• www.coklatx.blogspot.com

    www.coklatx.blogspot.com

  • www.kacangx.blogspot.com

    www.kacangx.blogspot.com

  • www.berasx.blogspot.com

    www.berasx.blogspot.com

Tampilkan postingan dengan label melayu 2. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label melayu 2. Tampilkan semua postingan

melayu 2

sebut kurang tepat kerana tema pokok 
manuskrip tersebut adalah tentang raja-raja Melayu di Riau, terutamanya Sultan 
                                                 
15 Abu Hassan Sham, Masalah-masalah Menentukan Judul Naskhah-naskhah Undang-undang Melayu 
Lama (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Januari 1974), 29-36. 
16 Mahayudin Haji Yahaya, Karya Klasik Melayu Islam, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 
2000), 16-17. 
17 E.U Kratz, Peringatan Sejarah Negeri Johor: Eine Malaiische Suelle Zur GeschicHte Johors In 18. 
Jahrhundert (Wiesbaden: Otto Harraswitz, 1973), 171.Manakala, menurut Dr Tatiana A. Denisova, 
Sarjana dalam bidang Manuskrip Melayu menyatakan judul Sejarah Negri Johor diberi oleh John Bottom 
bukan oleh Kratz. 
33 
Sulaiman dan pengikut-pengikutnya.18Selain itu, T. Iskandar memperkatakan tentang 
judul Hikayat Aceh yang kurang tepat. Beliau menyatakan nama tersebut telah diberikan 
oleh seorang Eropah yang hanya mengambil separuh daripada ayat dalam hikayat 
tersebut yang berbunyi „Ini hikayat Radja Atjeh daripada asal turun temurun‟19 
 
Maka, dengan misalan yang telah dinyatakan terhadap ketidaktepatan 
penjudulan kepada manuskrip, seharusnya manuskrip tersebut diberi judul dengan tepat 
mengikut tema yang dibincangkan.Kemungkinan kesilapan yang berlaku disebabkan 
faktor kehilangan bahagian yang tertera judul tersebut. Selain itu, pengesanan judul 
manuskrip juga dilakukan dengan meneliti keseluruhan karya dan karya-karya lain 
daripada penulis yang sama. Berkemungkinan penulis akan menyatakan judul sesebuah 
karya di dalam karya yang telah ditulis. 
 
2.3 Susunan dan Gaya Penulisan Manuskrip Melayu 
Setiap manuskrip terutamanya kitab Jawi terbahagi kepada tiga bahagian iaitu 
mukaddimah yang menggunakan pendekatan doksologi Islam iaitu yang termuat pada 
permulaan penulisan, ia didahului dengan bacaan basmalah (bismillah), diikuti doa 
pendek seperti wabihi nasta‟in dan doa yang panjang yang mengandungi pujian kepada 
Allah dan selawat ke atas Rasul-Nya seperti Alhamdulillahhi Rab il-alamin…Wassalatu 
wassalamu ala Rasulika Saidina Muhammad. Antara contoh doksologi ialah yang 
tertera di dalam naskhah Kifayah al-Muhtaj fi al-Isra‟ wa al-Mi‟raj (MSS 484):20 
BISMILLAHIRRAHMANURRAHIM… 
“kumulai kitab ini dengan nama Allah yang amat murah lagi yang amat 
mengasihani akan hambanNya yang mukmin di dalam negeri akhirat” 
                                                 
18Virginia Matheson, “Concepts of Malay Ethos in Indigenous Malay Writings,” JSAS 10, no.2 
(September 1979), 353. 
19T.Iskandar, “de Hikayat Atjeh,” VKI, 26(1959), 19. 
20Disalin oleh Wan Abdul Rahman ibn al-Marhum Wan Abd Ghafar Patani pada 5 Rabiul Akhir 1291 H 
di Meka, Manuskrip ini membicarakan tentang kisah peristiwa Isra‟ dan Mikraj.Lihat Katalog Manuskrip 
Melayu Perpustakaan Negara Malaysia. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. 
34 
 
 
Gambar 2.1: 
Contoh bentuk hiasan dan penulisan Manuskrip Melayu 
 
Sumber: Kifayah al-Muhtaj fi al-Isra‟ wa al-Mi‟raj (MSS 484) 
 
Manakala, bahagian isi lazimnya dimulakan dengan „amma ba‟du‟ atau 
„syahadan‟ yang membawa maksud „sebermula‟. Dari segi penyampaian, isi terdapat 
dua cara yang digunakan iaitu dengan mengemukakan teks dalam bahasa Arab 
(ghalibnya dakwat berwarna merah) dan terjemahannya (ghalibnya dakwat berwarna 
hitam) dan cara kedua ialah terus menggunakan bahasa Melayu. Perkataan „ya‟ni‟ atau 
„mafhum‟ digunakan bagi tujuan menerangkan maksud ayat al-Quran dan 
hadis.Seterusnya, istilah „talib‟ digunakan untuk tujuan ditujukan kepada pembaca. 
Contohnya „ketahuilah olehmu wahai talib…‟21. Antara contohnya ialah manuskrip 
Hidayah al-Salikin (MSS 2467):22 
„bermula‟ 
“adapun hasad ya‟ni dengki maka iaitu sebesar-besar kejahatan 
manusia yang dicela oleh syara‟”23 
 
„ketahui olehmu‟ 
                                                 
21Ibid., 21. 
22 Manuskrip ini selesai disusun dan  diterjemah oleh Abdul Samad Jawi Falembangi pada Hari Selasa, 5 
Muharram 1192 (3 Februari 1778 M) di Mekah, Tamat disalin pada 24 Jamadil Akhir 1287 H (21 
September 1870 M). Manuskrip ini membicarakan tentang ilmu Feqah dan Tasawuf yang terkandung di 
dalam satu mukaddimah, 7 bab dan 1 khatama. Katalog Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara 
Malaysia Tambahan Pertama, (Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. 1990), 165.  
23Ibid., 164. Perkataan „adapun‟ ditulis dengan dakwat berwarna merah 
35 
“ketahui olehmu bahawa hasad itu membatalkan akan ibadat mu 
dan mendatangkan ini murka Allah”24 
Bahagian penutup (kolofon) yang mana biasanya mengandungi doa yang ringkas 
seperti Wallahualamu bis sawab. Ia juga disertai dengan doa yang panjang berupa 
pujian kepada Allah dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w., dan kenyataan 
selesainya sesebuah penulisan. Faktor agama menjadi teras kepada Manuskrip Melayu 
khususnya agama Islam. Dari sudut gaya penulisan, setiap Manuskrip Melayu sama ada 
yang bercorak agama atau sebaliknya akan mengetengahkan syiar Islam sekurang-
kurangnya di permulaan kata iaitu ucapan basmalah kerana pengaruh Islam dan karya-
karya tersebut dihasilkan oleh orang-orang Islam.25 Antara contoh kolofon yang 
terdapat di dalam manuskrip Hidayah al-Salikin (MSS 2467): 
“ بيرس نهات ادفرد رخا لادامج نلوب ركيل تفما هلوف ود ادف ةروسرت
 هجوت / هلوف نفلا سترد7821 ” 
                                                 
24Ibid.,164. Perkataan „ketahui olehmu‟ ditulis dengan menggunakan dakwat berwarna mera,  
25Mahayudin Haji Yahaya, Karya Klasik Melayu-Islam, xviii.Namun, pengkajian terhadap isi kandungan 
serta objektif penulisannyaperlu dilakukan kerana tidak semestinya dengan ucapan perkataan Basmalah 
itu telah mewajarkan ianya sebuah karya dalam lingkungan karya Islam kerana terdapat manuskrip yang 
bertujuan mengelirukan orang Islam. Contohnya, naskhah al-Taurah al-Muqaddasah: Sifr al-Khaliqah, 
kitab Taurat yang diterjemah dari bahasa Arab ke Bahasa Melayu pada abad ke 17 M yang dimulakan 
dengan ucapan Basmala. 
36 
Gambar 2.2: 
Bentuk Penulisan Bahagian Kolofon  
 
Sumber: Hidayah al-Salikin (MSS 2467) 
 
Selain itu, tajuk kitab atau judul kitab pula disebut sama ada di bahagian 
permulaan atau akhiran kitab, dan kadang-kadang di mana-mana bahagian disebabkan 
beberapa faktor, antaranya bahagian permulaan dan akhiran kitab hilang. Pada 
permulaan penulisan juga akan disertakan tarikh permulaan penulisan atau penyalinan 
manuskip. Sekiranya tarikh berada di akhir penulisan, ia biasanya menunjukkan tarikh 
manuskrip itu selesai ditulis.26 
i. Seni Hias atau Iluminasi Manuskrip Melayu 
Menurut Brown (1994), iluminasi di dalam bahasa Inggerisnya yang 
disebut illumination berasal dari perkataan Latin iaitu „illuminare‟ yang 
                                                 
26Ibid.,20-21. 
37 
bermaksud „untuk menerangkan atau menghias‟.27Seni hias Manuskrip Melayu 
biasanya berbentuk corak hiasan yang menggunakan motif bunga, dedaun atau 
geometri dalam pelbagai warna dan kadangkala ditambah dengan warna emas 
dan warna perak.Namun, warna perak jarang digunakan.28 
 
Pengarang Manuskrip Melayu menghayati sepenuhnya larangan agama 
Islam terhadap pemaparan makhluk hidup atau tiada bukti wujudnya tradisi 
gambar figura dalam Manuskrip Melayu, kecuali bagi manuskrip yang lebih 
lama terutamanya dari Pulau Jawa.Namun, teks tentang tasawuf biasanya 
memasukkan lakaran atau gambar rajah esoterik.29 
 
Teks manuskrip juga direka dengan menurut gaya Islam yang khas 
dengan dua halaman berhadapan yang berhiasan simentri serta mengandungi 
kolofon berbentuk segitiga tirus yang biasanya dihias dengan warna yang 
cantik.30Dari segi tulisan, penulisan Manuskrip Melayu menggunakan kaligrafi 
atau seni khat yang merupakan fenomena seni yang indah, menarik dan tersusun 
serta digolongkan sebagai kemuncak kepada etika kesenian Islam yang 
tinggi.Jenis tulisan yang digunakan ialah khat Nasakh, Riq‟ah, Thuluth, dan 
sebagainya. 
 
Hiasan al-Quran al-Karim dan manuskrip agama yang lain umumnya 
dikenali sebagai „sastera kitab‟ dalam dunia Melayu merupakan kemuncak 
                                                 
27 Brown, Michelle P., Understanding Illuminated Manuscripts: A Guide to Technical Term. (London: 
The J. Paul Getty Museum in association with the British Library, 1994), 69. 
28 Annabel Teh Gallop, “Seni Hias Manuskrip Melayu,” dalam Warisan Manuskrip Melayu (Kuala 
lumpur: PNM, 2002), 234. 
29Ibid.,perkataan ini berasal dari perkataan Inggeris „esoteric‟ iaitu sesuatu yang dapat difahami oleh 
kumpulan tertentu yang mempunyai pengetahuan yang khusus. Di sini merujuk kepada kumpulan 
Tasawuf 
30Ibid., 234. 
38 
kepada seni Manuskrip Melayu.31Ghalibnya Manuskrip Melayu ditulis dengan 
tulisan berdakwat hitam. Disebabkan tiada sistem tanda baca melalui kaedah 
huruf besar atau kecil dalam tulisan Jawi, maka kaedah rubrikasi diguna pakai. 
Amalan ini dilakukan terhadap perkataan di permulaan ayat dengan 
menggunakan warna merah seperti „syahadan‟, „alkisah‟, dan sebagainya. 
Selain itu, ia juga digunakan dalam menyatakan dalil daripada ayat al-Quran.32 
 
Selain itu, dalam seni perhiasan, bentuk paling ringkas ialah bingkai 
ringkas bagi teks.Dalam sesetengah teks, hanya beberapa halaman sahaja yang 
menggunakan garis.Terdapat sesetengah teks pula dihiasi garisan pada 
keseluruhan teks.Manakala, bingkai berhias pula kebiasaannya diaplikasikan 
pada permulaan teks.Pada halaman-halaman seterusnya tidak dihiasi dengan 
hiasan berbingkai.Walau bagaimanapun, sesetengah manuskrip mempunyai 
hiasan pada halaman akhir yang terkadang mempunyai kolofon yang 
mempunyai maklumat mengenai manuskrip tersebut. 
 
Annabel Teh Gallop (2002) dalam membicarakan bentuk seni hias ini, 
membuktikan bahawa seni hias juga dipengaruhi oleh faktor kedaerahan.Hal ini 
dilihat melalui perbezaan hasil karya yang lahir di Aceh dan Pantai Timur 
memandangkan dua kawasan ini dikatakan menghasilkan sejumlah besar 
Manuskrip Melayu berhias.33 
 
                                                 
31 Proudfoot, Ian and Hooker, Virginia, “Mediating Space and Time: The Malay Writing Tradition” 
dalam Illumination: Writing Traditions of Indonesia, ed. Ann Kumar dan John, McGlynn. (Jakarta: 
Lontar Foundation, 1996), 60. 
32Annabel Teh Gallop, “Seni hias Manuskrip Melayu,” 238. Lihat juga  De Hamel, Christopher, A 
History of Illuminated Manuscripts (Phaidon, 1950), 63. 
33Annabel Teh Gallop, “Seni Hias Manuskrip Melayu,” 246-256. 
39 
2.4 Nama Pengarang Atau Penyalin Manuskrip Melayu 
Siapakah yang menghasilkan karya ini?.Lazimnya sukar sekali pengarang 
Melayu meletakkan namanya pada karya sendiri.Mahayudin Haji Yahaya (2000) 
menyatakan bahawa suasana penulis, penyalinan dan penterjemah Melayu yang diterap 
dengan nilai-nilai Islam yang mendorong umatnya bersifat tawadhu‟.Terutamanya 
apabila seseorang pengarang tersebut adalah pengamal Tasawuf.34 
 
Amin Sweeney (1980) menyatakan bahawa norma masyarakat Melayu yang 
tidak mahu seseorang itu menunjuk-nunjuk diri sendiri dalam keadaan secara langsung 
dan nyata.35Maka, hasil pengarang dianggap sebagai hasil bersama seluruh masyarakat. 
Umumnya, penulis akan menggelarkan diri mereka sebagai „faqir‟,‟faqiryanghina‟, 
„faqiryangdhaif‟, dan sebagainya. Sekiranya terdapat nama penulis atau pengarang asal 
sesebuah karya, ghalibnya ia ditulis oleh penyalin atau pemilik karya tersebut. Selain 
itu, terdapat juga kes penulis atau pengarang akan menyebut hasil karyanya di dalam 
karya yang lain secara tidak langsung. Contohnya Syarh Jawharah al-Tawhid.36 
 
2.5 Peralatan Menulis Manuskrip Melayu 
Hasil kekreatifan masyarakat alam ini dan semangat ingin merakamkan ilmu 
melalui medium penulisan, sesebuah manuskrip dihasilkan dengan menggunakan 
beberapa peralatan sama ada bersumberkan flora dan fauna atau bahan-bahan lain yang 
boleh membantu dalam proses penghasilan manuskrip bersesuaian dengan kemudahan 
yang minimum berbanding penulisan masa kini. Antara peralatan yang digunakan ialah: 
                                                 
34 Mahayudin Haji Yahya,  Karya Klasik Melayu-Islam, 55. 
35Amin Sweeney, Authors and Audiences in Traditional Malay Literature (Berkeley: Center for South 
and South East Asia Studies, University of California, 1980), 25. 
36 Mahayudin Haji Yahaya, Karya Klasik Melayu-Islam, 14-15.  
40 
i. Penggunaan Kertas Sebagai Medium Penulisan 
Hampir semua Manuskrip Melayu yang masih terpelihara ditulis pada 
kertas.Amat sedikit Manuskrip Melayu yang masih terpelihara ditulis pada bahan-
bahan selain daripada kertas yang mudah didapati seperti buluh, kulit, daun dan 
sebagainya. Penggunaan kertas secara meluas ini menimbulkan banyak tanda 
tanya memandangkan tradisi penggunaan bahan tulisan bukan kertas dipercayai 
telah lama bertapak di alam Melayu iaitu sejak zaman Hindu lagi, khasnya 
penggunaan daun lontar.  
 
