• www.coklatx.blogspot.com

    www.coklatx.blogspot.com

  • www.kacangx.blogspot.com

    www.kacangx.blogspot.com

  • www.berasx.blogspot.com

    www.berasx.blogspot.com

Tampilkan postingan dengan label melayu 9. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label melayu 9. Tampilkan semua postingan

melayu 9

baiknyalah engkau 
berbuat adil dan saksama, supaya di sana jemah diringankan Allah Taala kira-kiramu; dan 
hendaklah engkau muafakat dengan segala menteri dan segala Orang Besar-besarmu, kerana 
raja itu, jikalau bagaimana sekalipun bijaksana dan tahunya, jikalau tiada muafakat dengan 
segala pegawai, di mana akan dapat ia melakukan bijaksananya itu? Dan tiada akan Seritosa 
kerajaannya; kerana raja-raja itu umpama api, segala menteri itu umpamanya kayu; kerana 
api itu tiada akan nyala, jikalau tiada kayu; seperti kata Farsi, 'Ar'ayatu juan bakhasta sultan 
khasad', yakni rakyat itu umpama akar, dan raja itu umpama pohon; jikalau tiada akar 
nescaya pohon tiada akan dapat berdiri. Demikianlah raja itu dengan segala rakyatnya. Hei 
anakku, hendaklah engkau turut seperti amanatku ini; supaya beroleh berkat diberi Allah 
subha nahu wa taala, bija hi nnabi salla 'llahu 'alaihi wa salam." Setelah Raja Hussain 
mendengar titah ayahanda baginda itu, maka baginda pun terlalulah sangat menangis.  
 
Pemerintahan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah  
 
Hatta selang beberapa hari, maka Sultan Mansur Syah pun mangkadah; berpindah dari negeri 
yang fana ke negeri yang baqa; kalu innali'llahi wa inna ilaihi raji’un. Maka dikerjakan  
 oranglah seperti adat raja-raja yang telah lalu; maka Raja Hussainlah kerajaan, gelar baginda 
di atas kerajaan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah. Adapun baginda itu terlalu perkasa, tiada 
berbagai pada zaman itu; akan baginda sudah beristeri sama raja, beranak dua orang lelaki, 
seorang bernama Raja Menawar, seorang lagi bernama Raja Zainal; dan dengan isteri 
baginda bernama Tun Naja, anak Seri Nara Diraja Tun Ali, saudara Seri Nara Diraja Tun 
Tahir, itu pun ada baginda beranak tiga orang; yang tuanya perempuan bernama Raja Hitam, 
yang Terigah lelaki bernama Raja Muhammad, dan yang bongsu pun perempuan juga 
bernama Raja Fatimah; tetapi akan Raja Muhammad itu, jauh mudanya daripada Raja 
Menawar, dan tua daripada Raja Zainal.  
 
Adapun raja Pahang yang bernama Raja Ahmad, anak Sultan Pahang itu, beristerikan 
anak Bendahara Seri Amar Diraja, beranak seorang lelaki bernama Raja Mansur; dan yang 
bernama Sultan Muhammad Syah itu pun beranak tiga orang lelaki, seorang perempuan; 
seorang bernama Raja Jamal, seorang bernama Raja Muzaffar, seorang bernama Raja 
Ahmad. Maka oleh Sultan Alau'd-Din Riayat Syah, anakanda baginda yang bernama Raja 
Fatimah itu, didudukkan baginda dengan anak raja Pahang, yang bernama Raja Ahmad itu. 
Setelah Sultan Alau'd-Din Riayat Syah kerajaan itu, maka Raja Ahmad pun pergi ke Pahang, 
mendapatkan kakanda baginda. Maka baginda beristerikan cucu Iskandar Syah, raja 
Kelantan, beranak seorang perempuan bernama Raja Wati.  
 
Sebermula maka tersebutlah dalam Melaka pencuri terlalu buas, orang kehilangan pun 
tiada berhenti lagi Sentiasa malam. Setelah Sultan Alau'd-Din Riayat Syah mendengar 
pencuri . terlalu ganas itu, maka baginda pun terlalu masyghul, setelah hari malam, maka 
baginda pun memakai cara pakaian si pencuri. Maka baginda berjalan menyamar, tiada 
membawa teman; hanya Hang Isap dibawa baginda berserta pergi itu.  
 
Maka Sultan Alau'd-Din Riayat Syah pun berjalanlah tiga orang dengan penjawat 
sirih santap baginda, berkeliling negeri Melaka itu, hendak melihat hal negeri itu. Setelah 
datang pada suatu tempat, maka baginda bertemu dengan pencuri lima orang; mengusung 
satu candu-peti dua orang, dan yang tiga orang lagi mengiringkan dia. Maka segera diusir 
baginda pencuri itu, setelah Hampir, maka pencuri itu pun terkejut,  
 lalu lari kelima-limanya; maka peti itu pun dicarupakkannya. Maka titah Sultan Alau'd-Din 
pada Hang Ishak, "Tunggu olehmu peti ini." Maka sembah Hang Ishak, "Baiklah tuanku."  
 
Maka Sultan Alau'd-Din dengan Hang Isap pun pergilah mengikut pencuri lima orang 
itu, maka segala pencuri itu pun lari ke atas Bukit Melaka, maka diikuti baginda ke atas bukit, 
bertemu di negara bukit itu; maka Sultan Alau'd-Din pun bertempik, lalu diparang baginda 
seorang, kena pinggangnya putus seperti mentimun, penggal dua. Maka yang empat orang itu 
lari ke jambatan, diperturut oleh baginda; datang ke bawah bodi, maka keempatnya berbalik 
menghadapi Sultan, Alau'd-Din. Maka dibunuh baginda pula seorang lagi, maka yang tiga 
orang itu lari. Setelah datang ke hujung jambatan, dibunuh oleh Hang Isap seorang; yang dua 
orang lagi itu terjun ke air, lalu berenang ke seberang. Setelah itu maka Sultan Alau'd-Din 
pun berjalanlah kembali mendapatkan Hang Ishak. Maka titah baginda pada Hang Ishak dan 
Hang Isap, "Bawa peti ini ke rumahmu;" maka sembah Hang Isap, "Baiklah tuanku." Maka 
Sultan Alau'd-Din pun kembalilah ke istana baginda.  
 
Langkah Membasmi Pencuri  
 
Setelah hari siang, maka Sultan Alau'd-Din pun keluarlah semayam dihadap orang. Maka 
Bendahara dan segala Orang Besar-besar, para menteri, sida-sida, bentara, hulubalang 
sekaliannya hadir mengadap baginda. Maka titah Sultan Alau'd-Din pada Seri Maharaja, 
kerana ia Temenggung, "Adakah kawal semalam?" Maka sembah Seri Maharaja, "Ada 
tuanku." Maka titah baginda, "Kita dengar ada orang mati dibunuh orang; di atas bukit 
seorang, di bawah bodi seorang, dan di hujung jambatan seorang; jikalau demikian, orang 
yang mati itu Seri Maharajakah membunuh dia?" Maka sembah Seri Maharaja, "Tidak patik 
tahu tuanku." Maka titah Sultan Alau'd-Din, "Sia-sialah kawal Seri Maharaja; orang mati tiga 
orang tiada diketahui. Sekarang kita dengar pencuri terlalu ganas dalam negeri ini."  
 
Setelah itu maka Sultan Alau 'd-Din pun menitahkan orang memanggil Hang Ishak 
dan Hang Isap, suruh bawa peti itu, Maka kedua mereka itu pun datanglah membawa candu-
peti.  
 Maka titah Sultan Alau'd-Din pada Hang Ishak dan Hang Isap, "Apa ada pendengaranmu 
semalam? Khabarkan kepada Bendahara dan segala Orang Besar-besar ini." Maka Hang 
Ishak dan Hang Isap pun berkhabarlah akan segala perihal semalam itu, semuanya 
dikatakannya kepada Bendahara dan segala Orang Besar-besar yang mengadap itu. Demi 
mendengar kata Hang Isap itu, semuanya menyembah kepada Sultan Alau'dDin dengan 
takutnya, sekaliannya - menundukkan kepala. Maka disuruh oleh baginda tafahus orang yang 
empunya peti itu. Ada seorang saudagar, Ki Tarambulum namanya, ialah yang empunya peti 
itu; ialah kehilangan pada malam itu. Maka disuruh oleh Sultan Alau'd-Din kembalikan peti 
itu pada Ki Tarambulum; maka beberapa puji dan doanya akan Sultan Alau'd-Din. Maka 
baginda pun berangkat masuk; dan segala khalayak yang mengadap itu pun kembalilah 
masing-masing ke rumahnya.  
 
Semenjak itu maka kawal Seri Maharaja pun terlalu keras. Jika bertemu dengan orang 
berjalan dibunuhnya, tiada ditangkapnya lagi. Pada suatu malam Seri Maharaja berkawal, 
bertemu dengan seorang pencuri; maka diparang oleh Seri Maharaja dengan pedang bertupai, 
putus bahunya; maka tersampai pada alang kedai itu. Telah hari siang maka perempuan yang 
punya kedai itu pun hendak membuka kedai, maka dilihatnya lengan orang tersampai pada 
alang kedainya itu; maka ia pun terkejut, lalu menjerit. Maka daripada hari itulah datang 
kepada akhirnya, tiada pencuri lagi dalam negeri Melaka. Maka titah Sultan Alau'd-Din 
kepada Bendahara Paduka Raja, menyuruh membuat balai di sirupang empat di Terigah 
negeri, disuruh bubuh seorang penghulu diam di sana. Maka titah baginda pada Seri 
Maharaja: Jikalau orang mendapat harta orang, jika tiada dipulangkannya pada yang 
empunya, disuruh baginda kudung tangannya; jikalau tiada bertemu dengan yang empunya 
harta, ke balai itulah dihantarkan. Maka di dalam negeri Melaka itu, jikalau harta orang gugur 
dijalan atau di pekan, maka dicarinyalah ke balai itu; dan apakala didapati pula oleh orang, 
maka adalah tergantung di balai itu; demikianlah periadil Sultan Alau'd-Din Riayat Syah. 
Wa'llahu a'lamu bi'l-sawab, wa ilaihi'l-marji'u. wa'l ma'ab.  
Akibat Salam Dibacakan Sembah  
 
Alkisah maka tersebutlah perkataan Haru, Maharaja Diraja nama rajanya, anak Sultan Sujak, 
yang turun daripada: batu hulu dikata hilir, hilir dikata hulu. Maka Maharaja Diraja mengutus 
ke Pasai; Raja Pahlawan namanya yang diutuskan baginda itu. Setelah datang ke Pasai, maka 
surat itu diaraklah ke dalam. Telah datang ke dalam balai, maka disambut oleh ben tara, 
diberikan pada orang yang membaca dia; maka dibuka lalu dibacanya.  
 
Adapun di dalam surat itu, "Salam paduka kakanda." Maka oleh khatib itu, "Paduka 
kakanda empunya sembah, datang kepada paduka adinda." Maka kata Raja Pahlawan, "Lain 
surat lain dibaca; salam dikata sembah." Maka oleh khatib itu dibacanya "sembah" juga. 
Maka berkata pula Raja Pahlawan, "Ah, lain surat, lain dibaca; remak mati di tanah Pasai, 
jangan mati di tanah Haru. Jika demikian anjing Pasai pun tahu akan sebuah sepatah." Maka 
dibaca juga oleh khatib Pasai itu "sembah". Maka Raja Pahlawan pun terlalu marah; maka 
diamuknya segala orang di balai itu, banyak matinya. Maka orang pun geruparlah, maka oleh 
orang Pasai, Raja Pahlawan dibunuhnya, dan segala temannya itu habis dibunuhnya. Maka 
barang orang Haru yang tinggal itu kembalilah ke Haru, memberitahu rajanya. Maka 
Maharaja Diraja pun terlalu marah, maka disuruhnya serang Pasai; sebab itulah maka Haru 
berkelahi dengan Pasai.  
 
Hatta setelah berapa lama antaranya, maka Maharaja Diraja pun menitahkan hulubalangnya 
yang bernama Seri Indera, merosakkan segala jajahan Pasai, lalu ke jajahan Melaka. Adapun 
pada zaman itu dariJugra datang ke Tanjung Tuan, tiada berputusan rumah orang, maka 
itulah yang dirosakkan oleh orang Haru.  
 
Setelah didengar oleh Sultan Alau'd-Din, maka baginda menitahkan Paduka Tuan, 
anak Bendahara Paduka Raja, dan Laksamana Hang Tuah, dan Seri Bija Diraja, dan segala 
hulubalang memairi kelengkapan orang Haru itu. Maka Paduka Tuan dan segala hulubalang 
itu pun pergilah. Setelah kelengkapan Melaka sampai had Pulau Arang,. maka bertemulah 
dengan kelengkapan Haru, lalu berperang, berlanggar-langgaran, terlalu azamat bunyinya 
perang itu, seperti akan kiamat  
 lakunya; tetapi kelengkapan Haru tiga ratus banyaknya, kelengkapan Melaka hanya seratus. 
Pada sebuah perahu Melaka, dua tiga buah perahu Haru. Maka perahu Seri Bija Diraja dan 
perahu Laksamana, empat lima buah perahu Haru melanggar dia; rupa Senjata seperti hujan. 
Maka rakyat di perahu Seri Bija Diraja pun habis terjun. Pada ketika itu Tun Isap Berakah di 
perahu Seri Bija Diraja, maka perahu Seri Bija Diraja pun alah; sekerat haluannya sudah 
dinaiki oleh segala orang Haru, melainkan Seri Bija Diraja dengan Tun Isap Berakah juga 
yang lagi terdiri; yang lain semuanya habis terjun.  
 
Maka kata Tun Isap pada Seri Bija Diraja, "Orang Kaya, mari kita amuk. orang Haru 
ini." Maka kata Seri Bija Diraja, "Sabar dahulu." Maka segala orang Haru pun datanglah ke 
pitak agung haluan. Maka kata Tun Isap, "Orang Kaya, mari kita amuk orang Haru ini." 
Maka sahut Seri Bija Diraja, "Belum lagi ketikanya." Maka orang Haru pun datang ke tiang 
agung; maka kata Tun Isap Berakah, "Orang Kaya, marilah kita amuk orang Haru ini, apa 
juga dinantikan?" Maka sahut Seri Bija Diraja, "Sabar juga dahulu encik, belum datang pada 
ketikanya." Maka orang Haru pun datanglah, lalu ke sebelah timbun. Maka Seri Bija Diraja 
pun masuk ke dalam kurung; maka kata Tun Isap Berakah, "Kusangka berani Seri Bija Diraja 
ini maka aku mau naik ke perahunya; jika ku tahu akan dia penakut, baiklah aku naik perahu 
Laksamana."  
 
Maka orang Haru pun datanglah hampir ke muka pekajangan, maka Seri Bija Diraja 
pun keluarlah dari kurung seraya katanya pada Tun Isap, "Encik, telah datanglah ketikanya, 
marilah kita amuk;" maka kata Tun Isap,· "Baiklah." Maka Seri Bija Diraja dan Tun Isap pun 
mengamuklah, segala orang Haru terlalu banyak matinya, habis berhamburan terjun lari ke 
air, yang setengahnya lari ke perahunya Sendiri. Akan Laksamana demikian juga, banyak 
perahu orang Haru tenggelam dilanggarnya; maka kelengkapan Haru pun undurlah lari, lalu 
diperikut oleh Seri Bija Diraja dan Laksamana, barang yang dapat dinaikinya segala perahu 
orang Haru itu alah. Maka segala rakyat yang mana terjun itu pun naiklah melanggar 
kelengkapan Haru, hingga banyaklah yang binasa, tinggal sebahagian juga lagi. Maka 
kelengkapan Haru pun patahlah, lalu lari menuju negerinya. Maka diperikut oleh orang 
Melaka; barang yang terpencil habis dialahkannya. Maka segala orang  
 Haru pun larilah mengadap rajanya, persembahkan perihalnya itu.  
 
