alam iblis



Adalah dinasihatkan supaya anda membaca  siri1 dan siri2    terlebih 

dahulu sebelum membaca siri3 ini bagi mengelak kekeliruan 

CIRI-CIRI ISTIMEWA SESAT GOLONGAN 

JIN :

Didalam ms2, telah dinyatakan latarbelakang dan ciri-ciri  

makhluk  Jin  ini.  Maka dimukasurat  ini  akan dilanjutkan 

maklumat didalam tajuk yang sama ini. Diantara ciri-ciri  

yang  teristimewa  yang  ada  pada 

makhluk  Jin  ialah  

mempunyai  satu  jenis  kuasa  magik  atau  sakti  atau 

luarbiasa yang mereka miliki sama seperti Koramah yang 

dikurniakan  kepada  Waliallah  atau  Mawanah  yang  di  

kurniakan  kepada  para-para  Ambia,  Solihin,  Arifin  dan 

Mutaqin orang Islam Umat Muhammad saw. Inilah ciri-

ciri  yang  teristimewa  yang  telah  dikurniakan  Allah  swt  

kepada golongan Jin yang juga telah banyak menyesatkan 

golongan  Manusia  kerananya.  Manusia  menjadi  taksub 

kerananya,  tak  tahu  membezakan mana yang benar  dan 

mana yang salah tetapi Manusia ingin benar memiliki Ilmu 

Sakti  ini  hingga  sanggup  datang  beribu-ribu  batu  dari  

semua pelusuk benua dan negeri untuk menuntut Ilmu ini.  

Mereka  terang-terang  mahu  sesat  dan  rela  dipelakukan 

apa  saja,  asalkan  niat  mereka  tercapai.  Begitulah 

taksubnya umat manusia akan Ilmu Sakti ini yang hanya 

terdapat  di  Nusantara  ini  saja.  Tidak  terdapat  dimana-

mana lagi, disinilah yang terhebat kata mereka. Memang 

telah diperakui oleh semua sami-sami, tok tok pawang dan 

semua  ketua-ketua  Biara  dan  kuil  diserata  dunia  akan 

keampuhan  Ilmu  Sakti  Nusantara  ini.

Bukan semua makhluk Jin ini mampu menguasi sakti itu,  

hanya yang berpangkat Raja saja yang mampu. Samalah 

juga  dengan  manusia.  Kuasa  sakti  ini  mereka  gunakan 

untuk  berbagai  tujuan.  Pertama  untuk  mengelirukan 

manusia  Islam  supaya  meyakini  bahawa  mereka  telah 

dianugrah  Koramah.  Pada  manusia  yang  cetek  

pengatahuannya  tetapi  berpihak  kepada  mereka,  maka 

akan mereka pamirkan kuasa itu, seolah-olah manusia itu  

telah memiliki  darjat disisi  Allah swt.  Ini  biasanya zahir 

kepada  orang  beragama  contohnya  Imam,  Ustaz,  khadi  

atau tok Guru yang boleh menzahirkan emas, duit, batu-

batu  permata,  senjata,  keris  atau  pun  boleh  mengubat  

penyakit yang kronik seperti barah buah dada, barah usus,  

barah darah atau 'kena buatan orang' dan lain-lain lagi.  

Biasanya  Jin-jin  Islam  yang  terlibat  dengan  kerja 

seumpama ini mahukan pahla ibadah manusia warak itu  

juga  dapat  pada  mereka  diakhirat  nanti.

Kepada Mahaguru Persilatan, boleh memperturunkan Ilmu 

Kebal,  Ilmu Terbang,  Apungan diri  diudara,  Jalan  Atas 

Air,  Boleh  Hilang-hilang,  Boleh  berada  ditempat  yang 

jauh dengan sekelip mata saja, Ilmu Tempur Senjata, jika 

ditanam  tak  akan  mati,  di  tengelamkan  dalam  air  tak  

lemas,  meniti  atas  daun  dll.  Ini  melibatkan  Jin-jin  kafir  

biasanya  kerana  tipu  muslihat  ini  untuk  manusia 

bertambah  sombong,  megah  diri,  bongkak,  ego  dan 

seterusnya sesat mengikut mereka. Kesaktian ini terbahagi  

kepada  3  ketogeri,  iaitu  Guru  tahap  rendah,  Mahaguru 

tahap pertengahan dan Mahaguru tahap tinggi. Jika tahap 

rendah  hanya  mampu  berbuat  pekara  yang  juga  tahap 

rendah saktinya contohnya seperti memiliki Ilmu kebal dan 

Ilmu  tempur  sahaja.  Untuk  peringkat  pertengahan 

kesaktiannya selain memiliki Ilmu Kebal dan Ilmu Tempur,  

juga  boleh  Hilang,  Ilmu  Apongkan  Diri.  Manakala 

Mahaguru  peringkat  tertinggi  biasanya  tiada  limit.  

Kesemua  yang  disebutkan  diatas  dapat  mereka  kuasi  

setelah  pertapaan  demi  pertapaan  berserta  upucara 

persemadian  ,  persembahan dan  semahan darah  dibuat.  

Berbagai lagi peralatan dan upucara yang pelek mereka  

lakukan  semata-mata  untuk  menjadikan  mereka manusia  

sakti  diberbagai  lapangan  dari  satu  tahap  kesatu  tahap 

hingga  mereka  juga  bersatu  dengan  Iblis  sepenuhnya.  

Anak-anak  muridnya  cukup  banga  dan  megah  dapat  

belajar  dengan  Mahaguru  Persilatan  yang  mempunyai  

pelbagai  kesaktian  dan  biasanya  menjadi  Idola  mereka 

untuk  menjadi  sepertinya.

Ia juga akan hadir kepada Sami-sami dan Tok Cha atau 

Imam atau ketua kepercayaan Kebatinan, Hindu, Buddha,  

Majusi,  Ajaran-ajaran  Sesat  Sembah  Iblis  dll  sehingga 

mereka juga sampai ketahap Wali Iblis atau Manusia Iblis  

tak mati  hingga hari  kiamat.  Begitu saktinya mereka ini  

kerana mereka "bersatu" dengan Iblis.  Selain itu mereka 

juga dapat menguasi kesaktian yang dimiliki didalam Ilmu 

Persilatan  seperti  diatas.  Ini  juga  mempunyai  3  tahap 

kesaktian.  Dari  apa  yang  diteliti  dari  penyelidikan  ini,  

didapati tahap-tahap itu ialah peringkat kesaktian rendah 

yang  duduk  pada  pengamal  kepercayaan  orang-orang 

Majusi,  Buddha  dan  Hindu.  Manakala  diperingkat  

kesaktian pertengahan duduk pada pengamal Ajaran Sesat  

Sembah  Iblis.  Diperingkat  tertinggi  sekali  kesaktian  

sehingga digelar Manusia Iblis dan Wali Iblis ialah kepada 

pengamal  Kepercayaan  Kebatinan  yang  mana  mereka  

mewarisi peninggalan Keilmuan dari pencipta agama ini  

dari  Tok-tok  Dukun  dan  Pawang  Kuno  Bangsa  Melayu 

dahulu  kala.  Mereka  inilah  yang  menyampai  tahap 

tertinggi kebatinan dan bersatu dengan Iblis dan menjadi  

Manusia Iblis yang jitu. Kesaktiannya sama taraf dengan 

Koramah Waliallah dan tidak mati sehingga hari kiamat.  

Bercita-cita  untuk  bersatu  dengan  Dajjal  dan  Izazil  

didalam perang akhir zaman untuk menghapuskan Islam.  

Mereka  ini  adalah  pemuja  dan  kesayangan  Dajjal  dan 

Izazil. Mereka yang duduk ditahap ini hanya seorang saja 

dan  diperkuat  dengan  pembantunya  serta  pemerintah  

kerajaan  dan  balatenteranya  yang  sungguh  ramai.