Wan Ali Wan Mamat (1988) mengatakan bahawa kertas yang digunakan 
dalam penulisan di Nusantara diimport dari China, India dan Persia (Iran).37 Dapat 
dikatakan hampir kesemua manuskrip yang bertulisan Jawi menggunakan bahan 
kertas termasuk yang tertua sama ada dalam bentuk buku atau surat yang masih 
terpelihara.38Kertas telah digunakan dengan meluas setelah ketibaan Islam ke 
alam Melayu dan timbul keperluan untuk menyalin al-Quran dan pelbagai kitab 
untuk menguatkan kefahaman masyarakat kepada Islam. 
 
Manakala Siti Hawa Salleh (1984)pula mengatakan bahawa kertas Arab 
dan Cina telah dibawa untuk kegunaan tersebut disamping kertas Eropah yang 
meningkat penggunaannya selepas ketibaan orang Eropah selepas abad ke-16 M 
dan setelah aktiviti penyalinan manuskrip dilakukan secara meluas.39 Oleh itu, 
jenis kertas yang digunakan dalam penulisan Manuskrip Melayu ialah kertas dari 
                                                 
37 Wan Ali Wan Mamat, Pemuliharaan Buku dan Manuskrip, 13. 
38 Wan Ali Wan Mamat, “Penyediaan Halaman Kertas Untuk Penulisan Manuskrip Melayu,” dalam 
Tradisi Penulisan Manuskrip Melayu (Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia, 1997), 227. 
39 Siti Hawa Salleh, “Alatulis Melayu Tradisional,” dalam Tradisi Penulisan Manuskrip Melayu (Kuala 
Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia, 1997), 214. Lihat ____, “Kata Pengantar Manuskrip Melayu 
Warisan Negara”.(Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984), 5. 
41 
China, India, dan Arab pada abad ke-16, manakala pada abad ke-19 M kertas 
Eropah seperti dari England telah digunakan. 
 
Menurut Wan Ali Wan Mamat (1997), penggunaan begitu banyak kertas 
Eropah dikaitkan dengan beberapa faktor. Antaranya ialah keadaan dan suasana 
alam Melayu yang menjadi jajahan kolonial untuk sekian lama.Perusahaan 
membuat kertas di tanah Arab telah menurun beberapa abad sehingga mereka juga 
mengimport kertas Eropah untuk tujuan menulis manuskrip.40Di samping itu, 
secara komparatifnya, ketidaksuaian kertas buatan Asia yang bersifat agak nipis 
yang menyukarkan proses penulisan manuskrip. 
 
Pada zaman permulaan Islam, alat tulis utama masyarakat Arab-Islam 
ialah kulit binatang dan pyparus.Namun, tidak lama selepas itu, iaitu pada 
pertengahan abad ke-8, kertas telah diperkenalkan kepada dunia Islam sebagai alat 
tulis oleh orang Cina.Beberapa orang Cina yang menjadi tawanan perang semasa 
peperangan dengan angkatan Islam di tebing Sungai Tharaz, Turkestan pada tahun 
751 mempunyai kemahiran membuat kertas.Daripada mereka dunia Islam mulai 
membina industri kertas menggunakan bahan mentah pohon flax. 
 
Namun, tidak dinafikan akan penggunaan bahan lain sebagai media 
penulisan. Terutamanya ketika kertas sukar diperolehi.Munsyi Abdullah 
mencatatkan bahawa pada pertengahan abad ke-19 bahan yang digunakan oleh 
kanak-kanak di sekolah Melayu di Melaka menggunakan kayu pulai (Alstonia 
scholarsis) sebagai papan tulis. Manakala, seorang pegawai Madras Light 
Infantry yang berada di Melaka pada tahun 1802-1835,Thomas John Newbold 
                                                 
40 Wan Ali Wan Mamat “Kegiatan pengumpulan manuskrip Melayu,” dalam Jurnal Filologi, Jil. 6, PNM 
1997), 228-229. 
42 
(1807-1850) pula menyatakan bahawa orang Melayu akan menulis di atas daun-
daun jika tidak mempunyai kertas. Beliau menyatakan: 
 
“They (the Malays) used the sharp back of the ijo (ijok) for writing, 
and write in a still Arabic character on paper, and when they cannot 
procure this, on leaves of certain trees”.41 
 
Dipercayai bahawa kertas yang digunakan untuk menulis Manuskrip 
Melayu sebahagian besarnya adalah buatan asing, diimport sama ada dari Barat 
atau pun Timur. Terdapat beberapa kilang kertas kecil di Indonesia pada abad ke-
18 dibina oleh pihak kolonial.Tetapi kemampuannya amat terbatas. 
 
Kertas dipercayai dibawa masuk ke alam Melayu untuk kegunaan 
persendirian dan kadangkala juga sebagai barangan perniagaan oleh mereka yang 
pergi menunaikan fardu haji di Mekah. Malah, banyak Manuskrip Melayu yang 
terhasil di sana memandangkan ramai cerdik pandai Melayu mendapat pendidikan 
di sana dan bergiat aktif dalam usaha mengarang kitab. Kemudian, karya mereka 
diterjemahkan dan disalin semula.Ketika Snouck Horgronje berada di Mekah 
pada pertengahan abad ke-19, beliau menyebut betapa ramainya orang Melayu 
yang menetap di Mekah.42 
 
Kertas yang digunakan di Mekah pada abad ke-18 dan ke-19 
terutamanya bukanlah kertas buatan Arab memandangkan industri pembuatan 
kertas di Eropah telah berkembang.Hal ini turut berlaku di alam Melayu.Amat 
                                                
sedikit Manuskrip Melayu yang ditulis menggunakan kertas dari Timur seperti 
Arab, Parsi, India dan Cina. 
ii. Penggunaan Qalam atau Pena 
Atas dasar kemahiran dan kreativiti serta inovasi masyarakat rantau ini, 
mereka mencari pelbagai inisiatif dalam menterjemahkan buah fikiran melalui 
peralatan yang digunakan untuk merakamkan sesebuah penulisan.Antara alat 
penulisan yang dicipta ialah qalam atau pen yang digunakan untuk 
menulis.Masyarakat menggunakan bahan yang diperoleh di sekeliling mereka. 
Antara pena yang digunakan ialah pena kabung dan pena resam yang berasal dari 
tumbuh-tumbuhan. Pena kabung diperbuat daripada duri pokok kabung atau 
dikenali juga pokok enau. Manakala, pena resam pula ialah batang yang 
diperolehi dari pokok yang sederhana besar dan diraut menjadi pena. Namun, 
pena dari jenis resam kurang diminati berbanding pena kabung memandangkan 
mata penanya cepat kembang dan berbulu serta perlu selalu dipertajamkan.   
 
Selain itu, terdapat satu lagi pena yang digunakan oleh masyarakat 
Melayu ialah pena bulu yang diperbuat daripada bulu binatang seperti angsa, itik, 
dan burung helang. Cara ianya dijadikan pena ialah hujung bulu tersebut akan 
dipotong serong dan diraut halus untuk dijadikan mata pena. Walau 
bagaimanapun, pena dari jenis bulu juga kurang mendapat tempat di hati 
masyarakat memandangkan ianya mudah kering dan perlu selalu dipertajamkan.43 
iii. Penggunaan Dakwat Untuk Menulis 
Dakwat merupakan salah satu aspek penting dalam usaha 
menterjemahkan hasil tulisan ke atas media penulisan.Selain kertas yang dibawa 
                                                 
43 Wan Ali Wan Mamat, “Persiapan untuk Kerja Menulis Manuskrip Melayu,” dalam Warisan Manuskrip 
Melayu. (Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia, 2002), 32. 
44 
dari China dan Eropah, dakwat juga dibawa.Namun, keperluan yang terhad ini 
membawa kepada penghasilan dakwat sendiri mengikut daya kreativiti dan 
inisiatif masyarakat tempatan.Dengan teknologi yang minimum, mereka 
menjadikan sumber alam semula jadi sebagai dakwat. Menurut Wan Ali Wan 
Mamat, masyarakat Melayu menghasilkan dakwat melalui pelbagai cara. 
Antaranya:44 
a) Jelaga dikumpulkan mengikut kadar tertentu. Seterusnya, segenggam 
getah gajus yang telah dikeringkan dan bersih ditumbuk sehingga 
menjadi debu. Sedikit kulit manggis masak dibakar hingga kering dan 
seterusnya ditumbuk hingga lumat. Sedikit lada hitam juga digoreng dan 
ditumbuk hingga lumat. Seterusnya, semua bahan dicampurkan dan 
direbus sehingga larut. Seterusnya, dicampur dengan sedikit minyak 
kelapa dan garam dan seterusnya dikeringkan.  
b) Sarang lelabah, terutamanya yang lama dan hitam dikumpulkan dan 
dibersihkan. Sedikit kulit buah-buahan seperti manggis masak, rambutan 
muda, buah jering dan sebagainya yang telah dibakar dan ditumbuk 
hingga lumat dicampurkan. Seterusnya, campuran ini akan dimasukkan 
ke dalam bekas yang berisi air dan sedikit minyak kelapa. Seterusnya, ia 
akan diperam untuk beberapa hari dan boleh digunakan sebagai dakwat. 
c) Sedikit arang, getah pokok gajus yang kering dan bersih serta beras pulut 
ditumbuk hingga lumat secara berasingan. Kemudian, bahan tersebut 
dimasukkan ke dalam satu bekas yang berisi air dan direbus supaya 
menjadi larutan. Seterusnya, larutan tersebut dituang ke dalam satu 
                                                 
44 Wan Ali Wan Mamat, Pemuliharaan Buku dan Manuskrip (Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara 
Malaysia, 1988), 17-19. 
45 
cantuman kain dan hasil titisan daripada kain tersebut digunakan sebagai 
dakwat.  
 
Terdapat beberapa rekod tentang teknik pembuatan dakwat hitam oleh 
masyarakat Melayu pada zaman silam. William Marsden, di dalam bukunya, 
History of Sumatramencatatkan bahawa dakwat di sana diperbuat daripada 
campuran jelaga dan telur putih.45 Manakala, Virginia Matheson juga merekodkan 
kaedah membuat dakwat oleh masyarakat iaitu dengan menggunakan sawang 
jelaga api atau dapur atau arang serta campuran atau bahan-bahan lain untuk 
mengekalkan dakwat lekat di atas kertas atau kain sebagai medium penulisan. 
Selain itu bendalir sotong gurita, getah kulit manggis dan bunga senduduk juga 
digunakan.46 
 
Munsyi Abdullah di dalam hikayatnya menyatakan bahawa dakwat-
dakwat yang digunakan di sekolah-sekolah Melayu Melaka pada zamannya 
diperbuat daripada beras yang dibakar hangus sehingga bertukar menjadi arang, 
dicampurkan dengan air dan seterusnya ditapis untuk memperolehi dakwat.Jelaga 
adalah bahan paling utama dalam pembuatan dakwat hitam. Tiga sumber utama 
untuk memperoleh jelaga ialah asap pelita ayam, sarang lelabah lama dan jelaga-
jelaga yang didapati pada periuk. Satu ciri penting dakwat tradisional ialah 
kekerapan menggunakan kulit buah-buahan sebagai bahan campuran dengan 
tujuan untuk meningkatkan lagi mutunya, terutama sekali mutu kilauan dan kuasa 
pelekapannya.Pelbagai jenis buah digunakan antaranya kulit buah manggis masak 
                                                 
dan rambutan muda.Selain itu, pelekap yang terdapat pada batang gajus dan 
minyak kelapa untuk melicinkan pengaliran dakwat semasa digunakan serta 
garam untuk mengurangkan bau busuk dan air. 
 
 Selain dakwat berwarna hitam, terdapat juga dakwat berwarna lain iaitu 
merah, hijau, ungu, dan sebagainya yang juga dihasilkan melalui kaedah 
tersendiri. Antaranya untuk mendapatkan dakwat berwarna hijau yang terhasil 
daripada larutan campuran jus daun tarum tua indigo dan putik kelapa.Selain itu, 
warna biru yang menggunakan daun tarum indigo, warna kuning yang terhasil 
daripada campuran kunyit dan kapur yang diperam dan warna merah yang 
diperbuat daripada teras batang kayu sepang Brazilwood. 
 
Kaedah membuat dakwat selain daripada dakwat berwarna hitam 
terakam di dalam manuskrip berjudul Adat Segala Raja-raja Melayu (MS 
21041), yang tersimpan di SOAS: 
“berbuat dakwat emas, maka ambil air yang hening, bubuh pada 
satu bekas. Maka ambil perada dahulu, bubuh pada tapak 
tangan.Maka disirongkan serta dihuli dengan tangan. Tahankan 
pada bekas air yang hening itu, jangan diberi lumat habis hanyut. 
Maka air itu dibuangkan.Maka tinggalkan emas semata-mata.Maka 
ambil air isi getah maja, bubuhkan pada emas itu.Setelah baik 
rupanya maka ambil daun sudu-sudu.Maka gosok-gosok perah 
airnya bubuhkan pada emas itu nescaya baik warnanya itu.”48 
 
Manakala, cara menghasilkan dakwat hijau pula, dicatatkan dalam manuskrip 
yang sama: 
“berbuat dakwat hijau ambil artal setahil. Maka huli baik-
baik.Setelah sudah maka ambil tarum daunnya dan akarnya, maka 
giling lumat-lumat.Maka ambil airnya, campurkan pada artal itu 
                                                
dan penghancurnya pun dengan air tawar juga.Akan perekatnya 
dadah atau getah yang disebut di atas itu.Tamat.”49 
 
3. Perkembangan Penulisan Dan Pengumpulan Manuskrip Melayu 
3.1 Peringkat Awal Dan Peranan Istana Sebagai Skriptoria (Sekitar 
Abad ke-15) 
Membicarakan peringkat awal tradisi penulisan Manuskrip Melayu, tidak dapat 
tidak melihat peranan istana sebagai institusi yang mempunyai peranan besar dalam 
menjayakan tradisi ini.Hal ini kerana, pemusatan segala aspek kehidupan adalah 
berpusatkan kepada istana yang mana kuasa Sultan sebagai pemerintah adalah kuasa 
yang tertinggi dalam menjayakan setiap aktiviti kehidupan.Antaranya istana Melaka 
yang menggalakkan aktiviti keilmuan dan keintelektualan, istana Aceh, dan sebagainya. 
 