Mia Ruzul Dengan Kambing Randuk  
 
Setelah Maharaja Diraja mendengar kelengkapannya alah oleh orang Melaka itu, maka 
Maharaja Diraja pun terlalu marah; maka ia bertempik, katanya, "Jikalau aku di atas gajahku 
Binudan ini, Melaka se-Melakanya, Pasai se-Pasainya, jangan juga kudrat Allah melintang; 
kulanggar kota Melaka dengan gajahku Binudan ini." Maka disuruhnya keluari pula orang 
Melaka sekali lagi, maka segala orang Haru pun keluarlah. Adapun segala kelengkapan 
Melaka pun telah datanglah ke pangkalan Dungun, berhenti di sana. Maka segala orang 
Melaka pun naiklah ke darat hendak buang air. Maka ada seorang Keling, Mia Ruzul 
namanya, Keling Melaka, mengikut pergi. Maka ia pun naik juga, hendak buang air. Bam ia 
berTeriggek di batang, maka ia memandang ke darat arah semak-semak; maka terpandang ia 
kepada kambing randuk makan, sekalisekali kelihatan mukanya, Pada pendapat Mia Ruzul 
"Orang Haru tua rupanya, hendak mengintai aku ini,"  
 
Maka Mia Ruzul pun bangkit, lari tunggang-langgang,jatuh terjerurnus, bangkit lari 
pula mengusir orang banyak. Maka sekalian orang pun terkejut masing-masing memegang 
Senjata, gerupar melihat Mia Ruzul terlari-lari itu. Maka kata semua orang itu, "Mengapa 
Mia Ruzul ini?" Maka kata Mia Ruzul sambil terhungap-hungap, "Kita tumu Haru tua, kita 
hudap dia zughul, kit a zughul dia hudap." Kata orang itu, "Di mana ia?" Maka sahut Mia 
Ruzul, "Syana tuan." Maka segala orang itu pun pergilah ke tempat itu; maka dipandang 
orang iaitu kambing randuk makan rumput. Maka orang itu pun semuanya suka tertawa, 
seraya berkata, "Cis Mia Ruzul, habis kita kena pedayanya." Maka sekaliannya pun turunlah 
ke perahu; itulah diperbuat orang pelabun datang sekarang, "Cis Mia Ruzul, kita hudap dia 
zughul, kita zughul dia hudap."  
 
Arkian maka kelengkapan Haru pun datang, bertemu dengan kelengkapan Melaka 
lalu berperang, tiada sangka bunyinya lagi. Maka rupa anak panah dan damak sumpitan 
seperti rnanik hujan yang lebat. Maka oleh orang Melaka dilanggarnya sekali-sekali, 
dicurahnya dengan batu dan seligi; maka kelengkapan Haru pun banyaklah alah, barang yang 
tinggal habis  
 lari, mudik ke hulu, kepada rajanya. Maka Maharaja Diraja pun menyurung damai kepada 
Paduka Tuan; maka kabullah Paduka Tuan. Maka oleh orang Haru diperbuatnya balai di 
pangkalan Dungun.  
 
Setelah sudah, Maharaja Diraja menyuruhkan Raja Serba Nyaman, dan Raja Jengur, 
dan Raja Sembuh, dan segala kejarun Haru, sekaliannya berkampung kepada Paduka Tuan. 
Maka Paduka Tuan dan segala Orang Besar-besar, hulubalang Melaka pun naiklah ke darat. 
Maka pihak Melaka dan Haru pun duduklah di balai itu berkata-kata. Sedang temasya ber-
kata-kata, maka balai itu pun roboh. Maka segala orang Melaka dan orang Haru pun terkejut, 
habis berdiri sekaliannya menghunus Senjata, melainkan Seri Bija Diraja juga berdekat 
dengan Laksamana yang tiada bergerak daripada tempatnya duduk itu, hib pun ia tiada; 
duduk sambil ia mengupam kerisnya. Maka kata orang Haru akan Seri Bija Diraja, "Dia ini 
sungguh kecil, timbangan lada Pidir." Maka duduklah sekaliannya berkata-kata pula.  
 
Maka Maharaja Diraja pun berkirim surat ke Melaka. Setelah itu maka Paduka Tuan 
pun kembalilah bersama-sama dengan segala Orang Besar-besar dan hulubalang sekalian. 
Telah berapa lamanya di jalan maka sampailah ke Melaka. Maka Paduka Tuan dengan 
sekalian hulubalang pun masuklah mengadap Sultan Alau'd-Din Riayat Syah; maka baginda 
pun terlalu sukacita oleh mendengar peperangan baginda jaya itu. Maka baginda pun 
memberi persalin, dianugerahkan pada Bendahara, dan akan Paduka Tuan, dan Laksamana, 
dan Seri Bija Diraja, dan segala hulubalang yang pergi itu, sekaliannya dipersalin baginda.  
 
Hatta berapa lama antaranya, maka Seri Bija Diraja pun matilah. Ada anaknya lelaki 
dua orang, seorang perempuan, Tun Cendera Panjang disebut orang; yang lelaki itu seorang 
bernama Tun Kerunta, bergelar Seri Bija Diraja menggantikan pekerjaan ayahnya, seorang 
lagi lelaki bergelar Tun Bija Diraja, ialah beranakkan Sang Setia. Wa'llahu a'lamu bi'l-sawab, 
wa ilaihi'l-marji'u wa 'l-ma 'ab.  
 
Ketiganya Sama Gagah  
 
Alkisah maka tersebu dah perkataan raja Maluku, negerinya dialahkan oleh Kastilan; maka 
raja Maluku pun lari ke Melaka. 
 Pada ketika itu Raja Rekan dan Telanai Terengganu pun ada di Melaka mengadap Sultan 
Alau'd-Din. Maka raja Maluku dipersalin oleh Sultan Alau'd-Din dengan pakaian anak raja-
raja, dan dianugerahi dengan sepertinya. Adapun raja Maluku itu terlalu pandai bersepak 
raga. Maka segala anak tuan-tuan yang muda-muda pun bermainlah sepak raga dengan raja 
Maluku, dan raja Malukulah menjadi ibu. Setelah raga itu datang kepadanya, maka 
disepaknya raga itu seratus kali, dua ratus kali, maka baharulah diberikannya pada orang lain; 
maka pada barang siapa hendak diberikannya itu ditunjukkannya, tiada salah lagi. Setelah itu 
maka ia duduk di atas kerusi berhentikan lelahnya, dikipas orang dulu. Maka segala orang 
muda-muda itu bersepaklah, serta datang raga itu kepada raja Maluku maka disepaknya, 
berpenanak nasi raga itu di atas, tiada turun lagi, melainkan apabila hendak diberikannya 
pada orang lain; demikianlah peritahunya raja Maluku itu bersepak raga, dapat dibawanya 
naik tangga.  
 
Syahadan akan raja Maluku itu terlalu gagah; jika nyiur duduk umbi, ditetaknya 
dengan beladau, putus; dan akan Telanai Terengganu pun kuat juga. Jika nyiur duduk umbi, 
ditikamnya dengan lembing, terus menyebelah. Akan Sultan Alau'd-Din pun perkasa; jika 
nyiur duduk umbi dipanah baginda terbayang ke sebelah, Maka Sultan Alau'd-Din terlalu 
kumia akan raja Maluku dan Telanai Terengganu. Maka ketiganya berjanji akan mengambil 
Maluku dari tangan Kastilan.  
 
Pada suatu hari raja Maluku meminjam kuda pada Maulana Yusuf, itulah dibuat orang 
nyanyian:  
 
Raja Maluku meminjam kuda, 
Meminjam kuda pada Maulana, 
Tuanku nyawa orang muda,  
Arif bertambah bijaksana.  
 
Setelah berapa lamanya di Melaka, maka raja Maluku dan Telanai Terengganu pun 
bermohonlah pada Sultan Alau'd-Din, masing-masing kembali ke negerinya. Maka 
kedengaranlah kepada Sultan Muhammad Syah, raja Pahang, bahawa Telanai Terengganu 
mengadap ke Melaka, tiada memberitahu baginda. Maka Sultan Muhammad Syah pun terlalu 
murka, maka baginda menitahkan Seri Akar Raja ke Terengganu membunuh Telanai. Setelah 
Seri Akar Raja datang ke Terengganu, maka  
 disuruhnya panggil Telanai, maka Telanai tiada mau datang, katanya, "Adakah adat 
hulubalang dipanggil oleh samanya hulubalang?" Maka oleh Seri Akar Raja disuruhnya 
datangi Telanai, disuruhnya bunuh. Sete1ah Telanai mati maka Seri Akar Raja pun 
kembalilah ke Pahang. Maka oleh Sultan Muhammad, Terengganu itu diserahkan baginda 
pada Seri Akar Raja, turun-temurun ke anak cucu Seri Akar Raja juga memegang dia.  
 
Maka sembah Bendahara Pahang pada Sultan Muhammad, "Salah pekerjaan kita 
membunuh Telanai ini; tiada dapat tiada marah paduka adinda di Melaka." Maka titah Sultan 
Muhammad, "Apatah ditakutkan pada raja Melaka; kerana aku dekat patut kerajaan di 
Melaka itu, kerana aku tua daripada Ahmad, lagipun aku sudah hendak dirajakan oleh paduka 
marhum di Melaka. Berlengkaplah Bendahara dan Orang Kaya-kaya sekalian, aku hendak 
mengambil kerajaan Melaka daripada Raja Ahmad." Tatkala itu Sultan Muhammad di atas 
gajah kenaikan baginda yang bernama Geniang itu; maka titah baginda, "Lihatlah kelak, 
jikalau tiada aku langgar balairung Melaka dengan gajahku ini, begini ke1ak..." Maka 
dicubakan baginda gajah itu, dilanggarkan baginda pada balairung Sendiri; maka titah Sultan 
Muhammad, "Demikianlah ke1ak balairung Melaka kulanggar." Maka sekalian Orang Besar-
besar Pahang pun diam, tiada berbunyi, melihat kelakuan Sultan Muhammad murka itu.  
 
Adapun segala anak cucu Telanai Terengganu semuanya lari ke Melaka, maka 
dipersembahkanlah ke bawah duli Sultan Alau'd-Din, "Bahawa Telanai te1ah dibunuh Sultan 
Muhammad, sebab mengadap ke Melaka. Seri Akar Raja yang datang membunuh;" dan peri 
raja Pahang hendak melanggar balairung Melaka, akan merebut kerajaan baginda itu, 
semuanya dipersembahkan. Maka Sultan Alau'd-Din pun terlalu murka; titah baginda, "Raja 
Pahang hendak menunjukkan makamya kepada kita. Baiklah kita suruh serang negerinya." 
Maka baginda menyuruh berlengkap hendak menyerang Pahang. Maka sembah Bendahara 
Paduka Raja, "Ampun tuanku, beribu-ribu ampun di atas batu kepala patik, pada bicara patik, 
hamba tua ini, jangan taajal kita membinasakan Pahang itu; barang suatu hal paduka kakanda, 
tuankulah yang rugi. Baik patik itu Laksamana kita utuskan ke Pahang." Maka titah Sultan  
 Alau'd-Din, "Baiklah, yang mana kata Bendahara kita turut." Maka ada cucu Telanai 
Terengganu tiga orang lelaki; disuruh Sultan Alau'd-Din peliharakan baik-baik kanak-kanak 
itu. Megat Sulaiman seorang namanya; Megat Hamzah seorang namanya; dan lagi seorang 
Megat Omar namanya, Maka Laksamana pun berlengkaplah; setelah sudah mustaed, maka 
surat pun diarak oranglah ke perahu. Setelah itu maka Laksamana pun pergilah.  
 
Gema Pembunuhan Telanai Terengganu  
 
Berapa lama antaranya di jalan, maka sampailah ke Pahang, lalu mudik ke negeri. Maka 
dipersembahkan orang kepada Sultan Muhammad, "Bahawa Laksamana datang, dititahkan 
paduka adinda dari Melaka mengadap tuanku." Maka baginda pun keluarlah dihadap segala 
hulubalang Pahang. Maka disuruh baginda jemput surat dari Melaka itu. Seri Pikrama Raja, 
Penghulu Bendahari Pahang, dititahkan baginda menjemput surat itu. Setelah datang ke 
perahu Laksamana, maka surat pun disambut orang, dibawa ke darat bersama-sama dengan 
Laksamana, Maka surat itu pun dibawa naik ke atas gajah, lalu diarak dengan gendang, 
serunai, nafiri, nagara, di bawah payung putih berapit dua. Maka Laksamana pun berpesan 
pada seorang orangnya, "Jikalau surat sudah dibaca, hendaklah engkau bunuh seorang 
keluarga Seri Akar Raja." Maka kata orang itu, "Baiklah". Maka surat pun sampailah ke 
dalam. Segala orang yang mengadap Sultan Muhammad itu sekaliannya turun dari atas balai, 
melainkan Sultan Pahang juga tinggal seorangnya. Maka gajah pun dikepilkan di balai, surat 
pun disambut oleh bentara, lalu dibaca oleh khatib, demikian bunyinya, "Salam doa paduka 
adinda datang kepada kakanda," maka kata-kata yang lain pula.  
 
Setelah surat sudah dibaca, maka segala orang pun naiklah duduk, masing-masing 
pada tempatnya. Maka Laksamana pun menjunjung duli, lalu duduk; sesaat duduk berkata-
kata, maka bunyi orang gerupar di luar. Maka Sultan Pahang pun bertanya, "Apa gerupar 
itu?" maka sembah orang yang baru masuk itu, "Tuanku, orang Laksamana konon membunuh 
saudara sepupu Seri Akar Raja." Maka titah Sultan Muhammad Syah pada Laksamana, 
"Orang tuan konon membunuh saudara sepupu Seri Akar Raja; baik tuan periksa," Adalah  
 adat raja Pahang, memanggil Orang Kaya-kayaMelaka "tuan".  
 
Maka Laksamana pun menyuruh membawa orang itu masuk dengan ikatnya. Setelah 
datang maka kata Laksamana, "Sungguhkah tuan hamba membunuh saudara sepupu Seri 
Akar Raja?" Maka sahut orang itu, "Sungguh tuanku." Maka sembah Laksamana pada Sultan 
Pahang, "Sungguhlah patik ini membunuh saudara sepupu Seri Akar Raja, tetapi tiada patik 
beri dipengapa-ngapakan kerana salah Seri Akar Raja pun ada ke bawah duli paduka adinda 
di Melaka, oleh membunuh Telanai Terengganu, tiada memberitahu ke Melaka." Maka 
Sultan Muhammad Syah pun tersenyum; titah baginda, "Adapun Telanai Terengganu kita 
suruh bunuh itu, sebab biadab mulutnya, mengatakan negeri Melaka itu di bawah 
kelangkangannya. Adapun saudara sepupu Seri Akar Raja yang mati itu, mana bicara 
Laksamana dengan Seri Akar Raja; kerana ia pun bukan orang lain pada Laksamana."  
 
Maka Laksamana dan Seri Akar Raja pun bermohonlah pergi menanamkan saudara 
sepupunya itu, Maka Sultan Pahang pun berangkatlah masuk. Maka segala yang mengadap 
itu masing-masing kembalilah ke rumahnya. Laksamana pun turunlah ke perahunya. Selang 
beberapa hari Laksamana di Pahang, maka Laksamana pun bermohon kepada Sultan 
Muhammad Syah, hendak kembali ke Melaka. Maka Sultan Pahang pun memberi surat dan 
memberi persalin akan Laksamana. Maka surat pun diarak orang ke perahu Laksamana. 
Setelah datang ke perahu, maka yang menghantar surat itu pun pulanglah. Maka Laksamana 
pun hilirlah lalu belayar. Berapa hari di jalan, maka sampailah ke Melaka. Surat itu pun 
diarak serta disambut, lalu dibaca. Setelah sudah, Laksamana pun naik menjunjung duli 
Sultan Alau'd-Din; lalu duduk mengadap, persembahkan segala hal-ehwalnya tatkala di 
Pahang itu. Maka terlalulah sukacita Sultan Alau'd-Din; beberapa puji baginda akan 
Laksamana, serta dianugerahi baginda persalin seperti pakaian anak raja-raja. Wa'llahu 
a'lamu bi'l-sawab, wa ilaihi 'l-marji 'u wa 'l-ma 'ab.  
 Membunuh Tanpa Memberitahu ke Melaka 
 
ALKISAH maka tersebutlah perkataan Sultan Ibrahlm, raja Siak. Ada seorang salah pada 
baginda, maka disuruh baginda bunuh pada Tun Jana Pakibul. Maka kedengaran ke Melaka, 
raja Siak membunuh orang tiada memberitahu ke Melaka. Maka Sultan Alau'd-Din 
menitahkan Laksamana ke Siak. Setelah sampai, maka oleh Sultan Ibrahlm disuruh jemput 
surat dari Melaka itu, seperti ad at Sultan Pahang menjemput surat dari Melaka. Maka gajah 
dikepilkan di balairung, maka Sultan Ibrahlm berdiri di atas balai, lalu surat pun disambut 
oranglah; maka Sultan Ibrahlm pun duduk, dan surat pun dibaca orang.  
 