Kepada  penyembah  Iblis  Pagan  Kuno  Yahudi,  Kristian,  

Lucifer,  Illimunity,  Secret  Societies,  Gog  Magog,  Anti  

Chris, Zionis, The Hidden Hand (THH), Mession, The Wise 

Man, The All Seeing Eye, Hiszul, Freemasons, Jesuit, Val  

Valerian,  Rothschaid,  Rockerfeller,  Lucis  Trust,  

Rosicrucians,  Occultist,  Gnosticsm,  Kundallinions,  

Theosopist, The Elite, Caucasians dan apa juga nama yang 

berpihak  kepada  Izazil  atau  Azazel,  semua  mereka  ini  

hanya  duduk  dibawah  sebagai  balaci  kepada  tentera 

-tentera  Manusia  Iblis  tadi.  Yang  paling  tertinggi  

dikalangan mereka ini  hanya sebagai  Pengurus  Logistik  

bala  tentera  Manusia  Iblis  keturunan  Melayu  itu  saja.  

Sedangkan yang lainnya hanya sebagai pencacai, kuli dan 

tak menyampai kepada apa-apa yang disebut diatas tadi,  

walaupun kelihatan sungguh berpengaruh, hebat, pandai,  

handal,  berkuasa,  digeruni,  memerintah  semasa  tinggal  

didunia, tetapi disebabkan Izazil dan Dajjal telah memilih  

orang-orang  hebatnya  dikalangan  Orang  Melayu  juga.  

Jadi  betapa  pun  mereka  mencuba  "please"  kan  kepada 

Izazil,  mereka  tidak  mampu  mencapai  ketingian  

kerohanian  Manusia  Iblis  Melayu  itu,  makanya  mereka 

akan  duduk  dibawah  sebagai  Pengurus  Logistik,  

pengangkat  air  minuman  dan  makanan  juga  sebagai  

pengilat  kasut  tentera-tentera  Manusia  Iblis  Melayu  itu 

saja  dipeperangan  akhir  zaman  nanti.

Sebabnya mereka itu tidak memiliki rohani dan kesaktian 

yang  menyampai  kehendak  Izazil  Laknatuallah  seperti  

yang dimiliki  oleh seorang berbangsa Melayu itu,  Tidak 

cukup dengan jumlah manusia yang mereka bunuh, mereka 

korbankan  sebagai  upucara  penyembahan  saban  tahun 

dan  penciptaan  bahan  peledak  Nuclear  serta  serangan 

ekonomi  ,  serangan keganasan,  serangan harga minyak,  

serangan  kejatuhan  mata  wang,  serangan  tentera 

pencerobohan Iraq dan Afganistan,  Serangan WCT New 

York,  serangan  pemgeboman  demi  pengeboman  kepada 

manusia  dimuka  bumi  ini  termasuk  segala  konsperasi  

konsperasi  ganas  mereka,  Tak  cukup....Tak  cukup...Tak 

cukup ????.Siapakah Melayu yang telah dapat menandingi  

segala  itu  dimata  Dajjal  dan  Izazil  tersangat  istemewa 

baginya  dibanding  semua  keganasan-keganasan  yang 

disebutkan  tadi  ???  Akan  kawan  ceritakan  siapakah 

Melayu-melayu yang dimaksudkan itu nanti. Mereka yang 

telah ditabal  sebagai  Manusia Agong Raja Iblis  sebelah 

timur ini setaraf Dajjal disebelah Barat itu. Kamu hanya 

nampak  Kuman  nun  jauh  di  Barat  itu,  Gajah  didepan 

hidung  kamu  sendiri  tidak  kamu  nampak  ???  Malahan 

beliau  ini  lebih  licik  ,  jahat  dan  zalim  dibandingkan 

dengan  Dajjal  itu.  Mereka  ini  sepasang  yang  lengkap  -  

lelaki dan perampuan.......... Siapa kah nama-nama Melayu 

itu.....tungguuuuu  ???  apa  patut  kawan  ceritakan 

sekarang, atau ikut cara MF, Srikandi dan MO.....  tarek  

masa lama-lama sikit.......  lama sikit....  sikit  lagi......  apa 

pendapat tuan-tuan dan puan-puan seklian ???. Atau kita 

buka  ini  sebagai  soalan  kuiz  kepada  pembaca 

seklian.... ???? Tolong bagi jawapan anda di dlm komen 

dibawah  dan  post  kepada  atok  zamany  ok,  kita  tengok 

siapa  yang  pandai  ???

Untuk memudahkan pembaca meneka siapa kah gerangan 

empunya  nama  itu,  kawan  sertakan  sedikit  petunjuknya 

seperti  dibawah  ini  :

Melayu  Jawa,  tahun  1478  utk  lelaki  nya,  1483  utk  

wanitanya,  semasa  kerajaan  Majapahit  utk  lelakinya,  

semasa Perang Belanda utk wanitanya.... ini sejarah lama,  

cari dlm buku lama atau kedai vcd cerita Indonesia lama.  

kawan dah cerita sikit dlm komen di blog MF dulu, kalau  

anda  masih  ingat....cari  pelan-pelan  mesti  jumpa 

punya  ???

Kita lupakan sejenak soal kuiz tu, kita sambung semula ya.

JIN  YANG  MENYERUPAI  MANUSIA  :

Jin  ini  boleh  juga  menyerupai  Manusia,  tetapi  tidak 

berjisim,  berkulit,  daging  dan  tulang.  Ia  boleh  ujud 

menyerupai sesorang yang kita kenal seperti Ibu kita, Bapa 

kita,  Atok  nenek  kita,  Guru kita  atau sesiapa  saja  yang  

dikenali  bagi  tujuan penipuan saja.  Ia tidak boleh kekal  

begitu  selamanya.  Sebagai  contoh  didalam  masyarakat  

Melayu yang bersahabat dengan Hantu Raya, Jembalang ,  

Pontianak,  Penangal,  Polong  dan  semua jenis  ini  boleh 

menyerupai  tuannya  pada  bila-bila  masa  diwaktu  siang 

atau malam. Jika tuannya keluar rumah, maka dia akan 

duduk ditempat duduk kegemaran tuannya ( spt ditangga,  

viranda  dll)  sama  seiras.  Jika  kita  tegur  dia,  dia  tak 

menjawab  dan  memalingkan  mukanya  kearah  lain.  Jika 

tuannya pergi agak lama seperti keluar negeri berniaga. Ia  

akan memggangu isteri tuannya dan tidur bersama seperti  

apa yang tuannya buat. Inilah yang selalu mendatangkan 

masaalah kepada isteri tuannya itu kerana sebagai isteri,  

dia akan tahu juga akhirnya perbezaan antara suaminya 

dan makhluk belaan suaminya.  Bagaimana jika isterinya 

itu  mengandung  ???  kan  timbul  masaalah  besar.  Tapi  

selalunya anak hasil hubungan dengan sahabat suaminya 

itu tidak akan lahir (hilang dalam kandungan) atau mati  

tak  cukup  bulan.  Tak  pernah  pula  kita  dengar  anak 

sebegini yang hidup kerana ia akan dibunuh oleh Jin itu  

juga.

Begitu pun masaalah yang keji ini telah diketahui umum 

namun  perbuatan  membela,  bersahabat  ini  tetap  juga 

berlaku hingga kehari ini. Ya... dizaman Malinium ini pun  

masih ada orang Melayu yang tetap dengan perangai kuno 

sebegini hanya semata-mata mengejar kekayaan. Mereka  

tudak  peduli  akan  kehidupan  akhirat,  kesusahan  anak 

isterinya  dirumah,  rumahtangganya  dan  tomahan  jiran 

tetangga serta masyarakat sekeliling, asalkan kaya raya.  

