu bual bersama penulis, 4 April 2011 
 
3. PNM Dan Pengisytiharan Sebagai Pusat Kabangsaan Manuskrip Melayu 
Umumnya, penglibatan PNM dalam usaha pengumpulan Manuskrip Melayu di 
awal tahun 1970-an adalah terhad. Hal ini kerana tumpuan dan fokus adalah kepada 
kegiatan membina koleksi terbitan dan menjalankan tradisi perpustakaan, selaras 
dengan usahanya memenuhi kehendak rakyat. Meskipun demikian, usaha secara kecilan 
dilaksanakan. Namun, pembinaan koleksi hanya bermula pada tahun 80-an ketika mana 
pada masa tersebut PNM diterajui oleh Ketua Pengarah yang cenderung ke arah 
menjadikan PNM sebuah pusat pengkajian dan rujukan di negara ini. Beliau ialah Dato‟ 
Mohd Hashim bin Sam Abdul Latiff yang telah menggalakkan pegawai-pegawainya 
                                                 
28 En. Mohd  Zaki Yusof, (Pegawai bahagian Penyelidikan PNM). Temu bual bersama penulis, 4 April 
2011. 
119 
 
menumpukan perhatian terhadap koleksi nadir dan juga manuskrip.29 Kesedaran ini 
timbul ketika lawatan beliau ke United Kingdom pada tahun 1982 dan beliau berjaya 
memperoleh beberapa salinan faksimili surat-surat Sultan-sultan Melayu dari British 
Library.  
 
Rentetan ini, pada tahun 1983 menyaksikan pengisytiharan PNM sebagai Pusat 
Kebangsaan Manuskrip Melayu oleh Y.B Encik Anwar Ibrahim selaku Menteri 
Kebudayaan Belia dan Sulan pada ketika itu. Pengisytiharan ini berlangsung ketika 
Pertemuan Mengenai Manuskrip Melayu yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan 
Pustaka. Maka, bagi memastikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan, satu 
bahagian baru diwujudkan secara rasminya pada 10 Julai 1985.30 Bermula dari tarikh 
tersebut, PMM diwujudkan sebagai sebuah bahagian tersendiri. Usaha-usaha untuk 
memantapkan pusat tersebut dirancang dengan teliti bagi memudahkan penyelidik 
menyelami kekayaan keilmuan bangsa Melayu dari zaman silam untuk dipusakai dan 
dipelajari oleh generasi akan datang.31 Berikutan ini, dalam tahun 1985, dengan bantuan 
UNESCO satu tinjauan bagi meningkatkan pemuliharaan secara profesional dan 
melengkapkan Unit Pemuliharaan dan Reprografi telah diusahakan.32  
 
Membicarakan perihal peranan PNM melalui kewujudan bahagian PMM, maka 
khazanah berharga ini bukan sahaja dikumpul dan disimpan, malah akan melalui proses-
proses tertentu dalam memastikan ianya memberi manfaat kepada generasi kini dan 
akan datang. Tambahan pula, bertepatan dengan Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 
                                                 
29 “Koleksi Manuskrip di Pusat Manuskrip Melayu PNM” (Laporan PMM, 1985-1986), Kertas No.2, ,2. 
30 “Penubuhan” (Laporan PMM 1985-1986), Kertas No 1: 2.  
31 Perpustakaan Negara Malaysia, Bingkisan Khazanah Budaya Dan Ilmu (Kuala Lumpur: PNM, 1996), 
3.  
32 Ibid. 
120 
 
1972, Bahagian II (3). Suatu PNM ditubuhkan dengan maksud menyediakan bagi 
penggunaan generasi masa kini dan masa depan suatu koleksi „sumber perpustakaan‟33  
  
Tafsiran kepada „sumber perpustakaan‟ yang telah dinyatakan di dalam Akta di 
Bahagian I yang dimaksudkan ialah; 
“sumber perpustakaan” ertinya apa-apa bentuk perkara bertulis, bercetak 
atau grafik yang di atas atau di dalamnya maklumat ditulis, direkodkan, 
disimpan, dipamerkan atau dikeluarkan semula, termasuk manuskrip, 
naskhah taip, buku, akhbar, majalah berkala, risalah, peta, mikroform, 
kertas muzik, fotograf, filem sinematografi, piring hitam, rakaman video 
dan audio dan rakaman lain pada kertas, filem atau bahan lain dan 
salinannya”.34 
 
Maka, usaha dan komitmen yang jitu mesti diambil dan aplikasikan untuk 
memastikan ianya dapat direalisasikan. Tambahan pula, telah termaktub bahawa antara 
bidang kuasa Ketua Pengarah ialah;35 
     (d) menubuhkan di dalam Perpustakaan— 
i) Pusat Penyerahan Negara untuk simpanan dan pemuliharaan sumber 
perpustakaan yang diterima; 
ii) Pusat Bibliografi Negara untuk penyelenggaraan rangkaian bibliografi 
kebangsaan, pangkalan data, bibliografi kebangsaan dan penyediaan 
perkhidmatan bibliografi dan dokumentasi kebangsaan; 
iii) Pusat Kebangsaan bagi Manuskrip Melayu untuk pemerolehan, 
pendokumentasian dan penggunaan Manuskrip Melayu; 
 
Maka, melalui Akta PNM (Pindaan) 1972 yang diwartakan, organisasi distruktur 
dengan mapan sekali supaya peranannya dapat diaplikasi. 
 
                                                 
33 Akta Perpustakaan Negara 1972 Bahagian II. No 3. (a) (Akta 80). 
34 Akta Perpustakaan Negara Malaysia 1972 Bahagian I (2). 
35 Akta Perpustakaan Negara 1972 Bahagian II. No 4. 2 (d) (iii) (Akta 80). 
121 
 
4. Peranan PNM Dalam Pengurusan Manuskrip Melayu 
Dalam memenuhi kriteria piagam pelanggan yang telah digariskan oleh jabatan 
iaitu “Memastikan ketersediaan koleksi khazanah warisan intelektual negara sentiasa 
berada dalam keadaan selamat dan sempurna untuk rujukan generasi masa kini dan akan 
datang”, pelbagai inisiatif dan langkah diambil dalam melunasi tanggungjawab ini. Hal 
ini dilihat melalui objektif kualiti yang ditetapkan iaitu: 
 
Memastikan Manuskrip Melayu dinilai dalam masa 3 ½ bulan selepas 
diterima daripada pembekal.36 
Memastikan proses pendokumentasian Manuskrip Melayu diselesaikan 
dalam masa enam (6) bulan selepas diperolehi.37  
 
Bertepatan dengan pengiystiharan PNM sebagai Pusat Kebangsaan bagi 
Manuskrip Melayu, maka aspek pengurusannya adalah perkara yang tidak dipandang 
enteng oleh PNM. Hal ini jelas dilihat melalui bahagian yang diwujudkan di bawah 
struktur organisasi PNM. Dua bahagian yang terlibat secara langsung dan 
bertanggungjawab terhadap khazanah intelektual negara ini ialah bahagian 
Pemuliharaan dan PMM. 
 
4.1 Bahagian Pemuliharaan 
Tugas dan fungsi bahagian ini dijelaskan melalui Akta Penyerahan Bahan 
Perpustakaan 1986 (Akta 331) yang menyatakan bahawa: 
 
“Bahagian Pemuliharaan bertanggungjawab memberi perlindungan, 
pemuliharaan dan pembaikan koleksi PNM”.38 
 
 
                                                 
36 Laman sesawang rasmi PNM, “perkhidmatan”, http:// www.pnm.gov.my, dicapai pada 27 September 
2010.  
37 Ibid. 
38 Akta Perpustakaan Negara 1987, Bahagian II (No. 3 (a) / 1972). 
122 
 
Bahagian pemuliharaan mendefinisikan pemuliharaan di dalam dasar 
bahagiannya seperti berikut: 
 
“Berbagai langkah yang diambil untuk perlindungan, pemeliharan dan 
pembaikan yang perlu bagi bahan-bahan sumber perpustakaan, bahan 
nadir dan Manuskrip Melayu untuk penyelenggaraannya dibawah 
keadaan-keadaan yang dimaksudkan untuk mengelak dan menghalang 
kerosakan nilai fizikalnya”.39 
 
 
Dasar bahagian ini bertujuan menentukan pemuliharaan sumber perpustakaan 
berada di tahap optimum kerana ianya mencerminkan warisan intelektual, kesusasteraan 
dan kebudayaan negara. Dasar bahagian ini adalah bagi memenuhi tujuan PNM seperti 
berikut; 
 
 Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987, Bahagian II, Seksyen 3 (a). 
“…menyediakan bagi penggunaan generasi masa kini dan masa 
depan suatu koleksi sumber-sumber perpustakaan di peringkat 
kebangsaan”.40 
 
 Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986, Seksyen 3 (i). 
“…untuk menyediakan bagi pemuliharaan dan penggunaan bahan 
perpustakaan yang diterbitkan di Malaysia”.41 
 
Hal ini bertepatan dengan objektif dasar pemuliharaan yang telah digariskan iaitu 
objektif pemuliharaan adalah untuk: 42 
i) Memelihara kandungan intelek yang terakam dalam sumber perpustakaan.  
ii) Memelihara sebaik mungkin bentuk fizikal asal sumber perpustakaan.  
 