Setelah sudah surat dibaca, maka segala orang pun naiklah duduk. Maka Laksamana pun 
berkata pada Tun Jana Pakibul, Perdana Menteri Siak, "Sungguhkah tuan Hamba membunuh 
Tun anu itu?" maka sahut Tun Jana Pakibul, "Oleh dengan titah, maka hamba berani; kerana 
ia derhaka ke bawah duli Yang Dipertuan." Maka Laksamana mengadap kepada Tun Jana 
Pakibul, mengiring kepada Sultan Ibrahlm; oleh Laksamana ditunjuknya Tun Jana Pakibul 
dengan tangan kirinya, katanya, "Tiada berbudi tuan hamba, sungguhlah tuan hamba orang 
hutan, maka tiada tahu akan istiadat dan cara bahasa. Benarkah membunuh orang tiada 
memberitahu ke Melaka? Hendak maharajalelakah tuan hamba di Siak ini?" Maka Sultan 
Ibrahlm dan segala Orang Besar-besar semuanya diam, tiada menyahut kata Laksamana Hang 
Tuah itu.  
 Setelah Laksamana sudah berkata itu, lalu ia menyembah pada Sultan Ibrahlm. Maka 
Sultan Ibrahlm memberi persalin akan Laksamana Hang Tuah. Maka Laksamana pun 
bermohonlah pada Sultan Ibrahlm akan kembali ke Melaka. Maka Sultan Ibrahlm pun 
persembah surat ke Melaka, demikian bunyinya: "Paduka kakanda empunya sembah, datang 
kepada paduka adinda, melainkan ampun paduka adinda juga diperbanyak akan paduka 
kakanda." Maka surat pun diarak oranglah ke perahu. Maka Laksamana pun kembalilah ke 
Melaka.  
 
Setelah datang ke Melaka, maka surat pun diarak bergajah, payung satu kuning, satu 
ungu. Telah datang ke pintu luar, maka gajah diderumkan di sana, gendang, payung 
semuanya tinggal di luar; surat pun dibawa oranglah masuk ke dalam dibaca oleh khatib. 
Setelah sudah dibaca surat itu, maka Laksamana pun menjunjung duli, lalu duduk pada 
tempatnya sediakala. Maka Sultan Alau'd-Din pun bertanya pada Laksamana. Maka oleh 
Laksamana segala hal ehwalnya di Siak itu, semuanya dipersembahkarinya ke bawah duli 
Sultan Alau'd-Din; baginda pun terlalu sukacita dan memberi persalin akan Laksamana 
dengan sepertinya. Demikianlah istiadat dahulukala, jangankan di dalam negeri Melaka itu 
akan dapat membunuh tiada dengan setahu raja, jika pada negeri lain sekali pun, lamun 
takluk Melaka, tiada dapat membunuh.  
 
Arkian maka Raja Menawar, anak Sultan Alau'd-Din pun besarlah, maka oleh Sultan 
Alau'd-Din anakanda baginda itu dirajakan di Kampar, dinobatkan dahulu di Melaka. Segala 
hulubalang dan para menteri semuanya turun mengadap nobat. Setelah sudah dinobatkan 
disuruh hantar pada Seri Nara Diraja ke Kampar, bergelar Sultan Menawar Syah; Seri Nara 
Diraja pun pergilah membawa Sultan Menawar Syah ke Kampar, setelah sampai maka Sultan 
Menawar Syah pun dirajakan oleh Seri Nara Diraja di Kampar. Telah sudah, maka Seri Nara 
Diraja pun kembalilah ke Melaka mengadap Sultan Alau'd-Din Riayat Syah,  
 
Hatta berapa lamanya, datanglah pada peredaran dunia, maka Sultan Alau'd-Din pun 
geringlah. Maka baginda menyuruh memanggil anakanda baginda, Raja Mamad, dan 
Bendahara Paduka Raja dan sekalian Orang Besar-besar datang berkampung mengadap 
baginda. Maka Sultan Alau'd-  
 Din pun minta sandari pada dayang-dayang; maka dipanggil baginda hampir daripada antara 
orang itu enam orang; pertama Bendahara Paduka Raja, kedua Kadi, ketiga Paduka Tuan, ke-
empat Seri Nara Diraja, kelima Temenggung, keenam Laksamana Hang Tuah. Maka 
hampirlah orang keenam itu, tujuh dengan anakanda baginda, Raja Mamad. Maka titah 
baginda, "Ketahui oleh segala tuan-tuan sekalian, bahawa umur kita telah pautlah, ajal kita 
pun hampirlah rasanya. Adapun jikalau sudah kita mati, bahawa anak kita Si Mamadlah 
rajakan oleh Bendahara dengan segala Orang Kaya-kaya sekalian akan ganti kita; hendaklah 
sangat-sangat pelihara kamu akan dia, kerana ia kanak-kanak. Seperti mana kasih tuan-tuan 
semua akan kita, demikianlah kasih tuan hamba sekalian akan dia; jikalau barang suatu khilaf 
bebalnya, sangat-sangat maaf tuantuan sekalian dan tegur ajari dia; tuan hamba tilik kepada 
kanak-kanaknya."  
 
Setelah segala mereka itu mendengar titah Sultan Alau'd-Din demikian itu, maka 
cucurlah air mata mereka itu, tiada berasa lagi. Maka sekaliannya berdatang sembah dengan 
tangisnya, "Ya tuanku, barang dilanjutkan Allah Taala kiranya Yang Dipertuan, kerana patik 
sekalian belum lagi puas diperHamba Yang Dipertuan; tetapi jauhkan Allah, kiranya yang 
demikian itu, jika layu bunga di genggam Yang Dipertuan, sedia seperti titah itulah patik 
sekalian kerjakan; kerana patik semua tiada mau menyembah raja-raja lain daripada anak 
cucu tuanku."  
 
Pemerintahan Sultan Mahmud Syah  
 
Maka Sultan Alau'd-Din pun terlalu sukacita mendengar sembah segala mereka itu. Maka 
baginda memandang kepada muka anakanda baginda, Raja Mamad, maka titah baginda, "Hei 
anakku, adapun engkau hendaklah banyak-banyak sabar, dan ampunmu akan segala hamba 
sahayamu, dan baik-baik memelihara akan dia; kerana firman Allah Taala Inna 'llahu ma'as 
sabirin, yakni bahawa Allah Taala serta pada segala yang sabar, Dan jikalau datang kepada 
dua pekerjaan, suatu pekerjaan Allah, dan suatu pekerjaan dunia, maka dahulukan olehmu 
pekerjaan Allah daripada pekerjaan dunia. Hendaklah engkau sangat-sangat menyerahkan 
dirimu kepada hadrat Allah Taala yang akan memelihara akan kamu, kerana wa man  
 yatawakkal 'ala'llah, Dan segala anak Melayu bagaimanapun besar dosanya, jangan olehmu 
diaifi dia, dan sampai kepada hukum syarak dosanya derhaka, bunuhlah; kerana segala 
Melayu itu ketanahanmu, seperti kata Arab Al-'abdi tinu'lmaulahu, yang hamba itu tanah 
tuhannya. Jikalau engkau bunuh ia tiada dengan dosanya, bahawa kerajaanmu binasa. Hei 
anakku, hcndaklah engkau turut dan engkau ingatkan wasiatku ini, dan kau kerjakan, supaya 
berkat diberi Allah subha nahu wa taala." Setelah itu maka Sultan Alau'd-Din pun mangkat; 
maka ditanamkan oranglah seperti adat. Setelah baginda kembali ke rahmat Allah, kalu inna 
li'llahi wa inna ilaihi raji'un; maka anakanda baginda Raja Mamadlah kerajaan menggantikan 
kcrajaan ayahanda baginda. Gelar baginda di atas kerajaan Sultan Mahmud Syah.  
 
Arkian tiada berapa lama baginda kerajaan, ada seorang orang salah dibawa 
mengadap kerajaan baginda, salahnya pun tiada apa bahananya; maka oleh Seri Maharaja 
disuruhnya bunuh, maka dibunuh oranglah. Maka kata Bendahara Paduka Raja, "Hei, lihatlah 
Seri Maharaja! Anak harimau diajarnya makan daging. Dia kelak ditangkapnya." Hatta maka 
Seri Bija Diraja pun datanglah dari negeri sembilan . Maka Bendahara Paduka Raja berkata pada 
Seri Bija Diraja, "Orang Kaya, Yang Dipertuanlah amanat marhum akan ganti baginda 
kerajaan." Maka sahut Seri Bija Diraja, "Beta tiada mendengar amanat marhum." Setelah 
didengar Sultan Mahmud Syah kata Seri Bija Diraja itu, maka baginda diam, Pada hati 
baginda, "Tiada suka Seri Bija Diraja bertuankan aku." Maka baginda berdendamlah akan 
Seri Bija Diraja.  
 
Hatta betapa lama selangnya, dengan takdir Allah Taala, maka Sultan Mahmud Syah 
pun geringlah, sakit buang air, pada sehari dua tiga belas kali buang air. Maka Bendahara 
Paduka Raja dan Laksamana Hang Tuan pun tiadalah bercerai de.ngan baginda. Jikalau akan 
santap, Bendahara Paduka Raja menyuap, dan jikalau buang air Laksamana membasuh; pada 
sehari dua tiga puluh kali Laksamana membasuh baginda, dan Bendahara Paduka Raja pun 
dua tiga belas kali menyuap baginda pada sehari, demikianlah hal Bendahara dengan 
Laksamana memeliharakan Sultan Mahmud Syah, tiada diberinya yang lain. Nasi santapan 
baginda itu Bendahara Paduka Raja membasuh beras, Laksamana Hang Tuah menanak dia, 
Berapa  
 lamanya Sultan Mahmud Syah gering itu, adalah baik sedikit, boleh santap Sendiri,* dan 
boleh beradu. Maka baginda pun santap nasi sesuap, lalu bentan; nyaris lepas dari tangan. 
Maka Bendahara Paduka Raja dan Laksamana Hang Tuah pun diberi orang tahu; maka 
keduanya segera datang, duduk Hampir baginda, kerana baginda telah sabur, diratapi orang. 
Maka dilarang oleh Bendahara Paduka Raja orang meratap itu,  
 
Setelah terdengar kepada bonda Sultan Alau'd-Din akan Sultan Mahmud Syah gering 
sangat, dan telah diratapi orang itu, maka baginda pun datang. Adapun bonda Sultan Alau'd-
Din ninda Sultan Mahmud Syah itu, disebut orang Raja Tua; akan baginda itu kasih akan 
cunda baginda, Sultan Menawar yang di Kampar itu daripada cunda baginda Sultan Mahmud 
Syah. Fikimya, "Serta aku datang, aku tiarapi Sultan Mahmud Syah, kutangisi, supaya ia 
mati; Sultan Menawar Syahlah kerajaan di Melaka kelak." Maka Raja Tua pun datanglah 
dengan tergerbang-gerbang rambut baginda, sambil dengan tangisnya hendak hampir, maka 
tiada diberi oleh Bendahara dan Laksamana. Katanya, "Jangan tuanku hampir paduka cunda." 
Maka kata Raja Tua, "Mengapa maka hamba tiada diberi dekat kepadanya?" Maka kata 
Bendahara Paduka Raja dan Laksamana, "Sahaja tidak patik beri tuanku dekat kepada cunda. 
Jika tuanku dekat pada paduka cunda, patik amuk," seraya mengisar kerisnya. Maka kata 
Raja Tua sambil undur, "Syahidlah anak Melayu hendak derhaka." Maka sembah Bendahara 
Paduka Raja dan Laksamana Hang Tuah, "Sekali ini Melayu bernama derhakalah. Jikalau 
tuanku hendak bergagah juga mendekati paduka cunda, sahaja patik amuklah." Maja Raja 
Tua pun tiada mahu hampir kepada Sultan Mahmud Syah, lalu kembali.  
 
Bendahara Paduka Raja Dengan Laksamana  
 
Maka baginda pun dipelihara oleh Bendahara dan Laksamana perlahan-lahan. Maka dengan 
dipelihara Allah subha nahu wa taala, belum lagi habis rupanya suratan ajal baginda, maka 
Sultan Mahmud Syah pun sembuhlah. Baginda memberi persalin akan Bendahara Paduka 
Raja dan Laksamana Hang Tuah; dianugerahi pula usungan satu seorang, barang ke mana ia 
pergi  
 disuruh berusung. Maka oleh Laksamana usungannya itu dipakainya; barang ke mana ia 
berjalan berusung; segala anak buahnya di bawah usungannya. Adapun akan Bendahara 
Paduka Raja usungannya itu dibungkusnya dengan kekuningan, digantungnya pada tempat ia 
duduk di hadapan orang sediakala itu, Maka sembah segala anak buah Bendahara Paduka 
Raja, "Bagaimana Datuk ini, bagai Pak Si Bendul, diberi raja usungan ditaruh, akan 
Laksamana dianugerahi usungan, berusung ia ke sana ke mari, segala anak buahnya di bawah 
usungannya, alangkah baiknya dipandang? Jika Datuk berusung pun demikianlah."  
 
Maka kata Bendahara Paduka Raja, "Akukah Pak Si Bendul, engkaukah Pak Si 
Bendul? Akan Laksamana ia berusung itu dipandang oleh segala dagang, maka ditanyanya, 
"Siapa berusung itu? Maka disahut orang 'Laksamana', maka katanya, 'orang besarkah 
Laksamana itu?' Maka sahut orang itu, 'Orang Besar'. Maka kata segala dagang, 'Adakah 
Orang Besar lagi daripadanya?' Maka sahut orang, 'ada; Bendahara lebih besar daripadanya'. 
Jika aku pun kelak berusung, ditanya orang demikian juga, 'tiadakah orang· besar daripada 
Bendahara ini?', maka pada sangka segala dagang yang tiada tahu, akulah raja; kerana raja 
lagi budak. Seperkara lagi, akan Laksamana berusung itu segala anak buahnya di bawah 
usungannya, mengiringkan dia; jika aku berusung pun, engkau semua anak buahku, 
mengiringkan aku di bawah usunganku; jikalau Yang Dipertuan kelak berusung, engkau 
semua juga di bawah usungan Yang Dipertuan, seolah-olah samalah aku dengan raja; 
manatah kelebihan raja daripada aku?" Maka segala anak buah Bendahara pun diarn 
mendengar kata Bendahara Paduka Raja itu.  .  
 
Adapun adat Bendahara Paduka Raja, apabila beroleh perahu yang baik, atau Senjata 
yang baik, diberikannya pada Laksamana. Maka kata Laksamana, "Mari sahaya lihat." Maka 
kata Bendahara Paduka Raja, "Tiada hamba tunjukkan, kalau tuan hamba ambil." Maka kata 
Laksamana, "Jikalau tiada Datuk anugerahkan, gilakah sahaya mengarnbil dia?" Maka oleh 
Bendahara Paduka Raja ditunjukkan pada Laksamana. Setelah dilihat oleh Laksamana lalu 
diarnbilnya, demikianlah sediakala. Itu pun segala anak buah Bendahara Paduka Raja 
berkata juga, "Datuk ini bagai Pak Si Bendul, namun ada  
 Senjata yang baik dan perahu yang baik, habis diberikan pada Laksamana; menjadi sahaya 
semua satu pun tiadaperolehan. Jika dianugerahkan pada sahayaalangkah baiknya?" Maka 
kata Bendahara Paduka Raja, "Akukah Pak Si Bendul, engkaukah Pak Si Bendul? J ikalau 
ada gajah yang baik atau kuda yang baik, pinta olehmu padaku. Akan pekerjaan demikian di 
mana engkau semua tahu; kerana Laksamana Hang Tuah itu hulubalang besar, sebab itulah 
maka segala Senjata yang baik dan perahu yang baik, aku berikan kepadanya. Apabila datang 
musuh hendak menyerang negeri, siapakah kita adu bcrperang dengan musuh raja? Bukankah 
ia hulubalang duli Yang Dipertuan, jadi hulubalang kita?" Maka segala anak buah Bendahara 
Paduka Raja pun diamlah oleh mendengar kata Bendahara itu.  
 