Malah pernah kawan bertemu dengan isterinya dan anak-

anak mendengar sendiri rintihan mereka. Selain dari suka  

memakan bangkai ayam yang dibeli dipasar (ayam akan 

dibiarkan  di  atas  petiais  beberapa  hari  hingga  berbau 

bangkai).  Anak gadisnya berumur 14 tahun yang sulung  

juga  pernah  diperkosa  oleh  makhluk  itu  beberapa  kali,  

Isterinya pun sama tetapi bila mengadu dengan suaminya.  

Dia buat tak tahu saja seperti tiada apa yang berlaku. Bila  

didesak oleh Isterinya, sisuami mula marah dan memukul 

semua yang ada dirumah itu.  Tetapi  bila  kawan sendiri  

yang  menegur  dia,  seperti  kebiasaannya  ia  mula 

mengamuk, memaki hamun kerasukan jin dengan tiba-tiba.  

Kami terpaksalah pula menangkapnya dan diserah kebalai  

polis untuk tindakan seterusnya. Pekara ini nampak seperti  

tak  logik,  tapi  ia  tetap  juga berlaku.  Inilah  dunia  akhir  

zaman.  Asfiruallahalazim.

Penjelmaan  Jin  menjadi  manusia  ini  bukanlah  pekara 

baru,  ia  telah  ujud  semasa  zaman  Rasuallah  saw  lagi.  

Menurut ahli-ahli tafsir yang telah memberi contoh ayat al  

Quran yang menjelaskan akan pekara ini,  Firman Allah 

swt  didalam  surah  al  Anfal  ayat  48  yang  mafhumnya  ;

" Dan ingatlah ketika syaitan memperhiaskan usah mereka 

(menghasut rancangan jahat supaya dipandang elok dan 

diteruska)  lalu  katanya  :  kamu  tidak  akan  kalah  oleh  

orang-orang (kaum muslimin) pada hari ini, sesungguhnya 

aku  akan  menolong  kamu.  Tetapi  tatkala  petempuran 

(kedua-dua  pihak  muslim  dan  kafir  hadap  berhadapan) 

kedua  golongan itu,  syaitan  itu  mundur  kebelakang lalu 

berkata : Aku keluar dari golonganmu kerana aku dapat 

melihat  apa  yang  kamu tidak  dapat  lihat,  sesungguhnya 

aku takut kepada Allah dan Allah sangat keras siksaannya 

".

Keterangan  ayat  ;  diriwayatkan  peristiwa  ini  berlaku 

ketika Peperangan Badar ketika datang beberapa Syaitan  

kepada  orang-orang  kafir  Musyirikin  yang  menyerupai  

Suraqah  bin  Malek  dari  suku  Bani  Bakr  yang  memang 

terkenal kerana permusuhan dengan Bani Quraisy dengan 

menyatakan  taat  setia  untuk  berperang  bersama-sama 

mereka.  Kaum  Musyirikin  yang  pada  mulanya  merasa  

takut  sekarang  menjadi  berani  kerana  penyertaan  Bani  

Bakr didalam balatentera mereka. Setelah persetujuan itu  

dibuat,  maka pada hari  berlakunya  peperangan sebenar  

diwaktu mereka telah nampak akan tentera kaum Musimin 

berserta  bala  tentera  Allah  dari  langit.  Secara  tiba-tiba 

Suraqah  bin  Malek  dan  tenteranya  (syaitan-syaitan)  itu 

merasa gerun lantas mengundurkan diri kerana ketakutan  

dan  meninggalkan  pauk  kaum  kafir-kafir  Musyirikin  

dimedan  pertempuran.

Dari  peristiwa  ini  dapat  dikupas  tabiaat  syaitan  yang 

berpaling  tadah,  semasa  mengangkat  sumpah  mereka 

cukup berani dengan kata-kata membangkitkan semangat  

kaum  kafir.  Tetapi  bila  dilihatnya  tentera  Islam  yang 

begitu  ramai,  mereka  berpaling  dan  lari.  Didalam 

peristiwa inilah syaitan telah menjelma menjadi manusia  

diantara puak orang kafir sebagai membangkit semangat  

sahaja.  Tetapi  telah  menipu  golongan  kafirun  itu 

diakhirnya, tinggallah mereka berhadapan dengan tentera  

musimin  dengan  Allah  swt  telah  gandakan  balatentera 

Nabi dengan kekuatan dilangit, hitam langit bumi semasa 

mereka turun.  Sebenarnya kaum kafir itu telah dikepong 

dari depan dan belakang, kiri dan kanan mereka hingga  

mereka tidak mampu bergerak untuk melarikan diri lagi.  

Maka  mereka  menjadi  habuan  dihancur  musnah  oleh 

tentera kaum Muslimin keatas musuh Nabi saw. dan musuh 

Allah  swt  itu.

Satu lagi riwayat yang telah dicatitkan didalam al Quran 

juga  didalam  surah  al  Anfal  ayat  30,  Allah  swt  telah 

berfirman  yang  mafhumnya  ;

"  Dan ingatlah (wahai  Muhammad)  Ketika  orang-orang 

kafir (Musyirikin Mekah menjalankan rancangan muslihat)  

memperdaya engkau,  supaya mereka memenjara engkau,  

membunuh  engkau  atau  menghalau  engkau.  Mereka  itu  

memperdayakan  (menjalankan  perancangan  jahat),  dan 

Allah  memperdaya  mereka  pula  (mengagalkan 

perancangan  mereka)  kerana  Allah  sebaik-baik  

memperdayakan  (pengagal  segala  rancangan  jahat  

mereka)  ".

Keterangan  ayat  :  Menerangkan  satu  peristiwa 

perancangan  jahat  kaum  Musyirikin  Mekah  di  sebuah 

tempat bernama Dar Nadwah perihal untuk menghapuskan 

Nabi  Muhammad  saw.  Ketika  Bani  Quraisy  sedang 

berkumpul  untuk  bermusyuarat  tiba-tiba  datang  seorang 

bernama Syeikh  an  Najdi  dari  Bani  Najdi  (penyamaran 

jelmaan  Iblis)  ingin  menyertai  musyuarat  tersebut  dan 

secara khusus memberi pendapat supaya Nabi Muhammad 

saw dibunuh saja. Setelah usul itu diperbahaskan dengan 

terperinci  maka  mereka  semua  bersetuju  dengan  usul  

utama Syeikh an Najdi tadi untuk membunuh Nabi. Allah 

telah memberitahu Nabi untuk keluar bersama sahabatnya 

Abu Bakar ra untuk keluar dari Mekah dan bersembunyi .  

Akhirnya  Nabi  Muhammad  saw  telah  terselamat  dari  

cubaan  bunuh  itu.

Begitulah  jelmaan  Iblis  yang  menyerupai  manusia  

bernama Syeikh an Najdi untuk memberi pendapat disaat  

musyuarat penting kaum Bani Quraisy dengan idea yang 

paling  jahat  telah  diberi  dikala  itu.  Begitu  buruk  

perancangan  Iblis  keatas  Nabi  Muhammad  saw,  tetapi  

Allah swt lah pelindung kepada Nabi dan menyelamatkan 

Nabi  kita.

Golongan  ini  memang  telah  diakui  boleh  menyerupai  

Manusia, bagaimana dengan menyerupai Nabi Muhammad 

saw ? Telah dinayatakan didalam beberapa dalil didalam 

al  Quran dan  Hadis-hadis  dimukasurat  2  bahawa Allah 

tidak  mengizinkan  mereka  menyeruapi  Nadi  Muhammad 

saw  .  Didalam  Hadis  Nabi  juga  telah  diakui  bahawa 

golongan  Jin,  Syaitan  dan  Iblis  tidak  boleh  menyerupai  

Nabi  Muhammad  saw.  Ia  muktamad  !