Dalam membuktikan dan menyatakan bilakah dan apakah naskhah manuskrip 
terawal dihasilkan, para sarjana tidak mempunyai kata sepakat.Hal ini kerana, masing-
masing mempunyai bukti yang berlainan mengikut penemuan tersendiri.Faktanya, 
dalam menentukan bilakah dan apakah tarikh dan judul Manuskrip Melayu Islam yang 
terawal yang dihasilkan adalah suatu perkara yang tidak berpenghujung.Para sarjana 
berbeza pandangan berkenaan bilakah tarikh yang tepat dalam menentukan manuskrip 
tertua yang ditulis. Umumnya, mereka berpandangan bahawa sejak abad ke-15 M 
proses penulisan ini telah berkembang dan mencapai tahap kegemilangannya pada abad 
ke-17 M ketika Aceh sebagai pusat Kesultanan Islam.50 
 
Selain itu, penentuan naskhah manuskrip yang tertua juga masih diperdebatkan 
antara pengkaji manuskrip sama ada dari Barat dan tempatan. Antaranya de Casparis, 
                                                 

Sementara S. Van Ronkel berpendapat bahawa naskah Melayu tertua yang 
ditemui setakat ini bertarikh tahun 1600.53 Namun, pendapat Ronkel telah disangkal 
oleh sarjana tempatan iaitu Syed Naquib al-Attas melalui hasil karya beliau iaitu The 
Oldest Known Malay Manuscript: A 16th Century Malay translation of the „Aqaid of al-
Nasafi. Naskhah ini bertarikh tahun 1590. 
 
Namun, menurut Mahayudin Haji Yahaya (1997), pandangan ini juga masih 
boleh disangkal memandangkan beliau menyatakan berkenaan dua naskah yang 
menjadi milik dua beradik yang ditempatkan di Jerman. Kedua naskhah ini dikatakan 
ditulis pada abad ke-13 M.54 Selain itu, terdapat juga pengkaji yang menyatakan 
berkenaan hal ini dengan mengemukakan bahawa surat-surat dari Sultan Hayat Ternate 
kepada Raja Portugis adalah yang tertua kerana ianya ditulis pada 1521 dan 1522.
 
                                                 

Namun, sebaliknya juga terdapat pandangan yang menyatakan aktiviti penulisan 
ini sudah bermula pada abad sebelum itu setidak-tidaknya pada abad ke-9 M. Hal ini 
kerana, pada ketika ini terdirinya Kerajaan Islam Perlak di Utara Sumatera.Kitab Izhar 
al-Haqq (Kebenaran yang Nyata) ada menyatakan tentang terdirinya kerajaan 
ini.Pengarang kitab ini mengatakan bahawa pada tahun 840 telah terdiri sebuah kerajaan 
Shiah di Perlak dan raja pertamanya bernama Sayid Abd Aziz.56 Kerajaan Islam Perlak 
bertahan sehingga abad ke-12 dan pada fasa terakhir pemerintahan, lahir sebuah 
naskhah berbahasa Arab yang diberi nama Bahr al-Lahut karangan Abdullah Arif yang 
mana  beliau dikatakan tiba di Perlak pada abad ke-12.57Kitab ini telah diterjemah ke 
dalam Bahasa Melayu yang mana tarikh dan masanya tidak dinyatakan. Setakat ini 
terdapat dua naskhah Bahr Lahut iaitu naskhah berbahasa Arab tersimpan di 
Perpustakaan Kuno Zauyah Tgk Cheiek, Tanoh Abee, Aceh Besar dan naskhah kedua 
yang telah diterjemah ke dalam Bahasa Melayu ditemui di Kampung Pernu, Melaka. 
 
Selain itu, Abu Hassan Sham (2006) menyatakan bahawa seandainya kerajaan 
Islam Pasai diyakini merupakan daerah pertama Islam di rantau ini seperti yang terakam 
di dalam Sulalatus Salatin (Salasilah Segala Raja-raja), maka berkemungkinan 
terhasilnya karya adalah bermula di sini.58 Walau bagaimanapun, sukar sekali 
menentukan karya-karya yang lahir kerana teks-teks yang wujud adalah hasil daripada 
proses penyalinan.59 
 
Walaupun para sarjana berselisih pandangan berkaitan tarikh dan naskhah 
terawal, namun, persepakatan tercapai dalam menyatakan era gemilangnya tradisi 
                                                 
penulisan ini iaitu ketika giliran era Kesultanan Islam di Aceh pada abad ke-17.Walau 
bagaimanapun, faktor yang penting dalam memperkatakan perkembangan pada tahap 
awalnya ialah faktor naungan istana sebagai skriptoria Melayu yang rancak 
menjalankan tradisi ini.Tambahan pula faktor minat para sultan terhadap tradisi dan 
perkembangan agama melalui medium ini juga antara faktor penguat perkembangan 
pada fasa awal perkembangannya. 
 
3.2 Fasa Kegemilangan Penulisan Manuskrip Melayu (kurun ke-16 
hingga ke-17) 
Setelah tewasnya Kesultanan Melayu Melaka ke tangan pihak penjajah Portugis 
pada 1511, Aceh mengambil alih dan meneruskan serta memantapkan lagi 
kegemilangan Kesultanan Melayu Islam.Ianya berlaku pada abad ke-16M dan 17 M. 
Para sarjana bersepakat menyatakan bahawa era ini juga merupakan fasa kegemilangan 
penulisan Manuskrip Melayu.Antara faktor pendorong ke arah kecemerlangan dan 
kegemilangan ini ialah sistem pendidikan pondok atau pesantren yang diberi perhatian 
oleh pihak pemerintah. 
 
Selain itu, dengan kemunculan para ulama yang produktif menghasilkan karya 
tersendiri yang akhirnya menjadi sumber rujukan dalam segenap bidang ilmu.Tambahan 
pula, status dan kedudukan para ulama yang mendapat tempatan serta dorongan 
daripada pemerintah di era ini juga antara faktor penting kegemilangan tradisi ini.Tokoh 
ulama ini bukan sahaja memainkan peranan sebagai ulama yang merangkap penulis 
semata, namun berperanan di dalam hal ehwal pemerintahan negara seperti ditugaskan 
sebagai kadhi, mufti, dan sebagainya. Mereka memainkan peranan dengan 
51 
menggunakan kemudahan kantor atau pejabat dalam usaha menjalankan penulisan di 
samping menggunakan pesantren yang menjadi tempat pengajian.60 
 
Antara tokoh yang banyak menyumbang pada era ini ialah Hamzah Fansuri (m. 
1607 M).61 Menurut Wan Mohd Shaghir, beliau menghasilkan sebanyak 13 judul karya 
dalam bentuk prosa dan puisi. Antaranya ialah Asrar al-Arifin fi Bayan al-Suluk wa Al-
Tauhid (Rahsia Orang yang Arif dalam menerangkan Suluk dan Tauhid), Syarab al-
Asyiqin (Minuman Bagi Orang yang Asyik),al-Muntahi, Zinat al-Muwahhidin 
(Perhiasan bagi Orang yang Bertauhid),dan sebagainya. Beliau merupakan ulama bebas 
dalam menjalankan aktiviti agama tanpa terikat kepada apa-apa jawatan pentadbiran 
kerajaan. Hal ini jelas digambarkan melalui rangkap syair beliau: 
 Aho segala kamu yang menjadi faqir! 
 Jangan bersahabat dengan raja dan amir 
 Kerana Rasulullah basir dan nazir 
 Melarangkan kita saghir dan kabir.62 
 
Selain itu, Syamsuddin al-Sumaterani (m. 1630 M) adalah antara barisan ulama 
Aceh yang mendapat nama melalui penghasilan karya. Beliau merupakan murid kepada 
Hamzah Fansuri dan merupakan seorang mufti bergelar Syeikhul Islam dan sekaligus 
berperanan sebagai penasihat Kanan kepada Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam 
(1604-1636 M). Menurut Hooker, terdapat banyak karya beliau yang telah 
                                                 

hilang.63Manakala, menurut Wan Mohd Shaghir, melalui kajian yang telah beliau 
lakukan terdapat 24 judul yang telah dihasilkan oleh ulama besar ini. 
Manakala, Nuruddin al-Raniri (m. 1658 M) antara ulama produktif yang lahir di 
era Aceh dengan pelbagai karya yang hebat.Sirat al-Mustaqim (Jalan yang 
Lurus),Durar al-Faraid bi Syarh al-Aqaid, Hidayah al-Habib fi Targhib wa al-Tarhib, 
dan banyak lagi barisan senarai naskhah yang telah dihasilkan oleh beliau. 
 
Selain itu, Abdul Rauf al-Singkel (m. 1690 M)64 juga antara ulama yang 
mencipta nama di era kegemilangan ini. Menurut T. Iskandar, beliau merupakan antara 
pengarang Aceh yang menghasilkan karya yang bersifat ilmu pengetahuan. Beliau 
merupakan murid kepada Nuruddin al-Raniri.Antara sumbangan besar yang diwariskan 
ialah beliau merupakan ulama pertama yang menyusun tafsir Al-Quran dalam bahasa 
Melayu yang berjudul Turjuman al-Mustafid yang merupakan terjemahan dan ulasan 
daripada kitab al-Baidhawi.Manakala, dalam disiplin ilmu Fiqh, karyanya yang berjudul 
Mar‟atul Tullab (Cermin Penuntut) berdasarkan mazhab Syafie sangat terkenal di 
Nusantara.Kitab ini ditulis atas permintaan Taj Alam Sifiyat Al-Din Riayat Syah binti 
Sultan Iskandar Musa.Kitab ini juga menjadi sumber rujukan para hakim di Aceh dalam 
pelaksanaan hukum syara‟.65 
 
Selain pengarang yang berautoriti dari sudut penguasaan ilmu agama dan 
falsafahnya, hasil penulisan dari zaman Aceh banyak melahirkan idea baru seperti 
menyorot kembali nilai hidup manusia dan bagaimana untuk meghayati dan 
                                                 
63Hooker M.B, Undang-undang Islam di Asia Tenggara, terj.Rohani Abdul Rahim dkk.(Kuala Lumpur: 
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991), 7. 
64 Para pengkaji mengandaikan berdasarkan tarikh kematian guru beliau, Syeikh Ahmad al-Qusyasyi 
(1661 M), Abdul Rauf tiba di Tanah Melayu sekitar tahun 1642 kira-kira usia 25-30 tahun. Lalu dijangka 
tarikh kelahirannya adalah 1615. A.Samad Ahmad, Sejarah Kesusasteraan Melayu II. (Kuala Lumpur: 
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1974), 33-34. 
65 Fauzi bin Deraman, “Kedudukan Hadith dalam Kitab Jawi: Satu Kajian Terhadap Karya-karya Syeikh 
Dawud bin Abdallah al-Fataniy” (tesis kedoktoran, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 1997), 
29. 
53 
mengharungi kehidupan. Selain itu, perubahan cara penulisan juga diperkenalkan oleh 
cendekiawan yang juga merangkap penulis Aceh. Misalnya tradisi pengenalan diri 
penulis dan pengolahan bahan atau sumber pengambilannya di bahagian awal teks 
sebagai contoh teks Sirat al-Mustaqim, setelah pembukaan dengan suatu doa dan pujian 
kepada Tuhan dan rasul-Nya, penulis memperkenalkan latar belakang penulis. 
Seterusnya, memberi gambaran berkenaan pokok perbicaraan kitab yang merangkumi 
sumber yang digunakan dalam usaha mengolah teks.Contohnya Kitab Minhaj al-
Thalibin oleh Muhyiddin Nawai Minhaj al-Tullab dan syarahnya, Fath al-Wahhab oleh 
Syeikh al-Islam Imam Abi Zakariya Yahya Ansari, dan banyak lagi.66 
 
Seterusnya, cara dan teknik penulisan ini telah ditauladani oleh tokoh-tokoh 
penulis terkemudian. Antaranya ialah Muhammad Arsyad al-Banjari (m. 1812 M), 
Syeikh Daud al-Fatani (m. 1847 M), dan ramai lagi. Walaupun peranan Aceh sebagai 
pusat penulisan tidak sepenting era kegemilangannya selepas abad ke-17, namun, tradisi 
penulisan bersifat keagamaan sebagai salah satu ciri penulisan terus berkembang di 
kota-kota pesisir lain. Malah, kegiatan penulisan, penyalinan, penyaduran dan 
terjemahan kelihatan semakin giat dan menonjol. Abdul Samad al-Falembani (m. 1203 
H) menyatakan: 
“Aku terjemahkan kitab ini dengan bahasa Jawi serta aku tambah 
dengan beberapa faedah yang baik-baik supaya memberi manfaat 
dengan dia, orang yang tiada mengetahui baginya itu dengan bahasa 
Arab”.67 
 
Dengan memetik kenyataan di atas, jelaslah bahawa kegiatan penyalinan dan 
penulisan naskhah Melayu kelihatannya lebih menonjol pada abad ke-18 dan 19 kerana 
beberapa faktor.Antaranya kerana pada abad-abad ini bahkan pada akhir abad ke-20 

pertumbuhan pusat kegiatan agama yang pesat sehingga terlahirnya golongan yang 
terpelajar Islam. Sementara itu, Mekah pula menjadi destinasi yang terpenting dan 
tumpuan pelajar-pelajar Islam dari Nusantara dan di sana juga usaha menulis dan 
menterjemah atau menyalin teks dilakukan. 
 
3.3 Era Penguasaan Pihak Kolonial Barat (kurun ke-18 hingga ke-19) 
Diperakui akan kemaraan pihak luar ke alam Melayu pada asalnya adalah 
disebabkan hubungan perdagangan yang terjalin. Namun, kegemilangan yang berlaku 
membuka mata pihak luar untuk menguasai alam ini dengan dorongan beberapa faktor 
lainnya seperti agama, ekonomi, politik, dan sebagainya selain dorongan ingin terus 
mengukuhkan kedudukan mereka di alam ini dan usaha memahami segenap aspek 
worldview masyarakat adalah amat penting. Jika pada era awal dan perkembangan serta 
kegemilangannya, tradisi penulisan ini dinaungi oleh institusi istana selaku skriptoria 
Melayu, namun pada fasa kolonial, ianya secara tidak langsung mengurangkan kuasa 
naungan istana sebagai skriptoria.Hal ini kerana, penubuhan skriptoria secara individu 
atau badan oleh pihak kolonial selaku pemerintah kerajaan penjajah di rantau 
ini.Antaranya skriptoria di Algemeene Secretarie, Batavia adalah skriptoria yang 
dinaungi Belanda.68Selain itu, Cohen Stuart juga mempunyai skriptoria tersendiri ketika 
bertugas sebagai pengawet manuskrip untuk Bataviaasch Genootschap dari 1862 hingga 
1871. 
 