Wasiat Bendahara Paduka Raja  
 
Hatta berapa lamanya maka Bendahara Paduka Raja pun sakit. Maka Bendahara menyuruh 
memanggil segala anak cucunya, yang sehari dua hari perjalanan. Setelah berkampung 
semuanya, maka Bendahara Paduka Raja pun berwasiatlah pada segala anak cucunya itu, 
katanya, '''Hei segala anak cucuku, jangan kamu " tukarkan agamamu dengan dunia yang 
tiada kekal adanya ini; yang hidup itu sahaja akan mati juga kesudahannya . Hendaklah kamu 
semua tuliskan kepada hatimu pada berbuat kebaktian kepada Allah Taala dan junjungan  
salla 'llahu 'alaihi wa salam; dan jangan kamu sekaliannya melupai daripada berbuat 
kebaktian; kerana pada segala hukum, bahawa raja-raja yang adil itu dengan nabi salla 'llahu 
'alaihi wa salam;, umpama dua buah permata pada sebentuk cincin; lagi pula raja itu umpama 
ganti Allah dalam dunia, kerana ia zillu'llah fil'alam, Apabila berbuat kebaktian kepada raja, 
serasa berbuat kebaktian akan nabi Allah; apabila berbuat kebaktian kepada nabi Allah, 
serasa berbuat kebaktian kepada Allah Taala. Firman Allah Taala: ati'ul-laha wa 'ati'ur Rasula 
wa ulil amri minhum yakni berbuat kebaktianlah kamu akan Allah, dan akan rasul-Nya, dan 
akan raja, inilah wasiatku kepada kamu semua. Hendaklah jangan kamu sekalian lupai, 
supaya kebesaran dunia akhirat kamu semua peroleh."  
 
Maka Bendahara memandang pada Seri Maharaja, maka kata Bendahara, "Hei 
Mutahir, engkau kelak menjadi Orang  
 Besar,daripada aku pun lebih kebesaranmu, tetapi jangan pada bicaramu engkau bapa saudara 
raja;jikalau ada terlintas pada bicaramu demikian itu, engkau dibunuh orang." Maka 
Bendahara pun memandang pula pada anaknya yang tua sekali, bernama Tun Zainal Abidin, 
katanya, "Zainal, Zainal, jika engkau tiada berpekerjaan raja, hendaklah engkau diam di 
dalam hutan; kerana perutmu panjang sejengkal, oleh taruk kayu dan daun kayu pun padalah 
akan isinya. "Maka kata Bendahara kepada Seri Nara Diraja, "Tahir, Tahir, engkau jangan 
turut-turutan pada bicara si Mutahir. Jikalau seturutan dengan dia, engkau pun terbawa-
bawa." Maka Bendahara pun berkata pada cucunya, Tun Pauh namanya, "Pauh, Pauh, engkau 
jangan diam di negeri, diam engkau di rantau juga, supaya sarupah-sarap sekaliannya menjadi 
emas." Maka Bendahara berkata pula pada cicitnya, Tun Isap namanya, "Isap, Isap, engkau 
jangan mencari pencarianmu di balairung raja." Demikianlah wasiat Bendahara Paduka Raja 
pada segala anak cucunya,' tiada sekata pada seorang, pada tiap-tiap orang lain-lain, masing- 
masing pada patutnya.  
 
Setelah itu maka terdengarlah kepada Sultan Mahmud Syah, Bendahara sakit sangat. 
Maka baginda pun berangkatlah mendapatkan Bendahara Paduka Raja. Maka Bendahara pun 
menyembah pada baginda, maka sembah Bendahara Paduka Raja, "Ampun tuanku, pada 
perasaan patik yang dunia ini luputlah daripada genggaman patik, melainkan negeri 
akhiratlah semata-mata patik hadapi; segala anak buah patik, petaruh patiklah ke bawah duli 
tuanku. Hendaklah tuanku jangan dengar-dengaran akan sembah orang yang tiada 
sebenamya; jikalau tuanku dengar-dengaran akan kata orang yang fitnah, akibat tuanku 
menyesal kelak. Bahawa yang kehendak nafsu itu daripada was-was syaitan 'alaihi 'l-la 'anat. 
Banyak raja-raja yang besar-besar dibinasakan Allah kerajaannya, sebab menurutkan hawa 
nafsu syaitan."  
 
Setelah itu, maka Bendahara Paduka Raja pun kembalilah ke rahmat Allah; maka oleh 
Sultan Mahmud Syah dikerjakan seperti istiadat Bendahara mati. Maka Tun Perpatih Putih, 
saudara Bendahara Paduka Raja, dijadikan Bendahara oleh Sultan Mahmud Syah, disebut 
orang Bendahara Putih. Adapun akan Bendahara Putih, jika sejengkal lagi panjang dian, tiada 
dipakainya lagi puntung dian itu, dibuangkannya, 'pun-  
 tung' katanya; yang lain pula dipasangnya. Maka Bendahara Putih beranak seorang lelaki 
yang bernama Orang Kaya Tun Abu Sayid; maka Orang Kaya Tun Abu Sayid beranak dua 
orang lelaki, yang tua bernama Tun Abu Isahak, bergelar Seri Amar Bangsa, seorang 
bernama Tun Abu Bakar, duduk dengan Tun Cina, bergelar Seri Amar Bangsa juga; maka ia 
beranak lima orang, dua lelaki, tiga perempuan. Tun Perak seorang namanya, bergelar 
Paduka Tuan, yang disebut Datuk Paduka Tuan, hulubalang di Bintan; seorang lagi bernama 
Tun Remba, berlakikan Tun Abu Bakar, yang bergelar Seri Bija Pikrama, beranakkan Tun 
Hitam, duduk dengan Raja Abdul, beranakkan Raja Ahmad; seorang lagi Tun Hitam 
namanya, berlakikan Raja Sulaiman anak Raja Kudrat, beranak seorang lelaki, duduk dengan 
Tun Hitam beranakkan Raja Ahmad, seorang lagi Tun Bandan namanya, berlakikan Seri Bija 
Diraja Tun Hassan, beranakkan Tun Bambang, bergelar Paduka Seri Raja Muda, duduk 
dengan Tun Hitam; seorang lagi anak Seri Amar Bangsa, Tun Abu Bakar namanya, bergelar 
Seri Amar Bangsa juga, disebut orang Datuk Busu, ialah beranakkan Tun Hitam yang 
berlakikan Tun Dagang; seorang lagi Tun Kulub namanya; seorang lagi anak Orang Kaya 
Tun Abu Sayid, bernama Orang Kaya Tun Muhammad, ialah beranakkan Orang Kaya Tun 
Undan, dan Orang Kaya Tun Sulit, dan bonda Tun Hamzah, dan bonda Tun Sida. Adapun 
Orang Kaya Tun Muhammad, jika daripada pihak anak Melayu ialah alim, tahu akan saraf 
dan nahu sedikit dan tahu akan ilmu fikah sedikit.  
 
Sebermula akan Sultan Mahmud Syah pun bangat besar:, tahulah baginda memerintah 
kerajaan Sendirinya; terlalu baik sikapnya, tiada berbagai pada zaman itu. Jika keris terupa 
Melaka yang panjang Terigah tiga jengkal itu dijadikan baginda pendua, tiada kelihatan dari 
sebelah. Maka Sultan Mahmud Syah pun beristerikan anak Sultan Muhammad Syah, raja 
Pahang; beranak tiga orang, yang tua lelaki bernama Raja Ahmad, yang dua lagi itu 
perempuan.  
 
Bermula Seri Rama pun sudah mati; anaknya pula menggantikan jadi panglima gajah, 
bergelar Seri Rama juga, martabatnya seperti mana bapanya juga. Maka Seri Rama beranak 
dua orang lelaki, seorang bergelar Seri Nata, dan seorang bergelar Tun Aria. Akan Seri Nata 
beranakkan Tun Biajid Hitam.  
 Akan Tun. Aria beranakkan Tun Mamad, akan Tun Mamad beranakkan Tun Anjang.  
 
Nyaris Lembing Diterbangkan ke Dada 
 
Sekali persetua Sultan Mahmud Syah bermain dengan isteri Tun Biajid, anak Laksamana 
Hang Tuah; pada tatkala itu Tun Biajid tiada di rumah, pergi ke Merba, kerana Merba 
pegangannya. Maka pada suatu Malam Sultan Mahmud pergi ke rumah isteri Tun Biajid; 
setelah dinihari maka baginda pun kembali. Maka Tun Biajid pun baru datang dari Merba 
diiringkan oleh orang-orangnya hendak pulang ke rumahnya, maka bertemu dengan Sultan 
Mahmud Syah yang kembali dari rumah isterinya. Maka Tun Biajid pun tahu akan Sultan 
Mahmud bermain dengan isterinya itu; jikalau hendak dibunuhnya pada masa itu dapat, 
kerana tiada berapa orang yang mengiringkan baginda; daripada ia hamba Melayu, tiada ia 
mahu mengubahkan setianya, sekadar lembingnya ditimang-timangnya, katanya, "Hei Sultan 
Mahmud, demikiankah pekerjaan tuan hamba akan hamba? Sayang tuan hamba tuan kepada 
hamba, jikalau tuan hamba bukannya tuan kepada hamba, jika tidak lembing ini 
kuterbangkan di dada itu, ubah nama si Biajid anak Laksamana Hang Tuah."* Maka tatkala 
segala hamba raja yang mengiringkan baginda itu hendak gusar, maka titah Sultan Mahmud 
Syah, "Jangan kamu semua marah, kerana katanya itu benar, kita sedia salah kepadanya; pada 
hukumnya patut kita dibunuhnya, daripada ia hamba Melayu, tiada ia mau derhaka, maka 
demikian lakunya. " Maka baginda pun kembalilah ke istana.  
 
Maka oleh Tun Biajid isterinya itu ditalaknya, dan ia pun tiadalah mahu mengadap 
dan bekerja lagi. Maka oleh Sultan Mahmud Tun Biajid dipanggil baginda, maka Tun Biajid 
pun datang mengadap maka gundek baginda yang bernama Tun Iram Seridari, dianugerahkan 
baginda pada Tun Biajid. Maka diambil oleh Tun Biajid akan Tun Iram Seridari itu 
diperisterinya. Sungguhpun demikian, tiada juga Tun Biajid mau ke majlis; jika dititahkan, 
dari rumahnya turun ke perahu lalu pergilah ia .  
 
 
*Naskhah Shellabear hlm, 159, dan naskhah hlm. 211- "Jika tiada lernbing ini kutumbuklcan di dada 
bukannya Hamba anak laki-laki."  
  Pada suatu malam, Sultan Mahmud Syah pergi ke rumah  
seorang perempuan, Tun Dewi namanya Maka didapati baginda Tun Ali San dang ada di 
sana; maka Sultan Mahmud pun berbalik, baginda menoleh ke belakang, dilihat baginda Tun 
Isap, anak Tun Abu Yazid, cucu Tun Abu Sayid, cicit Seri Udana, piut Tun Hamzah, anak 
Bendahara Seri Amar Diraja, ada mengiring baginda Maka oleh Sultan Mahmud diambil 
baginda sirih di puan, dianugerahkan pada Tun Isap. Maka Tun Isap pun fikir pada hatinya, 
"Apa gerangan erti-  
nya Yang Dipertuan memberi aku sirih dari puan ini? Pada bicaraku entah Yang Dipertuan 
menyuruh membunuh Tun Ali Sandang gerangan?" Kerana pada zaman dahulukala sirih di 
puan raja itu terlalu mulia, tiada barang-barang orang dianugerahkan raja; barang 
siapadianugerahi sirih daripada puan itu tanda kurnialah akan orang itu.  
Peristiwa Pembunuhan Tun Ali San dang  
Setelah demikian fikir Tun Isap, maka Tun Isap berbalik ke rumah Tun Dewi, lalu dinaikinya 
Maka ditikamnya Tun Ali kena dadanya terus, lalu mati. Telah Tun Ali Sandang sudah mati, 
maka Tun Isap pun turun mengadap Sultan Mahmud. Maka orang pun geruparlah, 
mengatakan Tun Ali San dang sudah mati, dibunuh oleh Tun Isap. Maka Seri Wak Raja, anak 
Bendahara Paduka Raja yang bongsu, diberi orang tau, kerana Tun Ali Sandang keluarga 
pada Seri Wak Raja. Maka Seri Wak Raja pun terlalu marah; disuruhnya adang Tun Isap,  
hendak dibunuhnya. Maka oleh Sultan Mahmud akan Tun Isap disuruh baginda berlepas; 
maka Tun Isap pun berlepaslah, lalu ke Pasai. Setelah datang ke Pasai, Tun Isap tiada mau 
menyembah raja Pasai. Kata Tun Isap, "Akan si Isap tiada ia menyembah raja yang lain 
melainkan Sultan Mahmud Syah." Lalu pula ia ke Haru, raja Haru pun tiada mau ia me-
nyembah. Maka Tun Isap lalu ke Brunei; kepada raja Brunei pun Tun Isap tiada ~au 
menyembah. Maka Tun Isap beristerikan anak Raja Brunei, beranak cuculah ia di sana; itulah 
maka Datuk Muar banyak keluarganya orang Brunei. Maka kata Tun Isap, "Adapun si Isap 
turupah darahnya di Melaka, matinya pun di Melaka." Maka Tun Isap pun kembalilah ke 
Melaka.  
Setelah datang, lalu mengadap Sultan Mahmud, maka di-  
dapatinya baginda lagi santap; ayapan itu dianugerahkan baginda akan Tun Isap. Setelah 
sudah Tun Isap makan, maka oleh Sultan Mahmud dipeluk dicium baginda akan Tun Isap. 
Maka disuruh ikat dengan destar, disuruhhantarkan pada Seri  
Wak Raja, kerana pada bicara baginda, "Apabila kuikat Tun Isap ini, kuhantarkan pada Seri 
Wak Raja, nescaya tiada akan dibunuhnya." Adapun tatkala itu Seri Wak Raja di atas gajah.  
Maka Tun Isap pun datang dibawa oleh Hamba raja. Maka kata  
Hamba raja itu pada Seri Wak Raja, "Titah duli Yang Diper-  
tuan kepada Orang Kaya, akanTun Isap ini sedia salahnya,  
dipinta maaf kepada Orang Kaya." Setelah Seri Wak Raja melihat Tun Isap terikat itu, segera 
dicabuknya dengan kusa  
kepala Tun Isap, kena ubun-ubunnya pesuk, lalu mati.  
Maka Hamba raja itu pun kernbali mengadap Sultan Mahmud, persembahkan, "Tun Isap 
telah mati dibunuh Seri Wak Raja, dicabuknya dengan kusa dari atas gajah." Maka Sultan 
Mahmud pun diam mendengar kata Hamba raja itu, dari kerana sangat kasih baginda akan 
Seri Wak Raja itu, Adapun pada masa itu, empat orang yang dikasihi oleh Sultan Mahmud, 
pertama-tama Seri Wak Raja, kedua Tun Umar, ketiga Hang Isa Pantas, keempat Hang 
Hussain Cengang, Maka titah Sultan Mahmud pada keempat orang itu, "Apa kehendak tuan 
Hamba keempat pintalah pada kita; jikalau apa sekalipun tiada kita tahani." Maka yang 
pertama berdatang sembah Seri Wak Raja, demikian sembahnya, "Tuanku,jikalau ada kurnia 
duli Yang Dipertuan, patik hendak mohonkan jadi panglima gajah, kerana Seri Wak Raja itu 
sangat gemar akan  
gajah, lagi terlalu tahu. Maka titah Sultan Mahmud, "Kabul-  
lah kita akan kehendak Seri Wak Raja itu, hanya apatah daya  
kita, kerana Seri Rama lagi ada; bagaimana kita akan memecat  
dia, kerana suatu pun tiada apa salahnyapada kita; tetapi ji-  
kalau Seri Rama sudah mati, nescaya Seri Wak Raja kita jadi-  
kan panglima gajah. "  
Maka Tun Urnar pula berdatang sembah, "Tuanku,jikalau ada kurnia duli Yang Dipertuan, 
patik hendak mohonkan jadi raja di laut." Maka titah Sultan Mahmud, "Baiklah, tetapi 
Laksamana lagi ada; apa daya kit a mengambil daripadanya. Hendak pun ia kita pecat, suatu 
pun tiada apa salahnya pada kita; tetapi apabila Laksamana tiada, Tun Umarlah kit a jadikan 
raja di lau t." Setelah dilihat oleh Hang Isa Pantas dan  
 Hang Hussain Cengang kedua Orang Besar-besar itu tiada lulus sembahnya, maka keduanya 
fikir seketika. Maka titah Sultan  
pada Hang Hussain Cengang, "Berdatang sembahlah kamu kedua, apa kehendakmu 
pohonkan kepada aku." Sembah Hang Isa Pantas, "Tuanku, jikalau ada kumia duli Yang Di-
pertuan, patik hendak pohonkan emas, barang dua tiga kati, dan kain baju, barang dua tiga 
banian." Maka dengan sesaat itu juga dianugerahi baginda. Maka Hang Hussain Cengang pun 
berdatang sembah, "Tuanku, jikalau ada kumia duli Yang Dipertuan, patik hendak mohonkan 
kerb au dua tiga belas kelamin, dengan barang empat lima puluh orang." Itu pun dengan 
segera dianugerahkan baginda.  
 