Tetapi tidak kepada golongan jahat ini, mereka akan cuba 

tipu helah yang lain pula kepada manusia supaya manusia  

menjadi sesat akidah dan syarak. Sebagai contoh, hayati  

cerita  ini  ;

Pada  satu  ketika  datanglah  seorang  sahabat  ketempat  

kawan untuk menceritakan satu peristiwa pelek yang baru 

saja berlaku keatas dirinya. Beliau telah bermimpi bertemu 

dengan Nabi,  katanya dengan serius.  Beliau sebelum itu  

telah  bermunajat  dengan  mengerjakan  puasa  sunat  

beberapa  hari  dan  solat  sunat  hajat  12  rekaat  setiap 

malamnya.  Memang  dia  berhajat  untuk  dipertemukan 

dengan Nabi Muhammad saw. Beliau yang memang kawan 

kenal  merupakan  seorang  yang  sangat  wara'  dan  alim 

tetapi  tidak  pernah  belajar  dimana-mana  pengajian  

Syariat dan Fiqah. Maka pada satu malam dari itu beliau  

pun  bermimpi  bertemu  dengan  Nabi  Muhammad  saw.  

Beliau pada mulanya sangat pasti  itulah Nabi saw lama 

kelamaan ingin juga kepastian dari orang lain., jadi orang 

pertama yang dia ingat ialah Kawan. Jadi kawan tanyakan 

keadaan  mimpi  beliau  itu,  gambaran  yang  jelas  supaya 

boleh  ditentukan  akan  masaalah  ini.

Digambarkan didalam mimpi beliau, pada waktu magrib  

dia  hendak  ke  Kolam  belakang  rumannya  untuk  mandi.  

Sesampai  saja  kekolam  tersebut,  kelihatan  seorang  tua 

telah selesai mengambil uduk dan naik dari tangga kolam 

itu. Dia tidak berkata apa-apa dan juga tidak memandang  

kepadanya.  Tiba-tiba  terdetik  didalam  hatinya  bahawa 

orang dihadapannya itulah Nabi Muhammad saw. Wajah 

nya  tidak  dapat  dilihat  dengan  jelas,  lalu  beliau  pun 

melutut  sambil  memegang  tangan  baginda  dan 

menciumnya. Itu saja yang berlaku dan dia pun tersedar  

dari mimpinya. Jadi dia mahukan pendapat kawan. Kawan 

kata  kan  pada  dia  yang  dia  jumpa  itu  Iblis.  Punyalah 

teperanjatnya dia hingga hampir pingsan dia mendengar  

keputusan  itu.  Lembik  sekujur  tubuhnya,  mengelatar  

seluruh  tubuhnya,  peluh  bercucuran  diseluruh  mukanya,  

tergamam  dan  memendang  tepat  kemata  kawan  dengan 

pandangan yang kosong. Kawan tenangkan dia lebih dari  

dua  jam.  Setelah  semangatnya  kembali  pulih  dia  minta 

penjelasan selanjutnya dari kawan. Kenapa kawan katakan 

itu  adalah  Iblis  ???

Begini... jika benar itu Rasuallah saw. Kenapa dia diam ? 

kenapa  dia  palingkan  muka  ?  kenapa  dia  tak  pandang 

mata  awak?  kenapa  tidak  berpakaian  dan  hanya  pakai  

tuala ? Siapa yang berkata-kata dalam mimpi itu ? kenapa 

ditepi  kolam  belakang  rumah  ?  Bagaimana  rupanya  ?

Jawapan dan gambaran seperti diatas itu langsungn tidak 

menampakkan bahawa kamu betul-betul  bertemu dengan 

Nabi  didalam  mimpi  kamu  itu.  Sepetutnya  beliau  akam 

memberi salam seperti lazim yang beliau buat bila bertemu 

dengan  tetamu.  Dia  tidak  akan  memalingkan  mukanya 

kepada  umat  kesayangannya.  Pandangannya  rebup  dan  

sahdu tepat kemata kamu dengan senyum yang sukar kamu 

nak lupakan manisnya. Beliau akan berpakaian kemas dan 

memakai haruman dari wangian firdaus yang kamu tidak 

akan  lupa  harumnya  sampai  bila-bila.  Tempat  kamu 

bertemu  dia  selalunya  di  Mesjid  Nabawi  di  Madinah.  

Beliaulah  yang  akan  memperkenalkan  dirinya  dengan 

sebutan yang jelas namanya dengan penuh dan lengkap.  

Wajahnya akan dapat kamu tatap sepuas hati tampa rasa 

jemu  dan  tak  dapat  kamu  gambarkan  indahnya  hingga 

keakhir  hayat  kamu.  Begitulah  lebih  kurang  gambaran 

yang sepatutnya kamu dapat bukannya seperti yang kamu 

ceritakan mula-mula tadi.  Lama kelamaan dengan hujah 

dan penjelasan yang diberi, ia pun akur akan kelemahan 

dirinya kerana bukan semudah itu untuk dapat bermimpi  

bertemu  dengan  Baginda.

Daripada  cerita  diatas,  dapat  tak  anda  fahami  apakah 

penipuan yang telah Iblis  lakukan ?  Yang paling  utama 

ialah Iblis tidak mengaku dia tu Rasullah. Bukan dia yang 

mengatakan,  tetapi  anda  sendiri  yang  menyangka  doa 

anda  dah  jadi  nyata  kerana  anda  beramal.  Iblis  tidak 

bersalah,  tetapi  andalah  yang  bersalah  kerana 

menyamakan  Nabi  dengan  yang  lain  sedangkan  anda 

sendiri  tidak  pernah  melihat  Nabi.  Lagi  pun  sifat  Nabi  

mestilah sempurna, bukan jumpa belakang rumah, pakai  

tuala mandi, rupa parasnya tidak kelihatan, tidak berkata-

kata,  tidak  memberi  salam,  jumpa  depan  tandas,  jumpa 

ditengah padang, jumpa tepi sungai, jumpa bawah pokok 

nampak  hanya  belakang  Nabi  dan  banyak  lagi  ciri-ciri  

yang menampakkan kelemahan Nabi. Memang benar juga 

atas kehendak Allah segalannya mungkin dan kamu boleh 

jumpa Nabi dimana-mana saja. Tetapi didalam soal mimpi 

yang soheh dan benar ia tidak begitu.  Ia mestilah tiada  

keraguan  sifatnya  dan  sentiasa  akan  menampakkan 

kesempurnaan sifat  Nabi yang Allah swt tetapkan keatas  

dirinya  semasa  zahir  (hidupnya  dahulu)  atau  batinnya 

(kehidupan beliau  sesudah wafat)  tampa keraguan pada 

diri umatnya yang sangat Nabi sayangi ini. Jangan mudah 

terperangkap  dengan  dakwaan  sesat  seperti  dakwaan 

sesetengah  orang  yang  cuba  memutar  belitkan  Fakta.  

Seperti  dakwaan  Rasul  Kahar,  dakwaan  Ayah  Pin,  

dakwaan  Asyaari  Arqam,  dakwaan  Ahmad  Laksamana,  

dakwaan  Katijah  Ali,  dakwaan  Aurad  Ismailiah  dan 

ratusan malah ribuan dakwaan bertemu Nabi , mendapat  

mandat dari Nabi, diarah mengantikan Nabi dan berbagai 

lagi dakwaan yang merapu, tak tentu arah dan memutar  

belit faktar sebenar yang boleh menyesatkan akidah kita.  

Jangan  mudah  tertipu  dengan  mereka  yang  mengaku 

bermimpi atau bertemu Nabi begitu saja. Kaji dulu akan 

kelebihan  dan  kekurangan  diri  mereka  itu  dulu.  