Ding Choo Ming (2003) dalam menyorot sejarah keterlibatan dan minat pihak 
luar memahami dan mempelajari berkenaan alam ini ialah dengan terhasilnya kamus-
kamus Bahasa Melayu di Netherlands dan United Kingdom yang akhirnya berjaya 
                                                 
68 Voorhoeve, P, “A Malay Scriptorium” dalam Malayan and Indonesian Studies Essays presented to Sir 
Richard Winstedt, ed. John Bastin dan R. Roolvink (Oxford: Clarendon Press, 1964), 256-266. 
55 
menjalineratkan hubungan perdagangan antara British dan Belanda walaupun 
sebelumnya masing-masing menubuhkan Syarikat Hindia Timur di United Kingdom 
dan Belanda untuk tujuan perdagangan.69 
 
Antara senarai kata yang terawal ialah senarai kata Melayu-Belanda yang telah 
dihasilkan oleh Frederik de Houtman pada tahun 1599-1602 yang berjudul Spraeck 
ende Wordboeck ende Maleysche ende Madagaskarsche (Pertuturan dan Daftar Kata 
Dalam Bahasa-bahasa Melayu dan Madagaskar).Buku pertama ini memainkan 
peranannya dalam membuka mata pihak Eropah dalam mengenali kebudayaan 
Nusantara yang sebelum ini tidak diketahui.Karya ini telah diterjemahkan kepada tiga 
bahasa iaitu Latin, Inggeris dan Perancis.70 
 
Natijahnya, minat yang dipupuk tersebut membawa kepada minat terhadap 
Manuskrip Melayu sebagai bank data bertulis mengenai masyarakat alam ini.Jika kita 
memperakui abad-abad sebelum kedatangan kolonial adalah fasa penulisan dan 
penghasilan manuskrip, tetapi pada era kedatangan kolonial tradisi itu berubah menjadi 
tradisi penyalinan dan pengumpulan manuskrip. 
 
Antara tokoh-tokoh pengumpul ialah Stamford Raffles (1781-1826 M)71, Earl 
Crawford (1812-1884 M), Dudley Hervey (1849-1911) dan Richard James Wilkinson 
(1867-1941 M).72Mereka menggunakan pelbagai pendekatan dalam usaha mengumpul 
                                                 
69 Ding Choo Ming, Kajian Manuskrip Melayu: Masalah, Cadangan dan Kritikan, 250. 
70 A. Teeuw, Pegawai Bahasa dan Ilmu Bahasa  (Jakarta: Bhratara, 1973),  9-10.    
71Seorang yang amat berminat dengan Manuskrip Melayu walaupun kehidupannya di rantau ini dipenuhi 
dengan urusan pentadbiran. Beliau tiba di Pulau Pinang pada tahun 1805,  tahun 1811 menjadi Leftenan-
Gabenor di Jawa, pada tahun 1818 menjadi pentadbir Bangkahulu. Pengumpul manuskrip yang 
masyhur.Bukan hanya kerana jumlah koleksi simpanannya sahaja, tetapi masyhur dengan kisah 
kebakaran kapal The Fame yang mengangkut koleksi beliau ke Eropah pada 1824. 
72Seorang pegawai pentadbir di Malaya, jawatan terakhir ialah Colonial Secretary di Singapura.Antara 
pegawai British yang aktif mengumpul Manuskrip Melayu.Sekitar tahun 1900-1910, beliau 
menghadiahkan banyak mansukrip kepada University of Cambridge.Wan Ali Wan Mamat, “Kegiatan 
Pengumpulan Manuskrip Melayu,” JurnalFilologi Melayu 5 (1997), 105. 
56 
Manuskrip Melayu. Umumnya adalah melalui proses penyalinan, hadiah, pembelian, 
dan sebagainya. Dengan menggunakan ruang dan peluang mereka sebagai pihak 
pentadbiran kerajaan penjajahan, peluang keemasan tersebut digunakan sebaik 
mungkin.Antaranya versi pendek manuskrip Tuhfat al-Nafis73 telah dihadiahkan kepada 
A.L Van Hasselt sempena persaraannya daripada jawatan Residen Belanda. 
 
Manakala, kaedah jual beli pula berlaku apabila pihak Eropah menawarkan nilai 
yang tinggi terhadap manuskrip.Maka, muncul satu golongan orang tengah yang 
menjalankan urusan jual beli manuskrip.Menurut Alfred North, semasa beliau berada di 
Singapura pada Februari 1842 M, Komander Wikes telah meninggalkan wang kepada 
beliau untuk tujuan pengumpulan manuskrip dan dihantar ke Amerika Syarikat.74 Selain 
itu, Abdullah Munsyi (1796-1854) dalam hikayatnya menyatakan bahawa ayahnya 
pernah diberikan wang dan surat kuasa oleh pegawai Belanda di Betawi untuk tujuan 
pengumpulan Manuskrip Melayu. Pengumpul British, Earl Crawford (1812-1884) 
memperoleh manuskrip dengan pembelian melalui beberapa sumber. Antaranya Van 
Alstein, Millies dan Barrage.75 
 
Selain itu, melalui kaedah penyalinan juga tidak kurang pentingnya diberi 
perhatian.Hal ini kerana, melalui kuasa penjajah sebagai pemerintah, mereka telah 
mengupah orang tempatan dalam usaha penyalinan tersebut.Namun, tidak juga 
dinafikan terdapat usaha penyalinan yang dijalankan oleh pihak Eropah sendiri. 
Contohnya Syair Perang Mengkasar dipercayai telah disalin oleh isteri Francois 
Valentijn (1666-1727),76 Cornelia, di Ambon ketika keluarga Valentijn berada di sana 
                                                 
73 Sekarang di Koninklijk Instituut voor Taal, Land-en Volkenkunde 
74 Ding Choo Ming, Kajian Manuskrip Melayu: Masalah, Cadangan dan Kritikan, 46. 
75 Wan Ali Wan Mamat, “Kegiatan Pengumpulan Manuskrip Melayu,” 104. 
76Dikatakan orang pertama yang menulis tentang Manuskrip Melayu. Beliau mempunyai koleksi Man 
57 
dari tahun 1707 hingga 1712. Selain itu, Sjair Radja Siak dikatakan telah disalin oleh 
Von de Wall sendiri antara tahun 1855 hingga 1860 untuk Genootchap. 
 
Selain itu, proses penyalinan yang dilaksanakan oleh rakyat tempatan ialah 
jurutulis atau jurusalin adalah yang dilantik oleh pihak Eropah selaku pemerintah atau 
pegawai pada ketika itu dan dibayar gaji bulanan. Antara tokoh penyalin di kalangan 
rakyat tempatan yang mendapat nama ialah Abdullah Munsyi (1796-1854)77 yang 
bekerja untuk Raffles (1781-1826). Menurut Abdullah Munsyi, walaupun Raffles sibuk 
dengan urusan pentadbirannya di rantau ini, namun minatnya terhadap manuskrip 
sangat mendalam dan beliau banyak menolong Raffles dalam usaha mendapatkan 
manuskrip. Melalui catatan beliau di dalam hikayatnya, beliau telah diambil bekerja 
oleh Raffles sebagai jurutulis semasa berada di Melaka dan Singapura.Diantara 
tugasnya ialah menyalin Manuskrip Melayu. 
 
Raffles meninggalkan Singapura dalam perjalanannya ke England pada akhir 
tahun 1823 melalui Bangkahulu, Sumatera Barat dengan menaiki Kapal The Fame. 
Tragisnya, kapal tersebut telah terbakar dan tenggelam bersama khazanah manuskrip 
yang dikumpul dan dibawa. Hanya Raffles dan isterinya dapat menyelamatkan diri.78 
Mendengar perkhabaran tersebut, Abdullah Munsyi menyatakan: 
“maka apabila aku dengar khabar yang demikian itu terbanglah rohku 
sebab terkenangkan sekelian kitab-kitab bahasa Melayu daripada 
beberapa zaman (pun?) dipungutnya daripada segenap negeri sekelian itu 
habis hilang. Maka kitab-kitab itu tiada boleh didapati lagi sebab 
bukannya kitab cap banyak melainkan tulisan tangan (sic) barangkali 
dalam sebuah negeri tiada dua kitab semacam itu”.79 
 
                                                                                                                                               
uskrip Melayu sebanyak 25 naskhah termasuk Hikayat Iskandar Zulkarnain dan Hikayat Muhamad Ali 
Hanafia, 
77Nama penuh beliau ialah Abdullah Abdul Kadir.Dilahirkan pada 7 Safar 1211 H/12 Ogos 1796 M di 
Kampung Pali, Melaka. Berketurunan Arab-India. Muhd Yusof Ibrahim, Sejarawan dan Pensejarahan 
Melayu (Kuala Lumpur: Tinta Publisher, 2010), 45. 
78 Wan Ali Wan Mamat, “Kegiatan Pengumpulan Manuskrip Melayu,” 102-103. 
79 Abdullah Abdul Kadir 1840,118 
58 
Daripada usaha penyalinan, pembelian, hadiah, dan sebagainya, akhirnya 
Manuskrip Melayu di bawa secara besar-besaran ke Eropah.Seterusnya, usaha 
pengumpulan tidak bererti tanpa penerokaan dan kajian terhadap kandungan 
intelektualnya dalam memahami segenap aspek kehidupan masyarakat alam 
ini.Natijahnya, kajian dan bidang berkenaan alam Melayu menjadi suatu kepentingan 
kepada fokus penting kepada pihak luar terutamanya Inggeris dan Belanda.Menurut 
Ismail Husein dalam buku Ding Choo Ming (2003), orang yang pertama menghasilkan 
tesis doktor falsafah dalam bidang pengajian sastera Melayu tradisional ialah Ph. S Van 
Ronkel pada 1895.80 
Penubuhan Jabatan Pengajian Melayu/ Indonesia di Universiti Leiden pada 1877 
dan School of Oriental and African Studies (SOAS) di Universiti London pada tahun 
1917 telah memberi nafas baru kepada pengajian Melayu sebagai satu bidang 
kesarjanaan yang serius. Pusat-pusat pengajian tinggi telah memainkan peranan penting 
dalam memperkembangkan dan memperkenalkan pengajian Melayu di negara-negara 
Eropah. 
 
Dari banyak segi, pertengahan abad ke-19 boleh disifatkan sebagai titik masa 
yang paling bersejarah dalam pengajian Melayu.Ini disebabkan ramai sarjana-pentadbir 
dari Netherlands dan United Kingdom khususnya dan negara-negara lain di Eropah 
secara amnya telah berduyun-duyun datang ke Nusantara.Nama seperti Sir Stamford 
Raffles (1781-1826), William Marsden (1754-1836), Van der Tuuk (1824-1894), dan 
ramai lagi merupakan beberapa contoh daripada barisan orientalis yang panjang itu.81 
 
                                                 
80 Ding Choo Ming, Kajian Manuskrip Melayu: Masalah, Cadangan dan Kritikan, 7.  
81Ibid. 
59 
Natijahnya yang terhasil ialah akhirnya khazanah berharga Manuskrip Melayu 
ini terkumpul dan tersimpan dengan banyaknya di negara asing di seluruh dunia 
berbanding daerah kelahirannya melalui proses pengaliran yang dilaksanakan. Jumlah 
perangkaan sentiasa berubah dari semasa ke semasa mengikut pertemuan demi 
pertemuan oleh para sarjana. 
3.4 Perkembangan Teknologi Percetakan (Akhir Kurun Ke-19 Awal Kurun 
Ke-20) 
Tradisi penulisan manuskrip hanya berakhir kira-kira pada separuh pertama abad 
ke 19 dengan terdirinya mesin-mesin cetak di Melaka, Pulau Pinang, Singapura dan 
Batavia yang dikendalikan oleh penduduk tempatan.82Ismail Hussein (1970) 
menyatakan bahawa ramai sarjana memandang penting kedatangan alat cetak di rantau 
ini.Ia dianggap sebagai era membawa kepada pemodenan kesusasteraan Melayu.83 
 
Pada peringkat awal kemasukan teknologi percetakan, ianya adalah untuk 
kepentingan pihak penjajah untuk mencetak bahan keperluan mereka.Pada tahun 1593 
M mereka telah mencetak sebuah buku Kristian berjudul Doctrina 
Christiana.Manakala, karya berbahasa Melayu yang mula dicetak ialah Kamus Melayu-
Belanda hasil karangan Frederick de Houtman bertulisan Rumi.Teknologi percetakan 
terus dikuasai oleh Belanda dalam urusan percetakan buku-buku berbahasa Melayu 
pada abad ke-17 M dan ke-18 M. Hanya pada permulaan abad ke-19 M barulah muncul 
kilang-kilang percetakan tempatan.84 
 
Dengan tertubuhnya syarikat percetakan, ramai pemilik dan penggemar 
manuskrip tidak melepaskan peluang dan ruang ini.Sesungguhnya pekerjaan utama 
                                                 

Abdullah adalah membantu pihak Inggeris mencetak karya-karya agama Kristian di 
Mission Press, tetapi dengan mencetak naskhah Melayu, beliau telah memanfaatkan 
teknologi baru itu untuk kepentingan Manuskrip Melayu pula terutamanya karya 
Sejarah Melayu. 
 
Manakala, dalam memahami percetakan Manuskrip Melayu Islam yang dikenali 
dengan kitab Jawi, sorotan kepada latar belakang dan suasana pendidikan Islam di 
Timur Tengah di kalangan orang Melayu perlu difahami. Hal ini kerana, kerancakan 
anak-anak Melayu yang melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah terutamanya Mekah 
juga seiring dengan teknologi percetakan yang dibawa masuk ke alam Melayu. 
Natijahnya, kitab yang melalui proses percetakan dipanggil dengan namaKitab 
Jawi.85Antara individu yang memainkan peranan besar ialah Syeikh Ahmad al-
Fatani.Jasa dan usahanya tidak boleh dilupakan.Beliau telah dilantik oleh Sultan Turki 
(Sultan Abdul Hamid Khan Thani) mengetuai percetakan karya-karya dengan mencetak 
kitab-kitab Melayu.Percetakan tersebut bernama Matba‟ah al-Amariyyah yang mulanya 
berpusat di Istanbul, kemudian di Mesir dan akhirnya di Mekah.Antara kitab awal yang 
dicetak dan ditashihkan ialah Hidayat al-Salikin karya Abdul Samad al-Falembani.86 
 
Di Semenanjung Tanah Melayu terutamanya di Pulau Pinang dan Singapura 
terdapat banyak lagi karya Manuskrip Melayu yang dicetak oleh pencetak yang 
pelbagai seperti Matba‟ah Daru‟l- Muarif di Pulau Pinang, Nahdi Trading di Bangkok, 
Pencetakal-Ahmadiah di Singapura, Pencetak Sulaiman Mari‟edi Singapura, dan 
sebagainya. 
 