                                                 
39 Akta Perpustakaan Negara, Akta 331 (No. 2 / 1972 ). 
40 Akta Perpustakaan Negara, Bahagian II, Sek. 3 (a) / 1972. 
41 Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan, Sek. 3 (i) / 1986. 
42 Dasar Pemuliharaan Sumber Perpustakaan, laman sesawang rasmi PNM, http://www. pnm.gov.my., 
dicapai pada 27 September 2010. 
123 
 
Maka, bertepatan dengan objektif bahagian ini iaitu memelihara kandungan 
intelek yang terakam dalam sumber perpustakaan dan memelihara sebaik mungkin 
bentuk fizikal asal sumber perpustakaan, manuskrip adalah antara sumber perpustakaan 
yang penting untuk dipulihara. Maka, proses pemuliharaan dilaksanakan dalam 
menjamin jangka „hayat‟ manuskrip sebagai khazanah intelektual negara. Penyelidik 
akan menjelaskan proses pemuliharaan manuskrip yang diaplikasikan dengan lebih 
lanjut pada bab keempat penulisan yang membicarakan kaedah pemuliharaan manuskrip 
secara fizikal. 
 
4.2 Struktur Bahagian 
Maka, dalam merealisasikan amanah ini, bahagian ini distruktur dengan efisyen 
dan mapan sebagai jaminan kepada kelancaran tugas yang sistematik dan tersusun. 
Penstrukturan bahagian ini adalah seperti berikut: 
Carta 3.3: Carta Organisasi PNM  
 
Sumber: Laman Sesawang Rasmi PNM, “Organisasi”, http://www.pnm.gov.my, dicapai 
pada 27 September 2010. 
124 
 
Melalui struktur organisasi di atas, jelas menunjukkan bahawa bahagian 
Pemuliharaan berada di bawah aktiviti Pembangunan Perpustakaan dan sub-aktiviti 
Pembinaan Koleksi Negara dan Pendokumentasian. Manakala, organisasi khusus bagi 
bahagian Pemuliharaan adalah seperti berikut: 
 
Carta 3.4: Organisasi Bahagian Pemuliharaan 
 
 
Sumber: Laman Sesawang Rasmi PNM, “Organisasi”, http://www.pnm.gov.my, 
dicapai pada 27 September 2010. 
 
Merujuk carta organisasi di atas, bahagian Pemuliharaan diketuai oleh Timbalan 
Pengarah Bahagian Pemuliharaan dan dibantu oleh dua orang Timbalan Pengarah. 
Bahagian ini distruktur dengan begitu rapi dengan mewujudkan unit-unit khusus di 
bawahnya iaitu Unit Pentadbiran, Unit Mikrofilem, Unit Jilidan/ Tinta, Unit Bahan 
Bercetak, dan Unit Manuskrip Melayu.  
 
125 
 
Maka, melalui organisasi yang distruktur ini, penulis membuat penilaian bahawa 
proses dan usaha pemuliharaan manuskrip adalah proses yang dititikberatkan dan 
dipandang serius sebagai salah satu sumber perpustakaan.  
 
4.3 Bahagian PMM  
Merujuk carta di atas, PMM berada di bawah aktiviti Perkhidmatan Maklumat 
dan sub-aktiviti perkhidmatan Malaysiana. Organisasi khusus bagi bahagaian PMM 
adalah seperti berikut: 
Carta 3.5: Organisasi Induk PNM 
 
 
Sumber: En Faizal Hilmie Yusof (Ketua Unit Pembinaan Koleksi, PMM), temu bual 
bersama penulis 15 Ogos 2010. 
 
Melalui carta di atas jelas menunjukkan bahawa organisasi bahagian ini adalah 
distruktur bertepatan dengan fungsi dan peranan yang telah digariskan di dalam 
dasarnya iaitu: 
“Dasar ini merangkumi semua aktiviti berkaitan dengan Manuskrip 
Melayu iaitu pengesanan, perolehan, penyelenggaraan, 
126 
 
pendokumentasian, penyelidikan, perkhidmatan, penerbitan, mualim 
tamu dan hadiah penulis jemputan”.43 
 
Melalui dasar yang telah ditetapkan, PMM memainkan peranannya yang serius 
dalam memastikan objektif serta peranannya direalisasikan. Secara kesimpulannya, 
dalam menyatakan bahawa PNM adalah institusi yang dipertanggungjawabkan 
memulihara Manuskrip Melayu, sesungguhnya ianya adalah amanah dan 
tanggungjawab yang diberi perhatian yang serius oleh pnm melalui penstrukturan 
organisasi dan bahagian-bahagian yang diwujudkan. 
 
Hal ini kerana, manuskrip adalah khazanah negara sekaligus dokumen serta 
sumber perpustakaan yang mesti terus dipelihara dan dipulihara untuk rujukan generasi 
kini dan akan datang sebagai sumber pendidikan dan penyelidikan. 
 
4.4 Jumlah Pengunjung  
Salah satu kayu ukur keberkesanan keberadaan insitusi ini sebagai sumber 
maklumat dan rujukan masyarakat, ianya dapat diperolehi melalui statistik jumlah 
pengunjung yang mengunjunginya. Statistik pengunjung ke PNM adalah seperti berikut: 
 
Jadual 3.3: Jumlah Pengunjung ke PNM dan PMM Mengikut Tahun 
TAHUN PENGUNJUNG 
PNM 
PENGUNJUNG 
PMM 
2000 499687 902 
2001 439836 1033 
2002 442531 1800 
2003 447943 2598 
2004 435602 2237 
                                                 
43 Laman sesawang rasmi PNM, “Akta dan Dasar”, http://www.pnm.gov.my., dicapai pada 27 September 
2010.   
127 
 
         2005 285688    2098 
         2006 491497    1348 
         2007 493134     416 
2008 379831 498 
2009 413735 465 
2010 464317 205 
Sumber: En Mohd Zaki Yusof (Pegawai bahagian Penyelidikan PNM) 
temu bual bersama penulis, 4 April 2011. 
 
 Jadual di atas menunjukkan statistik pengunjung ke PNM dan PMM sepanjang 
11 tahun terakhir. Signifikan pemilihan tahun yang dipilih oleh penulis iaitu dari  tahun 
2000 hingga 2010 adalah pada tahun tersebut merupakan tahun penstrukturan semula 
organisasi PNM.  
 
Daripada jadual di atas, jelas menunjukkan pertambahan dan pengurangan 
jumlah pengguna ke PNM adalah keadaan yang tidak begitu ketara bagi setiap tahun. 
Manakala, keadaan ini berbeza berlaku ke atas jumlah pengguna PMM. Pertambahan 
mendadak yang berlaku dari tahun 2001 hingga ke tahun 2006 menurun dengan begitu 
ketara pada tahun 2007 dan 2010.  
 
Menurut En. Mohd Zaki Yusof, pegawai  di bahagian Penyelidikan PNM, antara 
faktor pertambahan mendadak yang berlaku ialah keseriusan pengarah di bawah aktiviti 
Pembangunan Perpustakaan, sub-aktiviti koleksi Malaysiana, Datin Mariani S.M Omar 
pada tempoh tersebut memberi penekanan yang serius kepada segala aktiviti di bawah 
seliaan beliau khususnya manuskrip. Malah, beliau sendiri sebagai Pengarah turut 
128 
 
„turun padang‟ dalam melakukan segala aktiviti yang berkaitan seperti usaha promosi, 
bengkel, seminar, penulisan, dan sebagainya.44 
 
Selain itu, penurunan ketara pada tahun 2010 iaitu hanya 205 orang pengguna 
adalah berkemungkinan usaha pihak PNM yang sedang menjalankan proses pembinaan 
bangunan baru dan perpindahan bahagian PMM dari bangunan sedia ada ke bangunan 
baru. 
 
5. Kesimpulan  
Keperluan kepada sebuah perpustakaan di peringkat negara akhirnya dipenuhi 
dan disahut dengan penubuhan PNM pada tahun 1970-an setelah melalui pelbagai 
langkah dan proses ke arah penubuhannya direalisasikan. Selaku institusi yang 
berperanan sebagai gedung menyimpan sumber ilmu dan pengetahuan, ianya ditadbir 
urus oleh organisasi yang distruktur dengan begitu teliti berlandaskan kepada akta dan 
dasar yang telah digariskan. 
 
Demi merealisasikan objektif penubuhannya iaitu menyediakan bagi 
penggunaan generasi masa kini dan masa depan suatu koleksi sumber perpustakaan di 
peringkat kebangsaan dan memudahkan penggunaan sumber perpustakaan yang 
terdapat di dalam dan di luar negara kepada masyarakat selaku pengguna, PNM 
menawarkan perkhidmatan yang luas melalui pelbagai bentuk koleksi sumber 
perpustakaan dari koleksi bahan bercetak sehinggalah kepada bahan berbentuk digital.    
 
                                                 
44 En. Mohd  Zaki Yusof (Pegawai Bahagian Penyelidikan Perpustakaan Negara Malaysia), dalam temu 
bual bersama penulis, 4 April 2011. 
129 
 
Dengan mengambil kira pelbagai dimensi fungsinya sebagai institusi yang 
berperanan menyimpan koleksi pelbagai jenis bahan perpustakaan sama ada berbentuk 
cetak atau tidak serta digital, ianya dipilih sebagai „Pusat Kebangsaan‟ bagi Manuskrip 
Melayu pada tahun 1983. Sehingga pada tahun 1985 satu bahagian diwujudkan di 
bawah organisasi pengurusan Perpustakaan Negara yang dinamakan PMM. Keputusan 
kerajaan memilih dan meletakkan khazanah berharga Manuskrip Melayu di bawah 
kelolaan dan seliaan perpustakaan negara adalah suatu langkah bijak dan pilihan tepat 
memandangkan fungsi dan peranan perpustakaan sebagai gedung simpanan, rujukan 
dan bacaan kepada masyarakat terutamanya dalam bidang penyelidikan. 
 