Bagaimana  nak  bertemu  Nabi  jika  syariat  Nabi,  akhlak 

Nabi,  Ibadah  seumpama  Nabi  tidak  kamu  buat  dengan 

tekun  dan  tidak  duduk  didalam  wilayah  itu.  Manakala 

keilmuan yang kamu ada tidak menjurus dan berwasilah 

menyampai kepada Baginda ? Jadi bagaimana dapat kamu 

jelaskan bahawa yang kamu jumpa itu sebenarnya Nabi,  

sedangka  kamu  sendiri  merasa  ragu  akan  pekara  itu  ?

Lihat disebuah kisah lain, Ia mendakwa bahawa apabila 

hendak mati  akan datang (nampak) sesorang menjemput  

kita, setengah mengatakan ibu kita, setengah mengatakan 

bapa kita, setengah mengatakan guru kita dan banyak lagi  

dakwaan. Pekara ini memang benar, iaitu jemputan untuk 

pulang itu bukan hanya dihadiri oleh Malikat Maut sahaja,  

malahan ada orang yang paling kamu percaya akan hadir  

bersama-sama untuk menjemput anda.  Tetapi  kamu juga  

harus hati-hati untuk menentukan siapa yang layak untuk 

kamu ikut, bukan Ibu kamu, bukan kawan kamu, bukan tok  

lebai kampung kamu, bukan Bapa kamu, bukan Atok kamu 

yang warak itu, semuanya bukan ! Kalau semuanya bukan 

siapa  dia  itu  ?  Untuk  menentukan  pekara  ini  kamu 

mestilah  diwaktu  hidup  mu  belajar  berkenannya.  Bukan 

main dengar cakap orang saja. Belajar dengan guru yang 

juga menyampai keilmuannya pada tangan Rasuallah saw 

yang  dipanggil  Wasilah  (pewaris  ilmu  Nabi)  dan  pula  

mempunyai  Rabitah  (tambatan  hati)  kepada  Rasulullah 

juga.  Pekara  ini  "wajib"  didalam pembelajaran  Rohani.  

Bukan  main  serkap  jarang  atau  tangkap  muat  saja.  

Bukannya  belajar  dengan guru-guruan  ditepi  jalan  atau 

diwarong-warong kopi saja. Ia mestilah bertempat dengan 

tempatnya  yang  sempurna  juga.  Jadi  hati-hati  ya  !

Carilah  Jalan  Menuju  Mati  untuk  mendapat  " 

Hismulhatimah" (kesudahan  yang  sempurna)  dalam 

menhadapi "Sharakatulmaut", iaitu mati yang baik keatas 

penghidupan  kita  ini.  Anda  diingatkan  selalu  berdoa 

khusus untuk pekara ini. Ilmu Jalan Menuju Mati, bukan 

untuk  orang-orang  pencen  saja  atau  orang  yang  telah 

berumur yang dah nak mati saja. Tetapi juga untuk semua 

peringkat umur sebab maut itu datang tidak mengira umur  

atau  usia.  Bila-bila  masa  sahaja  boleh  hadir,  dimana-

mana juga.  Kita  seharusnya sentiasa berwaspada selalu.

Jangan  sampai  kamu  nanti. ...Mati  Katak.....Mati  

Konyol....Jadi  Hantu.....Jadi  Toyol...????

TEMPAT  KEMASUKAN  JIN  :

Seperti yang telah diperbincangkan dengan panjang lebar 

akan  perbuatan  jahat  golongan  Jin,  Syaitan,  Ifrait  dan 

Iblis yang sangat suka menganggu, mengacau, membisik,  

menyesatkan, menipu dan semua jenis perbuatan jahatnya 

kepada  Umat  Manusia.  Adalah  sangat  perlu  kita  

mengatahui  kita  mengatahui  dimanakah  tempat  yang 

mereka boleh masuk ditubuh kita ini. Ruang atau lubang 

manakah pada tubuh kita yang menjadi laluan masuknya 

setiap hari dan masa tampa kita sedari. Melalui tempat ini  

mereka akan masuk dan terus membuat sarangnya didalam 

tubuh kita.  Dari  situ  pula mereka melancarkan kegiatan 

jahat  mereka  merosakkan  semua  sistem  tubuh  manusia 

untuk  melupakan  perintah  Allah  swt.  Supaya  sesat  

bersamanya untuk masuk kedalam Neraka Jahanam yang 

telah tersedia untuk mereka. Kepada manusia yang sedar  

dan dapat berpatah semula, anda terselamat. Tetapi yang 

terus terjun dengan keindahan dunia dan leka dibuai oleh 

alunan  nyanyian  Iblis,  maka  akan  pula  menerima  azab 

yang  pedih  bersama-  sama  Iblis  tadi.  Sesungguhnya 

mereka  itu  tidak  akan  terlepas.

Ada  14  laluan  kemasukan  atau  lubang  tempat  mereka 

masuk kedalam tubuh Manusia. Laluan-laluan itu adalah 

seperti  berikut  :

1)  Diuluhati,  paru-paru,  hati  dan  jantung  Manusia.

2) Tulang siku dan cantuman pelipat siku tangan kanan.

3)  Tulang  siku  dan  cantuman  pelipat  siku  tangan  kiri

4)  Pelipat  dan  tulang  kepala  lutut  kaki  kanan

5)  Pelipat  dan  tulang  kepala  lutut  kaki  kiri

6)  Lubang  tengkuk

7)  Dua  urat  pada  tengkuk

8)  Tulang  Solbi  dipunggung

9)  Lubang  hidung  dan  mata  sebelah  kanan

10)  Lubang  Hidung  dan  mata  sebelah  kiri.

11)  Lubang  dan  cuping  telinga  sebelah  kanan

12)  Lubang  dan  cuping  telinga  sebelah  kiri

13)  Lubang  dan  semua  rongga  mulut.

14)  Lubang  pusat.  ari-ari  dan  kemaluan  manusia.

Melalui 14 ronga inilah didalam tubuh manusia golongan 

Jin  akan  masuk  seterusnya  akan  memasuki  pembuluh 

darah  dan  terus  kejantung  dan  ketempat-tempat  

kegemaran  mereka  yang  lain.  Kesemua  14  tempat  

kemasukan Jin, Syaitan, Ifrit dan Iblis ini haruslah sentiasa  

ditutup  dengan  keadah  tertentu  supaya  laluan  ini  tidak  

boleh  lagi  mereka  gunakan.  Keadah-keadah  ini  hanya 

dapat dipelajari jika anda berguru. Tampa guru, ia tidak  

boleh  diajarkan  kerana  pekara  ini  memerlukan  ijazah 

darinya. Tempat-tempat kegemaran mereka ada 7 tempat  

di  dalam  tubuh  manusia  iaitu  :

1)  Tempat  pertama  sekali  yang  mereka  akan  tuju  ialah  

Jantung  dan  rongga  lain  didada  manusia  seperti  hati,  

paru-paru,  limpa,  perut,  huluhati,  pangkrias  dan  semua 

saluran penafasan manusia. Disinilah sarang paling besar 

syaitan dan iblis seolah-olah seperti sebuah istana. Dari  

Jantung yang mereka kerumuni beramai-ramai, Iblis akan 

mentadbir semua balatenteranya terdiri  dari  syaitan dan 

ifrit untuk mendiami pula tempat seperti. Seperti yang kita  

tahu  dijantung  kitalah  terletaknya  Kalbi  (kalbu)  iaitu  

pandangan rohani yang juga dikenali dengan nama mata 

hati. Inilah sebabnya maka Iblis menguasi tempat ini dan 

menjadikan  kawasan  itu  sebagai  Istana  pentadbirannya 

untuk  menutup  pandangan  mata  hati  manusia  kepada 

Allah swt. Jika ia terbuka maka cahaya yang keluar dari  

kalbu itu akan pula menghancurkan mereka. Jadi mereka 

berkurumun seramai mungkin dikawasan itu.  Disini  juga 

ada  pandangan  yang  lebih  utama  iaitu  dipanggil  "Sir"  

terletak  didalam  kalbi  itu  yang  lebih  halus  sifatnya.  