Telatah Orang-orang Yang Dikasihi Raja  
 
Adapun apabila Sultan Mahmud berangkat berperahu, datang had pangkalan Seri Wak Raja, 
maka baginda menyuruh memanggil Seri Wak Raja; berpenanak-penanak baginda menanti di 
pangkalan, belum juga Seri Wak Raja datang; kerana perangai Seri Wak Raja, apabila datang 
Hamba raja memanggil dia, maka ia naik ke rumah berbaring-baring, kadang-kadang lalu 
tidur; serta dibangunkan oleh Hamba raja itu, maka Seri  
Wak Raja bangun, lalu buang air dan mandi. Maka dibangatkan pula oleh Hamba raja itu, 
barulah ia berkain; dua tiga belas kali dirombaknya, belum baik, dibaikinya. Sudah itu maka 
berbaju dan berdestar, itu pun demikian juga; dua tiga belas kali diikat, dirombak, belum baik 
diperbaikinya; bersebai pun demikian juga. Maka dibangatkan oleh Hamba raja, maka Seri 
Wak Raja pun turun hingga pintu, berbalik pula, berkata pada isterinya, "Tegur oleh tuan 
Hamba barang yang cedera pakaian Hamba ini." Jika belum baik, ditegur oleh isterinya, 
dirombaknya pula, diperbaikinya. Maka datang Hamba raja membangatkan, maka Seri Wak 
Raja turun hingga h alam an, naik pula ke rumah, duduk di buaian, berbuai-buai. Maka 
dibangatkan oleh Hamba raja, baharulah turun, lalu ber-  
 jalan mengadap raja.  .  
Adapun apabila Sultan Mahmud hendakkan Seri Wak Raja bangat datang, maka Tun Isap 
Berakah dititahkan baginda memanggi} Seri Wak Raja. Telah Tun Isap datang pada Seri 
Wak Raja, maka kata Tun Isap Berakah, "Orang Kaya, titah dipanggil." Maka kata Seri Wak 
Raja, "Baiklah," lalu .ia naik  
 ke rumah. Maka Tun Isap Berakah tahu akan adat Seri Wak Raja itu. Maka Tun Isap berkata, 
"Minta tikar segulung. " Diberi orang; lalu ia baring-baring. Maka Tun Isap berseru minta 
nasi, maka segera diberi orang nasi, disuruhkan Seri Wak Raja.  
Setelah sudah ia makan, maka katanya, "Beta haus, buatkan beta barang-barang yang lemak 
manis." Maka kata Seri Wak  
Raja, "Lamun Tun Isap juga datang dititahkan Yang Diper-  
tuan, banyaklah kehendak hatinya; marilah kain baju beta,  
hendak pergi mengadap." Maka Seri Wak Raja pun memakai, lalu segera pergi mengadap 
Sultan Mahmud. Demikian peri  
Seri Wak Raja, barang kelakuannya baik juga pada Sultan Mahmud Syah, daripada sangat 
kasih baginda akan dia.  
Maka Seri Wak Raja pun hendak beristerikan anak Kadi Menawar, cucu Maulana Yusuf. 
Maka berjaga-jagalah akan bekerja. Setelah datang pada ketika yang baik, maka Seri Wak 
Raja pun beraraklah akan kahwin, di atas gajah kenaikan Sultan Mahmud Syah yang bernama 
Balidsi itu. Tun Abdul Karim, anak Kadi Menawar, mengepalakan gajah; Tun Zainal Abidin 
bertimbal rengka; Seri Udani di buntut gajah. Adapun Kadi Menawar berhadir di 
kampungnya dengan mercun dan periuk api; pintu pagamya ditutupkannya. Maka kata Kadi 
Menawar, "Jikalau dapat Seri Wak Raja masuk ke kampung Hamba ini, maka 
HambadudukkandengananakHamba,jikalau tiada dapat masuk tiadalah Hamba kahwinkan; 
biar hilang belanja Hamba. "  
Setelah datang gajah Seri Wak Raja keluar pintu Kadi Menawar, dipasangnyalah mercun dan 
periuk api, serta tempik sorak bergemuruh bunyinya, bercampur dengan segala bunyi-
bunyian terlalu azamat bunyinya. Maka Balidsi pun terkejut, lalu lari; beberapa pun 
ditahanioleh Tun Abdul Karim, tiada juga bertahan. Setelah dilihat oleh Seri Wak Raja 
kelakuan gajah itu, maka katany a pada Tun Abdul Karim, "Abang, abang, baiklah undur ke 
Terigah, biar beta ke kepala  
pula." Maka Tun Abdul Karim pun ke Terigahlah. Maka Seri Wak Raja pula tampil ke kepala 
gajah; maka dipalingnya  
Balidsi, lalu dilanggamya pintu pagar Kadi Menawar; beberapa  
pun dipasang orang mercun dan periuk api, dan tempik sorak  
seperti tagar, tiada dihisabkannya; dirempuhnya juga. Maka  
pintu pagar pun terbuka, lalu masuk ke dalam. Sekalian orang  
pun hairan melihat tahunya Seri Wak Raja; gajah penakut jadi  
 be rani. Maka gajah pun terkepillah di balai Kadi Menawar; Seri Wak Raja pun melorupatke 
balai, maka dikahwinkan oleh Kadi Menawar dengan anaknya di hadapan Sultan Mahmud 
Syah. Telah sudah kahwin, sekalian orang pun berangkatlah kembali ke istana baginda  
Adapun akan Kadi Menawar itu terlalu tahu menetakkan beladau, ia belajar kepada raja 
Maluku yang datang ke Melaka dahulu. Apabila Kadi Menawar duduk dihadap segala murid-
nya, tempat ia duduk itu berkisi-kisi, maka kata Kadi Menawar pada segala muridnya, 
"Berapa batang kehendak tuan Hamba diputuskan kisi-kisi itu, Hamba tetak dengan beladau. 
Maka sembah segala muridnya, dua batang; maka ditetak oleh Kadi dengan beladaunya dua 
batang, putus. Jika dikata orang itu tiga batang, tiga batang putus. Berapa dikehendaki orang 
demikian juga putusnya; demikianlah peri tahunya Kadi Menawar menetakkan beladau, 
Sentiasa beladau itu ada diletak-  
kan di sisinya Adapun di luar kisi-kisi itu digantungnya timba dua tiga biji. Apabila Kadi 
Menawar kumur-kumur, dipancarkannya dari dalam kisi-kisi itu kepada timba itu betul, tiada 
bersememeran kiri kanan kisi-kisi itu.  
Berapa lamanya Seri Wak Raja duduk dengan anak Kadi Menawar, beranak seorang lelaki, 
bernama Tun Umar, bergelar Seri Petam, disebut orang Datuk Rambat, Akan Datuk Rambat 
banyak beranak, yang tua sekali lelaki bernama Tun Daud, disebut orang Datuk Dibaruh; 
seorang lagi perempuan, duduk dengan Tun Isap Misai, beranakkan Tun Ahmad, bergelar 
Paduka Raja, menjadi Temenggung. Maka Paduka Raja Tun Ahmad beristerikan Tun 
Ganggang, beranakkan Tun Seri Lanang, bergelar Bendahara Paduka Raja; itulah disebut 
orang Datuk Bendahara Paduka Raja yang ke Aceh. Seorang lagi anak Seri Petam bernama 
Tun Ali Sandang, ayah Datuk Muar yang perempuan; dan seorang lagi Tun Bintan namanya, 
ialah ayah Tun Mai; seorang lagi Tun Hamzah narnanya, ayah Tun Menduru; seorang lagi 
Tun Tugak namanya, ayah Tun Umar, yang mati di Petani. Banyak lagi lain daripada itu, 
tiadalah kami sebu tkan semuanya, kalau jemu orang mendengar dia.  
Adapun akan Seri Wak Raja itu, terlalu tahu pada gajah dan kuda, ada seekor kuda putih 
dipeliharanya, terlalu sayang Seri Wak Raja; seruang selasamya dilapangkannya akan tempat 
kuda itu. Apabila orang hendak meminjarn kuda itu,  
 hendak dibawa bermain terang bulan, maka dipinjamkan oleh Seri Wak Raja. Maka 
dibawanyalah berjalan dua tiga belit, lalu dibawa oleh kuda itu kembali juga, melainkan Tun  
lsap Berakah juga yang dapat meminjam dia. Apabila Tun lsap Berakah merninjam dia, maka 
dibawanyalah bermain, berjalan sebelit dua belit; maka dibawa kembali oleh kuda itu ke 
tambatannya. Maka kata Seri Wak Raja, "Mengapa maka dibawa kembali?" Maka kata Tun 
lsap Berakah, "Perut beta lapar, hendak minta nasi." Maka diberi olehSeri Wak Raja nasi. 
Setelah sudah ia makan, maka kata Tun lsap Berakah. "Beta bawa pula kuda ini bermain." 
Maka kata Seri Wak Raja, "Bawalah." Maka kuda itu dibawa pula oleh Tun lsap Berakah; 
dua tiga belit berjalan dibawa pula oleh kuda itu kembali pulang ke rumah Seri Wak Raja. 
Maka kata Tun lsap Berakah pada budak-budak Seri Wak Raja, "Katakan kepada Orang 
Kaya, aku haus, hendak minta barang-barang apa." Maka diberi oleh Seri Wak Raja. Dua tiga 
kali pun dibawa kuda itu balik, demikian juga, ada-ada sahaja yang dipintanya.  
Maka kata Seri Wak Raja, "Lamun Tun lsap Berakah juga datang, semaja banyakkah 
kehendak hatinya. Katakan padanya, bawalah kuda itu sekehendak hatinya bermain-main 
semalaman ini." Maka dibawalah oleh Tun Isap Berakah kuda itu bermain semalam-malaman 
itu.  
 
Pada suatu han datang seorang Patan, terlalu pandai naik kuda, maka disuruh oleh 
Sultan Mahmud bawa pada Seri Wak Raja. Setelah datang maka kata Seri Wak Raja pada 
Patan itu, "Tahukah Khoja naik kuda?" Maka sahut Patan itu, "Tahu jugasahaya tunku." 
Maka kata Seri Wak Raja, "Naiklah kuda Hamba ini." Maka kuda itu disuruh bubuh kekang 
dan pelana oleh Seri Wak Raja. Maka Patan itu pun naiklah ke atas kuda itu, lalu digertaknya. 
Maka kata Seri Wak Raja, "Khoja, cemeti kuda itu." Maka oleh Patan itu dicemetinya; maka 
oleh kuda itu dirempuhkannya ke bawah rumah, lalu Patan itu menyarupakkan diri ke tanah, 
jatuh tunggang-langgang. Maka kata Seri Wak Raja, "Hei, hei, oleh apa-apa?" Maka Seri 
Wak Raja menyeru anaknya, Tun Umar, katanya, "Umar, Umar, naik kuda itu." Maka Tun 
Umar pun naiklah ke atas kuda itu. Maka kata Seri Wak Raja, "Cemeti awang, kuda itu." 
Maka oleh Tun Umar dicemetinya; kuda itu pun menarilah; maka  
 terlalu hairan Patan itu melihat kepandaian Seri Wak Raja pada kuda.  
 
Sebermula akan Tun Umar sangat dikasihi Sultan Mahmud; ianya anak Seri Bija 
Diraja Datuk Bongkok; terlalu berani, kerana ia diakui oleh gurunya tiada mati oleh Senjata 
seterunya; sebab itulah kelakuan Tun Umar itu gila-gila bahasa, tiada apa bena akan 
lawannya. lalah beranakkan nenek Tun Aceh, bapa Seri Akar Raja Tun Kassim, nenek 
Paduka Seri Dewa Tun Timar. Adapun Hang Isa Pantas, barang lakunya terlalu pantas; ada 
suatu titian di Sungai Melaka itu timbul tergoleng-goleng; jika diirik orang Teriggelam 
batang itu, ampuh had betis orang. Jika Hang Isa Pantas dari sana, diiriknya batang itu dari 
kanan bergoleng ke kiri, diiriknya pula dari kiri bergoleng ke kanan; dengan demikian 
sampailah ia ke seberang; kura-kura kakinya pun tiada basah.  
 
Sekali persetua musim orang bermain layang-layang, maka segala orang muda-muda 
dan anak tuan-tuan semuanya bermain layang-layang berbagai rupa layang-layangnya. Maka 
Raja Ahmad, anak Sultan Mahmud Syah pun bermain layang-layang terlalu besar, seperti 
kajang sebidang besamya; dan talinya tali kail Teriggiri yang besar. Apabila banyak layang-
layang orang sudah naik, maka dinaikkan bagindalah layang-layang itu. Setelah dilihat orang 
layang-layang Raja Ahmad itu naik, maka segala orang banyak habis menurunkan layang-
layangnya, kerana barang layang-layang yang tergesel oleh layang-layang Raja Ahmad itu, 
putus. Maka Hang Isa Pantas pun membuat layang-layang kecil juga, talinya rami kembar 
tiga; maka disamaknya dengan samak kaca. Apabila Raja Ahmad menaikkan layang-layang, 
semua orang habis menurunkan layang-Iayangnya. Layang-layang Raja Ahmad pun berdekat 
dengan layang-layang Hang Isa Pantas, lalu bergesel. Maka tali layang-layang Raja Ahmad 
pun putus, jatuh ke Tanjung Jati.  
 
Adapun akan Hang Hussain Cengang hendak kahwin dengan anak Hang Usuh. 
Setelah sudah nikah, maka nasi hadapan pun dikeluarkan orang. Maka segala orang tua-tua 
mengadap bersuap-suapan itu. Setelah tiga suap seorang bersuap-suapan itu, maka nasi itu 
pun hendak diangkat orang, maka dipegang oleh Hang Hussain Cengang, katanya, "Jangan 
diangkat dahulu, anak tuan hendak sudah, sudahlah; Hamba lagi hendak makan,  
 kerana belanja Hamba banyak sudah habis." Maka dimakannya seorang, seraya berdiri lutut, 
Setelah habis nasi itu, maka segala perempuan yang memandang kelakuannya itu, semuanya 
riuh tertawa gelak-gelak. Setelah sudah ia makan, maka Hang Hussain Cengang pun 
masuklah ke pelaminan.  
 