Maka, selaku organisasi yang diberi amanah dan tanggungjawab mengendalikan 
manuskrip sebagai khazanah intelektual lagi bernilai kepada negara, memperlihatkan 
keseriusannya mewujudkan dua bahagian di bawah struktur organisasinya yang saling 
mempunyai hubungan langsung iaitu bahagian Pemuliharaan dan PMM. Kedua-dua 
bahagaian ini saling berinteraksi antara satu sama lain dalam usaha menyelamatkan 
khazanah berharga ini berlandaskan akta dan dasar masing-masing yang digariskan. 
 
  
 
BAB 4: 
PUSAT MANUSKRIP MELAYU: 
SEJARAH DAN PERANAN 
DALAM PENGURUSAN 
MANUSKRIP MELAYU 
131 
BAB 4:  
PUSAT MANUSKRIP MELAYU: SEJARAH DAN PERANAN DALAM 
PENGURUSAN MANUSKRIP MELAYU 
 
1. Pendahuluan 
Secara hakikatnya walaupun Manuskrip Melayu banyak berpindah ke negara 
luar, namun masih terdapat khazanah berharga ini yang wujud dalam simpanan 
individu-individu tertentu di negara ini. Mengambil kira faktor usia dan terdedahnya 
manuskrip kepada faktor yang merosakkan dan memusnahkannya, usaha untuk 
menyelamatkannya wajar diambil secepat mungkin sebelum khazanah berharga 
merangkap sumber premier pribumi ini terus lenyap ditelan zaman dengan diwujudkan 
satu badan atau institusi yang serius serta konsisten menyelamatkan khazanah ini baik 
dari aspek fizikal dan intelek yang terkandung di dalamnya.  
 
Kebimbangan yang disuarakan pelbagai pihak khususnya para sarjana dan 
penyelidik terhadap khazanah berharga ini akhirnya didengari oleh pihak kerajaan. 
Natijahnya, bukan hanya manuskrip yang terdapat di daerah kelahirannya diambil kira, 
namun manuskrip lain di merata pelusuk dunia turut dipandang serius dengan 
pengisytiharan PNM sebagai Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu. Bertepatan dengan 
pengisytiharan tersebut, amanah dan tanggungjawab ini dipikul dengan satu bahagian 
yang diwujudkan di bawah aktiviti Perkhidmatan Maklumat dan sub-aktiviti 
Perkhidmatan Malaysiana melalui penstrukturan semula PNM pada tahun 2002. 
 
Maka, melalui bahagian yang distruktur dengan terancang dan sistematik ini, 
fungsi dan peranannya dapat direalisasikan dengan jayanya. 
132 
2. Latar Belakang Penubuhan 
PNM diamanah dan dipertanggungjawabkan sebagai Pusat Kebangsaan 
Manuskrip Melayu oleh Kerajaan Malaysia setelah pengisytiharannya pada 10 Oktober 
1983. Pengisytiharan ini ketika Majlis Pertemuan Mengenai Manuskrip Melayu di 
Dewan Bahasa dan Pustaka. Namun, usaha serius diambil dua tahun kemudian dengan 
diwujudkan bahagian PMM.1 
 
Objektif penubuhan PMM adalah selaras dengan Akta Perpustakaan Negara 
(Pindaan) 1987, bahagian II, Seksyen 4(d), (iii), yang menyatakan bahawa menubuhkan 
di dalam Perpustakaan; 
 
“ … Pusat Kebangsaan bagi Manuskrip Melayu untuk perolehan, 
pendokumentasian dan penggunaan manuskrip-manuskrip Melayu”.2 
 
3. Objektif  
PMM atau PKMM ini menggariskan objektifnya tersendiri dalam usaha 
merealisasikan fungsi dan peranannya antaranya ialah: 
i) Menyediakan panduan untuk memperkukuh PMM sebagai pusat 
kecemerlangan bagi pengkajian Manuskrip Melayu.3 
Objektif ini digariskan bersesuaian dengan status Manuskrip Melayu sebagai 
bank data bertulis yang terakam di dalamnya seribu satu khazanah intelektual. 
Seandainya ianya tidak diterokai melalui usaha pengkajian, ia merupakan suatu 
kerugian besar dan tidak mungkin dapat diketahui dan disebarkan isi kandungannya. 
 
                                                          
1 En. Faizal Hilmie Yusof (Ketua Unit Pembinaan Koleksi PMM) dalam temu bual dengan penulis, 23 
Ogos 2010. 
2 Akta Perpustakaan Negara (Bahagian II, No.4 (d)). 
3 Dasar PMM, laman sesawang rasmi PNM, dicapai pada 27 September 2010, http: www.pnm.gov.my. 
133 
ii) Menggalakkan masyarakat menghargai Manuskrip Melayu4 
Menyedari manuskrip adalah khazanah intelektual dan sumber premier, usaha 
menggalakkan masyarakat dari pelbagai lapisan untuk terus menghargainya harus 
dipertingkatkan. Penghargaan ini meliputi segenap aspek yang melibatkan manuskrip 
seperti pemuliharaan, penyelidikan, penghayatan, dan sebagainya.5 
 
iii) Memupuk minat masyarakat untuk menghayati Manuskrip Melayu6 
Melalui usaha penyelidikan dan sebagainya, kesedaran untuk menghargai 
manuskrip sebagai khazanah berharga dapat ditingkatkan. Minat masyarakat harus 
dipupuk terhadap manuskrip serta segala apa yang terakam di dalamnya.  
 
4. Fungsi7 
Demi memastikan Manuskrip Melayu yang merupakan khazanah warisan 
bangsa Melayu dipulihara dan dihayati oleh generasi masa kini dan akan datang, PMM 
mempunyai tanggungjawab yang besar dalam merealisasikan hasrat murni ini 
terlaksana. Oleh yang demikian, PMM berperanan penting dalam memastikan objektif 
bahagian dapat dicapai melalui pelaksanaan fungsi dan peranannya yang bersifat efektif 
dan konsisten. Fungsi yang dimainkan oleh PMM ialah; 
i) Mengesan, memperolehi dan membina koleksi Manuskrip Melayu dalam 
apa jua bentuk dari dalam dan luar negeri.8 
Menyorot perjalanan sejarah tradisi manuskrip yang panjang, khazanah ini 
bertebaran di serata pelusuk dunia. Ini kerana, ia dipengaruhi oleh pelbagai faktor 
                                                          
4 Ibid. 
5 En. Faizal Hilmie Yusof (Ketua Unit Pembinaan Koleksi PMM) dalam temu bual dengan penulis, 23 
Ogos 2010. 
6 Dasar PMM, laman sesawang rasmi PNM, dicapai pada 27 September 2010, http: www.pnm.gov.my. 
7 Ibid. 
8 Ibid. 
134 
perubahannya seperti minat, politik, pentadbiran, ekonomi, dan sebagainya. Natijahnya, 
Manuskrip Melayu bukan sahaja boleh ditemui di dalam negara, bahkan kebanyakannya 
tersimpan di perpustakaan luar negara seperti Perpustakaan Negara Australia, 
Perpustakaan Nasional Republik Indonesia, Perpustakaan Kolej Trinity, Dublin, Ireland 
dan sebagainya. Oleh itu, PMM berperanan untuk mengesan keberadaan Manuskrip 
Melayu dan memperolehinya sama ada melalui pembelian, pertukaran mahupun hadiah.  
 
Pihak PMM juga bertanggungjawab untuk membina koleksi daripada 
Manuskrip-Manuskrip Melayu yang diperolehi sama ada dalam bentuk manuskrip asli, 
salinan atau disimpan dalam bentuk mikrofilem.   
  
ii) Mendokumentasi dan menyelenggarakan katalog induk dan menerbitkan 
bibliografi.9 
Proses pendokumentasian adalah penting sebagai salah satu usaha pemuliharaan 
dan sangat diperlukan demi mendapatkan manuskrip. Melalui usaha pengesanan, PMM 
memainkan peranan penting dalam mendokumentasi dan menyelenggara katalog induk. 
Usaha ini adalah penting dalam menyimpan segala data berkaitan Manuskrip Melayu 
sama ada di dalam dan luar negara, walaupun Manuskrip Melayu itu belum diperolehi. 
Katalog dan bibliografi Manuskrip Melayu ini penting untuk tujuan perolehan dan 
penulisan serta penyelidikan berkaitan manuskrip.10 
 
                                                          
9 Ibid. 
10 En Faizal Hilmie Yusof (Ketua Unit Pembinaan Koleksi PMM), dalam temu bual dengan penulis, 15 
Ogos 2011. 
135 
iii) Menyediakan kemudahan menyimpan, memulihara dan menyalin 
Manuskrip Melayu.11 
PMM turut berperanan menyediakan kemudahan menyimpan dan memulihara 
Manuskrip Melayu agar keadaan dan nilai estetikanya dapat dikekalkan dalam bentuk 
asli atau selainnya. Langkah-langkah keselamatan sangat dititikberatkan kerana nilai 
Manuskrip Melayu yang tinggi. 
 