Apabila  manusia  telah  berjaya mengeluarkan kedua-dua 

cantuman cahaya itu, tiada apa lagi yang mampu mereka 

buat,  terpaksalah  mereka  lari  meninggalkan  tubuh  itu,  

sebelum  mereka  hangus  menjadi  debu.

2) Mata dan rongganya dikedua-dua belah kanan dan kiri.  

Orang  yang  telah  dikuasi  oleh  Jin  ini  matanya  akan 

berkilauan seperti mata kucing bila disuluh lampu. Mereka 

juga  amat  takut  bertentangan  mata  dengan  manusia.  

Selalunya  apabila  bomoh  menurun,  perhatikan  kelakuan 

dan gerak gerinya, ada yang menyelubungkan kepalanya  

dengan kain supaya penyamarannya tidak kelihatan oleh 

manusia.

3) Duduk dirongga mulut dan kawasan itu seperti  lidah,  

kerongkong,  gigi,  gusi,  lelangit,  tekak  dll.  Mereka 

menguasi mulut manusia dan manusia yang telah dikuasi  

akan  suka sekali  mengumpat,  mengeji,  mengadu domba,  

mencarut, memaki hamun, berbual kosong, suka minuman 

keras, mabuk, meracau, bercakap seorang, meletah dengan 

perkataan lucah, suka makanan haram, menghisap rokok  

dan benda-benda yang menghayalkan seperti ganja, dadah 

yang dimakan dan semua perbuatan dosa yang disebabkan 

oleh  mulutnya.

4)  Duduk di  telinga manusia dikiri  dan kanan, samaada 

dicupingnya  atau  pun  dilubangnya.  Manusia  yang  telah 

dikuasi  telinganya  oleh  golongan  Jin  ini  amat  benci  

dengan  ceramah  agama,  laungan  azan,  bacaan  ayat  al  

Quran,  nasihat,  teguran  disebaliknya  pula  amat  suka 

dengan  mendengar  Musik,  mendengar  perbualan  orang,  

mendengar  umpatan  orang,  mendengar  gosip  artis  atau  

pemimpin,  suka  dikawasan  yang  bising  seperti  di  disco,  

pup,  kelab  malam  dll.

5)  Duduk  dihidung  atau  ronga  hidung  dikedua-duanya.  

Manusia yang telah dikuasi hidungnya amat suka haruman 

dari  alkohol,  menghidu  gam,  menghidu  kokin  dan  bau-

bauan yang merosakkan otak dan tubuh badannya. Melalui  

penghiduan juga semua jin mudah masuk melalui  udara 

yang  dihidu  masuk  keparu-paru  dan  ronga-ronga  lain 

didada.  Salah  satu  gejala  yang  paling  teruk  apabila 

manusia  itu  mengelami  resdong,  selsema,  hidung  berair  

busuk  dll.

6)  Duduk  dipusat  dan  ari-ari  manusia.  Ini  termasulah 

rongga  yang  lain  seperti  buah  pinggang,  dan  usus 

manusia.  Apabila  mereka  telah  menguasi  kawasan  ini,  

maka manusia itu akan selalu sakit perut, angin berpusing-

pusing, sengugut, sakit dalam perut, sakit buah pinggang,  

pundi-pundi  kencing,  ulsa  (barah usus),  apendik,  gestrik 

dll.

7)  Duduk dikemaluan dan semua sistem peranakan bagi  

kaum wanita dan juga sistem pengeluaran benih bagi kaum 

lelaki. Manusia yang telah dikuasi kemaluannya tidak kira 

wanita atau lelaki amat suka bersetubuh, berzina, meliwat,  

beronani,  sex  bebas,  sex  beramai-ramai,  merogol,  

sumbang  mahram,  homosexsual,  lesbian,  suka  berhayal  

akan  sex,  pelacuran,  menjual  tubuhnya  dan  sebagainya.  

Kejahatan dan dosa bahagian kemaluan inilah yang paling 

ramai  dewasa  ini  dilakukan  dimerata  tempat  hingga 

sanggup  membunuh  untuk  menutup  malu.

Sebab itulah kita  sentiasa  disarankan mengambil  wuduk 

atau  sentiasa  berada  didalam  wuduk  kerana  dengan 

berwuduk  bermakna  kita  telah  membersehkan  4  tempat  

pergantungan golongan Jin ini.  Kemudian 2 lagi  tempat  

dibersehkan dikala kita mandi setiap hari. Ingatlah setelah 

kita  cucu  tempat-tempat  itu  kita  sebutlah  nama  Allah 

padanya.  Berserahlah  kepada  Allah  untuk  memelahara 

anggota-anggota tubuh kita itu dari didiami golongan Jin,  

Syaitan, Ifrit dan Iblis. Hanya tinggal 1 lagi iaitu anggota 

yang  duduk  didalam  iaitu  Jantung  yang  didalamnya 

terletak Kalbu, pandangan Basrah dan "SIR" yang harus 

dibersehkan dengan wirid, uslah, puasa, zikir tafakur dan 

membaca al Quran selalu. Terbaik jika diberikan "Ijazah"  

oleh guru bertauliah akan semua senjata-senjata itu untuk 

kita  amalkan  bagi  kita  memberus  kotoran  yang  terlekat  

oleh  mereka  yang  jahat  itu.

Jika  semuanya  telah  berseh,  maka  keluarkan  pula  saka 

maka yang bersangkutan dengan kita supaya kita benar-

benar  berseh  mutlak  untuk  mengadap Allah  setiap  hari.  

Dtambah pula dengan keadah menutup 14 tempat laluan 

mereka  yang  telah  dipelajari  dari  guru  kita.  Barulah 

amalan  dan  semua  kerja  buat  kita  diterima  Allah  swt  

sebagai  amalan  disetiap  masa  dan  tempat.

CARA-CARA  KEMASUKAN  JIN  :

Diatas telah dinayatakan akan tempat-tempat kemasukan 

dan juga tempat bersarangnya golongan Jin ini  didalam 

tubuh  manusia.  Sekarang  mari  kita  lihat  bagaimanakah 

caranya  mereka  menyelusup  masuk  kedalam  tubuh 

manusia. Cara-cara kemasukan golongan Jin, Syaitan, Ifrit  

dan  Iblis  kedalam  tubuh  manusia  terbahagi  kepada 

beberapa  bahagian  iaitu  :

1) Melalui pengambilan "Sahabat" dan "Khadam" dimana 

manusia itu sendiri menjemput golongan Jin ini mendiami 

tubuh  badannya  sebagai  sarang.  Melalui  pertolongan 

sahabatnya  itu  Manusia  itu  akan  merasa  selesa  kerana 

tugasnya  telah  diambil  alih  oleh  sahabatnya  itu.

2)  Dengan  melakukan  Sihir  dari  satu  manusia  ke  satu  

manusia yang didendaminya. Dengan cara ini juga tidak 

diketahui  siapa  perilakunya  yang  sebenar.  Jika  berlaku 

kematian  dia  akan  terselamat  dari  hukuman  dunia.

3) Menerima Jin Saka keturunan semasa ibu atau ayahnya 

mahu meninggal  dunia.  Selagi  tiada salah satu anaknya 

mahu menerima saka Ibu atau Ayahnya itu, selagi itulah  

nyawa tidak akan terlepas dari jasad, maka terseksalah ibu 

atau ayahnya menghadapi Sharakatulmaut diseksa dengan 

seksaan yang amat pedih sekali.  Atau pun orang tuanya 

yang  tidak  sempat  membuang  saka  itu  telah  meninggal  

dunia dan jin saka itu sendiri yang memilih untuk tinggal  

dengan sesiapa juga ahli keluarga tuannya itu pula. Suka 

atau pun tidak, jin saka ini akan duduk juga ditubuh anda  

tampa menghiraukan perasaan anda.  Jika anda berdegil  

juga, bermacam penyakit yang akan datang kepada anda 

termasuklah  menjadi  gila.