 
                                                 
Di Riau terdapat dua pencetak iaitu Ofis Cap Gubernemen di Lingga yang 
menerbitkan Muqaddimah fi Intizam karya Raja Ali Haji.Matba‟ah Ahmadiah 
menerbitkan Risalah al-Wafiat fi Syarah Ma‟ana fi al-Tahiyyat dan juga Kaifiat al-Zikri 
„ala Tariqat Naqsybandiah.Selain itu, percetakan ini juga dinamakan dengan 
namaMatba‟ah al-Riauwiyyah87  iaitu cawangan dari Timur Tengah Matba‟ah al-
Miriyah al-Kainah, diketuai oleh Syeikh Ahmad Fathani. Beliau telah melantik Raja Ali 
Kelana88 (m. 1919 M) mengetuai percetakan di Riau itu.89 
 
Selain percetakan bumiputera yang mencetak karya Manuskrip Melayu, juga 
terdapat percetakan selain Melayu yang wujud untuk tujuan ini.Antaranya dari pihak 
Eropah yang mencetak naskhah Melayu bagi tujuan bahan bacaan para siswa yang 
menuntut dalam bidang yang berkaitan.Antaranya di Royal Military Academy di Bred 
atau di Utrectht dan di Universiti Leiden.Antara teks yang dicetak ialah Hikayat Sultan 
Ibrahim yang diusahakan oleh D. Lenting.90 
 
Walaupun jika ditinjau daripada aspek tujuan percetakan yang berbeza antara 
pencetak Melayu dan Eropah iaitu dari pihak Melayu selaku pihak pemilik naskhah 
adalah untuk tujuan ketersebaran karya di kalangan pembacanya sebagai hasil karya 
                                                 
87Wan Mohd Shaghir Abdullah (1995), “Syeikh Ahmad Fathani, Ulama dan Tokoh Persuratan Melayu 
dari Zaman Klasik ke arah Dunia Moden” dalam Kertas Kerja Seminar Antarabangsa Kesusasteraan 
Melayu IV, UKM, 14-16 Ogos.Bangi. , 11. 
88 Nama lengkapnya Raja Ali Kelana bin Sultan Muhammad Yusuf al-Ahmadi (Yamtuan Muda ke-10, 
1858 M - 1899 M) bin Raja Ali (Yamtuan Muda ke-8, 1844 M - 1857 M) bin Raja Jaafar (Yamtuan Muda 
ke-6, 1808 M - 1832 M) bin Raja Haji asy-Syahidu fi Sabilillah (Yamtuan Muda ke-4, 1777 Ma - 1784 
M) bin Upu Daeng Celak (Yamtuan Muda ke-2, 1729 M - 1746 M). Daripada nama-nama tersebut dapat 
disimpulkan bahawa lima orang Yamtuan Muda mulai ayah hingga ke atas adalah pertalian lurus pada 
Raja Ali Kelana. Raja Ali Kelana tidak sempat menjadi Yamtuan Muda kerana kerajaan Riau-Lingga 
dimansuhkan oleh penjajah Belanda dan sultan terakhir Sultan Abdur Rahman Muazzam Syah, adik 
beradik dengan Raja Ali Kelana hijrah ke Singapura (1911 M). Perlu dicatatkan di sini bahawa mulai 
Yamtuan Muda yang pertama (Upu Daeng Merewah) tahun 1722 Masihi sampai tahun 1825 Masihi 
(masa pemerintahan Raja Jaafar Yamtuan Muda ke-6) bernama Kerajaan Riau-Lingga-Johor dan Pahang 
dan takluknya. Mulai tahun 1844 Masihi sampai tahun 1911 Masihi bernama Kerajaan Riau-Lingga dan 
takluknya. 
89 Abu Hassan Sham, “Langkah-langkah Memasyarakatkan Manuskrip Melayu” dalam Tradisi Penulisan 
Manuskrip Melayu. (Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia, 1997), 267. 
90 Abu Hassan Sham (1997). Op. cit. , 268-269. 
62 
kekayaan khazanah keilmuan dan keintelektualan bangsa. Manakala, di pihak Barat 
ianya lebih berbentuk memahami apa yang tersurat dan tersirat untuk audiens sendiri 
sahaja.  
 
Kesimpulannya, teknologi percetakan jika dilihat dari dimensi positifnya, ianya 
secara langsung telah mempercepatkan proses penghasilan dan seterusnya penyebaran  
hasil ulama Melayu yang berupa tradisi penulisan tangan ke hasil percetakan sesebuah 
karya dengan kemudahan mesin yang dibawa masuk oleh Eropah. Maka, khazanah 
berharga ini dapat disebar luaskan dengan cepat. 
 
4. Pengurusan Manuskrip Melayu 
Pengurusan merupakan satu proses sosial selaras dengan perkembangan manusia 
dan komuniti di sekelilingnya. Pengurusan dikaitkan dengan pentadbiran dan apabila 
memperkatakan tentang konsep pengurusan pasti mencakupi tiga elemen utama iaitu 
pengurus, organisasi, dan tatacara atau garis panduan pengurusan yang telah 
tetapkan.Ketiga-tiga elemen mempunyai hubungkait yang sangat rapat dan memainkan 
peranan penting dalam memastikan kelancaran sesebuah pengurusan. Pengurusan 
berfungsi untuk:91 
i) Merancang:Melibatkan proses seperti menetapkan matlamat, mewujudkan 
strategi untuk mencapai matlamat, dan merangka perancangan dalam 
mengintegrasi dan mengkoordinasi aktiviti pencapaian maklumat. 
ii) Mengatur:Menentukan kerja-kerja yang perlu dilakukan, menentukan 
pekerja yang terlibat, bagaimana cara kerja tersebut perlu dilakukan, kepada 
                                                 
91 Zafir Mohd Makhbul, Mohd Hizam Hanafiah dan Fazilah Mohamad Hasun, pengurusan organisasi. 
(Singapore: cengage learning asa pte ltd, 2009), 21. 
63 
siapa laporan perlu diserahkan, dan membuat keputusan pada peringkat 
yang sepatutnya. 
iii) Memimpin:Proses memastikan perjalanan kerja adalah sempurna. 
Pemimpin perlu memotivasikan pekerja, mengarahkan aktiviti-aktiviti 
tertentu, menyelesaikan masalah di antara pekerja, dan mengetuai setiap 
aktiviti pengurusan. 
iv) Mengawal:Proses memastikan semua yang dirancang berjalan dengan 
sempurna. Prestasi sebenar dibandingkan dengan perancangan. Jika terdapat 
perbezaan pembetulan akan dilakukan oleh pihak pengurusan. 
 
Daripada fungsi pengurusan yang telah disenaraikan di atas, jelaslah 
menunjukkan bahawa sebuah pengurusan yang cekap adalah penting.Tambahan pula 
jika aspek pengurusan diterjemahkan kepada usaha mengurus dan memelihara dan 
memulihara khazanah berharga, manuskrip sebagai khazanah intelektual yang bernilai 
sudah tentunya diberi penekanan disebabkan sifat keunikan dan keusangannya.Jika 
aspek pengurusannya diabaikan, maka ianya mengundang kepada faktor kepupusan dan 
seterusnya kehilangan khazanah tidak ternilai ini. 
 
Mary Lynn Ritzenthaler92 di dalam buku beliau Archives and Manuscripts: 
Conservation, A Manual on Physical Care and Management menyatakan bahawa antara 
faktor kemusnahan dan kehilangan bahan arkib dan manuskrip ialah pengurusan yang 
tidak cekap yang melibatkan proses penyimpanan, prosedur mengendalikan bahan yang 
mana memberi kesan kepada bahan. Tambahan pula, pengurusan ini dikendalikan oleh 
                                                 
92Pemulihara Kanan di Arkib Negara dan Pentadbiran Rekod.Beliau pernah memgang jawatan sebagai 
Pengarah di Society of American Archivist (SAA) Basic Archival Conservation Program. 
64 
individu yang tidak mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam proses 
menguruskannya.93 
 
Antara langkah yang perlu diambil ialah: 
i) Penyediaan persekitaran yang sesuai: Langkah ini melibatkan beberapa 
aspek yang diberi perhatian iaitu suhu dan kelembapan yang sesuai, kualiti 
udara, peralatan kawalan seperti termometer, pencahayaan, peraturan tempat 
simpanan seperti larangan makan dan minum, kebersihan, keselamatan dan 
kawalan api dan air. 
ii) Penyimpanan bahan:Langkah ini mengambil kira aspek bagaimana bahan 
disimpan seperti rak yang diperbuat sama ada sesuai atau tidak dijadikan 
tempat simpanan. Dan tempat simpanan bahan mestilah mengikut jenis 
bahan yang disimpan dan saiznya supaya ianya tidak rosak. Contohnya 
warkah, kulit yang mempunyai saiz yang besar disimpan di dalam tempat 
simpanan yang bersesuaian dengan saiznya.  
4.1 Pendokumentasian Manuskrip 
Salah satu faktor penting dalam membincangkan pengurusan, aspek 
pendokumentasian adalah yang menentukan keberjayaan pengurusan Manuskrip 
Melayu. Hal ini kerana, proses pendokumentasian adalah proses penting dalam 
memastikan kelestarian dan manfaat serta faedah khazanah berharga ini. 
Pendokumentasian manuskrip sangat berbeza daripada bahan sejarah dan dokumen lain. 
 
 
                                                 
93 Mary Lynn Ritzenthaler, Archives and Manuscripts: Conservation, A Manual on Physical Care and 
Management (Chicago: SAA Basic Manual Series, t.t), 29. 
65 
Istilah pendokumentasian telah didefinisikan oleh beberapa sarjana. Antaranya 
S.C Bradford berpendapat bahawa dokumentasi ialah: 
“The art of collecting, classifying and making readily accessible the 
records of all kinds of intelectual activity…the…process by which 
…is… put before the creative specialist the existing literature, bearing on 
the subjects of his investigation in order tht he may be made fully ware 
of previous achievementin his subjects and thus be saved from the 
dissapations of his genius upon work already done”.94 
 
Melalui kenyataan di atas, jelas menunjukkan bahawa pendokumentasian 
merupakan satu proses yang telah dikenalpasti judulnya, telah dikatalog dan diberi 
pengkelasan yang disertai dengan abstrak dan diberi rujukan yang mempunyai 
persamaan isi kandungannya atau judul yang terdapat di dalam koleksi yang sama atau 
berlainan. Pandangan ini selaras dengan pandangan Prof Madya Yusof Islandar bahawa 
pendokumentasian manuskrip adalah bukan lagi manuskrip yang terpendam tetapi, 
manuskrip yang telah diselidiki, dikaji, dipelihara dengan baik,dikatalog, 
diklasifikasikan serta diterbitkan dan pengetahuan tentangnya tersebar luas.95 Manakala, 
menurut J.H Shera pula: 
“Documentation may be regarded a theory a philosophy if you will or 
librarianship that is dedicated to the exploration of new ways for 
improving the utility of recorded knowledge, for whatever purpose and at 
what ever level of use by investigating and developing new means for 
analysis, organizations and retrieval of graphic records”.96 
 
Maka, secara kesimpulannya, definisi yang telah diberikan telah dirangkumkan 
dengan pendefinisian istilah pendokumentasian yang terdapat dalam istilah sains 
perpustakaan iaitu: 
“The recording of the knowledge and the source of knowledge, 
organizing such records systematically so that they may be found 
quickly, and disseminating by various means both the knowledge and the 
sources of knowledge”.97 
                                                 
94 Bradford, S.C, Documentation (London: Crosby Lockwood & Son, t.t), 5. 
95Yusof Iskandar (1984) op.cit. 
96 J.H Shera, Documentation and The Organization of Knowledge. (London: Crosby Lockwood & Son, 
1966), 72. 
97 Harrod, L.M,  The Librarian‟s Glossary Reference Book (London: A. Deutsc, 1972). 
66 
Seterusnya, Ibrahim Kassim (1976) dalam menyentuh definisi dokumentasi 
Manuskrip Melayu Tradisi ialah suatu proses cara baru mengenai pengumpulan, 
klasifikasi dan penyebaran semua hasil naskhah Melayu lama tulisan tangan (asli atau 
salinan) dari berbagai jenis untuk kegunaan sarjana atau kumpulan sarjana dalam 
bidang tersebut.98Ini bermakna bahawa dokumentasi sebagai instrumental device bagi 
melancarkan aliran maklumat yang tercatit di sekitar sarjana atau kumpulan sarjana. 
 
Raja Masittah Raja Ariffin dalam memperkatakan mengenai perbezaan dari 
aspek pendokumentasian Manuskrip Melayu di kalangan individu atau institusi di 
negara kita adalah besar jurangnya.Hal ini kerana, semua naskhah yang tersimpan di 
institusi-institusi luar khususnya Britain dan Eropah dijaga dengan baik dan diawet 
dengan pelbagai kaedah teknikal dan saintifik.99Hal ini dipermudahkan dengan sikap 
orang Barat yang menghargai khazanah berharga ini dari terus rosak dengan 
menyerahkannya kepada pihak institusi atau perpustakaan yang boleh 
menyelamatkannya. 
 
Maka, dalam usaha menjaga dan memelihara serta memulihara khazanah 
berharga ini dari aspek kenadiran dan mempunyai nilai intransik intelektual, seharusnya 
ianya didokumen dengan sistematis dan efektif. Proses yang dimaksudkan ialah proses 
pendokumentasian. Hal ini kerana, Manuskrip Melayu sebagai dokumen dan premier 
sumbernya untuk dijadikan rujukan dalam memahami segala yang terakam di 
dalamnya. 
 
                                                 
98 Ibrahim Kassim, “Masalah Dokumentasi Manuskrip Melayu” ( makalah, Seminar anjuran bersama 
Persatuan Perpustakaan Malaysia dan GAPENA, 1976). 
99Raja Masittah Raja Ariffin, “Manuskrip Melayu Lama: Suatu Penelitian dari Aspek 
Pendokumentasian,” Jurnal Filologi Melayu 7, (1994), 117. 
67 
Persoalannya, adakah pemilik khazanah berharga ini menyedari kepentingan ini 
terutamanya Manuskrip Melayu masih berada dalam simpanan individu atau keluarga, 
atau kerabat yang tidak menyediakan kemudahan ini untuk tatapan masyarakat umum. 
Terdapat pelbagai faktor menyebabkan proses pendokumentasian Manuskrip Melayu 
terabai. Dalam menentukan hayat dan keberadaan khazanah intelektual yang terkandung 
di dalam Manuskrip Melayu terus terjamin, bukan hanya proses penerokaan dan 
pengkajian sahaja perlu dilakukan, malah proses pendokumentasian adalah suatu proses 
yang tidak boleh dipandang enteng. Misalnya yang berlaku pada „koleksi Batavian 
Society‟.100  Ratusan manuskrip dalam koleksi ini lesap sama sekali apabila peratuan itu 
dibubarkan dan lenyap daripada lipatan sejarah. 
 
4.2 Faktor-Faktor Terabainya Kerja Pendokumentasian 
Dalam membicarakan faktor terabainya proses pendokumentasian, pelbagai 
faktor yang menyumbang kepada proses ini. Dan sekiranya ianya terus diabaikan, maka 
timbunan manuskrip yang berjumlah yang besar dan dijaga dengan rapi sekalipun, 
malangnya, isi kandungannya tidak akan diketahui umum dan tidak tersebar luas.  
 