Arkian pada sekali hari raya, Seri Bija Diraja tiada mudik dari negeri sembilan ; sudah hari 
raya maka ia mudik mengadap ke Melaka, Maka Sultan Mahmud pun murka akan Seri Bija 
Diraja. Titah baginda, "Apa sebabnya maka Seri Bija Diraja lambat datang, tiadakah Seri Bija 
Diraja tahu akan adat?" Maka sembah Seri Bija Diraja, "Maka patik lambat mudik, patik 
sangka bulan belum timbul petang itu; maka alpalah patik, melainkan ampun duli Yang 
Dipertuan juga lagi." Maka titah Sultan Mahmud, "Tahulah kita akan kehendak Seri Bija 
Diraja, tiada suka bertuankan kita, hendak bertuankan abang di Kampar." Maka disuruh 
baginda bunuh. Maka kata Seri Bija Diraja pada orang yang hendak membunuh itu, "Apakah 
dosa hamba ke bawah duli Yang Dipertuan kerana salah hamba yang sedikit inikah maka 
hamba hendak dibuangkan?" Maka segala kata-kata Seri Bija Diraja itu dipersembahkan 
orang kepada Sultan Mahmud Syah, Maka titah baginda, "Jikalau Seri Bija Diraja tiada tahu, 
tunjukkan sura! ini kepadanya." Adapun dalam surat itu, empat lima perkara dosa Seri Bija 
Diraja di dalamnya. Setelah Seri Bija Diraja memandang surat itu, maka Seri Bija Diraja pun 
diamlah, lalu ia pun dibunuh oranglah. Maka Sang Setia Bintan, anak Tun Bija Diraja, cucu 
Seri Bija Diraja Datuk Bongkok itulah pula memegang negeri sembilan .  
 
Arkian Sultan Mahmud hendak pergi mengaji Maklumat pada Maulana Yusuf; akan 
tuan itu telah junun, jika laying-layang orang lalu di atas bumbung rumahnya, disuruhnya 
buangi ali-ali. Setelah dapat, maka disuruhnya koyak layang-layang itu, dipesuk-pesukkan; 
katanya, "Biadab, lalu di atas rumahku," demikianlah kelakuan tuan itu, Maka Sultan 
Mahmud pun datang bergajah, banyak orang mengiringkan baginda pergi ke rumah Maulana 
Yusuf itu. Setelah datang ke pintu pagarnya, kata orang kepada penunggu pintunya, "Beritahu 
Maulana Yusuf, Yang Dipertuan datang." Maka oleh penunggu pintu, diberinya tahu 
Maulana Yusuf; maka kata Maulana Yusuf, "Apa kerja Sultan datang ke rumah  
 fakir? Tutup pintu!" Maka Sultan Mahmud pun kembalilah ke istana baginda. Setelah hari 
malam, maka segala Hamba disuruh baginda pulang; setelah sunyi, maka Sultan Mahmud 
pun pergi dua berbudak, kitab Maklumat itu baginda Sendiri membawa dia. Setelah datang 
keluar pintu pagar Maulana Yusuf, maka titah Sultan Mahmud pada penunggu pintu, 
"Beritahu Maulana, bahawa fakir Mahmud datang." Maka kata Maulana Yusuf, ''Jikalau fakir 
Mahmud datang, bukai pintu; kerana fakir patutlah datang ke rumah sesama fakir." Nlaka 
Sultan Mahmud dibawa naik, duduk ke rumahnya. Maka Sultan Mahmud pun mengaji 
Maklumat pada Maulana Yusuf.  
 
Manjong dan Kelantan Diserang  
 
Hatta berapa lamanya maka Sultan Mahmud menitahkan Paduka Tuan menyerang Manjong, 
kerana Manjong itu dahulukala negeri besar, tiada ia muafakat dengan Beruas. Maka Paduka 
Tuan pun pergilah, dengan sepuluh orang hulubalang sertanya. Setelah datang ke Manjong, 
maka berperanglah orang Melaka dengan orang Manjong. Dengan takdir Allah Taala, 
Manjong pun alah dengan mudahnya. Maka Paduka Tuan pun lalu ke Beruas; raja Beruas 
pun mengalu-alukan Paduka Tuan. Setelah bertemu, disambut dengan sempuma kemuliaan 
dan kebesaran, dibawanyalah masuk ke negeri.  
 
Maka oleh Paduka Tuan, cucunya yang bernama Tun Isap Berakah itu, 
didudukkannya dengan saudara raja Beruas, yang bernama Puteri Sita itu. Maka Tun Isap 
Berakah beranakkan Tun Biajid namanya, bergelar Bendahara Seri Maharaja, disebut orang 
Datuk Bendahara J ohor. Maka ia beristerikan Tun Munah, anak Tun Bintan dengan Orang 
Kaya Tun Hassan Rupat, yang bergelar Seri Petam. Maka Bendahara Johor beranakkan Tun 
Hidap, maka Tun Hidap diperisteri oleh Tun Isap Misai, anak Bendahara Tun Nara Wangsa. 
Tun Isap Misai bergelar Bendahara Seri Maharaja, ialah yang disebu t orang Datuk 
Bendahara yang tua. Dialah yang mengarang Anak Panah Sedasa. Adapun dipanggil orang 
Tun Isap Misai itu, sebab datuk itu bermisai panjang, tiada lepas tangannya bermain-main 
misainya, Maka datuk itulah beranakkan Tun Jehat, disebut orang Datuk yang ke Perak; 
seorang lagi Tun Kecik namanya, diperisteri oleh Raja Mahmud ber-  
 anakkan Raja Sulung. Maka Raja Sulung beranakkan Raja Bagus; Raja Bagus beranakkan 
Raja Gembuk, dan Raja Mah, dan Raja Serii. Maka Raja Sulung tertawan ke Aceh; maka 
dirajakan oleh Sultan Mughal ke Perak, bergelar Sultan Muzaffar Syah, beristerikan Puteri 
Perak,beranakkan Sultan Mansur Syah, raja Perak; anak cucunyalah yang ada sekarang ini. 
Dan Raja Muda beranakkan dua orang perempuan. Raja Putih seorang namanya, Raja Mah 
seorang namanya,  
 
Setelah itu maka Paduka Tuan pun kembalilah ke Melaka, dan Raja Beruas pun 
datang bersama-sama. Setelah sampai ke Melaka, maka terlalulah sukacita Sultan Mahmud 
Syah oleh mendengar Manjong alah itu. Maka baginda pun menganugerahi persalinan akan 
Paduka Tuan itu. Maka raja Beruas pun dipersalin baginda dan dinobatkan sekali, digelar Tun 
Aria Bija Diraja. Maka Manjong pun diserahkan kepadanya, maka Tun Aria Bija Diraja pun 
bermohonlah kepada Sultan Mahmud kembali ke Beruas. Maka ia duduk di Manjong, dan 
Tun Aria Bija Diraja pun nobatlah di Manjong; segala hulubalangnya semuanya mengadap 
nobat. Setelah sudah nobat semua orang menyembah padanya, maka Tun Aria Bija Diraja 
berpaling menyembah mengadap ke Melaka, katanya, "Daulat Sultan Mahmud Syah."  
 
Kalakian maka Sultan Mahmud pun menitahkan Seri Maharaja menyerang Kelantan. 
Pada zaman itu, negeri Kelantan itu terlalu besar; besar daripada Petani. Sultan Menawar 
Syah nama rajanya, anak saudara pada Sultan Iskandar Syah, tiada baginda mau menyembah 
ke Melaka; asalnya daripada anak cucu Raja Culan .. Maka Seri Maharaja pun pergilah 
dengan beberapa puluh hulubalang; setelah datang ke Kelantan, maka orang Melaka pun 
naiklah ke darat. Maka dikeluari oleh orang Kelantan, lalu berperang, beramuk-amukan, 
terlalu sabur, rupa kilat cahaya Senjata seperti kilat dilangit, sabung-menyabung, gemuruh 
bunyi bahana tempik hulubalang, dan gemerencing bunyi Senjata, seperti akan sampai ke 
langit; daripada kedua pihak rakyat itu pun banyaklah luka dan matinya; darah pun mengalir 
di bumi. Maka dengan tolong Rabbu'l 'alamin, patahlah perang orang Kelantan, maka kota 
Kelantan pun alah; maka segala orang Melaka pun masuklah ke dalam kota merampas; 
terlalu banyak beroleh rampasan.  
 
Maka anakanda raja Kelantan tiga orang perempuan dapat;  
 yang lelaki seorang lepas, Raja Gembuk namanya. Maka anak A-267 raja Kelantan yang 
perempuan itu, ketiganya tertawan oleh orang Melaka, seorang bernama Onang Kinang, 
seorang bernama Cau Pa, seorang bernama Cau Pauk. Maka ketiganya dibawa oleh Seri 
Maharaja kembali ke Melaka.  
 
Setelah sampai ke Melaka, maka Seri Maharaja pun masuk mengadap Sultan 
Mahmud. Maka puteri ketiga itu pun dipersembahkannya ke bawah duli Sultan Mahmud; 
maka terlalulah sukacita baginda oleh Kelantan alah itu, dan baginda memberi anugerah 
persalin akan Seri Maharaja berserta segala hulubalang yang pergi itu. Maka puteri Kelantan 
ketiganya ditaruh dalam istana. Puteri Onang Kinang itu diperisteri baginda, beranak tiga 
orang; yang tua perempuan bernama Raja Mah, yang Terigah lelaki bernama Raja Muzaffar, 
yang bongsu perempuan bernama Raja Dewi.  
 
Syahadan pada suatu ceritera ada konon Bendahara Putih berkata, "Dari kakak 
Hamba,Bendahara Paduka Raja, besar Hamba; kerana Bendahara Paduka Raja sekali 
dititahkan mengeluari Siam, sekali dititahkan menyerang Pahang; akan Hamba jadi 
Bendahara, bergerak sejari pun tiada. Seorang anak saudara Hamba dititahkan menyerang 
Manjong, alah Manjong; seorang anak saudara Hamba dititahkan menyerang Kelantan, alah 
Kelantan." Maka sahut segala orang yang mengadap itu, "Sungguh seperti sabda datuk itu." 
Adapun akan Bendahara Putih itu, jika dian panjang sejengkal lagi, tiada dipakai, katanya. 
"Puntung dianlah itu," dian lain pula dipasangnya. Jika tikar pesuk barang dua tiga liang, 
tiada dipakainya, 'buruk', katanya; tikar yang lain pula dipakainya. Wa’llahu a’lamu bi’l-
sawab, wa ilaihi’l-marji’u wa ‘l-ma’ab. 
 Tun Mutahir Dijadikan Bendahara 
ALKISAH tersebutlah perkataan Sultan Menawar Syah yang kerajaan di Kampar itu, telah 
mangkat; ada anak baginda seorang lelaki bernama Raja Abdullah, ialah menggantikan 
kerajaan ayahanda baginda. Maka Raja Abdullah pun mengadap ke Melaka. Maka oleh 
Sultan Mahmud Syah akan Raja Abdullah itu diambil baginda akan menantu, didudukkan 
dengan anakanda baginda saudara Raja Ahmad. Maka dinobatkan pula, bergelar Sultan 
Abdullah Syah; maka Sultan Abdullah pun kembalilah ke Kampar.  
 
Hatta berapa lamanya, maka Bendahara Putih pun kembalilah ke rahmat Allah; maka 
dikerjakan bagindalah seperti istiadat Bendahara mati. Setelah sudah ditanamkan, maka 
Sultan Mahmud menyuruh kampungkan segala anak buahnya, barang yang patut jadi 
Bendahara. Pada masa itu ada sembilan orang yang patut menjadi Bendahara; pertama 
Paduka Tuan, kedua Tun Zainal Abidin, ketiga Tun Telanai, keempat Seri Nara Diraja, 
kelima Seri Maharaja, keenam Seri Wak Raja, ketujuh Tun Abu Syahid, kedelapan Tun 
Abdul, dan kesembilan Tun Bijaya Maha Menteri. Maka berdirilah berbanjar di hadapan 
istana Sultan Mahmud. Maka titah baginda, "Siapa di antara Orang Kaya-kaya ini yang akan 
jadi Bendahara?" Maka sembah Paduka Tuan, "Patik yang sembilan orang ini semuanya patut 
jadi Bendahara; barang siapa yang dikehendaki duli Yang Dipertuan, itulah jadikan 
Bendahara. "  
 
Adapun bonda Sultan Mahmud,saudara Tun Mutahir itu,  
ada menengok-nengok dari balik pintu. Maka kata bonda baginda itu, "Tuan, Pak Mutahirlah 
kata, jadi Bendahara," kerana sangat kasih baginda akan saudaranya itu. Maka titah Sultan 
Mahmud, "Pak Mutahirlah jadi Bendahara." Maka sekalian orang pun sukalah, dan segala 
saudaranya pun kabullah akan Seri Maharaja jadi Bendahara. Maka datanglah persalinan 
seperti mana adat Bendahara; dan dianugerahi karas bandan dengan selengkap alatnya. 
Adapun akan adat dahulukala, apabila orang jadi Bendahara, atau jadi Penghulu Bendahari, 
atau jadi Temenggung, atau jadi Menteri, dianugerahi baju sakhlat dan karas bandan dengan 
selengkap alatnya, tetapi Penghulu Bendahari, dan Temenggung, dan Menteri tiada berkobak, 
hanya Bendahara berkobak dan buli-buli dawat; jika jadi Temenggung dianugerahi tombak 
bertetarupan.  
 
Setelah Seri Maharaja jadi Bendahara, bergelar Bendahara Seri Maharaja, maka 
negeri Melaka pun makin makmurlah, lagi dengan ramainya, kerana Bendahara Seri 
Maharaja terlalu saksama, serta adil dengan murahnya; dan terlalu baik budi pekertinya pada 
membaiki orang, dan terlalu sangat pada merneliharakan segala dagang. Maka akan ad at 
kapal dari atas angin apabila akan belayar ke Melaka, serta ia membongkar sauh, maka 
selawatlah malim, disahut nakhoda dengan segala kiwi, "Selamat Bendahara Melaka! Pisang 
jarum, air Bukit China; Bendahara Seri Maharaja." Maka sahut segala khalasi, "Orang 
berbayu tok, berbayur." Setelah itu belayarlah ia ke Melaka.  
 
Adapun akan Bendahara Seri Maharaja, besar daripada Bendahara yang lain, jikalau 
ia duduk di balai dihadap orang di atas tikar pacar, di bawah tikar pacar itu di bentangi 
permaidani; jikalau raja-raja datang tiada dituruninya, sehingga diunjukkannya tangannya, 
katanya, "Naik tuan, naik tuan," melainkan anak raja yang akan ganti kerajaan maka dituruni 
oleh Bendahara Seri Maharaja. Jikalau raja Pahang, Bendahara Seri Maharaja berdiri; maka 
raja Pahang naik dudnk pada tempat Bendahara Seri Maharaja itu, dan Bendahara Seri 
Maharaja duduk hampir dekat.  
 
Adapun akan Bendahara Seri Maharaja banyak anaknya; yang tua sekali lelaki, Tun 
Hassan namanya; terlalu baik rupanya, dan perdana lakunya; ialah menjadi Temenggung 
akan ganti ayahnya; akan istiadat Temenggung, mengatur orang  
 makan di balairung. Adapun akan Tun Hassan Ternenggung, apabila akan mengatur orang 
makan, maka ia memakai seberhana pakaian; berkain memancung, bersebai, berdestar 
berhalaman, bertajuk dan berkancing; maka ia berjalan di naga-naga mengatur orang makan 
itu, menunjuk-nunjuk dengan kipas, lakunya seperti pendekar yang tahu menari. Dan Tun 
Hassan Temenggung yang pertama melabuhkan baju Melayu, dan membesarkan pangkal 
tangan baju, dan memanjangkan tangan baju; akan dahulu baju Melayu kecil juga. Maka 
dipantunkan orang:  
 
Murah dikata derji,  
Empat hasta sehelai baju; 
Muda berusul lela Manja, 
Bagai mutia dalam teraju. 
 