Penyalinan Manuskrip Melayu kepada bentuk yang lain seperti mikrofilem juga 
menjadi peranan dan tanggungjawab PMM agar Manuskrip Melayu dapat digunakan 
untuk aktiviti lain seperti penerbitan dan penulisan.  
 
iv) Menyediakan kemudahan penulisan Manuskrip Melayu.12 
Peranan PMM dalam penyediaan kemudahan penulisan Manuskrip Melayu 
adalah bertujuan untuk memudahkan dan menggalakkan penulis mengkaji tentang 
manuskrip dan ilmu-ilmu Melayu.  
 
v) Menyebarkan ilmu yang terkandung di dalam Manuskrip Melayu melalui 
penulisan, penerbitan dan pameran.13  
PMM berperanan untuk mendidik masyarakat dan menyebarkan ilmu serta 
pemikiran yang terkandung di dalam Manuskrip Melayu. Oleh itu, PMM berusaha 
memupuk minat masyarakat agar dapat menghayati Manuskrip Melayu sama ada 
melalui penerbitan, pameran mahupun penulisan. Hal ini bertepatan dengan objektifnya 
untuk memupuk minat masyarakat terhadap manuskrip.  
                                                          
11 Dasar PMM, laman sesawang rasmi PNM, dicapai pada 27 September 2010, http: www.pnm.gov.my. 
12 Ibid. 
13 Ibid. 
136 
5. Struktur14 
Fungsi PMM hanya dapat dibumikan melalui organisasi yang sistematik. Hal ini 
jelas dilihat melalui organisasi PMM yang distruktur selaras dengan fungsi yang telah 
ditetapkan. 
Carta 4.1: Organisasi PMM 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sumber: En. Faizal Hilmie Yusof (Ketua Unit Pembinaan Koleksi PMM) dalam temu 
bual dengan penulis, 23 Ogos 2010. 
 
Carta organisasi tersebut menunjukkan bahawa keselarasan yang efektif telah 
distruktur supaya fungsi bahagian PMM dapat dilaksanakan dengan sistematik. Struktur 
organisasi yang dinaungi oleh Ketua Pengarah PNM, kemudian Timbalan Ketua 
Pengarah dan seterusnya Pengarah Perkhidmatan Malaysiana. Selaku bahagian di 
bawah Perkhidmatan Malaysiana, PMM diketuai oleh Timbalan Pengarah PMM dan 
dibantu serta disokong dan didokong oleh empat unit di bawah yang saling berpadu 
dalam merealisasikan peranannya. 
                                                          
14 Ibid. 
137 
Seterusnya, bagi melancarkan dan menfokuskan lagi peranan dan tugas 
tersendiri, setiap unit diasingkan dan dikendali oleh Penolong Pengarah serta dibantu 
oleh Pembantu Perpustakaan bagi setiap unit yang dipecahkan. Penulis akan 
menjelaskan dengan lebih lanjut di bahagian program yang telah dilaksanakan di PMM 
yang selari dengan fungsinya dan objektif bahagian yang telah dikemukakan. Bagi 
tujuan menyelaraskan dan melancarkan gerak kerja organisasi, setiap bahagian diberi 
tugasan tersendiri iaitu: 
i)  Unit Pembinaan Koleksi:15 
a) Menjalankan aktiviti pengesanan Manuskrip Melayu di dalam dan luar 
negara bagi koleksi institusi dan individu. 
b) Mengurus perolehan Manuskrip Melayu dalam betuk asal dan salinan dari 
dalam dan luar negara. 
c) Mengurus penyimpanan koleksi dan aktiviti pemuliharaan serta 
menentukan peralatan yang diperlukan. 
d) Membina pangkalan data perolehan Manuskrip Melayu. 
e) Menyelenggara koleksi Manuskrip Melayu yang disimpan di Bilik 
Simpanan Manuskrip Melayu. 
f) Menjalankan persepakatan pintar dengan institusi dalam dan luar negara. 
g) Membangunkan pameran di Bilik Penyelidikan PMM. 
h) Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Perkhidmatan Malaysiana 
dan Timbalan Pengarah PMM. 
 
                                                          
15 En. Faizal Hilmie Yusof (Ketua Unit Pembinaan Koleksi, PMM), dalam temu bual dengan penulis, 15 
Ogos 2011. 
138 
ii) Unit Pendokumentasian:16 
a) Menyediakan entri katalog deskriptif bagi manuskrip dalam bentuk asal 
yang diperolehi. 
b) Menyediakan entri katalog Manuskrip Melayu untuk OPAC. 
c) Membina katalog Induk Manuskrip Kebangsaan dan Antarabangsa. 
d) Menyediakan entri Katalog bagi Manuskrip Melayu dalam bentuk salinan 
yang diperolehi. 
e) Menyelenggara laman web PMM. 
f) Membangunkan pameran di Bilik Penyelidikan PMM. 
g) Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan. 
 
Melalui fungsi di atas, jelas bahawa gabungan antara dua unit ini menjalankan 
fungsi bertepatan dengan dua objektifnya iaitu:17 
 Mengesan, memperoleh dan membina koleksi Manuskrip Melayu dalam apa jua 
bentuk dari dalam dan luar negeri sama ada melalui pembelian, pertukaran, 
hadiah dan amanah yang dikesan melalui lawatan, surat mesyuarat, katalog, 
rujukan dan lain-lain terbitan dan maklumat melalui orang ramai. 
 Mendokumen manuskrip berdasarkan Peraturan Menkatalog Manuskrip Melayu 
PNM 1988, menyelenggara catalog induk bagi manuskrip yang dikesan di dalam 
dan luar negara dan menerbitkan bibliografi di bawah Siri Bibliografi. 
 
                                                          
16 Puan Iffah Imtiyaz Zainol (Ketua Unit Pendokumentasian PMM), dalam temu bual dengan penulis, 15 
Ogos 2011. 
17 Ibid. 
139 
iii) Unit Perkhidmatan dan Rujukan18 
a) Mengendalikan pertanyaan rujukan dan penyelidikan dari dalam dan luar 
negara. 
b) Mengurus dan menyediakan pakejan maklumat dan bibliografi untuk 
memenuhi keperluan para penyelidik. 
c) Menyelenggara bahan rujukan sekunder dan latihan ilmiah yang diterima 
hasil daripada kajian yang dijalankan menggunakan koleksi Manuskrip 
Melayu PMM.  
d) Mengenal pasti dan mengurus pendigitan Manuskrip Melayu. 
e) Mengurus dan mengedit bahan sekunder untuk Pangkalan Data Kajian 
Manuskrip Melayu. 
f) Pegawai ISO bahagian PMM. 
g) Membangunkan pameran di Bilik Penyelidikan PMM. 
h) Tugas-tugas lain yang diarahkan ke arah pembangunan ikhtisas jabatan. 
 
iv) Unit Promosi dan Penerbitan19 
a) Mengurus dan menerbitkan terbitan bahan promosi PMM dalam bentuk 
cetakan dan elektronik. 
b) Mengurus dan menerbitkan Jurnal Filologi Melayu yang diterbitkan secara 
tahunan. 
c) Mengurus dan menerbitkan Katalog Manuskrip Melayu dalam bentuk 
cetakan. 
                                                          
18 Puan Manirah Mansor (Ketua Unit Perkhidmatan dan Rujukan) dalam temu bual dengan penulis, 15 
Ogos 2011. 
19 Puan Azila Mohd Noor (Ketua Unit Promosi dan Penerbitan) dalam temu bual dengan penulis, 15 Ogos 
2011. 
140 
d) Mengurus dan menerbitkan Warkah Manuskrip Melayu dalam bentuk 
cetakan dua kali setahun. 
e) Mengurus pameran dalam jabatan dan pameran bergerak di institusi lain di 
dalam dan luar negara. 
f) Mengendalikan kaunter perkhidmatan pertanyaan rujukan. 
g) Kerja-kerja lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. 
 
v) Unit Jawi20  
Tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam mempromosi dan menjadikan 
minat terhadap manuskrip realiti, fungsi unit ini tidak boleh dipandang enteng. 
Menyedari hakikat ini, unit ini berfungsi dengan membabitkan dua bidang tugas iaitu:  
a) Penerbitan dan Promosi  
 Mengendalikan penerbitan untuk Unit Tulisan Jawi. 
 Mengendalikan penerbitan hasil penyelidikan tulisan Jawi. 
 Menerbitkan buku transliterasi Jawi dan bahan promosi Jawi. 
 Merancang dan mengurus program dan aktiviti untuk mempromosikan 
tulisan Jawi melalui;  
o Pameran/ persidangan/ seminar/ bengkel dan lain-lain. 
o Penerbitan katalog/ risalah/ brosur dan lain-lain. 
o Penubuhan Kelab Pencinta Jawi peringkat Jabatan. 
 Menjalankan aktiviti pengesanan bahan-bahan terbitan tulisan Jawi dan 
berhubung dengan tulisan Jawi dari seluruh negara. 
 Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Ketua Pengarah, Pengarah dan 
Timbalan Pengarah. 
                                                          
20 Puan Thalathiah (Ketua Unit Jawi) dalam temu bual dengan penulis, 15 Ogos 2011. 
141 
b) Perkhimatan Rujukan dan Penyelidikan21 
 Mengurus dan mengendali perkhidmatan rujukan dan penyelidikan. 
 Menjalankan aktiviti pengesanan bahan-bahan terbitan tulisan Jawi dan 
berhubung dengan tulisan Jawi dari seluruh negara. 
 Mengurus penyelenggaraan bahan rujukan mengenai tulisan Jawi di 
Unit Tulisan Jawi, PMM. 
 Membina dan menyelenggara pangkalan data terbitan tulisan Jawi dan 
pangkalan pakar rujuk tulisan Jawi. 
 Menjalankan kerja transliterasi Jawi dan melaksanakan penyelidikan 
memartabatkan Jawi. 
 Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Ketua Pengarah, Pengarah dan 
Timbalan Pengarah 
 
Justeru, jelaslah bahawa adunan dan kesinambungan serta kesepaduan unit yang 
diwujudkan dan fungsi yang telah diagihkan memainkan peranan penting dalam 
menentukan kelancaran dan sistematis organisasi PMM. Objektif organisasi ini pula 
hanya akan dapat direalisasikan melalui fungsi yang dilaksanakan.   
 