Apabila kajian dan penyelidikan terhadap manuskrip tidak diusahakan, maka 
kesan negatif akan timbul. Segala kandungan penting di dalamnya mungkin akan 
musnah ditelan zaman dan hilang daripada koleksi itu sendiri jika keselamatannya tidak 
terjamin. Keadaan seperti ini lebih teruk lagi jika ditinjau pada koleksi 
individu.Manuskrip-manuskrip tersebut bukan sahaja disimpan tanpa suatu sistem 
pemuliharaan yang sepatutnya dan selamat, malangnya lagi anggapan bahawa 
manuskrip yang ada tidak membawa apa-apa makna dan tidak bernilai. Kemusnahan 
                                                 
100P. Voorhoeve. Scriptorium. Oxford.. 
68 
manuskrip-manuskrip tersebut adalah akibat daripada terabainya proses 
pendokumentasian yang kebiasaannya dipengaruhi oleh beberapa faktor: 
 
i. Sifat manusia 
Sebagai khazanah yang berada dalam simpanan dan jagaan individu, nasib 
khazanah berharga ini adalah terletak di tangan individu yang menyimpannya. 
Sekiranya penyimpan dan pemiliknya mempunyai kesedaran ke arah 
memastikannya kelestariannya, usaha untuk memelihara dan memuliharanya akan 
diambil. Malangnya, apa yang berlaku ke atas koleksi manuskrip ialah 
keengganan pemiliknya untuk berenggang dan menyerahkan koleksinya kepada 
pihak-pihak berwajib untuk tujuan yang murni ini. Hal ini kerana, khazanah 
berharga ini dianggap suatu „intelectual properties‟ kepada sesebuah keluarga, 
individu seperti bomoh, guru-guru pondok, dan sebagainya. Mereka sanggup 
untuk terus menjaga „amanah‟ yang diwarisi sejak turun temurun dan jangan 
sesekali untuk menyerahkan atau dijual kepada pihak lain101 walaupun sekiranya 
ianya dalam jagaan mereka (pemilik) khazanah berharga ini tidak dipelihara 
dengan baik dan tidak dilakukan apa-apa penerokaan terhadap kandungan 
intelektualnya.  
 
Selain itu, sifat penghargaan terhadap khazanah berharga ini juga menjadi 
faktor.Manuskrip hanya dilihat sebagai satu khazanah lama yang usang dan tidak 
mempunyai apa-apa nilai yang boleh dilihat. Misalnya peristiwa yang pernah 
terjadi sekitar tahun 1979 apabila satu timbunan Manuskrip Melayu telah dibakar 
                                                 
101 Siti Mariani S.M Omar, “Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia,” dalam Warisan 
Manuskrip Melayu, (Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia, 2002), 39. 
69 
di sebuah kampung di Perak kerana menganggap bahawa timbunan kertas usang 
itu hanyalah sampah semata. 
 
Selain itu, perbalahan dan berlainan pandangan di kalangan masyarakat 
juga menjadi faktor yang menyumbang ke arah terabainya proses ini. Seperti yang 
sedia maklum bahawa tempat penyimpanan Manuskrip Melayu kebanyakannya di 
istana, rumah-rumah pembesar istana, rumah para ulama dan cendekiawan yang 
mana tempat-tempat tersebut diperbuat daripada kayu dan mudah terbakar. 
Sejarah Melayu melaporkan bahawa istana Sultan Mansur Syah pernah musnah 
dijilat api. Antara sebab kebakaran ialah serangan tentera dari pelbagai bangsa 
bermula dengan Portugis hingga ke Inggeris. Selain itu, perbalahan antara 
ideologi atau pemikiran juga menjadi faktor seperti peristiwa kebakaran hasil 
karya Hamzah Fansuri pada zaman Iskandar al-Thani dan Safyatudin oleh 
penentangnya yang diketuai oleh Nur al-Din al-Raniri yang akhirnya membawa 
kepada banyaknya hasil karya Hamzah dan pengikutnya dibakar.102 
 
ii. Keadaan / Kondisi Alam 
Selain sifat manusia selaku pemilik dan penyimpan, faktor persekitaran 
dan alam juga mendorong kepada keterabaian proses ini. Wan Ali Wan Mamat 
(1988), menceritakan dengan terperinci sekali faktor ini di dalam bukunya 
Pemuliharaan Buku dan Manuskrip. Beliau menyatakan antaranya ialah faktor 
kelembapan, cahaya dan pencemaran udara.103Selain iklim, faktor alam lain iaitu 
serangga juga adalah antara faktor menyebabkan proses ini terabai.hal ini kerana, 
kebanyakan serangga seperti silverfish, lipas, dan sebagainya yang menjadikan 
                                                
medium penulisan khususnya kertas sebagai tempat tinggal dan makanannya 
menyebabkan kerosakan dan kehilangan tulisan dan mukasurat sesebuah 
manuskrip. Hal ini menyebabkan fakta mengenai manuskrip tidak dapat 
diperolehi dengan lengkap. 
 
iii. Kekangan, Kelemahan dan Kekurangan Tempat, Peralatan dan 
Tenaga Mahir. 
Kekurangan tempat khas dan alat perkakas seperti „bilik pengwasapan‟ 
untuk memulihara manuskrip daripada rosak dan reput  akibat serangan serangga 
dan tempoh yang memakan masa yang sangat panjang. Aziz Deraman (kini 
Dato‟) di dalam kertas kerja beliau bertajuk „Masalah Manuskrip Di Malaysia 
Dan Masa Depannya‟ menyatakan keresahan beliau terhadap nasib Manuskrip 
Melayu  berkenaan kemudahan ini. Beliau menyatakan bahawa kebanyakan 
institusi di Malaysia selain Arkib Negara dan Perpustakaan-perpustakaan, masih 
belum dilengkapi dengan makmal dan bengkel awetan serta kakitangan yang 
mahir dan berkepakaran.104Penulis juga bersetuju melalui bukti lawatan penulis ke 
bahagian Pemuliharaan Perpustakaan Universiti Malaya dan Pusat Dokumentasi 
Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka.105 
iv. Kekangan Kewangan 
Kekangan kewangan yang dihadapi oleh institusi yang memainkan 
peranan dalam usaha pemuliharaan khazanah berharga ini. Bertepatan dengan 
                                                 
104Aziz Deraman, “Masalah Manuskrip di Malaysia dan Masa Depannya” (kertas kerja, Pertemuan 
Mengenai Manuskrip Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 10 Oktober 1983), 10. 
105Di Bahagian Pemuliharaan Perpustakaan Universiti Malaya hanya menyediakan kemudahan 
penyimpanan seperti tempat berhawa dingin dan kelembapan udara dan suhu yang dikawal tanpa usaha 
membaik pulih kerosakan manuskrip dalam simpanannya.Manakala, di Pusat Dokumentasi Melayu 
Dewan Bahasa dan Pustaka, pada peringkat awal, usaha pemuliharaan dilakukan.Kemudian, pihak DBP 
menghantar kepada syarikat yang mengusahakan.Tetapi, kini, di atas faktor kewangan, manuskrip yang 
diperolehi hanya disimpan.Temu bual bersama Puan Fatimah Zahrin, Pegawai Pusat Dokumentasi 
Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka. 17 November 2010. Penulis juga memperoleh maklumat daripada 
Prof Madya Dr Raja Masittah Raja Ariffin berdasarkan pengalaman beliau ketika bertugas di DBP. 
71 
kemudahan teknologi kini yang memudahkan penulis melihat teks melalui sistem 
pengimejan dan sebaginya memerlukan kepada kos yang agak tinggi. Hal ini 
dinyatakan oleh Aziz Deraman bahawa faktor kewangan adalah suatu halangan 
dalam pengolahan dan pengurusan manuskrip yang baik memandangkan peralatan 
yang melibatkan manuskrip seperti alat-alat mikrofilem / mikrofis adalah mahal 
harganya.106 
 
Kesimpulannya, melihat realiti faktor terabainya proses pendokumentasian  
di atas, seharusnya kesedaran bahawa walaupun natijah daripada pengaliran 
Manuskrip Melayu dari daerah kelahirannya dan akhirnya kita terpaksa 
mendapatkan kembali hak kita dengan suatu bayaran yang tinggi, namun 
seandainya ianya masih terus berada di tangan kita berkemungkinan jumlah 
manuskrip yang kekal hayatnya akan berkurang jumlahnya berbanding jumlah 
yang ada sekarang. 
 
4.3 Mengkatalog Manuskrip Melayu 
Proses penkatalogan adalah usaha serius dalam memastikan usaha 
pendokumentasian menjadi sistematis. Menkatalog manuskrip tidaklah semudah bahan 
lain seperti buku, terbitan berkala, dan sebagainya. Antara butiran yang harus dan perlu 
diteliti ialah:107 
i) Mengenal pasti jumlah naskhah dalam sesuatu koleksi. 
ii) Memastikan bahawa setiap versi yang terdapat di dalam koleksi 
mempunyai judul yang tepat. 
                                                 
106Ibid. 
107Siti Hawa Salleh, Abu Hassan Sham dan Harun Mat Piah, “Strategi Perolehan, Pengawetan dan 
Pendokumentasian Manuskrip Melayu” (Kertas Kerja dalam Pertemuan Mengenai Manuskrip Melayu, 
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983), 7. 
72 
iii) Menentukan penetapan terhadap naskhah yang tergolong sebagai „tanpa 
judul‟. 
iv) Memastikan urutan jilid dan penggolongan versi setiap naskhah. 
v) Mendapatkan maklumat fizikal, termasuk dimensi, jumlah baris, jumlah 
kata sebaris, jumlah halaman, deskripsi bahagian awal, tera airdan lain-lain 
yang berkaitan. 
vi) Membuat abstrak atau sinopsis bagi setiap naskhah, iaitu melalui 
pembacaan bahan yang sedia ada atau yang diperolehi daripada naskah itu 
sendiri.  
Antara bukti pendokumentasian dilakukan ialah kewujudan dan penerbitan 
katalog-katalog manuskrip yang terdapat dalam simpanan. Menurut Ding, terdapat tidak 
kurang 100 buah katalog Manuskrip Melayu yang boleh dirujuk untuk mencari 
Manuskrip Melayu yang terdapat di serata negara di dunia ini.108 Antaranya untuk 
mengenalpasti manuskrip yang terdapat beberapa buah negara 
 
Selain keberadaan dan kewujudan manuskrip di kesan dan didapati melalui 
proses katalog yang dilakukan, kewujudan naskhah manuskrip juga dikesan di dalam 
simpanan repositori-repositori juga perlu diberi perhatian. Menurut Ding Choo Ming, 
terdapat 151 institusi yang menyimpan Manuskrip Melayu yang tersebar di 28 buah 
negara iaitu:  
Jadual 2.2: Repositori Simpanan Manuskrip Melayu 
No  Nama Negara Lokasi 
1. Afrika Selatan South African Cultural History Museum, South African 
Library, University of South Africa Library, University of 
Durban-Westville, Documentation Center. 
75 
2 Australia National Library of Australia, Australian National University 
Library, Monash. University Library, University of Sydney 
Library, State Library of New South Wales, Dixion Library 
(Sudney). 
3 Austria Museum fur Volkerkunde (Viena). 
4 Belgium Bibliotheque Royale Albert I (Brussel) 
5 Brunei Dewan Bahasa dan Pustaka (Bandar Seri Begawan), Muzium 
Brunei (Bandar Seri Begawan), Pusat Da‟wah Islamiah, Pusat 
Sejarah. 
6 Chekoslovakia Narodni knihovna Ceske republiky (Prague) 
7 Denmark Kongelige Bibliotek (Copenhagan), Nationalmuseet 
(Copenhagan), Rigarkivet (Copenhagan). 
8 France Bibliotheque Municipale (Marseille), Bibliotheque Nationale 
(Paris), Missions Estangeres (Paris), Institut National des 
Langues et Civilizations Orientales (Inalco), Missions 
Estrangeres de Paris (Inalco), Bibliotheque Municipale 
(Tournus), Societe Asiqtique (Inalco). 
 
9 Germany Museum fur Volkerkunda (Berlin), Staatbibliotheek 
Preussischer Kulturbesitz (Berlin), Universitatsbibliothek 
(Bonn), Sachsische Landesbibliothek (Dresden), Universitat-
bibliothek (Hale), Staat- und Universitatsbibliothek, 
Universitatsbibliothek (Heidelberg), Universitatsbibliothek 
(Leipzig), Universitatsbibliothek (Marburg), Byerische 
Staatsbibliothek (Munich), Universitatsbibliothek (Rostok), 
Stadbibliothek (Trier).   
10 Hungary Perpustakaan Nasional (Budapest). 
11 India International Academy of Indian Culture (New Delhi). 
12 Indonesia Pusat Dokumentasi dan Informasi Aceh, Museum Negeri 
Propinsi (Aceh), Museum Negeri Propinsi Bengkulu, Arsip 
Nasional Republik Indonesia (Jakarta), Ecole francaise 
d‟Extreme-Orient (Jakarta), Perpustakaan Nasional Republik 
Indonesia (Jakarta), Fakultas Sastera Universitas Indonesia 
(Depok), Keraton Kaprabonan (Cerabon), Keraton Kasepuhan 
76 
(Cerabon), Museum Negeri Propinsi Kalimantan Selatan 
„Lambung Mangkurat‟ (Banjarbaru), Museum Negeri Propinsi 
Kalimantan Timur (Tenggarong), Museum Negeri Propinsi 
Lampung, Museum Negeri Propinsi Nusa Tenggara Barat 
(Matam), Yayasan Museum Kebudayaan Samparaja (Bima), 
Yayasan Kebudayaan Indera Sakti (Pulau Penyengat), Museum 
Negeri Propinsi Sulawesi Selatan La Galigo (Ujungpandang), 
Universitas Hasanudin (Ujungpandang), Yayasan Kebudayaan 
Sulawesi Selatan dan Tenggara (Ujungpandang), Pusat 
Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau 
(Padang), Museum Negeri Propinsi Sumatra Utara (Medan).  
 
13 Ireland Library of Trinity College (Dublin). 
14 Italy Bibiotheca Nazionale Marciana (Venecia). 
15 Malaysia Muzium Negeri Kedah (Alor Star), Perpustakaan Awam Perlis, 
Muzium Negeri Kelantan, Arkib Negara Malaysia, Dewan 
Bahasa dan Pustaka, Muzium Kesenian Islam, Muzium Negara, 
Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Universiti 
Malaya, Pusat Islam Malaysia, Kolej Agama Sultan Zainal 
Abidin, Muzium Negeri Terengganu, Muzium Sarawak, 
Muzium Budaya (Melaka), Muzium Sultan Abu Bakar (Pekan), 
Madrasah al-Ikhsaniyyah, Pulau Tiga. 
16 TheNetherland Koninklijke Instituut voor de Tropen (Amsterdam), Universiteit 
van Amsterdam, Museum Bronbeek (Arhem), Algemeen 
Rijksarchief (The Hague), Rijkmuseum Meermamo – 
Westreenianium en Museum van het Boek (The Hague), Stads 
of Athenaumbibliotheek (Deventer), Koninklijk Instituut voor 
Taal- , Land-en Volkenkunde (Leiden), Rijkmuseum voor 
Volkenkunde (Leiden), Universiteit-bibliotheek (Leiden), 
Rijkuniversiteits Bibliotheek (Utrecht).   
 