Tetapi akan Bendahara Seri Maharaja pun terlalu baik rupanya, lagi sangatlah hiasan; 
pada sehari enam tujuh kali bersalin pakaian, baju yang hadir juga seratus banyaknya, 
pelbagai rupa dan warnanya; destar yang sudah terikat pada kelebut dua tiga puluh semuanya, 
sudah dipakai belaka; cermin besar setinggi berdiri satu. Apabila Bendahara Seri Maharaja 
sudah berkain, berbaju, berkeris, dan bersebai, lalu naik duduk di buaian. Maka Bendahara 
Seri Maharaja bertanya kepada isterinya, katanya, "Tuan, tuan, destar mana yang patut 
dengan kain baju beta ini?" Maka kata Bendahara perempuan, "Destar anu itulah yang patut" 
Maka barang yang dikata oleh Bendahara perempuan itulah yang dipakai oleh Bendahara Seri 
Maharaja, Demikianlah hal Bendahara Seri Maharaja pada zaman itu, seorang pun tiada 
taranya.  
 
Sekali persetua, Bendahara Seri Maharaja duduk dihadap orang banyak; makakata 
Bendahara Seri Maharaja pada segala orang yang mengadap dia itu, "Mana baik hamba, 
mana baik si Hassan?" Maka sembah segala orang itu, "Baik juga Datuk daripada anakanda." 
Maka kata Bendahara Seri Maharaja, "Salah kata tuan hamba itu, kerana hamba pun ada 
bercermin; pada mata Hamba, baik juga si Hassan, kerana ia orang muda; tetapi termanis 
hamba sedikit." Maka sahut segala orang yang banyak, "Sungguhlah gerangan seperti sabda 
Datuk itu."  
 Titisan Keturunan Bendahara Seri Maharaja  
 
Ada seorang lagi anak Bendahara Seri Maharaja, Tun Biajid Rupat namanya disebut orang, 
bergelar Seri Petam, beristerikan Tun Cendera Panjang, anak Seri Bija Diraja Datuk 
Bongkok, beranak seorang lelaki bernama Tun Abdullah. Seorang lagi Tun Lela Wangsa 
gelarnya, lain bondanya; anak gundik Bendahara Seri Maharaja seorang perempuan bernama 
Tun Benggala, bergelar Tun Nila Wangsa, disebut orang Datuk di Bukit, duduk dengan 
Orang Kaya Tun Abu Syahid, beranakkan Orang Kaya Tun Hassan.  
 
Sebermula akan Tun Hassan Temenggung, anak Bendahara Seri Maharaja, beranak 
seorang lelaki bernama Tun Mad Ali, terlalu baik sikapnya, ialah beranakkan Tun Jenal; dan 
Tun Jenal beristerikan Tun Cina, beranakkan Tun Genggang yang disebut orang Datuk 
Sayung, berlakikan Tun Ahmad yang bergelar Paduka Raja, beranakkan Tun Muhammad, 
bergelar Bendahara Paduka Raja, beristerikan Tun Aminah, anak Tun Kadut, cucu Seri Amar 
Bangsa Tun Pang; itulah yang disebut orang Datuk Bendahara yang ke Aceh. Maka Datuk 
yang ke Aceh beranak dengan Tun Aminah tiga orang lelaki, dan perempuan seorang, Tun 
Gembuk namanya; yang lelaki seorang Tun Anum namanya, bergelar Seri Maharaja, menjadi 
Bendahara; dan Tun Jenal seorang namanya, bergelar Bendahara Paduka Raja, yang disebut 
orang Datuk Sekudai; seorang Tun Mad Ali namanya, bergelar Paduka Maharaja, dia pun 
rnenjadi Bendahara juga. Seorang lagi anak gundik Datuk yang ke Aceh, Tun Rembau 
namanya, bergelar Seri Paduka Tuan di Aceh, menjadi panglima Bandar Darul Salam.  
 
Adapun Bendahara Seri Maharaja Tun Anum beranak tiga orang, yang tua lelaki 
bernama Tun Kiai, bergelar Paduka Maharaja; dua perempuan, seorang bernama Tun Emas 
Irang, yang bongsu bernama Tun Putih, duduk dengan Tun Ahmad, anak Datuk Sekudai, 
beranak tiga orang; yang tua bernama Tun Besar, yang Terigah bernama Tun Fatimah, dan 
yang bongsu lelaki bernama Tun Biajit.  
 
Adapun Paduka Maharaja Tun Kiai pun banyak anak; Tun Emas Anum, seorang 
namanya; Tun Emas Radin seorang namanya; Tun Dagang seorang namanya; Tun Abdullah 
seorang namanya; Tun Sandang seorang namanya, dan perempuan seorang bernama Tun 
Ciai.  
 Akan Datuk Sekudai pun banyak beranak; Tun Ahmad seorang namanya, bergelar Paduka 
Raja, menjadi Temenggung; seorang bernama Tun Kelang, bergelar Raja Indera Bongsu; 
seorang bernama Tun Mutahir, bergelar Tun Nara Wangsa; seorang bernama Tun Hamzah, 
bergelar Seri Paduka Tuan; seorang bernama Tun Perak, bergelar Seri Amar Bangsa; seorang 
bernama Tun Dagang, bergelar Seri Maharaja; seorang bernama Tun Isap; dan yang 
perempuan Tun Emas Ayu seorang namanya; Tun Mariah seorang namanya; Tun Fatimah 
seorang namanya, duduk dengan Seri Pikrama Raja, Tun Emas Dagang, anak Orang Kaya 
Besar Tun Muhammad; dan Tun Kasa seorang namanya; Tun Gembuk seorang namanya, 
berlakikan Paduka Seri Indera Tun Mahmud, anak Seri Asmara Tun Itam;  
dan Tun Selat seorang namanya, dan Tun Jendul seorang namanya.  
 
Adapun Bendahara Paduka Raja Tun Mad Ali, beranak tiga orang juga, yang 
perempuan bernama Encik Raja, timangtimangan Raja Emas Bongsu, duduk dengan Raja 
Kecil Besar, Sultan Inderagiri; dan Raja Sulaiman; dan seorang bernama Tun Rantau, 
bergelar Bendahara Seri Maharaja, beristerikan Tun Kecik, anak Paduka Tuan, Tun Kuri, 
anak Maharaja Diraja Tun Isap. Maka Tun Rantau dengan Tun Kecik beranak dua orang; 
seorang perempuan dan seorang lelaki; yang perempuan bernama Tun Embong, yang lelaki 
bernama Tun Muhammad; anak gundik seorang perempuan bernama Tun Amah, seorang 
lelaki Tun Hassan namanya. Seorang anak Bendahara Paduka Raja Tun Mad Ali, Tun Habab 
namanya, bergelar Tun Pikrama beristerikan Tun Rubiah, anak Seri Perdana Menteri Tun 
Mansur, beranakkan Tun Mat Ali, timang-timangnya Tun Sulong.  
 
Akan Tun Rembau, Seri Paduka Tuan yang di Aceh, beranak empat orang dengan 
anak Bendahara Perak, Tun Aceh seorang namanya, bergelar Bendahara Daru'l Salam; Tun 
Perak seorang namanya, bergelar Raja Indera Bongsu, beristerikan anak Maharaja Tun Jiba, 
beranak tiga orang yang lelaki bernama Tun Jiba, bergelar Tun Nara Wangsa; seorang lagi 
perempuan duduk dengan Seri Paduka Megat Mansur, menjadi panglima bandar. Banyak lagi 
anak Seri Paduka Tuan Tun Rembau, tiadalah kami sebutkan lagi, kalau jemu orang yang  
 mendengar dia; anak cucu yang didapati oleh Datuk itu lima puluh banyaknya.  
 
Akan Seri Nara Diraja, kakak Bendahara Seri Maharaja jadi penghulu Bendahari juga; 
beranak lima orang, yang tua sekali lelaki, Tun Ali namanya; seorang lagi perempuan Tun 
Kudu namanya, diperisteri oleh Sultan Mahmud, disuruh panggil pada segala orang dalam 
"Datuk Tuan", penyebutan segala anak cucu "Datuk Putih "; yang Terigah lelaki, Tun 
Hamzah namanya; seorang lagi Tun Mahmud namanya bergelar Tun Nara Wangsa, 
beristerikan anak Tun Isap Berakah, bergelar Bendahara Seri Maharaja, itulah disebut orang 
Datuk Tua; beranakkan Tun Ahmad, bergelar Paduka Raja, duduk dengan Tun Genggang, 
beranakkan Tun Seri Lanang, bergelar Paduka Raja, menjadi Bendahara; ialah beranakkan 
Bendahara Seri Maharaja, dan Bendahara Paduka Raja, dan Bendahara Paduka Maharaja, dan 
Seri Paduka Tuan. Seorang lagi anak Seri Nara Diraja yang bongsu perempuan, Tun Putih 
namanya.  
 
Adapun Tun Abdul, adik Bendahara Seri Maharaja, bergelar Seri Nara Wangsa, itu 
pun banyakjuga anaknya, beberapa orang lelaki dan perempuan; yang perempuan seorang 
duduk dengan Orang Kaya Tun Rana, beranakkan Tun Dolah, dan Tun Hidap Panjang, bapa 
Datuk Jawa, dan Datuk Jawa itu Datuk Singgora, seorang lagi perempuan, Tun Minda nama-
nya, diangkatanak oleh Seri Nara Diraja.  
 
Peristiwa Patih Adam Dengan Tun Minda  
 
Sebermula tersebutlah Pangeran Surabaya, yang bernama Patih Adam, datang ke Melaka 
mengadap Sultan Mahmud; maka dianugerahi persalin, dan sangat dipermulia baginda, maka 
didudukkan setara menteri. Pada satu hari, Patih Adam duduk di balai Seri Nara Diraja, 
tatkala itu Tun Minda lagi kecil, baharu tahu berlari-lari. Maka Tun Minda berlari-lari di 
hadapan Seri Nara Diraja; maka berkata Seri Nara Diraja pada Patih Adam, "Dengarlah kata 
anak hamba ini, ia hendak berlakikan Patih Adam." Maka Patih Adam pun tersenyum, seraya 
katanya, "Inggih!"  
 
Setelah musim kembali ke Jawa, maka Patih Adam pun bermohonlah pada Sultan 
Mahmud. Maka dipersalin baginda dengan sepertinya; maka oleh Patih Adam ditebusnya 
seorang budak perempuan yang sama umurnya dengan Tun Minda;  
 
 besamya pun sama; dibawanya kembali ke Jawa. Setelah sampai ke Surabaya maka budak itu 
disuruhnya peliharakan baik-baik. Selang berapa lama antaranya, maka budak itu pun 
besarlah; patutlah akan bersuami, maka diberinya berlaki. Setelah itu maka Patih Adam pun 
berlengkaplah hendak ke Melaka. Maka dipilihnya ernpat puluh anak periai yang baik-baik 
dibawanya serta, dan beberapa ratus orang yang sigap-sigap. Maka Patih Adam pun 
belayarlah ke Melaka.  
 
Setelah sampai, maka Patih Adam datang kepada Seri Nara Diraja; maka kata Patih 
Adam, "Manira datang ini hendak menuntut janji andeka pakanira, hendak mendudukkan 
manira dengan anakanda." Maka kata Seri. Nara Diraja, "Tiada Hamba berjanji hendak 
mendudukkan anak hamba dengan tuan hamba."Maka kata Patih Adam, "Tiadakah tatkala 
anakanda lagi kecil, berlari-lari, maka kata tunku, 'Patih Adam, dengar juga anak hamba ini 
hendak berlakikan tuan hamba." Maka sahut Seri Nara Diraja, "Sungguh hamba berkata 
demikian, tetapi hamba bergurau juga dengan tuan Hamba." Maka kata Patih Adam, "Adakah 
adat Peremasan diperguraukan orang?" Maka Patih Adam pun kembalilah ke 
persenggerahannya. Maka berbicara dalam hatinya hendak merogol Tun Minda. Akan Tun 
Minda pun telah besarlah, berumah sendiri. Maka oleh Patih Adam diemasinya segala 
penunggu pintu Seri Nara Diraja, katanya pada penunggu pintu itu, "Berilah aku masuk 
dengan empat puluh orang periai ini juga." Maka kabullah penunggu pintu itu memberi 
masuk ke rumah .Tun Minda; sebab ia diupah itu, hilanglah setianya. Sungguhlah seperti 
sabda amiru'l-mu'minin Ali Karamma 'llahu wajhahu: Jindaru l-wafa 'ala man la asla lahu; 
yakni sia-sia setia atas orang yang tiada berbangsa baginya.  
 
Pada suatu malam, masuklah Patih Adam dengan empat puluh periai yang pilihan itu; 
maka Patih Adam pun naiklah ke rumah Tun Minda. Maka Tun Minda hendak lari, ditangkap 
oleh Patih Adam; maka orang pun gemparlah. Seri Nara Diraja pun diberi orang tahu; maka 
Seri Nara Diraja pun terlalu am arah , lalu menyuruh mengampungkan orang. Maka segala 
orang pun berkampunglah dengan segala senjatanya; maka dikepung oranglah rumah Tun 
Minda. Adapun Patih Adam, duduk juga ia di sisi Tun Minda, ditindihnya paha Tun Minda; 
maka diurainya sabuknya, diikatkannya pada pinggang Tun  
 Minda, sekerat diikatkannya pada pinggangnya, kerisnya pun dihunusnya. Maka rupa senjata 
orang yang mengepung itu berlapis-lapis. Maka segala anak periai itu pun melawan, habis 
mati dibunuh orang; serta mati seorang, diberitahu oleh penakawannya pada Patih Adam, 
"Pangeran, si anu sampun pejah." Maka sahut Patih Adam, "Dendamene," ertinya biarlah. 
Dengan demikian keempat puluhnya habis mati dibunuh orang. Maka diberitahu oleh 
penakawannya pada Patih Adam, katanya, "Punapa karsa andeka dening peria 'i punika kabeh 
sampun pejah." Maka sahut Patih Adam, "Dendamene kang sampun pejah ingsun putera 
dalem ikabela nanging peratu;" ertinya, biarnyalah habis mati semuanya, akan aku anak 
orang besar ini pun bela aku padalah.  
 
Hatta maka dinaiki oranglah rumah itu; maka.dilihat orang Patih Adam duduk 
bertindih paha dengan Tun Minda. Kata Patih Adam, "Jika aku kamu bunuh, anak orang ini 
pun kubunuh." Maka segala kata Patih Adam pun diberi orang tahu pada Seri Nara Diraja. 
Maka kata Seri Nara Diraja, ''Janganlah Patih Adam itu dibunuh, takut anak hamba 
dibunuhnya; kerana pada hamba, jikalau seluruh Jawa itu pun sekali habis, jika anak hamba 
mati tiada hamba samakan." Maka tiadalah jadi Patih Adam dibunuh orang; maka 
dikahwinkan oleh Seri Nara Diraja dengan Tun Minda.  
 
Adapun Patih Adam selama di Melaka itu, tiada pernah ia bercerai dengan Tun Minda 
barang sejari juga, barang ke mana ia pergi bersama-sama juga dengan Tun Minda. Setelah 
datanglah musim akan kembali ke Jawa, maka Patih Adam pun bermohonlah pada Seri Nara 
Diraja, hendak kembali ke Jawa membawa Tun Minda; maka dikabulkan oleh Seri Nara 
Diraja. Maka Patih Adam pun mengadap Sultan Mahmud, bermohon hendak kembali ke 
Jawa; maka dipersalin oleh baginda dengan selengkap pakaian, dan dianugerahi dengan 
sepertinya. Setelah itu maka Patih Adam pun kembalilah ke Surabaya. Adapun Patih Adam 
beranak dengan Tun Minda seorang lelaki, Patih Hussain namanya; itulah moyang Pangeran 
Surabaya yang kena amuk.  
 
Meminang "Puteri Gunung Ledang"  
 
Hatta berapa lamanya, maka isteri Sultan Mahmud, bonda Raja Ahmad itu pun mangkat; 
maka Sultan Mahmud pun  
 sangat bercinta, Maka baginda memberi titah pada Bendahara dan pada segala Orang Besar-
besar, "Apa bicara Orang Kaya sekalian, kerana negeri Melaka sekaran'g tiada beraja 
perempuan?"  
 