6. Jawatankuasa Penasihat Manuskrip Melayu 
Penstrukturan PMM juga dilengkapi dengan satu lagi struktur penting iaitu 
Jawatankuasa Penasihat Manuskrip Melayu. Antara bidang tugas jawatankuasa ini 
adalah:22 
                                                          
21 Pn Mastura Hussin (Ketua Unit Perkhidmatan rujukan PMM) dalam temu bual dengan penulis, 15 
Ogos 2011. 
22 Dasar Manuskrip Melayu, laman sesawang rasmi PNM, dicapai 27 September 2010, 
http://www.pnm.gov.my. 
142 
i) Memberi nasihat tentang langkah-langkah yang perlu diambil supaya PMM 
dapat menjalankan fungsi-fungsinya yang telah ditetapkan dengan berkesan. 
ii) Memberi nasihat ke arah menjadikan PMM sebagai pusat sumber penyelidikan 
Manuskrip Melayu yang utama di negara ini. 
iii) Memberi nasihat dalam usaha mengesan dan memperolehi Manuskrip Melayu. 
iv) Memberi nasihat dan membantu usaha serantau PMM. 
 
Maka dengan ini, jelas menunjukkan jawatankuasa tersebut diwujudkan bagi 
tujuan menasihati PMM dalam segala aktiviti untuk meningkatkan prestasi bahagian ini. 
Hal ini penting dalam menggerakkan pusat ini di samping struktur organisasi bahagian 
yang sedia ada dan paduan gerak kerja serta peranan yang dimainkan adalah sangat 
perlu dalam misi mencapai objektif pusat ini.  
 
Ahli Jawatankuasa yang dilantik adalah terdiri daripada ahli akademik yang 
berkepakaran dalam bidang manuskrip khususnya, dan beberapa individu dari beberapa 
institusi lain. Jawatankuasa ini terdiri daripada seorang pengerusi, setiausaha, dan ahli 
jawatankuasa. Penstrukturan jawatankuasa terkini adalah seperti berikut: 
 
143 
Carta 4.2: Jawatankuasa Penasihat Manuskrip Melayu 
 
 
 
Sumber: En. Faisal Hilmie (Ketua Unit Pembinaan Koleksi PMM) dalam temu.bual 
dengan penulis, 15 Ogos 2011. 
 
 
Maka, melihat kepada nama-nama yang memenuhi ruangan jawatankuasa 
penasihat PMM menunjukkan bahawa mereka merupakan nama yang tidak asing lagi 
dalam arena penyelidikan Manuskrip Melayu menurut bidang masing-masing. Prof. Dr. 
Hashim Musa selaku Pengerusi adalah merupakan Profesor di Jabatan Bahasa Melayu, 
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Beliau banyak 
melakukan penyelidikan berkaitan perkembangann tulisan Jawi dan kesusasteraan. 
Kedua-duanya sangat berkait rapat dengan manuskkrip Melayu. Manakala, Setiausaha 
adalah Timbalan Pengarah PMM sendiri. Kemudian, diikuti dengan AJK iaitu, Ketua 
Pengarah PNM, Dato‟ Raslin Abu Bakar, Dato‟ Haji Omar Md Hashim, iaitu Pengerusi 
Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia. 
 
144 
Selain itu, Prof. Madya Dr. Ab Razak Ab Karim, pensyarah di Akademi 
Pengajian Melayu, Universiti Malaya yang berpengalaman luas dan berpakaran dalam 
kajian Manuskrip Melayu. Seterusnya, Prof. Emeritus Datin Paduka Zuraina Majid, 
Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara, Dr. Zubir Idris yang juga merupakan ahli 
akademik yang bertugas sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan 
dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain itu, jawatankuasa ini 
juga melibatkan beberapa orang pengarah dari institusi yang berkaitan iaitu Tn. Hj. 
Mohd Yusof Abdullah, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Pengarah 
Arkib Negara Malaysia, dan Mantan Pengarah Perkhidmatan Malaysiana iaitu Puan Siti 
Mariani S.M. Omar.23  
 
7. Kewangan dalam Mengurus Manuskrip Melayu 
Aspek kewangan adalah suatu aspek yang tidak boleh dinafikan kepentingannya 
dalam sesebuah organisasi. Faktor sumber kewangan yang kukuh adalah antara jaminan 
terhadap pengurusan organisasi yang baik. Sumber kewangan bagi usaha perolehan 
manuskrip khususnya perolehan melalui pembelian memerlukan kos yang tinggi. Walau 
bagaimanapun, di atas keprihatinan pihak PNM sebagai organisasi yang tidak 
memandang enteng perkara ini, bidang tugas peruntukan diletakkan di bawah 
Peruntukan Aktiviti Pembangunan Perpustakaan (Bahagian Khidmat Teknik).24 Selain 
itu, PMM juga mewujudkan Tabung Amanah Manuskrip Melayu untuk memudahkan 
penerimaan sumbangan daripada mana-mana pihak. Kewangan yang disalurkan adalah 
                                                          
23 Ketika memegang jawatan sebagai Pengarah Perkhidmatan Malaysiana, beliau sangat memberi 
perhatian kepada Manuskrip Melayu dan segala usaha yang berkaitan dengannya. Antaranya 
menyemarakkan pengetahuan dan penggunaan tulisan Jawi di kalangan kakitangan PNM, turut serta 
dalam segala aktiviti Manuskrip Melayu seperti pengesanan dan sebagainya. Temu bual bersama En. 
Zaki, Pegawai bahagian Penyelidikan PNM. 
24 En. Faizal Hilmie Yusof (Ketua Unit Pembinaan Koleksi PMM) dalam temu bual dengan penulis, 23 
Ogos 2010. 
145 
bertujuan memperoleh Manuskrip Melayu dalam apa jua bentuk sama ada naskhah asal 
atau salinan berupa faksimili, foto atau bahan mikro. 
 
Penulis berhasrat memperolehi laporan kewangan bahagian PMM melalui 
beberapa usaha yang telah dilakukan, namun, di sebabkan ianya adalah sulit untuk 
dibentangkan. Maka penulis tidak dapat menyatakan di dalam kajian ini. Walau 
bagaimanapun, hasil temu bual penulis bersama Timbalan Pengarah PMM, beliau 
menyatakan dari aspek kewangan memperoleh Manuskrip Melayu, pihaknya tidak 
berhadapan dengan banyak kesulitan. Peruntukan yang diagihkan iaitu kira-kira RM 
300,000 setiap tahun agak mencukupi. Jumlah tersebut hanya untuk urusan perolehan. 
Manakala, untuk tujuan lain seperti promosi, pameran, dan sebagainya terdapat 
peruntukan lain yang disediakan oleh pihak jabatan.25 
 
8.  Pegawai Yang Menguruskan Manuskrip Melayu 
Seperti mana yang telah dinyatakan oleh penulis pada bab yang lepas, kemahiran 
dan pengetahuan pegawai yang mengendalikan dan mengurus Manuskrip Melayu 
adalah sangat penting kerana keunikannya berbanding sumber perpustakaan yang lain 
dan ia merupakan khazanah berharga negara. Selain itu, suatu kewajaran dalam 
memastikan bahagian ini berfungsi melalui penstrukturan dan objektifnya tercapai, 
pemilihan pegawai merupakan kriteria yang tidak dapat tidak, perlu diberi perhatian. 
Bertitik tolak daripada faktor ini, pemilihan pegawai di PMM selain daripada 
pengetahuan tentang ilmu kepustakaan juga bergantung kepada latar belakang 
kemahiran membaca dan menulis Jawi memandangkan manuskrip ghalibnya adalah 
ditulis mengunakan sistem tulisan tersebut selain daripada pengetahuan tentang ilmu 
kepustakawanan.  
                                                          
25 Ibid. 
146 
Hasil soal selidik yang telah dilakukan oleh penulis terhadap 10 orang daripada 
13 orang pegawai PMM, penulis menyimpulkan bahawa latar belakang dan 
pengetahuan membaca Jawi dan menulis Jawi dalam kalangan pegawainya adalah diberi 
perhatian ketika proses pemilihan pegawai. Hal ini dibuktikan dengan latar belakang 
pendidikan menengah pegawai iaitu berpendidikan di Sekolah Menengah Agama 
(SMA) iaitu seramai 5 orang. Manakala, 4 orang mendapat pendidikan di Sekolah 
Menengah Kebangsaan (SMK). Selebihnya, seorang di Sekolah Menengah Kebangsaan 
Agama (SMKA). Penulis membuktikan melalui latar belakang pendidikan di peringkat 
menengah kerana ianya boleh dijadikan kayu ukur dalam mengukur pengetahuan 
membaca dan menulis Jawi seseorang.  
 
Carta 4.3: Latar Belakang Pendidikan Menengah Pegawai PMM 
 
Sumber: Soal Selidik, 20-27 Oktober 2011. 
 
 
Manakala, melalui ruangan pengetahuan membaca Jawi, responden soal selidik 
yang terdiri daripada pegawai PMM, menunjukkan 5 daripada 10 orang responden 
berada ditahap sangat baik, 2 orang baik dan 3 orang ditahap sederhana. Pada hemat 
penulis, tahap sederhana juga diambil kira kerana ianya menunjukkan asas pengetahuan 
pegawai dalam membaca Jawi.  
50% 
40% 
10% 
Sekolah Menengah Agama
Sekolah Menengah
Kebangsaan
Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama
147 
Carta 4.4: Pengetahuan Membaca Jawi Dalam Kalangan Pegawai PMM 
 
 
Sumber: Soal Selidik, 20-27 Oktober 2011. 
Di ruangan kemahiran menulis Jawi pula, 4 orang responden menyatakan berada 
ditahap sangat baik, 2 orang ditahap baik , dan 4 orang ditahap sederhana.26  
 
Carta 4.5: Pengetahuan Menulis Jawi Dalam Kalangan Pegawai PMM 
 
 
Sumber: Soal Selidik, 20-27 Oktober 2011. 
 