4) Manusia dalam keadaan sengaja ataupun tidak sengaja 

telah membunuh keluarga salah seekor dari golongan Jin.  

Jin Islam yang menjelma menjadi ular umpamanya telah 

memasuki  rumah  anda  dan  tampa  berlengah  lagi  anda 

telah membunuh ular tersebut. Kaum keluarga Jin Islam 

itu  akan  pula  menuntut  bela  atas  kematian  keluarganya 

ditangan  anda.  Jika  mengikut  Hukum  Qisas  didalam 

hukum syarak, maka mereka berhak juga membunuh anda.  

Jikalau  pekara  seumpama  itu  berlaku  kepada  Jin  yang 

anda bunuh itu merupakan Jin kafir,  maka jam itu juga  

anda akan  mati  ditanggan mereka  tampa dakwaan lagi.  

Kalau  umpamanya  anda  telah  memijak  atau  tertendang 

atau  menghempap  mereka  dengan  benda  berat  yang 

menyebabkan  mereka  sakit.  Maka  mereka  juga  akan 

membuat  anda  sakit  seperti  ahli  keluarga  mereka  itu.  

Pekara ini amat rumit untuk manusia itu dilepaskan selagi  

ahli keluarganya tidak sembuh dari sakit akibat perbuatan 

anda.

5)  Manusia  yang mengambil  mana-mana zikir,  sepotong 

ayat Quran, mentera jampian atau belajar dari guru-guru 

yang tidak mampunyai pertalian pelajaran dan keilmuan 

yang  menyampai  ditangan  Baginda  Rasuallah  saw  atau 

dari  orang-orang  yang  tidak  diketahui  asalusul  

pengajiannya atau diambil  dari  dalam mimpinya dengan 

tiada  usul  telah  mengamalkan  pula  zikir,  ayat,  jampi  

tersebut  secara  berseorangan  tiba-tiba  menjadi  gila.  Ini  

orang  jawa  panggil  Gila  Isim.  Atau  telah  berlaku 

kemasukan jin didalam badannya (Tanasalul Arwah) atau  

boleh saja beliau pandai berubat,  berpidato bab agama, 

memberi hujah dan pendapat tentang hal-hal masyarakat,  

nikah  cerai,  bab  munakahad,  bab  muaamalat,  Fikah,  

Syarak,akhlak, tauhid, tasauf, tarikat, hakikat seolah-olah 

Guru  agung  atau  Mufti  atau  Khodi  lagaknya  tampa  ia  

belajar  dari  mana-mana  perguruan  pondok  atau 

pesentern. Kemudian menjadi guru atau ustaz yang pula  

mengajar  agama  disemua  bab,  pada  mulanya  memang 

tidak  nampak.  Tetapi  lama  kelamaan  pekara  ini  akan 

terbongkar juga kepada masyarakat sekeliling akan ajaran 

sesatnya  itu.

6)Kepada  manusia  khasnya  kaum  wanita  yang  suka 

bersolek  semasa  keluar  dari  rumah.  Memperagakan 

rambutnya,  kecantikan  wajahnya,  kecantikan  tubuhnya 

yang  mendedahkan  auratnya  dikhalayak  ramai  dan 

apabila ada dikalangan kaum Jin yang telah jatuh cinta 

terpandangkan  wanita  itu  maka  akan  berlakulah 

kesusahan kepada wanita itu kerana disihir oleh Jin tadi  

ada yang sampai gila angau, gila meroyan, sasau berjalan 

dalam tidur mencari Jin itu dan berbagai lagi masaalah  

yang  timbul  dek  sebab  pekara  yang  tidak  disengajakan  

oleh wanita itu.  Bukanlah niat wanita manusia itu untuk 

memikat  Jin  itu,  tetapi  kesalahan wanita  itu  ialah  tidak 

menutup auratnya dan suka bersolek semasa keluar ruman.  

Itulah  sebabnya  Islam  melarang  pekara  ini.

7)Manusia  yang  tidak  mahu  beribadah  dan  lalai  akan 

perantah Allah swt malah suka melakukan semua pekara  

yang  ditegah  dalam  syarak.  Mereka  dengan  sengaja 

menjauhkan  diri  mereka  dari  Allah  swt  dan  dengan 

sendirinya  pula  mendekatkan  dirinya  bersama-sama Jin,  

Syaitan,  Ifrit  dan  Iblis.  Mereka  akan  terus  hanyut  dan 

hayal  bersama-sama  keseronokan  dunia  dibuai  oleh  

Syaitan dan Iblis sehingga mereka tidak dapat keluar lagi  

dari  cengkaman  mereka-mereka  itu.  Mereka  akan  terus  

sesat  dan  akam  mati  didalam  keadaan  menzalimi  diri  

mereka sendiri.  Setelah sahehmati  barulah mereka kesal  

akan  semua  tindak  tanduknya  semasa  didunia,  sudah 

terlambat  saudara saudari  seklian.  Tidak ada lagi  jalan 

untuk anda patah balek semula kedunia,  tiada apa yang 

dapat dibuat lagi, terpaksalah anda menghadapi seksaan 

yang telah disediakan untuk kaliian. Hanya Rahmat Allah 

dan Sfaat Rasullah saw saja yang mampu menolong anda 

dikala  itu.

Pergerakan  utama  Jin  didalam  tubuh  manusia  adalah 

mengikut aliran darah melalui semua urat saraf, pembuluh 

darah yang sambung menyambung diantara satu dengan 

yang lain. Apabila mereka dapat masuk ketubuh manusia,  

pekara pertama sekali yang mereka lakukan ialah dengan 

mencari  pembuluh  darah  dan  urat-urat  nadi  manusia  

kerana  disitu  mereka  akan  mudah  bergerak  dari  satu  

tempat  ke  satu  tempat.  Rasuallah  saw  pernah  bersabda 

didalam sebuah hadis sahih yang telah diriwayatkan oleh 

Bukhari  dan  Muslim,  dari  Sayidah  Syafiyah  binti  Huya 

bahawa beliau pernah mendengar Rasuallah saw bersabda 

yang  maksudnya  ;

" Sesungguhnya Jin (syaitan) itu berjalan didalam tubuh 

anak Adam (manusia) sebagaimana darah yang mengalir  

dalam  tubuhnya  ".

Maka seharusnya kita sentiasa menjaga akan permakanan 

kita,  carilah makanan yang halal  supaya menjadi  darah 

yang halal pula. Dengan itu kita akan menyempitkan jalan 

tempat duduk mereka itu disitu atau mereka tidak duduk 

didalam  darah  yang  halal  dan  berseh  yang  sentiasa 

menyebut nama Allah berserta doa ketika makan yang kita  

amalkan.

JENIS  PERMUSUHAN  JIN  KEPADA  MANUSIA  :

Allah swt telah menjelaskan didalam al Quran terdapat 3  

jenis  permusuhan  kaum Jin  kepada  Umat  Manusia  dari  

dahulu  hinggalah  sekarang.  Ia  adalah  seperti  berikut  ;

1) Mengujudkan kejahatan yang dinamakan  As Suu iaitu 

kejahatan menghasut manusia berbuat dosa-dosa dengan 

membuat  maksiat  didalam hati  dan juga anggota  badan 

mereka.  Manusia  yang  memang  cenderung  untuk  

melakukan kejahatan dan maksiat  akan mudah termasuk 

kedalam perangkap Iblis dan kuncu-kuncu itu. Tapi setelah  

kamu sedar  dari  lamunan mimpi  kamu merasakan  tidak 

akan diapa-apakan oleh mereka pada masa itu. Ternyata  

anggapan  begitu  akan  melemahkan  lagi  Iman  Manusia 

yang  sebenarnya  tertipu  dengan  segala  muslihat  

permainan puak Jin, maka anggapan itu sebenarnya satu  

kenyataan  yang  manusia  itu  telah  berada  dipihak  yang  

salah dan terpaksa menghadapi hukuman yang berat dari  

Allah  swt.