17 Norway Uiversitetsbiblioteket Oslo 
18 Poland Perpustakaan Nasional (Warsaw), Museum Azji I Pacyfiku 
77 
(Warsaw). 
19 Portugal Arquivo National da Torre do Tombo (Lisbon). 
20 Russia Archiv Akademii Nauk Rossii (Leningrad), Institut 
Vostokodenija RAN, Russkoe Geograficheskoe Obshchestvo 
(Leningrad). 
21 Singapura National Heritage Board, National Library Board, National 
University of Singapore 
22 Spain Bibliotheca Nacional (Madrid), Archivo General de Indias 
(Seville). 
23 Sweden Univeritesbibliotek (Lund), Kungliga Biblioteket (Stockholm). 
24 Switzerland Offentliche Bibliothek der Universitat (Basel). 
25 Thailand Wachirayan National Library (Bangkok). 
26 UnitedKingdom City of Bristol Museum and Art Gallery (Bristol), Suffolk 
Record Office (Bury Saint Edmunds), Cambridge University 
Library (Cambridge), Edinburgh University Library, New 
College Library (Edinburgh), University of Glasgow Library, 
Brymor Jones Library, University of Hull, Center for Southeast 
Asian Studies, University of Hull, British and Foreign Bible 
Society (London), British Library (London), British Museum 
(London), Public Record Office (London), Royal Asiatic 
Society Library (London), School Of Oriental And African 
Studies, University Of London, Wellcome Institute For The 
History Of Medicine Library (London), Windsor Royal 
Archives (London), John Rylands University Library 
(Manchester), Bodleian Library (University Of Oxford), 
Institute Of Social Anthropology, University Of Oxford.   
27 USA Harvard University, Houghton Library, Yale University, 
American Philosophical Society, Princeston University Library, 
San Francisco College for Women, Library of Congress. 
28 Vatican Bibliotheca Apostolica Vaticana. 
 
 
 
 
78 
 
 
5. Pengurusan Manuskrip Melayu di Malaysia 
Kebanyakan para sarjana yang terlibat secara langsung dalam penyelidikan 
khazanah berharga ini menyuarakan kebimbangan mereka dalam usaha menyelamatkan 
khazanah bernilai ini dari aspek ketidakwujudan suatu organisasi yang dilantik dan 
diberi amanah serta tanggungjawab menguruskannya. 
 
Antaranya nama yang tidak asing lagi, Ibrahim Kassim melalui kertas kerja 
beliau, Masalah Dokumentasi Manuskrip Melayu menyuarakan pandangan 
menubuhkan Pusat Dokumentasi Melayu setelah menyenaraikan lima masalah 
dokumentasi iaitu:109 
i) Masalah pengumpulan:Masalah ini merangkumi permasalahan berkaitan 
tiadanya dasar perolehan yang tetap berkenaan kaedah iaitu cara 
mendapatkan manuskrip  
ii) Masalah mengkatalog:Berkaitan dengan masalah ketidakseragaman di 
antara katalog-katalog yang ada yang akhirnya menimbulkan kerumitan di 
kalangan penyelidik. Tambahan pula, usaha menkatalog manuskrip sebagai 
bahan bukan buku (non-book material) adalah berbeza disebabkan kelainan 
dan keunikan sifatnya sebagai khazanah berharga. 
iii) Masalah klasifikasi:Kebanyakan institusi yang ada menyimpan Manuskrip 
Melayu hanya mengkelaskan dan melabelkan koleksi mereka menurut 
nombor turut (running number) tanpa dikelaskan mengikut klasifikasi. 
                                                 
109Ibrahim Kassim, “Masalah Dokumentasi Manuskrip Melayu” ( makalah, Seminar anjuran bersama 
Persatuan Perpustakaan Malaysia dan GAPENA, 1976), 8-10 
79 
iv) Masalah pemeliharaan:Masalah yang melibatkan pengurusan 
penyimpanan bagi tujuan memelihara fizikal manuskrip. Antaranya aspek 
suhu, kelembapan, pembaikan, tempat dan pegawai dan tenaga mahir yang 
berkemahiran dan layak mengendalikannya.  
v) Masalah kajian: Masalah ini disuarakan dengan menyatakan tindakan 
sewajarnya yang perlu dimainkan oleh mana-mana perpustakaan atau 
institusi yang memeliki manuskrip untuk menyediakan kemudahan bagi 
tujuan penyelidikan. Antaranya senarai katalog manuskrip, indeks atau 
bibliografi, koleksi manuskrip yangdisusun secara teratur dan rapi, ruangan 
atau bilik untuk keselesaan penulis, peralatan menggunakan manuskrip dan 
kemudahan membuat salinan mikro atau photocopy. Selain itu jalinan 
hubungan di antara institusi atau perpustakaan yang mempunyai koleksi 
manuskrip sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa adalah 
penting dalam usaha menyediakan khidmat pinjaman atau perolehan koleksi 
di antara institusi.  
Maka, permasalahan yang disenaraikan diberi penyelesaian dengan usaha 
mewujudkan Pusat Dokumentasi Manuskrip Melayu yang menggalas tanggungjawab 
seperti: 
i) Mengesan dan jika perlu membekalkan sama ada asli atau salinan 
manuskrip yang diperlukan oleh penyelidik. 
ii) Membuat katalog induk manuskrip untuk kemudahan rujukan dan 
penyelidikan. 
iii) Berfungsi sebagai repository kebangsaan bagi Manuskrip Melayu. 
iv) Berkhidmat sebagai clearing house dan pusat rujukan bagi maklumat dan 
pertanyaan dari dalam juga luar negeri berhubung dengan manuskrip. 
80 
 
Mengambil bahagian yang aktif dalam usaha mengatur program pertukaran 
maklumat mengenai manuskrip dan juga kemudahan pinjam-meminjam di antara 
perpustakaan di peringkat dalam dan luar negeri. 
 
5.1 Institusi Yang Menyimpan Manuskrip Melayu di Malaysia 
Menyorot beberapa institusi di negara ini yang mempunyai koleksi Manuskrip 
Melayu, penulis mengetengahkan beberapa institusi yang dilawati iaitu: 
 
 
i) Dewan Bahasa dan Pustaka 
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah antara institusi awal yang 
mengambil langkah melakukan pengumpulan Manuskrip Melayu dalam tahun 
60an. Kini, jumlah koleksi yang terdapat di DBP adalah kira-kira 171 
buah.usaha perolehan ridak serancak pada tahap awal kesedarannya disebabkan 
faktor peruntukan kewangan memandangkan untuk memperoleh sesebuah 
manuskrip memerlukan kepada bayaran yang sangat tinggi. Dari aspek 
pendokumentasian, pihak DBP menyediakan katalog manuskrip yang terdapat di 
dalam simpanannya.Manakala, dari sudut pemuliharaan, pada tahap awal 
penubuhan, DBP menyediakan kemudahan pemuliharaan.Namun, juga atas 
faktor kewangan dan keselamatan, pihak DBP mengambil inisiatif menjalankan 
pemuliharaan koleksi manuskrip simpanannya melalui syarikat yang 
menjalankan perkhidmatan tersebut.110 
 
                                                 
110Puan Fatimah Zahrin (Pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka), dalam temu bual dengan penulis, 29 
Oktober 2010. 
81 
ii) Perpustakaan Universiti Malaya 
Melalui penerbitan katalog Manuskrip Melayu bertajuk „Malay 
manuscripts a Bibliographical Guide‟ karangan J.H Howard dalam tahun 1966 
menunjukkan antara usaha serius yang dijalankan oleh institusi ini pada 
peringkat awal kesedaran mengenai Manuskrip Melayu. Kini, jumlah koleksi 
Manuskrip Melayu di Perpustakaan Universiti Malaya adalah 326 naskhah 
asal.111 
Namun, jumlah koleksi tidak bertambah memandangkan institusi ini 
hanya memelihara jumlah koleksi yang ada tanpa melakukan sebarang 
pengesanan dan perolehan baru terhadap Manuskrip Melayu.Bahkan, tidak ada 
sebarang peruntukan kewangan khusus untuk usaha memperolehinya. 
 
Walau bagaimanapun, institusi ini hanya menjalankan aktiviti 
pemeliharaan bukan pemuliharaan secara langsung terhadap fizikal 
manuskrip.Antaranya pewasapan berkala, penyediaan tempat simpanan yang 
dilengkapi dengan peralatan dan keperluan asas terhadap manuskrip daripada 
rosak.Manakala, usaha pemuliharaan dari aspek kandungannya dijalankan 
melalui usaha pemindahan daripada bentuk asal kepada bentuk digital iaitu 
medium mirofilem dan mikrofis.112 
 
iii) Arkib Negara Malaysia 
Arkib juga terdapat simpanan beberapa Manuskrip Melayu.Tetapi, 
mengambil kira bidang tugas arkib yang termaktub di dalam Akta Arkib Negara 
Malaysia 2003 (Akta 629), penafsiran „arkib‟ ialah „rekod yang dipelihara bagi 
                                                 
111Puan Haslina Husain dan Noraslinda Sanusi (Pustakawan Perpustakaan Universiti Malaya), dalam 
temubual dengan penulis, 20 Oktober 2010. 
112Puan Haslina Husain dan Noraslinda Sanusi (Pustakawan Perpustakaan Universiti Malaya) dalam 
temubual dengan penulis, 20 Oktober 2010.Serta lawatan ke bahagian Pemeliharaan dan Pemuliharaan 
Perpustakaan Universiti Malaya. 
82 
nilai kebangsaan atau sejarahnya yang kekal dan lama bertahan atau kedua-
duanya‟. Oleh itu, apabila Manuskrip Melayu yang ditafsirkan sebagai dokumen 
yang ditulis tangan atau ditaip dalam Bahasa Melayu, tulisan Jawi atau Rumi 
dan tidak diterbitkan, sudah tentunya akan meliputi kebanyakan surat-menyurat 
yang terdapat di dalam koleksi Arkib Negara yang dihasilkan atau diterima oleh 
pemerintah atau penjawat-penjawat awam. Di dalam penggunaan di Arkib, 
bahan-bahan manuskrip ini lebih dikenali dengan istilah „rekod‟ atau „arkib‟.113 
 
Maka, melalui pengistilahan ini jelas menunjukkan bahawa Arkib Negara 
Malaysia lebih memberi penekanan dan fokus kepada sumber-sumber 
berasaskan fail atau dokumen. Seperti institusi lainnya, Arkib juga memperoleh 
bahan melalui pemberian hadiah, pembelian, dan sebagainya. Mengambil kira 
faktor ini, tidak dinafikan terdapat beberapa manuskrip selain fail atau dokumen 
yang wujud di institusi ini. Hal ini berkemungkinan ianya diletakkan bersama 
koleksi fail dan dokumen yang diserahkan bersama oleh pemilik asal bahan 
tersebut kepada pihak Arkib.114 
 
Seterusnya, melalui temubual yang dijalankan, informer menyatakan 
bahawa setelah penubuhan dan pengisytiharan Perpustakaan Negara Malaysia 
sebagai Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu dan kewujudan Pusat Manuskrip 
Melayu, segala urusan dan penyerahan Manuskrip Melayu oleh mana-mana 
                                                 
113 Samsiah Muhamad (Dr. Hajah) “Pemeliharaan Manuskrip Melayu: Koleksi Agung Warisan Dunia” 
(makalah, Kumpulan Kertas Kerja Seminar Antarabangsa Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara 
Malaysia, Kuala Lumpur, 10-11 Julai 2006). 
114En Zaidin Mohd Noor (Ketua Seksyen Perkhidmatan Repositori Arkib Negara Malaysia) dalam 
temubual dengan penulis, 21 Oktober 2010. 
83 
individu atau institusi ke Arkib Negara Malaysia akan dicadangkan untuk 
menyerahkannya kepada pihak Pusat Manuskrip Melayu.115 
 
Namun, penulis tidak menafikan masih terdapat naskhah manuskrip 
Melayu yang tersimpan pada individu-individu tertentu dan institusi-institusi 
lain selain yang telah disebutkan di atas. Antaranya di Institut Alam dan 
Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia, International 
Institute Of Islamic Thought And Civilization (ISTAC), dan beberapa lagi 
institusi lain. 
 
 
5.2 Realiti Pengumpulan Manuskrip Di Malaysia 
Ding Choo Ming (2003) menyatakan bahawa kalau suatu masa dahulu koleksi 
Manuskrip Melayu di institusi di Malaysia kecil jumlahnya berbanding dengan apa 
yang ada di United Kingdom, Netherlands dan negara-negara Eropah lain, gambaran 
tersebut kini telah berubah.116 
 
Selain itu, Wan Ali Wan Mamat (1993) dalam laporannya mengenai pengesanan 
dan pendokumentasian Manuskrip Melayu di Selatan Sumatera dan Jawa Barat 
menyatakan bahawa jumlah Manuskrip Melayu yang terdapat di Sumatera adalah besar. 
Melalui usaha beliau ini, sejumlah 1,000 judul ditemui.Walau bagaimanapun, beliau 
percaya masih banyak Manuskrip Melayu yang masih belum dikesan dan 
didokumenkan.117 
 
                                                 
115Ibid. 
116 Ding Choo Ming, Kajian Manuskrip Melayu: Masalah, Cadangan dan Kritikan, 47.  
117Wan Ali Wan Mamat, “Pengesanan dan Pendokumentasian Manuskrip Melayu di Sumatera, 
Indonesia,” Jurnal Filologi Melayu (Kuala Lumpur:Perpustakaan Negara Malaysia, 1993), 141.  
84 
Namun, menyorot sejarah kesedaran mengenainya adalah penting.Kesedaran 
mengenai kepentingan Manuskrip Melayu telah mula timbul di kalangan institusi-
institusi semenjak akhir tahun 50-an lagi tetapi usaha positif tidak diambil dengan serta 
merta. Usaha-usaha mula diambil hanya dalam tahun 60an apabila institusi-institusi 
seperti Dewan Bahasa dan Pustaka dan Universiti Malaya mengesan dan mengumpul 
manuskrip-Manuskrip Melayu untuk simpanan di perpustakaan masing-masing.118 Satu 
usaha secara bersungguh telah dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 
1963 untuk mendapatkan manuskrip-manuskrip dari kerabat-kerabat di raja di Kedah 
dan orang-orang perseorangan. Bahan-bahan tersebut diperolehi secara hadiah atau 
dibeli terus.Pada ketika itu harga sebuah manuskrip amat rendah jika dibandingkan 
dengan sekarang. 
 
Manakala, perpustakaan Universiti Malaya pula melalui Usaha Penerbitan 
Mengenai Manuskrip Melayu Dengan Terhasilnya Buku „Malay Manuscripts a 
Bibliographical Guide‟karangan J.H Howard dalam tahun 1966. Penerbitan ini didapati 
amat berguna kerana mengandungi maklumat asas mengenai manuskrip-manuskrip 
yang berada di dalam simpanan Perpustakaan Universiti Malaya sama ada di dalam 
bentuk asal atau mikrofilem. Buku panduan ini juga menyenaraikan manuskrip-
Manuskrip Melayu yang terdapat di institusi-institusi di Eropah seperti yang diketahui 
pada ketika itu. 
 