Daripada jumlah dinyatakan, jelas menunjukkan bahawa pemilihan pegawai ke 
bahagian PMM adalah berlatar belakangkan tahap pengetahuan mereka membaca dan 
menulis Jawi. 
 
                                                          
26 Borang Kaji Selidik. 20 Oktober 2011. 
Sangat baik 
50% 
Baik 
30% 
Sederhana 
20% 
Sangat baik
Baik
Sederhana
Sangat baik 
40% 
Baik 
20% 
Sederhana 
40% 
Sangat baik
Baik
Sederhana
148 
Selain itu, dalam usaha meningkatkan kemahiran dan penguasaan pegawai, 
PNM melalui PMM menyediakan program intensif dan peruntukan juga disediakan.27 
Antaranya pada tahun 1986, dua orang Pengawet Kanan telah dihantar untuk mengikuti 
kursus jangka pendek selama 3 bulan di Camberwell School Art and Crafts, London. 
Kursus ini mendedahkan mengenai teknik-teknik pemuliharaan bahan-bahan arkib dan 
perpustakaan yang termasuk juga manuskrip.28  
 
Di samping itu pada tahun yang sama juga, Dr. Wan Ali Wan Mamat selaku 
Pemangku Ketua PMM pada ketika itu juga telah melanjutkan pelajaran beliau ke 
peringkat Sarjana di University College London dalam bidang Library and Information 
Science dan tempat beliau diganti oleh Cik Asma Ahmat yang mendapatkan Sarjana di 
bidang yang sama dan juga dari universiti yang sama. Walau bagaimanapun, PMM 
tidak menghentikan usaha meningkatkan kemahiran pegawainya hanya pada awal 
penubuhan sahaja, namun diteruskan dalam memastikan kelangsungan PMM.  
 
Hal ini dibuktikan dengan galakkan dan dorongan PMM dalam melibatkan 
pegawainya dalam program-program yang melibatkan manuskrip. Antaranya Wacana 
Manuskrip Melayu, Bengkel Tulisan Jawi, Aktiviti Seni bersama BGLM, Sesi 
Pendidikan bersama PNM, Ceramah Pemantapan Perkhidmatan PNM, Bengkel 
menkatalog Manuskrip, Seminar Manuskrip Melayu Islam, Klinik Jawi, Seminar Batu 
Bersurat, lawatan ke institusi yang menyimpan manuskrip, kursus mengendali bahan, 
kursus mengendali tempat simpanan, dan banyak lagi. Maka, daripada senarai yang 
telah dinyatakan, jelas menunjukkan bahawa pegawai PMM terlibat aktif dalam 
pelbagai bentuk aktiviti sama ada kursus, taklimat, seminar, wacana, bengkel, dan 
                                                          
27 Ibid. 
28 Laporan Pusat Manuskrip Melayu 1985- 1986, (Kertas No.1), h.2. 
149 
sebagainya dalam memastikan peningkatan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang 
tugas berkaitan Manuskrip Melayu.29  
 
Justeru itu, ternyata bahawa keseriusan dan usaha yang gigih diambil dalam 
membina kepakaran untuk menggerakkan bahagian ini di peringkat awalnya dan 
impaknya dilihat dan dinilai pada masa kini. Melalui kepakaran yang ada, PMM dapat 
menjalankan tugas yang sempurna dan berkesan. 
 
9. Tempat Simpanan Manuskrip Melayu 
Seperti yang telah dinyatakan di awal bab penulisan, penulis menyatakan 
bahawa antara faktor kekangan terabainya proses pendokumentasian ialah ketiadaan 
tempat yang sesuai. Menyedari faktor ini, PMM selaku bahagian yang berperanan 
menjadi institusi penyimpanan khazanah berharga ini menyediakan kemudahan tempat 
yang bersesuaian untuk menjamin kelangsungan jangka hayat manuskrip. Kemudahan 
yang disediakan merangkumi peralatan, bilik, suhu dan sebagainya. Bilik kebal yang 
menjadi tempat simpanan manuskrip mempunyai daya kebolehtahanan yang tinggi 
daripada kebakaran untuk melindungi manuskrip. adalah medium keselamatan untuk 
menyimpan manuskrip di mana bilik ini mempunyai daya kebolehtahanan tinggi dari 
kebakaran. Hal ini adalah untuk melindungi manuskrip daripada kejadian kebakaran. 
 
Selain itu, peralatan sokongan yang disediakan juga adalah penting untuk diberi 
penekanan. Antaranya peti besi, rak untuk simpanan manuskrip (kompaktus) dan 
kabinet mikrofilem. Selain itu, antara peralatan pemuliharaan untuk kawalan 
persekitaran ialah dehumidifier yang berfungsi untuk mengawal kelembapan. Manakala, 
                                                          
29 Soal Selidik, 20-27 Oktober 2011. 
150 
thermohydrograf pula berperanan untuk menentukan kesesuaian suhu. Bilik kebal yang 
beroperasi memerlukan sistem hawa dingin 24 jam. (Lihat Lampiran)  
 
Berdasarkan kepada tiga faktor di atas iaitu kewangan, pegawai dan tempat, 
penulis menyimpulkan bahawa dalam usaha mengimplimentasikan fungsi dan 
peranannya sebagai institusi penyimpanan dan pemuliharaan Manuskrip Melayu, PMM 
mengambil langkah serius dan bersepadu supaya ia dapat dilaksanakan dengan 
sempurna. Sememangnya tidak dinafikan berkemungkinan berlaku sedikit kelompongan 
daripada mana-mana aspek seperti kewangan atau pegawai dan sebagainya. Namun, 
secara asasnya, penambahbaikan boleh dilakukan dari semasa ke semasa.30 
 
10. Program Yang Dijalankan  Untuk Menguruskan Manuskrip Melayu 
Sesungguhnya segala perancangan dan strategi tidak dapat diaplikasi tanpa suatu 
program dan tindakan melalui aktiviti yang dilaksanakan. Oleh itu, PMM telah 
menyusun program-programnya yang efektif dan efisien untuk diaplikasikan secara 
konsisten. Program yang telah dilaksana di PMM adalah seperti berikut; (a) 
Pengesanan, (b) Perolehan, (c) Pembelian, (d) Pendokumentasian, (e) Keselamatan dan 
penyimpanan, (f) Pemuliharaan, (g) Reprografi, (h) Penyelidikan, (i) Pinjaman, (j) 
Pameran, (k) Khidmat nasihat, (l) Penerbitan, (m) Muallim Tamu dan (n) Hadiah 
Penulis Jemputan. 
a). Pengesanan 
Memandangkan manuskrip adalah dokumen dan khazanah negara yang nadir 
sifatnya, dan bukanlah seperti sumber perpustakaan lain yang mudah didapati, maka, 
                                                          
30 Contoh daripada aspek kewangan. Hal ini kerana, memperoleh manuskrip memerlukan kos tinggi. 
Selain itu, dari aspek pegawai pula, minat dalam menambah pengetahuan mengenai Manuskrip Melayu 
atau lebih senang disebut sebagai pegawai yang menguasai khazanah berharga yang disimpan dan 
dipulihara. Dalam bahasa ringkasnya, mereka „bukan hanya bekerja, tetapi  sekaligus menggali‟. 
151 
proses pengesanannya adalah suatu proses yang sangat penting. Usaha pengesanan 
menjadi penting kerana ia merupakan usaha mendokumenkan manuskrip yang dikesan 
ke arah pembinaan satu pangkalan data Manuskrip Melayu yang komprehensif. 
Pengesanan merupakan langkah awal yang dijalankan oleh pihak PMM yang bertujuan 
untuk mengesan dan mengenal pasti manuskrip-manuskrip Melayu yang terdapat di 
dalam dan luar negara. Usaha pengesanan ini diselenggarakan oleh Unit Pembinaan 
Koleksi dan Penyelenggaraan di bawah PMM dengan kerjasama pihak-pihak berkaitan 
yang terdiri daripada individu selaku penggemar dan pengumpul, institusi mahupun 
negara.  
 
Pengesanan tidak terhad kepada dalam negara sahaja, bahkan diperluaskan 
aktiviti ini ke negara-negara lain yang dikenal pasti menyimpan koleksi Manuskrip 
Melayu yang diperolehi melalui suatu perjalanan proses sejarah yang panjang suatu 
ketika dahulu. Menyedari akan hakikat ini, PMM mengorak langkah mengesan 
Manuskrip Melayu yang terdapat di luar negara dengan menghantar pegawainya ke 
negara-negara tersebut bermula pada tahun 1985 iaitu seperti Belanda (1985), Perancis 
(1990), Library of Congress, U.S.A (1990), Singapura (1991), Brunei Darussalam 
(1993), Indonesia (1995), Afrika Selatan (1998), dan Australia (2001).  
 
Natijah daripada usaha penghantaran pegawai ini, PMM berjaya menyediakan 
katalog induk dan beberapa siri katalog manuskrip luar negara iaitu: 
1) Katalog Manuskrip Melayu di Belanda (1985). 
2) Katalog Manuskrip Melayu di Perancis (1990). 
3) Katalog Manuskrip Melayu di Library of Congress, USA (1990). 
4) Katalog Manuskrip Melayu di Singapura (1991). 
5) Katalog Manuskrip Melayu di Brunei (1993). 
152 
6) Katalog Manuskrip Melayu di Indonesia (1995). 
7) Katalog Manuskrip Melayu di Afrika Selatan (1998). 
8) Katalog Manuskrip Melayu di Australia (2001). 
 