2)  Mengujudkan  kekejian  yang  dinamakan  Al  

Fahsyah iaitu  menghasut  manusia  melakukan  kejahatan 

yang  lebih  jauh  lagi  yang  amat  keji  disisi  Tuhan  iaitu  

derhaka  akan  semua  perintahNya  dan  membuat  semua 

yang dilarangNya. Apa saja yang dilarang seperti berjudi,  

minum  arak,  berzina,  mencuri,  berbuat  zalim,  mengadu 

domba,  memfitnah,  mengumpat,  mengeji,  membunuh,  

merogol,  memukul,  menyihir,  menipu,  memakan  riba,  

memakan  harta  anak  yatim,  dan  bermacam-macam lagi  

perbuatan mungkar akan dilakukannya dengan tiada rasa 

bersalah  dan  takut  akan  seksaan  yang  menantinya 

diakhirat  kelak.  Mereka ini  bertambah jauh dari  rahmat  

Allah dan mempunyai  hati  yang telah hitam sepenuhnya 

yang tiada rasa insaf akan semua perbuatan keji terhadap 

Allah  swt.

3)  Berbohong terhadap Allah swt sedangkan mereka telah  

pun berjanji taat setia semasa kejadiannya dahulu. Tahu 

kah  kamu  apa  perjanjian  yang  telah  kamu  lafaskan 

dihadapan Allah Rabuljalil dahulu semasa kamu di Alam 

Roh,  maka  dengan  perjanjian  itulah  kamu  dilepaskan 

untuk  hidup  di  dunia  ini  ?  Kamu  tidak  ingat  akan 

perjanjian dan sumpah yang telah kamu akad dahulau ? 

Baiklah,  akan  kawan  peringatkan  sekali  lagi  apakah 

sumpah  dan  janji  itu,  disini  pada  saat  ini  untuk  kamu 

kenangkan  semula  dan  berjanji  pada  diri  sendiri  untuk  

berpatah semula kepangkal jalan jika kamu telah tersesat  

jauh atau dekat, Janji dan sumpah taat setia ini telah Allah  

rangkumlan  didalam  al  Quran,  maka  Allah  swt  telah 

berfirman  didalam  surah  al  Akraf  ayat  172  yang 

mafhumnya  ;

"  Ketika  Tuhanmu  menjadikan  keturunan  anak  Adam 

daripada  tulang  punggung  mereka  (tulang  solbi),  Dia  

mempersaksikan  dengan  diri  mereka  sendiri,  Allah 

berfirman :  Bukan Aku Tuhan kamu ? sahut mereka : Ya,  

kami menjadi saksi, supaya kamu juga mengatakan pada 

hari kiamat : Sesungguhnya kami lengah (lalai) terhadap 

perihal  ini  ".

Keterangan  ayat  :  Inilah  rangkuman  sumpah  dan  janji  

yang  telah  kamu,  kita  dan  semua  manusia  ucapkan 

dinadapan Allah dahulu semasa kamu di Alam Roh. Telah  

kamu lafaskan dengan lidah dan mulut kamu, kemudiannya 

telah  pula  mentasdihkannya  didalam  tiap-tiap  hati  

diantara kamu dan dengan sekujur tubuh badan kamu akan  

taat setia akan perjanjian itu dihadapan Allah Rabuljalil  

sendiri.  Maka  dengan  sumpah  taat  setia  inilah  kamu 

dilepaskan  untuk  hidup  dimuka  bumi  sekarang  ini.  

Bagaimana kah kamu ingin menafikannya lagi, setiap jiwa 

akan menjadi saksi pula keatas jiwa-jiwa yang lain secara  

hadap  hadapan  esok  dihari  perhitungan  itu  .  Kata 

sesetengah ahli tafsir, bahawa Allah telah memangil Adam 

dan disapu akan punggung Adam, maka keluarlah seluruh  

keturunan  darinya  lalu  diminta  menjadi  saksi  akan 

keEsaan  Allah.  Maka  semunya  telah  menjadi  saksi  dan 

bersumpah  taat  setia  terhadap  Allah  swt.  Maka  dengan 

sumpah taat setia itulah Allah swt melepaskan seluruh jiwa 

itu untuk hidup dimuka bumi sekarang ini, termasuk kamu,  

kami,  kita,  engkau,  aku dan semua manusia  yang hidup 

mahupun  yang  telah  meninggal  dunia.  Kepada  mereka 

yang telah melupakan janji dan sumpah ini, maka mereka  

telah  diletakkan  didalam  ungkapan  berbohong  terhadap 

Allah.  Kenapkah  kamu  semua  terpaksa  menjadi  saksi  

sebelum kamu hidup dahulu ? Supaya kamu tidak boleh 

berdolak  dalek  memberi  hujah  menyalahkan  ibubapa,  

datuk nenek keturunan kamu yang telah sesat, jadi kamu 

minta  dilepaskan  seksaan  itu  disebabkan  perbuatan 

mereka itu sedangkan kamu akan dipertanggung jawabkan 

atas semua perbuatan kamu sendiri. Bukankah kamu telah 

diberi  akal  fikiran  ???

Awasi akan 3 jenis permusuhan serta tipuhelah golongan 

Jin  dan kuncu-kuncunya ini  dengan ceramat  setiap  hari  

dan  masa  kerana  mereka  tidak  akan  berhenti  dari  

menganggu  kamu  sehingga  akhir  hayat  kamu  kecuali  

mereka-mereka  yang  telah  diberi  keselamatan  dari  

gangguannya  ini.  Mereka-mereka  yang  telah  melepasi  

wilayah  dan  sentiasa  duduk  didalam  Tauhid  Allah 

bersama-sama kekaseh Allah dan berserta Allah dimana 

jua  dia  berada  pada  setiap  masa  dan  waktu  selama-

lamanya  hingga  hari  kiamat.

kembali  semula  kepada  soalan  kuiz  diatas,  bagaimana,  

boleh  beri  jawapannya,  cuba  teka  ???

Siapakah  nama-nama  Manusia  Iblis  yang  kawan 

maksudkan  itu,  seorang  lelaki  yang  bergelar  Maharaja 

Agung  Manusia  Iblis  dan  yang  wanitanya  bergelar  

Maharani Agung Manusia Iblis disebelah Timur ini, raja  

segala sihir, raja segala sakti dan menjadi musuh dalam 

lipatan kepada bangsa Melayu dan seluruh keturunannya 

terutama  di  kawasan  benua  Nusantara  ini.

Sila  hantarkan pendapat  dan jawapan kepada kuiz  yang 

telah diberi diatas. Kawan terpaksa tarek lagi rencana ini  

kesatu  lagi  mukasurat  dikeluaran  akan  datang  supaya 

dapat  memberi  laluan  kepada  pembaca  semua  memberi  

jawapan  kuiz  ini.

Harap  Maaf,  kesulitan  amat  tidak  disengajakan........

Kepada mereka-mereka yang menunggu akan tajuk-tajuk  

Bunian,  Dewa,  Dajjal,  Izazil,  Daulat  dan  lain-lain  lagi  

pastikan anda tidak terlepas episot akhir dalam mukasurat  

4 rencana ini iaitu  "IBLIS DAN ALAMNYA (Musuh Kamu 

Yang Paling Nyata)"