Walau bagaimanapun, Hamdan Hassan menyatakan hasil daripada maklumat 
yang beliau terima daripada Tuan Haji Ibrahim Ismail dari Universiti Malaya yang 
menyatakan bahawa dokumentasi terawal tentang manuskrip yang tersimpan di 
semenanjung ialah Catalogue of Works dealing with linguistics and etnoghraphy in the 
                                                 
118Zakiah Hanum, “Pengesanan, Perolehan, dan Pendokumentasian Manuskrip Melayu” (makalah, 
Seminar Manuskrip Melayu, Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, Kedah, 23 Oktober 1986), 2. 
85 
library of the federated Malays States Museums at Kuala Lumpur and Taiping yang 
disusun oleh I.H.N. Evans. Dokumentasi tersebut telah dicetak oleh Federated Malay 
States Printing Office, Kuala Lumpur pada tahun 1925.119 
 
Seterusnya, beliau menyatakan bahawa usaha mengumpul manuskrip oleh 
institusi kerajaan meningkat dengan mendadak pada akhir 80an, mungkin kerana 
meningkatnya kesedaran pihak-pihak berkenaan akan perlunya manuskrip 
diselamatkan. Institusi utama yang aktif mengumpul ialah Pusat Islam, Perpustakaan 
Negara, dan Muzium Terengganu.Namun, jumlah sebenar tidak diketahui kerana 
senarai perolehan tidak diterbitkan.120 
 
Pelbagai aktiviti dan langkah yang telah dibincangkan dan diambil dalam usaha 
meningkatkan kesedaran terhadap Manuskrip Melayu khususnya pengumpulan dan 
pemuliharaan.Selain itu, jawatankuasa ini juga telah menyusulkan cadangan supaya 
ditubuhkan dan dipusatkan Manuskrip Melayu di Perpustakaan Negara Malaysia. 
 
Pada waktu-waktu itu usaha-usaha untuk mengesan dan memperolehi 
Manuskrip Melayu dijalankan sebagai kegiatan sampingan.Institusi-institusi 
menghadapi masalah disebabkan faktor-faktor kewangan, keutamaan dasar perolehan 
bahan-bahan khususnya bagi perpustakaan kekurangan kepakaran, dan lain-lain.Tahun-
tahun lepas itu memperlihatkan minat yang kian bertambah di kalangan institusi dan 
orang ramai.Akhbar-akhbar dan majalah juga memainkan peranan masing-masing 
dengan menerbitkan makalah-makalah mengenai manuskrip di seberang laut seringkali 
dibincang hangat oleh ahli-ahli politik terutamanaya semasa persidangan Parlimen. Dari 
sudut yang lain pula pihak-pihak yang berminat seperti Jabatan Pengajian Melayu, 
                                                 
119 Hamdan Hassan, “Kegiatan Pengumpulan Manuskrip Melayu,” 108. 
120Ibid. 
86 
Universiti Malaya, Gapena, dan lain-lain. Seringkali juga menyuarakan rasa keinginan 
melihat manuskrip-manuskrip itu atau sekurang-kurangnya salinan-salinannya 
diperolehi untuk menjadi khazanah negara. 
 
Seterusnya perkara ini dibangkitkan berkali-berkali di persidangan-persidangan 
tertentu anjuran pihak universiti tempatan. Satu seminar khusus  mengenai Manuskrip 
Melayu diadakan pada 10 Oktober 1983 di Dewan Bahasa dan Pustaka. Beberapa 
ketetapan yang penting telah dibuat di pertemuan sehari itu.Natijahnya, melalui 
pertemuan ini Perpustakaan Negara Malaysia diisytiharkan sebagai Pusat Kebangsaan 
bagi manuksrip Melayu.Kesimpulannnya, di semua persidangan atau perjumpaan 
mengenai kebudayaan atau dokumentasi, Manuskrip Melayu menjadi topik dan fokus 
utama di dalam perbincangan sehingga para pustakawan mendapati perlu untuk 
memasukkan perolehan manuskrip di dalam kegiatan tahunan masing-masing.Perolehan 
ini dijalankan secara persendirian tanpa sebarang penyelarasan dari mana-mana pihak. 
Akibatnya, terjadilah keadaan yang tidak begitu sihat, di mana terdapat  institusi-
institusi berlumba  untuk mendapatkan mansukrip dari koleksi-koleksi orang 
perseorangan.  
 
Aziz Deraman121 dalam membicarakan masalah Manuskrip Melayu di Malaysia 
di Pertemuan Mengenai Manuskrip Melayu menyatakan bahawa di Malaysia setakat 
1983 masih tidak kedapatan satu senarai induk manuskrip yang telah dikesan dan 
diterbitkan oleh mana-mana institusi. Sehingga tertubuhnya satu jawatankuasa yang 
                                                 
121Aziz Deraman beliau merupakan mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa da Pustaka dan Profesor 
Adjung di Universiti Utara Malaysia.Dilahirkan pada tahun 1948 dan merupakan anak kelahiran Kelantan 
Darul Naim.Dikenali sebagai budayawan-pentadbir, mendukung kekayaan warisan tradisi kebudayaan 
dan keagamaan. Beliau banyak diberi anugerah dan penghargaan di pelbagai peringkat sama ada di 
peringkat negara dan negeri. Antaranya D.P.S.K., D.S.P.N., J.S.M., K.M.N., D.M.M., dan pengiktirafan 
seperti A.S Pushkin Memorial Medal, Rusia (1999), Profesor Kehormat, Guangdong University Of 
Foreign Studies, China (2001), Anugerah Khas Presiden ABIM (2003), Anugerah Pencetus MASTERA, 
Indonesia (2005), Soka University Award of Honour (Education and Culture), Tokyo, Jepun (2006), Prof 
Adjung, Universiti Utara Malaysia (2007) 
87 
diberi nama Jawatankuasa Menyususn Katalog Induk Manuskrip Melayu Lama yang 
dianggotai oleh individu yang berkepakaran dalam Manuskrip Melayu. Jawatankuasa 
ini dipengerusikan oleh Prof Muhammad Haji Salleh (UKM), Raja Masittah Raja 
Ariffin (DBP) sebagai Setiausaha. Dan keanggotaannya terdiri daripada Dr. Harun Mat 
Piah (UKM), Prof. Madya Siti Hawa Salleh (UKM), Sdr. Abu Hassan Sham (UM), Sdr. 
Hamdan Hassan (UM) dan Puan Ruhani Rustam (DBP). 
 
Sememangnya tujuan akhir kepada jawatankuasa ini ialah menerbitkan katalog 
induk disamping membincangkan dan melaksanakan hal-hal berkaitan Manuskrip 
Melayu.Antaranya ialah galakan yang meluas terhadap masyarakat yang mempunyai 
Manuskrip Melayu supaya tampil untuk menyerahkan khazanah berharga tersebut untuk 
didokumen dan dipulihara.Selain itu, usaha untuk mengesan dan memperoleh 
Manuskrip Melayu dalam simpanan kerabat diraja dan istana juga giat dilakukan.Selain 
itu, jawatankuasa ini juga mencadangkan supaya Manuskrip Melayu dipusatkan di suatu 
institusi dan Perpustakaan Negara adalah antara cadangan yang diketengahkan.122 
Menurut Dr. Raja Masittah, hal ini kerana, usaha menjejak dan mendapatkan seterusnya 
memulihara manuskrip adalah suatu usaha yang berat dan harus dipersediakan dengan 
keperluan asas yang cukup dan berkesan. Antaranya ialah keperluan tenaga mahir, 
kewangan dan tempat penyimpanan.123 
 
Sehingga pada 1983, Perpustakaan Negara Malaysia telah diisytiharkan sebagai 
Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu ketika Pertemuan Mengenai Manuskrip Melayu 
oleh Dato Anwar Ibrahim pada ketika tersebut sebagai Menteri Belia dan 
Sukan.Bertepatan dengan pengistiharannya sebagai pusat Kebangsaan, maka 
Perpustakaan Negara Malaysia telah mengambil inisiatif dengan membuat tinjauan 
                                                 
122Prof Madya Dr Raja Masittah Raja Ariffin (Pensyarah Universiti Putra Malaysia), dalam temubual 
dengan penulis, 3 Disember 2010. 
123Ibid.  
88 
ringkas mengenai jumlah manuskrip yang terdapat di negara ini.Pada ketika itu didapati 
sejumlah lebih kurang 200 judul terdapat di perpustakaan Universiti Malaya dan Dewan 
Bahasa dan Pustaka.Memandangkan jumlahnya terlalu sedikit dan menyedari bahawa 
negara kita semestinya masih mempunyai individu yang menyimpan khazanah berharga 
ini, Perpustakaan Negara Malaysia telah membawa perkara ini kepada pihak kerajaan. 
Maka, menyedari bahawa manuskrip adalah khazanah berharga dan warisan yang 
merakamkan  kebudayaan dan keintelektualan yang penting dipulihara dan dihargai, 
kerajaan telah bersetuju untuk menubuhkan Pusat Manuskrip Melayu pada 10 Julai  
1985 dan dijadikan bahagian di bawah Perpustakaan Negara Malaysia. 
6. Kesimpulan 
Sesungguhnya, tradisi penulisan manuskrip yang merupakan hasil cetusan minda 
dan kreativiti serta semangat keinteletualan cendekiawan merangkap penulis pada 
zaman awal tercetusnya mengalami sebuah perjalanan sejarah naik turunnya.Hal ini 
dilihat daripada faktor perubahan yang berlaku di rantau ini.Hingga akhirnya khazanah 
milik rantau ini dipunggah dan disimpan serta dipelihara dan dipulihara dengan baik 
sekali oleh „pemunggahnya‟. 
 
Hakikatnya, dalam usaha menyelamatkan dan menguruskan khazanah berharga 
dan unik ini bukanlah suatu perkara yang mudah. Hal ini disebabkan faktor usia dan 
medium penulisannya yang pelbagai seperti kulit, kain, dan sebagainya. Walau 
bagaimanapun, berbekalkan minat dan kesungguhan untuk memperoleh dan 
menyimpannya, masalah tersebut dapat diatasi dengan sebaiknya melalui langkah-
langkah yang diambil untuk mengelakkan kepupupusannya.Antaranya mengambilkira 
aspek yang mengundang kepada kerosakannya, ianya dielakkan dan diatasi dengan 
penyediaan kelengkapan yang secukupnya. 
89 
 
Namun, realiti kesedaran di kalangan rantau serta negara kelahirannya hanya 
wujud setelah memperoleh kemerdekaan khususnya Malaysia.di Malaysia, kesedaran 
mengenainya agak lewat iaitu hanya pada akhir tahun 1950-an hasil gembelingan 
tenaga pelbagai pihak terutamanya para sarjana yang terlibat secara langsung dengan 
khazanah berharga ini. Atas kerisauan dan kekhuatiran pelbagai pihak mengenai nasib 
yang bakal menimpa khazanah intelektual negara ini jika ianya terus dilupakan dan 
dibiarkan tanpa suatu usaha untuk menguruskannya, pelbagai usaha 
dilakukan.Antaranya seminar yang membincangkan perkara ini sehinggalah 
diisytiharkan Perpustakaan Negara Malaysia selaku gedung penyimpanan ilmu dan 
intelektual sebagai Pusat Kebangsaan khazanah berharga ini. Maka, melalui 
pengisytiharan dan amanah  ini, seharusnya semua pihak baik individu atau institusi 
memberi kerjasama yang jitu dan padu dalam menjayakan dan merealisasikan 
tanggungjawab ini memandangkan manuskrip adalah khazanah negara dan hak 
masyarakat secara bersama sebagai dokumen berharga serta berstatus sumber premier 
negara. 
 
 
 
 
 
 
 
BAB TIGA: 
 
PERPUSTAKAAN NEGARA 
MALAYSIA: SEJARAH 
PENUBUHAN DAN BAHAGIAN 
MANUSKRIP MELAYU 
91 
 
BAB 3:  
PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA: SEJARAH PENUBUHAN DAN 
BAHAGIAN PUSAT MANUSKRIP MELAYU 
 
1. Pendahuluan 
Sejarah telah merakamkan bahawa kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini 
bergantung erat dengan kemajuan ilmu yang terdapat pada bangsanya. Hal ini kerana, 
ilmulah yang berfungsi membawa sesuatu bangsa tersebut ke darjat kemuliaan, 
kebahagiaan dan kekuasaan. Maka, perpustakaan merupakan tempat yang paling mudah 
untuk mengumpul dan menyebarkan ilmu pengetahuan.1  
 
Ditinjau dari sudut sejarah, didapati pelbagai bentuk perpustakaan telah pun 
wujud sejak daripada zaman awal tamadun lagi. Kesusasteraan tertua yang mempunyai 
hubung kait dengan perpustakaan yang pernah ditemui manusia ialah kesusasteraan 
orang Sumeria yang bertanggungjawab membina tamadun di Lembah Euphrates di 
Iraq.2 
 
Tamadun orang Sumeria ini telah berkembang subur sehingga ke tahun 400 S.M. 
Mereka membangunkan perpustakaan-perpustakaan di Assyria dan Babylon untuk 
menyimpan tulisan-tulisan pahat yang diperbuat daripada tanah liat tersebut. Di antara 
perpustakaan terbesar yang mereka dirikan ialah perpustakaan yang diasaskan oleh raja 
Assurbanipal di istananya pada kira-kira tahun 600 S.M.3 
 
Perpustakaan semakin bertambah bilangannya dari semasa ke semasa. Raja-raja 
dan paderi-paderi telah menubuhkan perpustakaan di istana dan gereja. Di samping itu, 
                                                 
1 Abdullah Ibrahim, Islam dan Ilmu Pengetahuan (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980), 
134. 
2 Azam bin Hamzah, Sejarah Dan Tamadun Islam (711-1492 M) (Selangor: Hizbi Sdn.Bhd, 1991), 46. 
3 Ibid., 47. 
92 
 
terdapat juga perpustakaan yang berasaskan oleh orang perseorangan. Kebanyakan 
perpustakaan ini menyediakan khidmat asas sebagai tempat untuk menjaga dan 
menyimpan rekod-rekod tertentu untuk kegunaan masa akan datang. 
 
Tetapi apa yang lebih penting, Islam memperkenalkan idea baru dalam 
penggunaan perpustakaan. Mereka telah memperkenalkan idea bahawa perpustakaan 
bukan sekadar bangunan tempat menyimpan koleksi tulisan atau manuskrip yang diukir 
di atas tanah-tanah liat, daun-daun, gulungan kertas yang diperbuat daripada kulit atau 
buku-buku. Dengan kata lain perpustakaan bukan sekadar tempat menyimpan bahan-
bahan purba. Tetapi, perpustakaan berperanan lebih dari itu. Ianya dijadikan gedung 
ilmu pengetahuan yang menjadi pendorong utama atau alat terpenting ke arah 
membebaskan umat manusia daripada kejahilan di dalam bidang intelektual dan 
kebudayaan. Umat Islam telah menyedarkan masyarakat dunia tentang keperluan dan 
kepentingan perpustakaan sebagai alat untuk menimba dan menyebarkan ilmu 
pengetahuan.4 
 
Hal ini dilihat dengan tertubuhnya Perpustakaan Baitul Hikmah pada zaman 
kegemilang