PMM telah menggunakan pelbagai cara untuk mengesan keberadaan manuskrip 
di institusi lain atau dalam simpanan individu, keluarga atau mana-mana pihak yang 
terlibat termasuklah melalui katalog, artikel yang berkaitan, rujukan dalam lain-lain 
terbitan dan surat-menyurat. Bahkan pihak PMM mengadakan lawatan ke institusi atau 
tempat yang dipercayai mempunyai Manuskrip Melayu.31 Antaranya perkongsian 
pengalaman oleh Encik Faizal Hilmie selaku pegawai yang banyak turun padang dalam 
usaha pengesanan manuskrip ke negeri Kedah hasil makluman dari orang ramai.32  
 
Pihak PMM sangat menghargai individu yang telah banyak menyumbang jasa 
dalam pengesanan manuskrip dengan memberikan penghargaan kepada individu 
tersebut. Ini merupakan inisiatif yang baik daripada pihak PMM untuk menggalakkan 
orang ramai menyumbang maklumat bagi memudahkan usaha pengesanan dijalankan. 
Antaranya, Dato‟ Hj Fathil Basyir dari Pulau Pinang dan Prof Dato‟ Dr. Taib Osman 
menerima surat penghargaan dari pihak PMM atas sumbangan Manuskrip Melayu 
daripada kedua-dua mereka.33  
 
b). Perolehan 
Perolehan merupakan rentetan daripada usaha pengesanan. Perolehan Manuskrip 
Melayu yang merangkumi manuskrip di dalam dan luar negara dilaksanakan dengan 
                                                          
31 En. Faizal Hilmie Yusof (Ketua Unit Pembinaan Koleksi PMM) dalam temu bual dengan penulis, 15 
Ogos 2011. 
32 Ibid. 
33 Ibid. 
153 
pelbagai cara. Kebanyakan Manuskrip Melayu yang terdapat di dalam negara diperolehi 
melalui kaedah pembelian dan hadiah. Selain daripada itu, terdapat juga manuskrip 
yang diperolehi melalui kaedah wasiat dan amanah. Pada peringkat awal penubuhan 
PMM, perolehan secara hadiah diberikan oleh Muzium Negara sebanyak 31 naskhah. 
Selain itu, antara Manuskrip Melayu yang diperolehi dari dalam negara juga ialah 
Hikayat Hang Tuah (MSS 173), yang telah mendapat pengiktirafan antarabangsa 
peringkat Memory of the World Programme, UNESCO pada tahun 2001, telah 
diperolehi daripada seorang bangsawan Kelantan dan dipercayai milik istana 
memandangkan bentuk dan tulisannya yang professional. Selain itu, perolehan melalui 
bentuk hadiah juga diterima daripada Haji Fathil Basyir daripada Pulau Pinang dan Prof 
Dato‟ Dr. Taib Osman.34  
 
Manakala, Manuskrip Melayu yang terdapat di luar negara juga tidak diabaikan 
daripada aspek usaha memperolehnya. Tambahan pula seperti yang diketahui bahawa 
khazanah bernilai ini banyak tersimpan di negara luar. Umumnya, kebanyakannya 
diperolehi bukan dalam bentuk yang asal tetapi ghalibnya didapati dalam bentuk 
mikrofilem. Bentuk salinan faksimile dipilih bagi manuskrip yang beriluminasi dan 
penting. Salinan foto juga diperolehi tetapi tidak diberi keutamaan dalam pembinaan 
koleksi Manuskrip Melayu. Selain penyalinan, perolehan manuskrip luar negara juga 
didapati melalui cara pembelian, pertukaran dan hadiah.  
 
Bagi manuskrip yang diperoleh melalui kaedah pembelian, terdapat 
jawatankuasa yang dilantik khusus untuk menilai sifat nadir dan nilai estetika 
manuskrip asal untuk melakukan penentuan harga manuskrip tersebut. Jawatankuasa 
yang dilantik dikenali sebagai Jawatankuasa Menilai Harga Manuskrip Melayu. 
                                                          
34  Laporan Pusat PMM, 1985-1986. Kertas No.2, .h.2 
154 
Kebiasaannya Jawatankuasa ini terdiri daripada 4 ahli yang dipengerusikan oleh 
Pengarah PMM selaku Pengerusi Jawatankuasa, dibantu oleh Setiausaha iaitu Penolong 
Pengarah Unit Pembinaan Koleksi dan Pendokumentasian serta dua ahli jawatankuasa 
penilai. Penilaian dilakukan dengan begitu teliti dan penetapan harga yang dilakukan 
adalah berdasarkan kepada beberapa kriteria penting. Antaranya ialah isi kandungan 
atau tema penulisan iaitu manuskrip yang berkisar tentang hikayat, sastera, undang-
undang adalah dalam kumpulan harga yang tinggi disebabkan kenadirannya dan nilai 
penulisannya. Manakala, isi kandungan selain daripada bidang perkara yang disebutkan 
adalah sebaliknya.35  
 
Selain itu, kekemasan naskhah sama ada ilustrasi, iluminasi dan tulisannya juga 
dipertimbangkan. Aspek ketebalan dan kewujudan naskhah yang sedia dalam simpanan 
juga diambil kira.36 Sekiranya sesuatu judul manuskrip telah wujud dalam simpanan 
PMM lebih dari 3 naskah, harganya sedikit rendah berbanding masih belum wujud 
naskhah yang sama dan bilangannya kurang daripada 3 naskhah. Pembelian Manuskrip 
Melayu dibuat melalui peruntukan Belanjawan Mengurus, Belanjawan Pembangunan, 
dan Akaun Amanah Manuskrip Melayu.37 Sehingga kini, jumlah manuskrip dalam 
simpanan PMM yang diperoleh ialah:38 
 
 
 
 
 
Jadual 4.1: Jumlah Manuskrip Dalam Simpanan PMM Yang Diperoleh 
Jenis  Bilangan naskhah 
Keseluruhan  4323 naskhah 
Manuskrip Melayu  4073 naskhah 
Manuskrip Arab   106 naskhah 
Al-Quran 46 naskhah 
Warkah / Surat 60 lembar 
Manuskrip Tertua                 Khalq al-Samawat wa al-Ard (MSS 1517) 
bertarikh 1637 M. karangan Syeikh Nuruddin al-  Raniri. 
Manuskrip Termahal Al- Quran, 4 jilid (MSS 4136). 
Manuskrip paling bernilai Hikayat Hang Tuah (MSS 1713) 
Sumber: En. Faizal Hilmie Yusof (Ketua Unit Pembinaan Koleksi PMM) dalam temu 
bual dengan penulis, 23 Ogos 2010. 
 
 
Seperti yang telah dinyatakan sebelumnya bahawa manuskrip disimpan dalam 
pelbagai bentuk, sama ada bentuk asal atau salinan mikrofilem dan mikrofis. Manuskrip 
yang dikesan dan diperolehi dalam bentuk salinan kebanyakannya berasal dari repositori 
negara-negara luar seperti London, Leiden, Perancis, Denmark, Paris, dan banyak lagi 
seperti yang telah dinyatakan di bab dua penulisan penulis.  
 
Namun begitu, juga terdapat salinan daripada repositori dari institusi dalam 
negara seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Muzium Negeri Kelantan, Muzium Negeri 
Terengganu, Perpustakaan Universiti Malaya dan sebagainya. Penulis menyenaraikan 
jumlah perolehan oleh PMM daripada pelbagai bentuk simpanan sama ada berbentuk 
asal atau mikrofilem dan mikrifos. Bilangan dikeluarkan mengikut jumlah dan mengikut 
judul simpanan. Hal ini kerana, terdapat manuskrip yang mempunyai judul yang sama, 
tetapi mempunyai jumlah lebih daripada satu salinan. 
 

Hampir keseluruhan jumlah koleksi yang disimpan di dalam PMM adalah hasil 
pembelian. Mengambil kira nilai keunikan serta keintelektualan yang tersimpan di 
dalamnya, ghalibnya untuk mendapatkan sesebuah manuskrip memerlukan kos yang 
agak tinggi. Walau bagaimanapun, hasil keprihatinan pihak kerajaan melalui PMM, 
proses pembelian Manuskrip Melayu dibuat melalui peruntukan Belanjawan Mengurus, 
Belanjawan Pembangunan, dan Akaun Amanah Manuskrip Melayu. 

d) Pendokumentasian 
Manuskrip tidak akan berfungsi jika hanya disimpan tanpa diterokai nilai 
khazanah yang tersimpan di dalamnya. Pendokumentasian merupakan antara proses 
penting dalam pengurusan sumber perpustakaan terutamanya Manuskrip Melayu. 
Tambahan pula, pendokumentasian Manuskrip Melayu adalah sedikit berlainan dengan 
sumber perpustakaan yang lain. Hal ini kerana, keunikan tradisi penulisannya 
menyebabkan penentuan terhadap judul, pengarang, dan beberapa aspek 
pendokumentasian tidak dapat dikenal pasti. Namun, atas keprihatinan dan 
tanggungjawab pihak PMM mendokumen khazanah berharga ini berpandukan kepada 
Peraturan Menkatalog Manuskrip Melayu yang telah digariskan.  
 