Maka sembah Bendahara dengan segala Orang Besar-besar, "Anak raja mana yang 
hendak tuanku pinang? Supaya patik sekalian kerjakan."  
 
Maka titah Sultan Mahmud, "Jikalau kita hendak beristerikan sama anak raja, raja 
yang lain adalah; yang kita kehendaki barang yang tiada pada raja-raja yang lain, itulah yang 
hendak kita peristeri. Akan sekarang kita hendak menyuruh meminang Puteri Gunung 
Ledang; Laksamana dan Sang Setialah kita titahkan."  
 
Maka sembah Laksamana dan Sang Setia, "Baiklah tuanku." Maka Tun Mamad 
dititahkan berjalan dahulu membawa orang Inderagiri akan menebas jalan, kerana Tun 
Mamad penghulu orang Inderagiri. Maka Laksamana dan Sang Setia pun pergilah sama-sama 
dengan Tun Mamad. Berapa hari lamanya di jalan, sampailah ke kaki Gunung Ledang. Maka 
Laksamana dan Sang Setia, dan Tun Mamad dengan segala orang sertanya itu pun naiklah ke 
Gunung Ledang, Dendang Anak namanya Benua membawa jalan, itu pun terlalu sukar; angin 
pun bertiup terlalu keras; baharu kira-kira berTerigah gunung itu, maka tiadalah ternaik lagi 
oleh segala mereka itu. Maka kata Tun Mamad pada Laksamana dan Sang Setia, "Berhentilah 
Orang Kaya dahulu di sini, biar beta naik." Maka kata Laksamana dan Sang Setia, "Baiklah."  
 
Maka Tun Mamad pun naiklah dengan dua orang yang pantas berjalan sertanya, naik 
ke Gunung Ledang itu. Setelah datanglah had buluh perindu, maka Tun Mamad dengan dua 
orang yang naik itu, seperti akan terbanglah rasanya, daripada sangat amat keras angin 
bertiup; maka awan pun seperti dapat dicapai lakunya, dan bunyi buluh perindu itu terlalu 
merdu bunyinya, burung terbang dengan suatu taman, terlalu indah perbuatannya. Maka Tun 
Mamad pun masuk ke dalam taman itu, maka dilihatnya serba bunga yang ada di dalamnya 
pelbagai jenis, dan buah-buahan yang ada di dalam dunia ini adalah didalam taman itu, 
sekaliannya lengkap dengan jambangannya, pelbagai rupa jambangannya. Setelah segala 
mergastua dan segala kayu-kayuan di dalam taman itu melihat Tun  
 Mamad datang, maka segala burung itu pun berbunyi, pelbagai bunyinya; ada yang seperti 
orang bersyair, ada yang seperti orang berbait, ada yang seperti orang berseloka, ada yang 
seperti orang bergurindam; maka limau manggar pun bersorak, anggerik pun mengilai, 
delima pun tersenyum; maka bunga air mawar pun berpantun serta berseloka, katanya:  
 
"Asa-asaan gigi si Mambang, hendak makan ikan;  
Dalam telaga lagi bertelur, sisiknya gilang gemilang."  
 
Maka disahut oleh bunga tanjung, katanya:  
 
"Dang Nila memangku puan, 
Berembang buah pedada; 
Adakah gila bagimu tuan,  
Burung terbang dipipiskan lada."  
 
Maka dijawab oleh bunga telipuk:  
 
"Kuning Ledang bagai dikarang, 
Riang-riang disambar wakab; 
Hairan memandang dunia sekarang, 
Bayang-bayang hendak ditangkap."  
 
Maka Tun Mamad 'pun hairanlah mendengar reneana taman itu, seraya berjalan ke 
Terigah taman itu. Maka Tun Mamad pun bertemu dengan sebuah balai, semua perkakasnya 
tulang dan atapnya rambut; di atas balai itu ada seorang perempuan tua, baik rupanya, 
menyampai kain pendukung; empat orang perempuan muda-muda mengadap dia. Maka ia 
bertanya pada Tun Mamad, katanya, "Orang mana kamu ini, dan hendak ke mana kamu?" 
Maka kata Tun Mamad, "Kami ini orang Melaka, nama hamba Tun Mamad, dititahkan oleh 
Sultan Mahmud Syah meminang Puteri Gunung Ledang, Laksamana dan Sang Setia ada di 
bawah gunung ini, tiada boleh naik, akan hamba disuruhnya; dan tuan hamba, siapa nama 
tuan hamba?"  
 
Maka sahut perempuan itu, "Nama hamba Dang Raya Rani, hambalah pengetua Puteri 
Gunung Ledang; nantilah hamba di sini, biar hamba persembahkan segala kata tuan hamba 
itu pada tuan puteri."  
 
Setelah ia berkata, maka kelimanya lenyaplah; ada kadar sesaat maka kelihatan pula 
seorang perempuan tua, bongkok belakangnya lipat tiga, Maka ia berkata pada Tun Mamad,  
 
"Adapun segala kata tuan Hamba itu sudahlah dipersembahkan oleh Dang Raya Rani pada 
tuan Puteri Gunung Ledang; akan titah tuan puteri, "Jikalau raja Melaka hendakkan aku, 
perbuatkanlah aku jambatan emas satu dan jambatan perak satu, dari Melaka datang ke 
Gunung Ledang itu. Akan peminangnya hati nyamuk tujuh dulang; hati kuman tujuh dulang; 
air mata setempayan; air pinang muda setempayan; darah anak raja yang bernama Raja 
Ahmad itu semangkuk. Jikalau ada demikian kabullah tuan puteri akan kehendak raja Melaka 
itu." Setelah sudah ia berkata demikian lenyaplah ia, Pada suatu riwayat, orang tua yang 
berkata-kata itulah Puteri Gunung Ledang, merupakan dirinya seperti orang tua.  
 
Setelah itu maka Tun Mamad pun turunlah dari sana kembali pada Laksamana dan Sang 
Setia. Maka segala kata Puteri Gunung Ledang itu semuanya dikatakannya pada Laksamana 
dan Sang Setia. Setelah itu sekaliannya pun turunlah dari Gunung Ledang, berjalan kembali 
ke Melaka. Berapa lamanya di jalan sampailah ke Melaka. Maka Laksamana dan Sang Setia 
dan Tun Mamad pun masuklah mengadap Sultan Mahmud Syah; maka segala kata yang 
didengarnya daripada Puteri Gunung Ledang itu semuanya dipersembahkannya kepada 
Sultan Mahmud. Maka titah baginda, "Semua kehendaknya itu, dapat kita adakan; 
mengeluarkan darah anak kita itu juga apatah daya; kerana tiada sampai hati kita."Wallahu 
a'lamu bi'l-sawab, wa ilaihi'l-marji'u wa'l-ma'ab.  
 
Tepuk Berbalas, Alang Berjawat  
 
Alkisah maka tersebutlah perkataan raja Inderagiri Sutan Nara Singa, menjadi menantu 
marhum Melaka, masa kembali dari Melaka ke Inderagiri. Adapun pada ketika itu, segala 
Anak Tuan-tuan Inderagiri tiada dimalui oleh segala Anak Tuan-tuan Melaka. Apabila segala 
Anak Tuan-tuan Melaka berjalan ke sana. sini, maka bertemu pada tempat yang lecah atau 
sungai, maka dipanggilnya Anak Tuan-tuan Inderagiri; maka ia minta dukung melalui lecah 
itu. Sudah seorang, seorang ia berdukung pada Anak Tuan-tuan Inderagiri; pada seorang 
Anak Tuan-tuan Inderagiri, dua tiga orang Anak Tuan-tuan Melaka, berganti-ganti ia 
berdukung. Maka segala Anak Tuan-tuan Inderagiri pun berdatang sembah pada Sutan Nara 
Singa, "Tuanku, mari kita bermohon kembali ke Indera-  giri, kerana tiada kuasalah patik sekalian duduk di Melaka ini, tiada sekali-kali diumpamakan 
oleh segala orang Melaka ini; dijadikannya seperti hambanya." Maka titah Sutan Nara Singa, 
"Baiklah."  
 
Maka Sutan Nara Singa pun masuk mengadap Sultan Mahmud Syah; pada ketika itu 
baginda sedang dihadap orang. Maka Sutan Nara Singa pun berdatang sembah ke bawah duli 
Sultan Mahmud, sembahnya, "Tuanku, jikalau ada kurnia Yang Dipertuan, patik hendak 
bermohon kembali ke Inderagiri, kerana sungguhpun ada negeri patik dianugerahi duli Yang 
Dipertuan, tiada patik melihat dia." Maka tiada dilepas oleh Sultan Mahmud Syah; lalu 
baginda pun diam.  
 
Setelah berapa lamanya, maka Sutan Nara Singa bermohon; dikatakan hendak 
membawa isteri baginda bennain, lalu berlepas kembali ke Inderagiri. Setelah datang ke 
Inderagiri, didapati baginda Maharaja Tuban, ayah saudara baginda sudah mati, tinggal 
anaknya Maharaja Isap, ialah jadi raja Inderagiri. Setelah Sultan Nara Singa datang, maka 
Maharaja Isap diincitkan oleh Tun Kecil dan Tun Bali, nama Orang Besar di Inderagiri. Maka 
Maharaja Isap lari ke Lingga. Adapun anak raja Lingga bernama Maharaja Megat, anak 
Maharaja Terengganu; maka oleh Maharaja Megat diambilnya Maharaja Isap akan menantu. 
Setelah Maharaja Megat mati, Maharaja Isaplah menjadi raja di Lingga. Berapa lama 
antaranya, maka Maharaja Isap pun mengadap ke Melaka. Maka oleh Sultan Mahmud Syah 
dianugerahi persalinan dengan selengkapnya.  
 
Setelah Sutan Nara Singa mendengar Maharaja Isap mengadap ke Melaka, maka 
diserangnya Lingga; habis ditawannya anak isteri Maharaja Isap, dibawanya ke Inderagiri. 
Setelah mendengar Sutan N ara Singa melanggar Lingga, maka Maharaja Isap pun 
bermohonlah ke bawah duli Sultan Mahmud, lalu kembali ke Lingga; didapatinya segala 
anak bini pegawai Lingga seorang pun tiada ditawani oleh Sutan Nara Singa, hanya pihak 
dirinya juga. Maka Maharaja Isap apabila keluar ke balai dihadap oleh segala hulubalangnya, 
mukanya dipalitnya dengan arang; serta ia duduk ditegur oleh pegawainya, katanya, "Muka 
kanda itu arang." Maka oleh Maharaja Isap disapunya. Hari esoknya, apabila dihadap 
hulubalangnya, dibubuhnya juga mukanya arang; ditegur oleh hulubangnya. Maka kata 
Maharaja Isap, "Dapatkah empuk semua meng-  
 hapuskan arang di muka hamba itu?" Maka segala hulubalang Lingga pun tahulah akan 
maksud Maharaja Isap itu; masing-masing berdatang sembah, katanya, "Baiklah tuanku, 
patiklah membasuh arang di muka kanda dengan air Sungai Inderagiri. Bila tuanku titahkan 
patik semua kerjakan." Maka kata Maharaja Isap, "Jikalau sudah sekata, sabarlah dahulu, 
kerana puteri Sultan Melaka ada di Inderagiri. "  
 
Hatta berapa lamanya, maka Sutan Nara Singa pun mengadap ke Melaka dengan 
isterinya. Setelah didengar oleh Maharaja Isap, Sutan Nara Singa dengan isterinya ke Melaka 
itu, lalu ia berlengkap, setelah sudah lengkap, lalu diserangnya Inderagiri alah; segala anak 
gundik Sultan Nara Singa habis dibawanya ke Lingga.) Setelah itu lalu Maharaja Isap 
mengadap ke Melaka. Maka Sutan Nara Singa pun telah mendengar khabar Maharaja Isap 
melanggar Inderagiri, baru ia hendak masuk bermohon kepada Sultan Mahmud, Maharaja 
Isap pun datang mengadap; tatkaIa itu Sultan Mahmud sedang dihadap orang, akan 
membicarakan pekerjaan Maharaja Isap melanggar Inderagiri itu, Setelah datanglah Maharaja 
Isap, lalu ia menjunjung duli, dan lalu duduk pada tempatnya yang sediakala itu. Maka Sultan 
Mahrnud pun memandang Bendahara Seri Maharaja dengan isyarat; maka Bendahara pun 
bertanya kepada Maharaja Isap, "Iakah Maharaja Isap menyerang Inderagiri? Tiadakah kah 
Maharaja Isap ketahui, Sutan Nara Singa menantu ke bawah duli Yang Dipertuan?" Maka 
sahut Maharaja Isap, "Sungguh tunku hamba tunku langgar Inderagiri; sedia hamba tunku 
ketahui Sutan Nara Singa menantu ke bawah duli Yang Maha Mulia; akan tetapi tatkala 
Sutan Nara Singa menyerang Lingga, menawani anak perempuan hamba tunku, tiada hamba 
tunku derhaka ke bawah duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia; dan salah hamba tunku 
kepada Sutan Nara Singa, hamba tunku mengadap ke bawah duli di Melaka ini; masa Sutan 
Nara Singa keluar dari Melaka kembaIi ke Inderagiri, anak perempuan hamba tunku 
ditawaninya. Itulah sebabnya maka Inderagiri hamba tunku langgar; itu pun setelah hamba 
tuanku dengar puteri Yang Dipertuan telah ke Melaka, melainkan hamba tunku mengharap 
ampun duli Yang Maha Mulia juga semata-mata."  
 
Setelah Sultan Mahmud mendengar sembah Maharaja Isap itu, maka baginda pun 
berkenan mendengar dia. Maka oleh  
 Sultan Mahmud Syah, antara keduanya dimuafakatkan; maka Sutan Nara Singa dan Maharaja 
Isap pun muafakatlah, seperti saudara lakunya.*  
 
Setelah itu keduanya pun bermohonlah kepada Sultan Mahmud, rnasing-rnasing 
kembali ke negerinya. Sebab itulah raja Inderagiri dan raja Lingga itu berkeluarga daripada 
anak cucu Maharaja Isap. 
 
Hang Nadim Dititahkan ke Benua Keling  
 
Hatta maka Sultan Mahmud pun hendak menyuruh ke benua Keling, membeli kain serasah 
empat puluh bagai; pada sebagai empat puluh helai; pada sehelai empat puluh perkara bunga-
nya. Maka Hang Nadim dititahkan baginda ke benua Keling membeli kain itu; kerana Hang 
Nadim itu terlalu pandai barang pekerjaan. Adapun Hang Nadim itu sedia asal temak Melaka, 
dan keluarga yang hampir juga kepada Bendahara Seri Maharaja, menantu kepada 
Laksamana Hang Tuah. Maka Hang Nadim pun pergilah naik kapal Hang Isap; kerana orang 
Melaka pada masa itu, rata-rata berkapal segala yang bermodal. Maka belayarlah ia ke benua 
Keling.  
 
Setelah berapa lamanya di jalan, sampailah ia ke benua Keling. Maka Hang Nadim 
pun masuk mengadap raja benua Keling; maka segala kehendak Sultan Mahmud itu 
semuanya dikatakannya kepada raja Keling. Maka raja Keling pun menyuruh 
menghlmpunkan segala orang yang tahu menulis; maka sekalian mereka itu pun 
berkampunglah, ada kadar lima ratus banyaknya. Maka disuruh oleh raja Keling menulis 
seperti kehendak Hang Nadim itu; maka dituliskan oleh segala penulis itu. Setelah sudah, 
ditunjukkan pada Hang Nadim, maka tiada berkenan pada Hang Nadim. Maka ditulis oleh 
segala pandai Keling itu pula yang lain, itu pun tiada berkenan pada Hang Nadim. Maka kata 
segala penulis banyak itu, "Hanya inilah pengetahuan kami sekalian, jika lain daripada ini 
tiadalah kami sekalian tahu; tetapi berilah kami teladannya oleh Hang Nadim, supaya kami 
sekalian turut." Maka kata Hang Nadim, "Marilah peta dengan dawat itu." Maka segera 
diberikan oleh  
 
 
*Peristiwa Sutan Nara Singa menyerang Lingga dan serangbalas Maharaja Isap ke atas Inderagiri 
serta perih