Bibliografi atau katalog ini diterbitkan oleh PMM dari semasa ke semasa di 
bawah Siri Bibliografi Manuskrip bertujuan untuk memudahkan kajian para sarjana 
serta memudahkan aliran maklumat dalam kalangan sarjana bidang kajian Manuskrip 
Melayu. Pendekatan PMM dalam memuatkan maklumat pendokumentasian deskriptif 
Manuskrip Melayu adalah sangat terperinci. Selain daripada nama pengarang, tarikh dan 
tempat ditulis, entri dalam katalog ini juga memuatkan deskripsi keadaan fizikal 
manuskrip, dakwat, tulisan, tera air, jilidan dan ringkasan kandungannya. Proses 
pendokumentasian Manuskrip Melayu dilakukan mengikut garis panduan yang telah 
disediakan iaitu Peraturan Menkatalog Manuskrip Melayu. (Lihat lampiran). 
 
Melalui proses ini, PMM menyediakan Katalog Induk berdasarkan manuskrip-
manuskrip Melayu yang telah dikesan di dalam dan luar negara walaupun manuskrip 
tersebut tidak dimiliki dan disimpan oleh PMM. Natijah kepada proses 
pendokumentasian ialah terhasilnya katalog yang diterbitkan yang melibatkan 
manuskrip di dalam dan di negara. 
 
Daripada senarai siri katalog di atas, menjelaskan sedikit ketidakseragaman pada 
pendekatan katalog yang diterbitkan iaitu pada peringkat pertama, hanya katalog 
ringkas disediakan. Namun bermula tahun 2000 katalog deskriptif mula digunakan. 
Walau bagaimanapun, pada Siri Katalog Manuskrip Melayu Koleksi Manuskrip Melayu 
Tambahan kelima yang diterbitkan pada tahun 2008 PMM kembali menggunakan 
kaedah katalog ringkas. Hasil temu bual penulis bersama ketua bahagian Unit 
Pendokumentasian, Puan Effah Imtiaz, beliau menyatakan bahawa antara sebab 
perubahan tersebut adalah pertambahan unit di bawah PMM iaitu unit Jawi, 
menyebabkan pengagihan pegawai untuk menjalankan tugas pendokumentasian 
161 
berkurangan. Tambahan pula, pendokumentasian manuskrip adalah sedikit berlainan 
daripada sumber perpustakaan lain disebabkan keunikannya.39 
 

Pada pandangan penulis berdasarkan maklumat yang disertakan melalui kedua-
dua jenis katalog ini, ia sudah memenuhi keperluan untuk penulis menjalankan carian 
manuskrip. Walau bagaimanapun, katalog berbentuk deskriptif adalah lebih menepati 
kehendak penulis dalam bidang penyelidikan manuskrip untuk membuat penerokaan 
awal terhadap sesebuah manuskrip kerana ia lebih terperinci dan hampir lengkap. 
 
Selain manuskrip asal, PMM juga mendokumen hasil perolehannya dalam 
bentuk simpanan yang lain iaitu mikrofilem dan mikrofis. 
Selain katalog Manuskrip Melayu dalam Negara, PMM juga menyediakan 
Katalog Manuskrip yang tersimpan di luar negara hasil daripada penghantaran 
pegawainya ke negara-negara tersebut. 
PMM sangat mementingkan aspek penyimpanan dan keselamatan Manuskrip 
Melayu memandangkan Manuskrip Melayu mempunyai nilai dan kepentingan yang 
tinggi kepada masyarakat Melayu serta usaha memperolehnya adalah suatu usaha yang 
                                                          
42 Manuskrip Melayu Mikrofilem Tambahan Kedua (2007). Kuala Lumpur: PNM, .h.vii 
165 
perlu dihargai. Oleh itu, penyediaan kemudahan penyimpanan dan peraturan 
keselamatan harus dititik beratkan. 
 
Langkah pertama yang telah diambil oleh pihak PMM ialah dengan mengecap 
tanda hak milik PNM pada semua naskhah manuskrip dengan menggunakan dakwat 
bebas daripada asid agar pihak PMM dapat mengenal pasti sebarang manuskrip yang 
hilang atau dicuri. Selain daripada itu, penyemakan inventori dijalankan sekurang-
kurangnya setahun sekali.  
 
PMM memastikan tahap keselamatan Manuskrip Melayu yang sangat bernilai 
itu berada pada tahap tertinggi. Hal ini berikutan Manuskrip Melayu yang mempunyai 
sifat nadir yang baik dan kandungan yang sangat berharga kepada keintelektualan 
Melayu mempunyai nilai yang lebih tinggi. Semakin lama usia sesuatu manuskrip 
semakin tinggi nilai dan antik sesuatu manuskrip tersebut. Maka, semua Manuskrip 
Melayu yang mempunyai nilai yang sangat tinggi ini telah diberikan perlindungan 
insuran, pengawasan yang sangat rapi dan disimpan di dalam peti kebal kalis api. 
 
Sebagai contoh, manuskrip yang tertua yang terdapat dalam simpanan PMM 
iaitu Khalq al-samawati wa al-ard (MSS 1517(A)), yang telah dikarang oleh Syeikh 
Nuruddin al-Raniri pada 6 Muharam 1047H bersamaan 31 Mei 1637M atas perintah 
Sultan Iskandar Thani. Manuskrip ini terlalu istimewa dan penting kerana ia merupakan 
Bab 1 Bustan al-Salatin dan menyatakan kejadian tujuh petala langit dan bumi dalam 10 
fasal. 
 
Di samping itu juga, manuskrip-manuskrip Melayu yang baru diperolehi dan 
diserahkan untuk dinilai, akan disimpan di dalam bilik kebal kalis api. Tambahan lagi, 
166 
tempat penyimpanan manuskrip juga dilengkapi dengan peralatan dan langkah 
keselamatan yang cukup supaya terselamat daripada kemungkinan bahaya kecurian, 
kebakaran, serangga dan sebagainya. Antara kelengkapan peralatannya ialah 
dehumidifier iaitu alat untuk mengawal kelembapan, Thermo Hidrograf, purifire, pintu 
kebal, gas keselamatan untuk kemungkinan kebakaran dan kemudahan tempat simpanan 
manuskrip yang dikenali dengan compactus.43  
 
Selain daripada itu, manuskrip yang diperolehi dalam bentuk asal akan disimpan 
di dalam kotak bebas asid di bilik kebal yang berhawa dingin sepenuh masa (suhu 15-
25°C) serta mempunyai kawalan kelembapan (45+5%) kerana manuskrip-manuskrip 
Melayu yang diperoleh dalam bentuk asal mempunyai usia yang tua dan kandungan 
manuskrip ini telah ditulis oleh para cendekiawan Melayu terdahulu di atas daun, buluh, 
kayu dan juga kertas. Peralatan yang digunakan sangat mudah mereput dan terbakar. 
Oleh yang demikian, PMM telah mengambil langkah keselamatan tersebut bagi 
memastikan khazanah berharga ini terus kekal daripada generasi ke generasi seterusnya. 
 
Namun begitu, bagi manuskrip yang diperoleh dalam bentuk salinan mikro tidak 
sesekali dikesampingkan keselamatannya. Salinan mikro ini akan disimpan dalam ruang 
yang sesuai bagi tujuan pemuliharaan. Bahkan, salinan manuskrip dalam bentuk mikro 
dibuat dalam beberapa salinan dan disimpan oleh bahagian yang terlibat iaitu salinan 
generasi pertama dan kedua untuk penyalinan akan disimpan oleh Bahagian 
Pemuliharaan dan Reprografi. Salinan ketiga untuk penulisan dan salinan keempat 
untuk Sistem Pembekalan Penerbitan akan disimpan oleh PMM. Selain itu juga, bagi 
                                                          
43 En. Faizal Hilmie Yusof (Ketua Unit Pembinaan Koleksi PMM) dalam temu bual dengan penulis, 23 
Ogos 2010 
167 
manuskrip-manuskrip yang belum melalui proses pewasapan perlu diasingkan daripada 
manuskrip yang telah diwasap.44  
 
f) Pemuliharaan 
Mengambil kira faktor usia dan terdedah serta berhadapan dengan faktor yang 
merosakkannya, kebanyakan manuskrip tidak berada dalam kondisi yang baik dan 
cantik. Atas keprihatinan ini, proses pemuliharaan adalah penting dalam memastikan 
kelestarian khazanah berharga ini. Maka, program di peringkat pemuliharaan ini 
melibatkan hubungan langsung antara dua bahagian PNM iaitu bahagian Pemuliharaan 
dan PMM seperti yang telah dinyatakan dalam bab sebelum ini. Bagi tujuan mengetahui 
program pemuliharaan ini, penulis membuat lawatan ke bahagian pemuliharaan PNM 
dan berkesempatan menemu bual En.Nazri, Pegawai Pemuliharaan Manuskrip dari 
bahagian ini. Dalam temu bual tersebut, beliau membincangkan peringkat-peringkat 
pemuliharaan seperti berikut:  
Pada peringkat permulaan, semua manuskrip yng diterima akan melalui dua 
proses iaitu pewasapan dan penyahasidan. 
i. Pewasapan  
Pada peringkat awal, manuskrip akan melalui kaedah pewasapan. 
Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam perbincangan sebelum ini bahawa 
manuskrip-manuskrip asal telah ditulis oleh para cendekiawan zaman silam di atas 
kertas, kulit, daun lontar dan kulit kayu. Kesemua bahan-bahan penulisan ini 
merupakan bahan semula jadi yang mudah mereput dan dijangkiti serangga 
seperti anai-anai, pijat, lipas dan sebagainya. Sekiranya tidak dipulihara, maka 
                                                          
44 Proses yang menggunakan gas beracun untuk menghapukan serangga dalam manuskrip. Kertas 
mesyuarat  Jawatankuasa Penasihat Manuskrip Melayu, Bil. 1, 6 Julai 1991, lampiran I. 
168 
manuskrip asal yang menjadi khazan